~ Ya Tuhan, jadikan segala hal-hal kami sempurna
:: Dan berilah sentiasa pertolonganMu kepada kami
~ Dan sejahterakan Penunjuk kami (Muhammad) dan keluarganya
:: Dan sahabat-sahabatnya yang telah menyiarkan Ugama Islam
~ Dan mereka telah berusaha dan berperang bersamanya kerana Allah
:: Dan mereka telah pindah ke Madinah dan melindungkannya
~ Dan mereka telah menerangkan hukum-hukum Fardu dan Sunnahnya
:: Dan sentiasa berpandu pada Allah dan telah menang
~ Ya Allah sejahterakan mereka dengan semulia-mulia kesejahteraan
:: Yang mengharumkan alam semesta dengan sangat harum
~ Semerbak dengan haruman kasturi yang suci
:: Yang dengan sebabnya tersiarlah keredhaan Allah
~ Kurniakan kepada mereka kesejahteraan sebanyak bilangan pasir-pasir
:: Dan batu-batu dan bintang-bintang dan tumbuh-tumbuhan semuanya
~ Dan sebanyak beratnya segala gunung-gunung
:: Dan sebanyak titisan semua air dan semua hujan
~ Dan sebanyak semua daun-daun yang keluar dari semua pokok-pokok
:: Dan sebanyak semua huruf-huruf yang dibaca dan ditulis
~ Dan sebanyak semua binatang-binatang darat dan burung-burung dan ikan-ikan
:: Dan sebanyak bilangan sekalian jin-jin dan malaikat-malaikat dan manusia
~ Dan sebanyak bilangan semua biji-bijian dan semua semut-semut
:: Dan semua rambut-rambut manusia dan bulu-bulu binatang
~ Dan sebanyak segala apa yang diketahui olehMu
:: Dan sebanyak segala apa yang ditakdirkan olehMu
~ Dan sebanyak segala ni'mat-ni'mat yang telah Engkau kurniakan
:: Kepada semua makhluk-makhluk dari dahulu hingga akan datang
~ Dan sebanyak kemuliaan-kemuliaan yang Engkau kurniakan
:: Kepada sekalian Nabi-nabi dan sekalian Malaikat-malaikat
~ Dan sebanyak apa yang ada di dalam kesemuanya
:: Dan sebanyak apa yang akan ada hingga bila-bila
~ Pada tiap-tiap sekelip mata yang dikelipkan
:: Oleh sekalian penghuni segala langit-langit dan bumi
~ Sebanyak sepenuh segala langit-langit dan bumi
:: Termasuk segala apa yang ada pada 'Arasy dan Kursi
salam saudara,
ReplyDeleteamin...
terima kasih atas penulisannya..
bestnya baca...ya,yang menyempurnakan hal2 manusia dan segala makhluk adalah Tuhan,bukan makhluk itu sendiri...
kerana Tuhan itu Maha Sempurna...:)