Let It Go….membawa maksud Biarkan
Ia Pergi….
Let It Go, bila diaplikasikan dalam keadaan tertentu akan membawa kepada natijah fikiran yang lebih lapang, hati yang lebih tenang serta jiwa yang lebih
tenteram. Ia juga amat menggembirakan pihak yang menerima kerana keperluan
mereka telah dapat dipenuhi.
Namun demikian, dalam keadaan tertentu yang lain, Let It Go tidak boleh diguna-pakai.
Maruah diri, keimanan kepada Tuhan, kedaulatan negara, kepentingan
ummah serta perkara-perkara yang berkaitan wajib dipertahankan biarpun
nyawa terpaksa dipertaruhkan.
Let It Go mungkin saja lebih relevan disaat kita diuji untuk melepaskan
material yang amat kita sayangi (tanpa perlu menggadaikan perkara-perkara utama
seperti diatas).
Tuhan akan membalas setiap Let It Go (material) yang dilakukan dengan
Let It In (keharmonian serta gantian material yang lebih baik).
Let It Go yang dilakukan kerana Allah SWT merupakan suatu ‘perniagaan’
dengan Tuhan Yang Maha Baik. Let It Go adalah bila kita ‘menjual’ material
kesayangan kerana Allah dengan memberikannya kepada orang yang lebih
memerlukan. Allah dengan Rahmat dan Kasih-SayangNya ‘membayar’ harga barang ‘jualan’
itu tadi dengan memberikan kebaikan berganda kepada manusia (pemberi/penjual).
Namun, Allah tidaklah mengurniakan kebaikan disebabkan pengorbanan Let
It Go yang telah dilakukan oleh manusia. Allah tidak memerlukan sebarang sebab
untuk Dia melakukan sesuatu. Dia memberi kerana Dia Maha Pemberi.Titik.
Kitalah sebenarnya yang amat mengharapkan agar Allah mengurniakan Let
It In (kebaikan) disetiap Let It Go (material) yang dilakukan. Kita ini amat
lemah sifatnya. Disaat kita melepaskan harta-benda, kesenangan, kemewahan yang
amat kita sayangi, disudut hati kecil pastinya kita memohon agar Allah menilai
perbuatan baik kita serta berdoa semoga Allah akan menggantikannya dengan
perkara yang lebih baik.
Let It Go tidak semestinya melibatkan material. Let It Go juga
dilakukan keatas keegoan diri, perasaan marah atau sifat dengki yang tidak kena
pada tempatnya.
Disaat kita sayangkan h/p lama yang sudah bertahun digunakan serta
mempunyai nilai sentimental, rakan kita mengadu h/p nya sudah rosak dan tidak
mampu membeli h/p yang baru. Pada masa yang sama kita telah membeli h/p baru
yang lebih canggih. Jadi sebenarnya kita ada dua h/p.
Disaat kita memberikan h/p lama kepada rakan tadi, terpancar
kegembiraan diwajahnya serta perasaan lega kerana tidak perlu mengikat perut
berjimat untuk membeli h/p baru.
Ini hanyalah contoh kecil.
Mungkin kita terpaksa menahan perasaan untuk Let It Go h/p kesayangan.
Tetapi tahukah kita betapa lega hati rakan tersebut kerana masih boleh
berkomunikasi menggunakan h/p sentimental itu.
Let It Go…lakukanlah dengan sewarasnya…..
Yakin bahawa Tuhan akan membalasnya dengan Let It In ganjaran berganda kepada
manusia…..
Namun MASA tak seharusnya di 'Let It Go' tanpa diisi dgn perkara yg berguna...kelak menyesal di kemudian hari...
ReplyDeleteterima kasih di atas ingatan itu AB...
ReplyDelete