Monday 6 August 2012

Roh Darah



Seringkali kita mendengar kes pekerja yang meminta rakan (sekutu) melewatkan ‘punch-out’  kad kedatangan supaya dia layak untuk klaim OT (over-time, kerja lebih-masa) di akhir bulan walaupun secara fizikalnya dia sudah pulang ke rumah.

Seringkali juga kita mendengar rungutan tentang perangai anak-anak/isteri/suami/ahli keluarga yang bermasalah walaupun sudah disediakan segala kelengkapan material secukupnya dalam hidup mereka. Ada sahaja yang tidak kena serta tidak ketahuan dari mana puncanya.


Orang2 tua selalu berpesan agar kita menyemak kembali dari mana serta bagaimana kita mendapatkan punca pendapatan kita. Rezeki (wang hasil dari pekerjaan) itulah yang akan dibelanjakan terutamanya untuk membeli keperluan makan/minum ahli keluarga. Setiap suapan makanan serta setiap tegukan air itu pula akan ditukarkan menjadi zat tertentu, kemudian ianya dialirkan kedalam sistem darah tubuh badan manusia. Dari situ kita akan menggunakan tenaga dari zat makanan/minuman tersebut untuk melakukan pelbagai aktiviti harian.

Maka Roh Darah bergantung kepada sumber rezeki yang kita perolehi.


Kita telah tahu bahawa rezeki dari sumber suci lagi halal (contoh, tidak ponteng OT) akan membawa gelombang bermesej harmoni kedalam sistem darah tubuh badan manusia. Begitulah juga, jika sebaliknya yang berlaku. Kita tidak dapat lari dari sunnahtullah Tuhan iaitu ‘buat baik dibalas baik, buat jahat akan dibalas dengan kejahatan/keburukan’. 


Yang akan menerima akibatnya adalah sistem darah ahli keluarga kita. Mereka tidak tahu bahawa kita telah ponteng OT. Mereka gembira bila kita membelikan makanan/minuman yang enak dan sedap sebagai tanda kita telah menjalankan tanggungjawab menyara keluarga. Kita mahu melihat mereka sihat dan sejahtera.

Namun, jangan pula hairan bila mana timbul masalah di kalangan ahli keluarga. Mungkin salah satu puncanya ialah kerana kita telah mencemarkan roh darah mereka dari sumber yang halal tapi tidak suci. ’Halal’ kerana kad kedatangan menunjukkan adanya OT, tidak suci kerana kita tidak menghadirkan diri disepanjang tempoh OT tersebut.


Berhati-hatilah serta sensitif tentang bagaimana kita melaksanakan tugas dan amanah kerja seharian. Kasihi diri serta ahli keluarga dengan sejujurnya melalui sumber pendapatan yang halal lagi suci. Jika kita pernah terlanjur disana-sini pada masa lalu, mohon keampunan kehadrat Allah SWT diiringi dengan sedeqah kepada anak-anak yatim kerana kita telah menggunakan rezeki yang bukan hak milik kita.  

17 comments:

  1. salam.

    saja-saja tengok blog, terjumpa posting kamu ini.

    kamu makin hampir.

    sifat yang membezakan manusia dengan jin ialah darah. sesetengah ritual sesat iblis juga memerlukan darah manusia sebagai prasyarat. ada sesuatu dengan darah manusia.

    just go deeper & you'll find the answer.

    ^_^

    ReplyDelete
  2. Clover, adekah dalam darah diturunkan segala ilmu2 adam tu?

    ReplyDelete
  3. w'salam Sifu Clover :)

    melihat platelet darah menyedarkan saya tentang sesuatu
    melihat sel-sel darah yang mengalir didalam pembuluh darah pula mengingatkan saya tentang realiti kehidupan manusia

    dan sebenarnya ada 'ramai' pula yang menumpang di dalam lebuhraya pembuluh darah itu

    many thanks for your encouragement!

    saya kena cari balik artikel yang menerangkan tentang 'mereka' berada bersama aliran darah, tetapi tidak berada di dalam sel darah - lebih kurang begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajar untuk menyayangi 'darah'...
      Mengalir dan berdenyut...ada pasangannya.
      Apa dan dimana?

      Delete
    2. darah - daging

      darah - keturunan

      Delete
  4. Darah boleh menentukan watak seseorang.Anak keturunan akan mewarisi sebahagian sifat induknya.
    Anak susuan juga boleh berubah watak dan sifatnya dari ibu bapa kandung lalu mengikut watak ibu bapa susuan.
    Orang yang kehilangan darah akibat kemalangan dan sebagainya, yang menerima darah penderma juga ada menerima kesan dari sudut emosi dan saikologi. .
    Darah orang yang mati syahid terus 'hidup' bersama jasad.
    Ya, memang ada suatu misteri pada darah.

    ReplyDelete
  5. mohon bloglist kamu juga ya sdr wangsa oiii...hehe

    ops lupa,aslmkum tuan rumah...;)

    ReplyDelete
  6. Assalammu'alaikum...

    Sedarah sedaging,
    sehidup semati.

    Datang bertandang sambil mengenali si wangsa....

    :) hehehe...

    ReplyDelete
  7. w'salam AB yang sangat bertuah,

    dari darah menjadi daging....yup...benar sekali

    sedarah sedaging - juga sama dengan perumpamaan keluar dari rahim yg sama bg adik beradik

    aannnuurrr....

    ReplyDelete
  8. saudara wangsa yg budiman,

    sehidup semati.... apa maknanya???

    tq....

    ReplyDelete
  9. AB yang sangat bertuah,

    yang saya faham, seHIDUP..seMATI itu bila beberapa orang (contohnya suami/isteri) berjanji mahu menghadapi susah & senang bersama hingga kalau boleh mati pun nak bersama juga

    betul ke...??

    ReplyDelete
  10. Betul tu...tp makna sebenar ikut fahaman masing2lah...lain org lain ragamnya, lain fahamnya....

    Rujuk kpd istilah awal, "sedarah sedaging, sehidup semati" maknanya perkara yg berkaitan dengan satu keturunan dgn saka keturunannya.....istilah tersebut adalah satu bentuk perjanjian antara Manusia dengan Saka.

    Saka bermaksud pendamping, setiap manusia ada pendampingnya...dlm istilah arab digelar Qarin.
    Saka tak semestinya jahat, ada juga saka yg baik....

    ReplyDelete
  11. AB, definisi awak ni menakutkan sayalah...

    anyway...ia adalah satu realiti yang terpaksa diterima sama ada suka atau tidak

    tapi at least bila begitu caranya, maka akan lebih mudah utk kita memahami perjalanan saka itu sendiri

    mekacih AB...

    ReplyDelete
  12. Sama-sama.... Takutlah hanya kepada Allah...

    Berhati2 terhadap tipu muslihat musuh....
    Musuh2 kita :
    1. Iblis/Syaitan sipenghasud
    2. Nafsu sendiri sipengoda
    3. Dunia sipenipu
    4. Manusia yg suka berpura2 n pelupa....

    ReplyDelete
  13. AB, terima kasih diatas ingatan

    azazil tertipu dengan ilmu dan darjat yg Tuhan pinjamkan pada dirinya - semoga kita tidak angkuh macam azazil

    nafsu - hanya bila Tuhan laparkan nafsu, barulah nafsu mengaku Allah itu Tuhannya

    dunia - carilah sebanyak mungkin dunia tapi sebarkan semula kepada yang hak

    manusia - manusia yang serba jahil dan banyak kekurangan - lemahnya manusia

    ReplyDelete