Monday, 25 June 2012

Hati Emas


Saya begitu terkesan dengan bait-bait keramat nukilan sdr . ,
"berlian perlukan tekanan yang hebat untuk menzahirkan sifatnya yang tiada tolok cabarnya itu...."

Saya sering termenung memikirkan maksud tersurat & tersirat nukilan tersebut. 
Saya tercari-cari apakah sesuatu yang boleh saya kaitkan kepada suatu kelompok kaum yang tinggal di kawasan menerima sinaran matahari disepanjang masa itu.


Sudah puas saya merantau melalui alam pembacaan serta pergaulan; saya lebih mengenali serta mengagumi bangsa & negara orang lain. Sesungguhnya saya pernah taksub kepada bangsa yang bemata sepet dek kerana sifat kerajinan mereka. Saya pernah terkagum-kagum dengan epik sejarah maharaja-maharaja mereka melalui drama-drama & filem mereka. Nampak begitu gah sekali mereka menggambarkan semula era kegemilangan masa lalu dalam bentuk layar perak. Namun rupa-rupanya mereka itu sudah lama kehilangan nikmat hidup bermaharaja akibat bahana idelogi sistem pemerintahan republik.

Saya juga pernah terkagum-kagum dengan idea-idea kehidupan sukses para penulis barat, namun semua itu semakin menjadikan saya jauh dari ketenangan yang diharapkan.

Saya juga pernah tercampak dalam suatu kehidupan yang dikelilingi oleh orang-orang yang bukan sebangsa dan bukan seagama dengan saya. Namun saya tidaklah pula telah bertukar menjadi seperti mereka. Masih tersisa sifat kedegilan, sifat ketuanan, sifat berdiri diatas kaki sendiri, sifat berani dan sifat-sifat yang tidaklah berapa sama dengan bangsa-bangsa yang saya temui itu.


Lalu siapakah saya sebenarnya? Kenapa saya menjadi begini? Mengapa saya tidak boleh bertukar menjadi bangsa lain yang saya rasakan mereka adalah lebih baik? 

Pernah disuatu waktu saya tidak mahu bergaul dengan bangsa saya sendiri. Begitu ekstrim sekali perangai seorang anak bergenetik nusantara ini. Lalu saya mahu kemana? Ke negara Cina kah? Ke negara India kah? Ke London kah? Ke Amerika kah? Namun yang peliknya, sehingga kini saya masih berada di Tanah Melayu  aka Semenanjung Emas.

Maka pencarian seorang warga bergenetik nusantara ini sinonim dengan lirik lagu Hati Emas nyanyian Sifu M Nasir;


....tiada lain tujuanku
HATI EMAS yang kucari
kisahnya dihujung dunia
mengapa tak kutemui

....oh! terdengar suara halus
bagai dengar dan menghilang
katanya pulanglah oh! anakku
ia tiada disini

Saya dan anda semua sebenarnya mencari serta tercari-cari orang-orang atau suatu kaum yang berhati emas.
Hati emas merujuk kepada berlian / permata seperti nukilan sdr . seperti di atas.

Manusia berhati emas:
~ manusia yang sanggup tunduk dan patuh kepada takdir dan rezeki yang telah ditetapkan oleh Tuhannya
~ manusia yang sangat sayangkan kebajikan, keselamatan serta keharmonian kehidupan orang lain
~ manusia yang sanggup berkongsi apa yang dimilikinya bersama orang lain demi kepentingan dan kemakmuran masyarakatnya
~ manusia yang gigih berusaha siang dan malam dalam pelbagai bidang demi kelangsungan hidup untuk dirinya, keluarga, orang sekeliling serta negaranya
~ manusia yang sudi serta sentiasa mendoakan takdir-takdir terbaik dikurniakan Tuhan kepada diri dan masyarakatnya didunia serta diakhirat

Adakah suatu kaum yang tinggal dikawasan mendapat sinaran matahari disepanjang masa mempunyai hati -hati emas itu?


Ya, sesungguhnya mereka mempunyai hati emas. Mereka dijadikan Tuhan dengan penuh sifat yang fleksibel, boleh dilentur-lentur dengan begitu mudah sekali untuk menyesuaikan diri walau dimana saja mereka berada. Manusia berhati emas mudah berkawan dan cuba untuk tidak memulakan sebarang persengketaan. Sifatnya yang pelbagai itu menjadi bahan kajian sarjana barat sehingga mereka mewujudkan fakulti oriental (timur), khas untuk tujuan tersebut.

Emas sifatnya berkilat serta berkilau. Emas adalah sejenis konduktor. Emas boleh dilentur dan dibentuk menjadi pelbagai barang perhiasan. Namun emas yang terbiar dan tidak terjaga, lama-kelamaan menjadi kabur dan kusam. Bila dicampak kedalam air, ia akan tenggelam atau bila ditimbus kedalam tanah, maka ia akan hilang.




Apakah maksud semua ini?

Saya mahu memupuk semula sifat sangat sayangkan keluarga saya, bangsa saya, masyarakat saya serta negara saya secara keseluruhannya.

Ini kerana sifat kekitaan seperti sudah dan sedang terhakis sedikit demi sedikit, sebagaimana bertambah kusamnya kilauan emas  akibat debu serta kotoran.


Warga bergenetik nusantara adalah manusia-manusia berhati emas yang saya cari selama ini. Isu fanatik , assobiyah mahupun taksub kepada bangsa sendiri tidak timbul di sini, kerana saya telah kehilangan bangsa saya disuatu waktu dahulu.

Saya tetap akan menghormati bangsa-bangsa lain yang pernah saya fanatik dengan sifat serta sejarah mereka sebelum ini. Namun saya sekali-kali tidak akan meninggalkan bangsa saya sendirian lagi. Bangsa saya adalah juga keluarga, saudara-mara, rakan-taulan dan kenalan bergenetik nusantara yang saya tidak berapa ketahuii dan fahami perangai, sifat serta sejarah mereka sebelum ini.

Hati-hati emas ini, perlu kita gilap setiap masa dengan kasih-sayang, perhatian, nasihat, contoh tauladan hatta doa serta rintihan kita di1/3 malam agar ianya akan terus berkilauan dengan akhlak yang cantik, pengorbanan, kesetiaan, kerja kuat serta seribu satu hikmah diri demi kebaikan masyarakat serta dunia.

Cabaran semakin hebat menanti di hadapan, warga bergenetik nusantara perlu digilap segera hati emas mereka kerana ada tugas besar yang perlu dilaksanakan.

24 comments:

  1. dalam organ dalaman manusia jantung adalah paling utama, seperti juga "hati emas" semenanjung malaysia adalah jatung kepada dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam sdr OrgOrg,

      yup, cantiknya semenanjung bertuah ini yang dijadikan Tuhan seakan bentuk jantung...."maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

      tidak keterlaluan juga utk mengatakan semenanjung ini sbg negara antarabangsa, tanpa perlu berhijrah kemerata tempat, Tuhan datangkan pelbagai bangsa utk kita mengenali dan bergaul dgn mereka.

      ~ melihat filem2 tamil & hindustan dari India...aduh betapa boringnya hidup dikelilingi satu bangsa yang sama
      ~ melihat filem2 taiwan, hong kong & cina...tiada bangsa lainkah yang terdapat dinegara mereka?
      ~ pernah seorang warga indonesia terkejut & merasa susah utk menyesuaiakan diri tinggal di malaysia kerana beliau tidak pernah bergaul dgn bangsa cina & india (saudara senegara kita)
      ~ negara2 barat pula tidak dapat lari dari sikap diskriminasi mereka terhadap org kulit hitam, warga asing serta para penganut Islam

      "maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

      kesedaran berterusan perlu disemai sehingga kita bertemu titik peralihan utk warga ini tersedar dari realiti dusta (pinjam kata2 Tuan Abatasa). Namun cabarannya juga memang cukup sengit, tetapi ia boleh dilakukan....

      Delete
  2. Manusia hati emas...

    Dalam kelembutan ada kekerasan
    Dalam tekanan..sifat tak menghilang
    Jika betul gilapnya, cemerlang
    Tersilap `gilap', padah mengundang

    Hati emas, hati yang tidak gentar..
    Cuma bergetar...jika benar..
    Semakin suci...semakin senang mengalir
    di bukakan EMPUNYA nya...rahsia di sebalik tabir

    Hati emas, hati yang bertuah..
    Sifat tulus dan ikhlas bersulam indah
    Tunduk nya ia, hanya pada yang ESA
    Redha...gembiranya ...menuggu masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas peringatan berikut:

      "Tersilap `gilap', padah mengundang.."

      Delete
  3. Walaupun 'kuku' masih tersimpan rapi.
    Walaupun 'mata' masih terpejam lagi..
    Walaupun 'tubuh' masih pulas dibuai mimpi...

    Harimau tetap harimau.
    Badinya takkan hilang..
    Mereka gerun menanti,kegerunan yang semakin menjadi-jadi saban hari.
    Menanti hari bangkitnya sang 'Harimau' itu.
    Harimau berhati emas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Imo Gantra...

      ....harimau berhati emas....

      Delete
  4. Assalamualaikum,

    - Adakah Manusia berbangsa Melayu Kini Akan Bangkit?

    - Bila? Macamana? Bagaimana?

    - Bagi Pendapat Saya,Bangsa Yang telah menerima kacukan dari bangsa lain lebih baik dari Melayu Tulen.

    - Sebagai Contoh, Melayu tulen sekarang selalu buat perkara yang bertentangan dgn ajaran Islam. Minum arak,zina dan judi menjadi hobi sekalian melayu Tulen. Lalu Persoalannya bagaimana perasaan bangkit itu akan timbul jika masih dihimpit perkara tersebut.

    - Bagi Saya, Melayu Kacukanlah Merupakan Generasi Dan Benteng Terakhir Bagi bangsa Benama Melayu Ini. Mereka Ini Akan Bangkit suatu hari kelak. Sebab2 Nya, Melayu Cina,Melayu Iban,Melayu Jawa, Melayu Arab, Melayu Melanau,Melayu Sulu, Dan Melayu Kacukan lain, mereka ini amat baik sifatnya.

    - Jika melayu tulen buat hal kat sekolah, sering menjadi perhatian para guru bukan melayu smbil memberi pendapat tentang Sifat org Melayu Yang Suka Berkelahi,Melawan Guru, Escape Sklah, Dan Sbgnya Padahal Majoriti budak sekolah ialah berbangsa bukan melayu. Namun Melayu KAcukanlah sering dihimpit perasaan sakit hati dihina oleh bangsa lain perilaku bangsa mereka (Melayu). Terpaksa lah kami bangsa Melayu Kacukan memberitahu Bangsa Lain sbnarnya bangsa Melayu tak sama macam dulu. Supaya bangsa lain masih hormat bangsa Melayu. Mereka hormat bangsa Melayu Dulu bukan sekarang.

    Ternyata Jika Bangsa Melayu Kacukan menguasai setiap pelosok malaysia sudah tentu Melayu Akan Bangkit semula.

    Seperti Org Melayu Melaka, Brunei, Srivijaya, Johor Riau, Melayu Kalimantan Dan Melayu Sulu Sering berkacukan dgn bangsa asing untuk melahirkan bangsa melayu yang bermutu tinggi.

    DNA Melayu jika digabungkan dgn bangsa lain sudah tentu melahirkan bangsa melayu yang handal seperti zaman dahulu kala. Jika tak percaya, lihatlah org melayu kacukan. Amat pandai spt kwn saya melayu cina, melayu jepun, melayu jawa, dan melayu iban. Jika melayu kacukan tak pandai sekalipun sekurang kurangnya mereka amat dalam pemikirannya dan amat memahami hati budi bangsa lain. Mereka ini akn bangkit kelak mempertahankan melayu sebenar. Manakala melayu tulen kebanyakkannya akan menjadi sikitul dgn bangsa sendiri kerana bersifat dengki dgn melayu kacukan.

    Pss, Melayu kacukan byk berkulit cerah dan jelas tampak wajahnya kerana melayu memang hensem dan cantik namun lebih menyerlah jika dikacukan dgn bangsa lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya kurang arif dgn maksud anda. Adakah anda masuk Melayu. Melayu menjadi indah kerana Islamnya tetapi menjaga adap keMelayuannya. Tapi bagi pendapat saya anda maksudkan Islam itu dahulunya asing tapi sekarang ia menjadi asing. Maka beruntunglah orang dalam keadaan asing itu tetapi dengan Islam. Tetapi jika kacukan tidak menjadi Islam maka bermakna ia dikocakkan bakal menjadi pengkhianat kepada Agama, Bangsa & Negara. Sekadar setitik pesanan.

      Delete
    2. as salam adik Hafiz,

      terima kasih di atas perkongsian pengalaman adik semasa disekolah...dilema diantara melayu tulen dan melayu kacukan...

      yup, perkahwinan campur diantara etnik2 juga dgn lain2 bangsa menjadikan seseorang itu lebih terbuka fikirannya

      sebenarnya utk menggilap semula hati-hati emas kaum melayu ini cabarannya amatlah besar dan rumit, ditambah dgn kepelbagaian etnik & bangsa di tanah melayu ini kadangkala menjadikan diri kita nampak jauh ketinggalan.

      musuh kasi tapau semua sekali kita sebagai bangsa melayu utk melihat kemusnahan bangsa yg satu ini.

      kita sesama bangsa melayu yg tulen mahukan berkacukan, sememangnya adalah bersaudara dan amat memerlukan diantara satu sama lain - niatkan di dalam hati semoga Tuhan mengizinkan utk semua hati2 emas ini bergemerlapan semula dgn akhlak yg baik...

      ia tidaklah mudah..tetapi boleh dilakukan dgn izin dariNya..

      Delete
  5. aslmkum,saudara wangsa apa khabar...post kali ni best...kunci untuk anda kali ni...cuba cari aura kuning dan rahsianya...taip yellow aura,ada banyak rujukan leh baca...mungkin membantu dalam pencarian anda...peace...:)

    aura kuning ada kaitan dengan hati emas yang kamu cari...

    -Annur-

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Annur & terima kasih.

      mana pergi? lama menghilang kawan maya yang seorang ni...

      aura kuning 'emas', saya petik dr sebuah blog berbahasa indonesia:

      ~Sunny-kegembiraan, fleksibilitas, harapan, asli - kecerdasan & kejernihan mental, kompetisi (competent)

      ~Kuning aktif dan spontan
      ~Ini adalah warna kegiatan mental dan kecerdasan di tempat kerja
      ~Kuning adalah warna sukacita dan antusiasme (enthusiasm)
      ~Sebagian besar kuning dalam aura dapat menunjukkan profesi mental-misalnya seorang pengusaha, pengacara atau akuntan
      ~Mahasiswa sering menunjukkan banyak kuning dalam aura mereka ketika mereka sedang belajar untuk ujian akhir
      ~Kuning juga bisa berarti melihat ke depan untuk masa depan dengan semangat dan sukacita

      Delete
  6. Hi Annur,

    You're back. I suppose you've overcome your `kegilaan' moments!

    Cherio!!

    ReplyDelete
  7. hi...:)

    -Annur-

    ReplyDelete
  8. aslmkum saudara wangsa,saya ok je...cuma mencari kekuatan dengan cara berdiam diri...nasihat dari seorang kawan...pesan saya,teruskan dalami tentang aura kuning,ini kata kuncinya...

    -yellow aura
    -solar plexus chakra/manipura
    -kuning warna daulat
    -kuning dari sudut psikologi
    -kuning sebagai yellow halo utk org2 budiman
    -kuning sebagai warna bertuah kita,tetapi warna pembawa sial untuk black magic
    -kuning sebagai warna jiwa bebas
    -dll....:)

    -Annur-

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam Annur, terima kasih sudi bertandang lagi

      saya sentiasa doakan semoga Tuhan mengurniakan yang baik-baik, yang terbaik dan apa-apa sahaja kebaikan yang pernah Dia ciptakan kepada Annur dalam proses mencari kekuatan diri itu.

      Dialah yang sangat sayangkan Annur kerana Dia jugalah yang telah menciptakan Annur serta menitipkannya ke matrik dunia ini dengan amanat tersendiri - suci lagi murni....menyebarkan salam kasih sayang dengan nukilan2 penuh puitis menggantikan puisi2 karat berdebu sekularisma yg saban hari menjadi santapan roh diri kita semua.

      teruskan berkarya ya....!

      Delete
  9. salam,tapi malangnya wahai sdr wangsa,orang semua kata saya gila...:)

    tak mengapala,biarkan manusia dgn hukuman mereka...awak pun teruskan berkarya..sy suka aura awak...aura blog ni sgt menenangkan...

    teruskan kaji ttg aura kuning...terlalu banyak misteri yg perlu dibuka dari peti itu...daulat,itu bukan cerita sebarang...teruskan dgn usaha mencari yg hakiki...sy sentiasa berada dibelakang anda menyokong anda...:)

    -Annur-

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Annur

      hhmmm...kalau diikutkan terlalu byk jenis gila di dunia ni

      gila pompuan, gila bola, gila duit....

      terima kasih diatas kata kunci daulat
      saya berasa sebak bila hati kecil menyebut perkataan daulat

      yup, kata kunci daulat membuka ruang dimensi yg lebih luas.

      daulat kita sebagai warga bergenetik nusantara sudah lama tercalar? lukanya semakin parah dan sudah banyak darah yg hilang?

      Delete
  10. salam saudara wangsa,sebenarnya ingin sekali saya cuba buka misterinya sedikit demi sedikit melalui pemahaman sy yg mereka gelarkan gila itu...tapi malangnya benda da jadi begini...jadi
    saya cuba bantu sesiapa yg berminat dan ikhlas mencari ttg ini semua...saya tiada apa2,ilmu pun cuma sejengkal,tapi sy suka berkongsi pendapat demi untuk perkembangan jiwa sesama kita...untuk mereka yg suka mengeji,sy rasa lebih baik sy berdiam diri...biar digelar pengecut,tak mengapa...

    untuk saudara,teruskan mencari...semoga ketemu...harap kita dapat berkongsi ilmu...:)

    -Annur-

    ReplyDelete
  11. w'salam Annur,

    saya faham keadaan Annur


    bukankah Mistisfiles selalu pesan "manusia selalu memusuhi apa yg mereka tidak tahu"

    berdiam adalah lebih baik
    tetapi sila teruskan perkongsian Annur dgn kawan2 yg lain ya...

    jgn serik...:)

    ReplyDelete
  12. salam buat saudara wangsa,

    terima kasih atas nasihatnya...hmm,sy pun rasa begitu...malang orang kita ni,ttg perkongsian ilmu tidak pula diminati,cerita orang lain pula menjadi idaman hati...apa khabar saudara...bagaimana setakat ni pembacaan ttg aura kuning?ada mendapat apa2 info yg menarik?ada terbaca bahawa pemilik aura kuning juga sifatnya sama seperti kanak2 sehingga digelar the ultimate peterpan...setahu saya setiap orang mempunyai warna auranya sendiri,bergantung kepada sifat2 azali...tapi ini perkara rahsia,jika diketahui warna aura kita,itu sesuatu yg bahaya...tapi kita ttp bole bersembunyi dari diketahui...:)

    -Annur-

    ReplyDelete
  13. Dear Annur,

    It's o.k.... kadang-kadang i pun rasa i gila.... he...he...

    Cherio!

    ReplyDelete
  14. salam, tq saudara...:)

    biarla manusia dgn hukuman mereka...neraka syurga barang milik mereka...mereka suka mereka sanjung,mereka benci mereka buang...biasala gnila kehidupan...rasa da banyak kali terserempak dgn sdr...tapi tidakle saya ni tau nama empunya komen...salam perkenalan dari annur...selamat berpose...:)

    ps:maaf saudara wangsa...terpaksa menyelit masuk blog org lain,kena halau dari teratak sendiri...hehe

    selamat berpuasa buat tuan rumah...:)

    -Annur-

    ReplyDelete
  15. w'salam Annur dan Cherio,

    selamat berpusa, selamat bersahur, selamar berbuka, selamat berterawih, selamat bertadarus.....

    semoga Allah sentiasa memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada kita semua....

    kepada Annur, jaga diri baik2...

    ReplyDelete
  16. Aslmkm..bangsaku n smua mnusia..
    Inilah masanya untk kita bangkit
    Kerana mereka takut n harap..dan kita juga berdiri
    Antara mereka...
    Haqul yakinlah...kalau kita xsanggup...maka ALLAH SWT akan hancurkan bumi berdaulat dan gantikan dengan kaum yg lain...now n here...the right time..right place..orait....kumpul kumpul....zam zam zam zam...zam zam ala kazan.....zoom kebelian sebutir....

    ReplyDelete