Saturday, 4 February 2012

Tenaga Murni ~ Muhammad SAW


:: Tiada Tuhan Melainkan Allah
~ Muhammad Pesuruh Allah Yang Disuci

:: Engkau (Muhammad) umpama bulan purnama malah lebih berseri
~ Wajahmu umpama titisan air yang manis dan lazat

:: Wahai perhiasan dunia dan sasaran segala harapan
~ Siapakah pernah melihat lebih elok dari wajahmu?

:: Maka tiada anak cucu Hawa dari benih Adam
~ Dan hatta di dalam syurga tiada siapa menyamaimu

:: Kerana bahagianmu yang pertama umpama matahari dan keduamu bintang
~ Dan ketigamu umpama bulan purnama yang bulat dan bersinar

:: Dan keempatmu kafur wangi dan kelimamu umpama ambar
~ Dan keenammu permata yakut dan bakimu permata-permata yang lain

:: Kemudian jarimu yang lima itu ada lima erti
~ Ataupun yang demikian itu sebagai tanda-tanda perhatian

:: Jari tengahmu ialah Abu Bakar dan jari manismu Umar
~ Jari kelingkingmu Othman dan ibu jarimu Ali

:: Manakala jari telunjukmu ialah penyudah Rasul
~ Dan dia itu tiada lain ialah dirimu Nabi yang suci

:: Muhammad Pesuruh Allah dan Ka'bah Qiblatku
~ Dan ugamaku lebih tinggi dan mulia dari lain-lain ugama

:: Muhammad akan memberi syafa'at dan Allah sangat pengampun
~ Maka tiada Tuhan melainkan Allah dan Dia Maha Besar

:: Dan muga-muga Tuhan sejahterakan setiap siang dan malam
~ Kepada Ahmad yang terpilih disuci

1 comment:

  1. Allahumma solli 'ala muhammad wa aali muhammad :)

    ReplyDelete