Sunday 19 February 2012

Roh Warna-Warna Peredaran Alam



Tubuh manusia yang dijadikan oleh Tuhan boleh dibahagikan kepada 7 fungsi tenaga berbeza (chakra) yang diwakili oleh 7 warna berlainan:-

1-Spiritual - Sahasrara – violet
2-Sensual - Ajna – indigo
3-Komunikasi - Visuddha – biru
4-Jantung - Anahata – hijau
5-Sukses - Manipura – kuning
6-Emosi - Swadhisthana – jingga
7-Dasar - Muladhara – merah

Pada masa yang sama, Tuhan menciptakan peredaran alam (malam dan siang) itu kepada 7 bahagian waktu utama yang juga diwakili oleh 7 warna berbeza:-

1-1/3 malam - violet
2-subuh - biru
3-pagi - hijau
4-petang - kuning
5-lewat petang - jingga
6-senja - merah
7-selepas senja hingga tengah malam - indigo

Tuhan telah mensyariatkan solat fardu kepada 5 waktu utama. Ianya diikuti dengan  2 waktu solat sunat yang sangat digalakkan serta sangat afdal dilaksanakan. Kesemua waktu solat itu boleh dibahagikan kepada 7 masa berbeza yang berlaku pada kitaran sehari semalam:-

1-qiamullail
2-subuh
3-dhuha
4-zuhur
5-asar
6-maghrib
7-isyak

Kita boleh hubungkan diantara 7 bahagian masa dalam sehari dengan 5 waktu solat fardu dan 2 waktu solat sunat berserta dengan warna-warna alam berkenaan seperti berikut:-

1-1/3 malam – qiamullail - violet
2-selepas senja hingga tengah malam – isyak - indigo
3-subuh – subuh - biru
4-pagi – dhuha - hijau
5-petang – zuhur - kuning
6-lewat petang – asar - jingga
7-Senja – maghrib - merah

Mari kita lihat  pertalian harmoni diantara waktu solat dengan setiap chakra manusia yang dipengaruhi oleh warna-warna tertentu seperti dibawah:-

1-Chakra Spiritual  - Sahasrara – fungsi minda dan kerohanian – violet – Waktu QIAMULLAIL

2-Chakra Sensual - Ajna – fungsi penglihatan dan psikik –indigo - Waktu ISYAK

3-Chakra Komunikasi -  Visuddha – fungsi lisan  – biru – Waktu SUBUH

4-Chakra Jantung - Anahata – fungsi hati/jiwa – hijau – Waktu ISYRAQ / DHUHA

5-Chakra Sukses - Manipura – fungsi penghadaman  – kuning – Waktu ZOHOR

6-Chakra  Emosi- Swadhisthana – fungsi seksualiti  – jingga – Waktu ASAR

7-Chakra Dasar  - Muladhara – fungsi tulang belakang – merah – Waktu MAGHRIB


Berikut adalah penerangan lanjut tentang kepentingan menjaga pintu tenaga setiap chakra dimana secara tidak langsung Tuhan telah perintahkan suruhan tersebut dengan melaksanakan solat fardu yang 5 berserta degan 2 solat sunat yang afdal:-

1- Chakra Spiritual (Crown/Ubun-ubun) - Sahasrara – fungsi minda dan kerohanian– warna violet (ungu) – Waktu QIAMULLAIL

Pintu ini mewakili kebijaksanaan, pusat spiritual, fikiran-fikiran yang dinamik dan tenaga-tenaga alpha.
Jagalah pintu tenaga ini dengan bersolat malam supaya Tuhan rezekikan kita dengan kerohanian yang tinggi serta sentiasa  dapat berfikiran tinggi & positif.

Pintu ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya supaya iman & keyakinan kita kepada Tuhan sentiasa  teguh. Ini kerana roh itu ditiup melalui ubun-ubun dan ditarik juga melalui ubun-ubun.

2-Chakra Sensual (Third Eye / Mata Ke 3) - Ajna – fungsi penglihatan dan psikik – warna indigo – Waktu ISYAK

Pintu ini mewakili pusat untuk kebolehan psikik, minda yang tinggi & spiritual yang tinggi.
Jagalah pintu tenaga ini dengan bersolat isyak supaya Tuhan jadikan kita sebagai orang yang tahu apa yang diperlukan dalam kehidupan dan mampu melihat serta mengambil pengajaran daripada kehidupan orang lain pula.

Kebocoran tenaga pada pintu ini menjadikan kita resah gelisah serta menjadi ego yang tidak kena pada tempatnya (bodoh sombong).

3-Chakra Komunikasi (Throat/Leher)- Visuddha – fungsi lisan, pertuturan, penulisan dan perhubungan sesama manusia  – warna biru (biru muda) – Waktu SUBUH

Pintu ini mewakili pusat komunikasi sama ada melalui suara atau tulisan.
Jagalah pintu tenaga ini dengan bersolat subuh supaya Tuhan rezekikan  kita dengan kreativiti dalam penulisan, fikiran serta dapat menjadi pemimpin yang baik.

Kebocoran tenaga pada pintu ini menjadikan kita lemah semangat, tidak percaya akan kebolehan sendiri serta takut pada bayang-bayang sendiri.

4-Chakra Jantung  (Heart/Jantung)- Anahata – fungsi hati/jiwa – warna hijau – Waktu ISYRAQ / DHUHA

Pintu ini mewakili emosi, kasih-sayang dan sifat prihatin.
Jagalah pintu tenaga ini dengan bersolat sunat dhuha supaya Tuhan rezekikan kita dengan sifat peramah, prihatin serta sentiasa bersangka baik dengan orang lain.

Kebocoran tenaga pada pintu ini boleh menjadikan kita manusia yang paranoid, tidak tetap pendirian, takut untuk dikecewakan (tidak berani mencuba, cepat berputus-asa, takut mengambil risiko) dan tidak tahu menghargai kasih-sayang daripada orang lain.

5-Chakra Sukses (Solar Plexus/Perut)  - Manipura – fungsi penghadaman  – warna kuning – Waktu ZOHOR

Pintu ini mewakili kuasa peribadi (personal power), ego, ketekunan, kemarahan & kekuatan.
Jagalah pintu ini dengan bersolat zuhur supaya Tuhan jadikan kita sebagai orang yang ceria, bermaruah, mudah bergaul, menghargai kehidupan serta sanggup menghadapi cabaran untuk mencapai kejayaan.

Kebocoran tenaga pada pintu ini boleh mengurangkan keyakinan pada diri, terlalu memikirkan apa orang lain fikirkan tentang kita dan merasakan orang lain mengawal hidup kita.

6-Chakra  Emosi (Sacrum/Belly/Bahagian Peranakan/Kesuburan)- Swadhisthana – fungsi seksualiti  –  warna jingga (oren) – Waktu ASAR

Pintu ini mewakili seksualiti, kreativiti, pemikiran yang mendalam dan harga diri.
Jagalah pintu tenaga ini dengan bersolat asar supaya Tuhan rezekikan kita menjadi orang yang kreatif, berkeyakinan dan berfikiran terbuka.

Kebocoran tenaga pada pintu ini boleh menjadikan kita seorang yang suka mengongkong orang lain, berfikiran negative dan berfikiran tertutup.

7-Chakra Dasar (Root)  - Muladhara – fungsi tulang belakang – warna merah – Waktu MAGHRIB 

Pintu ini berkait rapat dengan kelangsungan hidup (survival), kerahsiaan dan keselamatan.
Jagalah pintu tenaga ini dengan bersolat maghrib supaya Tuhan akan menjadikan kita berjaya dalam hidup, dalam perniagaan dan juga dalam pekerjaan.

Kebocoran tenaga pada pintu ini boleh menjadikan kita seorang penakut, sering kecewa dan merasa tidak selamat.

Sesungguhnya kita bersolat hanyalah kerana Allah SWT semata-mata kerana ia merupakan suatu fardu yang diperintahkan secara terus kepada baginda Rasulullah SAW sewaktu Israk dan Mikraj.

Pada masa yang sama Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah menciptakan alam dengan sunnatullah yang sangat cantik dan indah, dipenuhi dengan pelbagai warna-warni, perhiasan dan kemudahan yang mengiringi setiap waktu solat itu dengan seribu satu rahsia dan kebaikan kepada  manusia.

Semoga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur di atas setiap nikmat kurniaan dari Allah SWT serta dapat memanfaatkan setiap waktu solat itu dengan sebaik-baiknya.

Rujukan dan bacaaan tambahan:

6 comments:

  1. salam sejahtera...
    terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  2. saya tidak faham "kebocoran" yang dimaksudkan... maksudnya kita xsolat kah atau solat tidak tepat waktunya ( cth: waktu isyak masuk jam 7.32 tapi kita solat jam 8) ataukah solat di luar waktu? (cth: qada solat akibat kelalaian)

    ikhlas bertanya,
    hamba ALLAH

    ReplyDelete
  3. as salam hamba Allah,

    istilah 'bocor' saya ambil dari blog master reiki dr. mir hazil, penerangan beliau adalah seperti berikut:

    "Kebocoran aura(frekuensi tenaga) boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Contoh punca kobocoran aura dari faktor dalaman adalah disebabkan dari gelombang perasaan / pemikiran negatif seseorang itu sendiri. Dengan bahasa mudahnya ’seseorang itu dengan sendirinya ”membuka laluan” untuk energi negatif masuk ke dalam lingkaran medan tenaganya (aura)’. Ini kerana aura juga memainkan peranan sebagai magnet selain dari perisai halus. Contoh kebocoran aura dari faktor luaran pula adalah disebabkan oleh pendedahan terlalu lama dengan peralatan yang menghasilkan Electro Magnetic Field yang tinggi. Sebagai contohnya komputer, telefon bimbit, pencawang penjana elektrik dll."

    'bocor' menyebabkan pintu2 chakra 'tersumbat' iaitu terhalangnya pengaliran keluar tenaga negatif dari dalam badan utk membuang segala unsur2 yg tidak baik. juga terhalangnya pengaliran masuk tenaga positif dr persekitaran yg dpt membantu kita utk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

    wallahu'alam
    ~ saya juga sedang belajar, sila perbetul apa2 yg kurang tepat

    ReplyDelete
  4. sambung....

    sst tenaga itu optimum diawal waktu, tenaga menjadi lemah bila tiba kepenghujung waktu. kita digalakkan solat diawal waktu supaya tubuh dpt menyerap seberapa byk tenaga pd waktu tersebut.

    pd masa yg sama, bersolatlah dgn sepenuh tumpuan fikiran dan perasaan kita semoga solat itu dpt membantu memperbaiki diri (menambah tenaga murni dgn asbab rasa2 takut,tunduk & patuh kepada Tuhan).

    ReplyDelete
  5. ooo.. begitu... Terima Kasih atas pejelasan n perkongsian ilmu ini...

    jazakallah Khairan kathira

    -HAMBA ALLAH-

    ReplyDelete
  6. bagaimana penjelasan aura yang non islam, apakah dengan tidak sholat aura seseorang itu akan negatif.........

    ReplyDelete