Monday, 19 December 2011

Ilmu RASA

Master chef masakan memberi tunjuk ajar bagaimana menyediakan makanan yang enak dan lazat..yum…yum..yummy mengikut apa yang dapat diRASA oleh deria LIDAH. Itu adalah ilmu RASA dalam bidang makanan dan minuman.


Ada satu lagi ilmu RASA yang terlalu penting untuk diambil berat dan diperhatikan…RASA HATI.

Aqal yang waras memberikan input yang baik kepada HATI untuk menjana RASA-RASA yang  bermanfaat.


Maklumat mengenai nasib anak-anak yatim di rumah-rumah kebajikan menerbitkan RASA kasihan kepada mereka. Lantas HATI meRASA bertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim. HATI akan meRASA bersyukur diatas kurniaan rezeki dari Ilahi. HATI juga akan meRASA amat kerdil kerana Tuhan masih lagi sudi meminjamkan sejumlah rezeki walaupun diri sering lalai dan leka membuat dosa. HATI meRASA berdosa kerana jarang bertaubat di atas kesalahan..HATI meRASA……..HATI meRASA…….etc  dan sehingga seterusnya maka HATI lah yang akan meRASA.

Hidup adalah RASA HATI dengan berpandukan aqal yang waras.


Ya TUHAN, bantulah kami untuk hidup dengan RASA-RASA HATI yang baik lagi bermanfaat.
Maka benarkan seperti apa yang telah ditulis oleh seorang wali besar disuatu ketika dahulu – mengenal diri itu adalah dengan melalui RASA hati. 

No comments:

Post a Comment