Saturday 13 July 2013

Catatan Radiah Sari - Titiwangsa itu adalah Titian Bangsa





kepada radiah sari yang dikasihi:
~ terima kasih diatas perkongsian 'amazing idea' sdri
~ izinkan saya kongsikan semula di alam maya semoga ia boleh menjadi asbab utk merungkai persoalan serta membuka jawapan walau masih belum sempurna
~ semoga sudi berkongsi lagi sambungan 'amazing idea' sdri dimasa akan datang



CATATAN RADIAH SARI - TITIWANGSA ITU ADALAH TITIAN BANGSA

Kalau disingkap dari perkataan "Titiwangsa" ia menjerumus kepada Titian Bangsa. Atau mungkin juga Tunggak Bangsa seperti perkataan "Nusantara". Mungkin suatu masa dahulu banjaran inilah yang menjadi laluan untuk suatu bangsa ke serata buana.

Kalau dikaji dari sudut keratan rentas, mata mengadap ke utara dan membelangkangkan Kota Singa (Singapura) , muka bumi Survabumi (Semenanjung Malaysia) lebih landai di barat curam di timur. Bahkan air dari Sunda mungkin tidak pernah melimpah dan mengelangi kota itu.

Tabut yang hilang dari umum itu juga tidak ditemui. Nuh juga yang mengangkat beliung dari daerah bawah yang dalam itu.



Mungkin juga persinggahan bahtera itu sebagai misi melepaskan Sam ke Mayan, Yasfit ke Utopia dan Ham ke Madasgar. Biarkanlah Manuseh di sini. Kerana Manusehlah, Ibu Kemenyan (Keturah) itu akan datang. Perjalanan mereka melalui Titian Bangsa ini tidaklah sesukar Sam. Kerana Sam perlu merentasi air yang di bawah adalah daerah kelahirannya.

Sedangkan di Mayan itu terdiri dari orang-orang yang terdahulu yang juga mengetahui tentang bah itu. Mereka juga tidak senang malah tidak bersekongkol dengan kemajuan yang memusnahkan kasih sayang antara ciptaan-ciptaanNYA. Melayulah mereka itu ke daerah yang terpencil dengan segala pengetahuan alam dan mistik.



Berdirilah bangunan-bangunan itu (piramid mayan) seperti terdahulu di daerah-daerah asal mereka dengan segala simbol dan palavi. Dijadikan kepala bangunan itu yang dibuat dari logam (emas). Itulah juga logam yang banyak di Survanaburmi itu.  Bangunan-bangunan itu bukanlah sebagai sembahan atau ritual tempat permujaan. Ianya hanya sebagai sebuah Peti Kuasa yang besar yang dapat mengalir tenaga ke seluruh kota-kota itu.

Logam itu hanyalah sebagai joran yang mengumpan tenaga yang tersimpan yang telah tersedia ada di alam buana ini sejak ianya dicipta oleh Sang Maha Pencipta. Hanya mereka yang bertujuan memanipulasi dan mengawal kehidupan manusia atau jiwa melayu itu yang akan berkata bangunan-bangunan itu sebagai tempat permujaan atau makam pembesar mereka. Merekalah pembesar! Pembesar menutup dan menghilangkan fakta.



Dengan terdirinya bangunan itu maka seluruh kota itu dapat dialirkan tenaga yang telah dipancing tadi. Maka teranglah dalam bangunan itu dengan lampu-lampu yang terlekat di dinding tadi tanpa wayar. Wireless. Tapi jangan sekali-sekali melintasi mengunakan pesawat yang dijanakan dari minyak hitam (kapal terbang moden yang menggunkan minyak petrol - fosil) melalui bangunan-bangunan itu.



Pasti bercelaru penunjuk aras maka terhempaslah pesawat anda. Melainkan mengunakan pesawat piring (piring terbang) itu yang menggunakan tenaga yang sama. Isyarat dari tenaga itu sendiri sudah memberi tahu bahawasanya tenaga minyak hitam itu membawa bencana.




Sedangkan tenaga dari alam semulajadi (tenaga hijau - green technology) jualah yang membawa kemakmuran kerana ianya percuma hadiah dari Sang Maha Pencipta untuk ciptaan-ciptaanNYA.



Tidak hairanlah hingga ke hari ini pasti kesan medan aliran tenaga ini terjadi dititik tertentu di Titian Bangsa ini. Sudah pasti di titian ini terdahulunya bangunan ini (piramid melayu) dicipta dari yang lain-lain kerana Manuseh di sini, menetap tidak bergerak.

Sedangkan yang lain dengan pengikut-pengikutnya bergerak melalui titian ini ke seluruh buana seperti yang telah diwatikahkan. Begitulah Yasfit dan pengikut-pengikutnya yang darinya datang Brhma itu. Di zaman Brhma itu pula terkenal pembesar-pembesar dengan gelaran Firaun itu (kaitan hubungan diantara raja2 Mesir kuno dengan warga nusantara)



Maka tertipu umat Melayu itu seluruh dunia dengan tenaga minyak bawah tanah (penggalian telaga minyak petroleum yang bersumberkan fosil) yang menjana kuasa segala-galanya hari ni oleh budak-budak suruhan Al-Taus itu. Budak-budak suruhan Al Taus itulah yang menguasai segala lubuk-lubuk minyak hitam di buana ini.



Begitu juga di Survanabumi ni. Walaupun melangkau usia Pak Tua itu, tapi tetap gagah menasihati untuk menguasai dan mengepalai hasil minyak di Survanabumi. Dituruti pula anaknya.



Ditipunya lagi umat manusia umat Melayu oleh mereka itu dengan nilai jati yang tinggi untuk logam (emas) yang menjadi pengalir yang terbaik untuk tenaga percuma itu. Dinilaikan pula kertas tukaran cetakan (wang kertas fiat) mereka dengan logam tersebut. Habis dikuasai kehidupan umat manusia itu oleh budak-budak suruhan Al-Taus ini. Maka tertutuplah rahsia atau tersimpanlah kunci hidup yang bebas penggunaan tenaga percuma dengan nilai yang tinggi untuk logam itu.


Maka minda dan fikiran mereka pasti terfikir logam berharga untuk kertas. Kertas berharga untuk menjalani kehidupan bukannya logam itu berharga untuk menjalankan kehidupan. Pasti ada yang tidak percaya bahawa logam itu berharga sebagai perantara tenaga percuma itu yang dapat ditukar dalam bentuk komunikasi sebagai penerima (rahsia penggunaan logam emas bukan saja sebagai mata wang tetapi sebagai penerima tenaga hijau yang terjana dari binaan piramid).



Kembali ke Titian Bangsa.....

Maka terdirilah kerajaan-kerajaan umpama kayangan di banjaran ini (Titiwangsa) alsebab pengetahuan yang luas dalam ilmu tenaga tersebut (tenaga hijau lagi percuma hasil janaan piramid). Hampir segalanya diapungkan bila mana tenaga yang berpusat dan bermedan berskala besar itu dapat diarahkan kepada sesuatu jasad maka hilanglah tarikan ke bumi! Kayanganlah mereka itu dengan jasad yang dinaiki melangkau masa! (pesawat terbang di zaman dahulu  diapungkan dan digerakkan dengan menggunakan tenaga hijau aka piring terbang)



Bahkan dengan pengaliran tenaga yang ada, besi yang degil itu juga dapat dilenturkan dengan mudah. Lahirlah juga pandai besi yang dengan mudah membengkok-lentur besi itu. Ilmu tenaga yang ada diwarisi dan dikembangkan di titian ini hingga seorang Raja dapat memerintahkan semut malah jin (Raja Sulaiman). Hingga menjenguk Si Jelita (Puteri Balkis) jauh di bawah cerminan yang didalamnya gemala Naga Sakti terkunci!



saya petik bait-bait  'rasa' oleh seseorang dalam artikel Kita Makin Suntuk  oleh sdr OrgOrg

Anonymous said...

'Rasa' itu hampir meledak......
di puncak alternya.......si macan galak.......
lantaran asakan demi asakan.......

-switch on the power-

July 13, 2013 at 6:31 AM







15 comments:

  1. Salam,
    Teringat hamba akan 'hikayat indera putera' jika tidak tersilap akal.
    Indah nian sekali barang sifat yang dikata.
    Rupa yang cantik lagi pelik dinyata buat kita bani akhir lagi terakhir ini.
    Arakian ramainya si tukang 'pandai logam' menzahirkan seni alamnya dikala itu.
    Barang muncul kembali mungkin akan rupa dan sifat dizaman itu kealam akhir kita ini.

    'nur muhammad sallallah x2'

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Putera Senja,

      sdr mengingatkan saya kepada buku2 hikayat melayu yg saya suka baca dulu..anggun cik tunggal, malim deman dll

      hahaha..rasa macam nak baca buku2 tu semula sebab byk klu boleh dijumpai dalam cerita hikayat2 tu...

      yup....boleh juga kita katakan bahawa hikayat2 tu yg ada menceritakan tentang kayangan, alat2 kesaktian dll merupakan cerita sains fiksyen versi orang melayu dahulukala

      Delete
  2. ya... bagi saya pembinaan pyramid itu bermula dari mereka yang menganuti agama hanif...teknologi dan pengetahuan yang diberikan oleh yang esa di gunakan secara harmoni dengan alam.

    Munkinkah peninggalan pyramid yang ada disekitar dunia ini sebagai landmark kepada betapa universalnya islam itu...bagi kita untuk berkifir..

    Mindkin, pyramid dahulu digunakan untuk menjanakan tenaga murni yang ada ...munkin untuk memesongkan arah angin, menstabilkan alam, menyuburkan pertanian... supaya ecosistem dan manusia exist secara holistic dan balance

    Munkinkah, ketemadunan mereka -mereka yang hidup di pyramid -pyramid tersebut pupus/hilang antara lain,, kerana mereka disogok kan oleh kemewahan/penipuan dunia dan terlupa kepada yang esa... atau mereka terlalu bangga dengan pencapaian mereka hingga mereka memanggil diri mereka sebagai tuhan..
    bila ini berlaku... tenaga yang ada telah dicemar... tenaga tidak lagi murni dan tumbuh-tumbuhan mulai layu, cuaca tidak lagi menyebelahi mereka...eko sistem mula bercelaru... air tercemar sehingga mereka yang hidup disana secara perlahan-lahan meninggalkan kota pyramid mereka ...tenaga murni yang ada munkin tidak cukup kuat untuk menandingi tenaga tercemar yang ada atau munkin ia akan mengambil masa terlalu lama untuk meneutraliskan kembali tenaga tercemar itu kepada tenaga murni sehinnga penduduk meninggalkan kampung halaman mereka bagi kelangsungan hidup mereka. Dan apabila mereka ketempat baru, munkin ilmu teknologi atau pemahaman kepada penjanaan tenaga murni itu telah meninggalkan dada mereka... kerana perbuatan mereka itu jua

    Pada saya pyramid itu tidak bermakna tanpa teknologi untuk menjanakan/menambahkan tenaga murni yang ada di dalam pyramid bagi penggunaan/kebaikan alam sejagat.

    Pyramid bertindak sebagai penjana... ia boleh digunakan untuk kebaikan atau sebaliknya

    Apa-apa penjana yang ada didunia ini memerlukan bahan pemankin... apakah pemankin itu...yang boleh mencetus, menyimpan, menyalurkan dan mengitarkan tenaga murni?????

    Pendapat saya munkin tidak tepat atau betul sama sekali.... tapi saya percaya bahawa bahan pemankin itu ada dikebanyakan negara-negara islam... apakah dia...samaada boleh mencari, menemui, memahami serta menggunakannya...

    Neuhun


    ReplyDelete
  3. Alahai dalam filem arahan Jackie Chan ada tayangkan kota Shih Huan Ti ni terapung disebabkan medan tenaga besar yang di jana oleh tenaga dari batu macam magnet didalam gunung apa ke nama citer tu aku da lupa filem arahan Jackie Chan

    ReplyDelete
  4. 14 july 2013 08.16

    Pada saya pemankin itu bukanlah batu magnet... tapi sesuatu yang perlu dicari dengan kembali kepada yang esa

    neuhun

    ReplyDelete
  5. Catalyzer itu kemungkinan emas putih atau bahasa saintifik nya irridium yang banyak terdapat dalam udara kita sedut.Itu sebab salah satu disiplin dlam ilmu Malayu Tua ialah Ilmu berkenaan nafas.Sebab nafas itu adalah juga Tenaga yakni Cahaya.Emas kuning dan emas putih mana lagi mahal ? Emas juga lah Asbabnya

    ReplyDelete
  6. mmm...very interesting... pertalian antara irridium and nafas... terima kasih untuk perkongian ini

    neuhunn

    ReplyDelete
  7. saya kopi-pasta dari artikel OrgOrg:

    http://oraclekini.blogspot.com/2013/07/kita-makin-suntuk_11.html

    piramid disemenanjung yang sentiasa menjadi tanda tanya itu, bentuknya bukanlah seperti mana binaan lain diseluruh dunia.

    fungsi piramid adalah sebuah penjana kuasa dibawah piramid terdapat HEAVY WATER EMAS dan URANIUM.

    ia menghasilkan tenaga hijau yakni wireless energy kepada apa jua peralatan yang perlukan tenaga.

    kedudukan piramid adalah amat berkaitan dengan kedudukan bintang dilangit serta ley line tenaga dibumi.

    niklo tesla antara manusia yang mengkaji pekara ini. tertapi bukan beliau pelopor kepada free energy.


    anyway, what is heavy water emas & uranium tu ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. based on random reading:

      heavy water tu mcm modified water. selalu kita belajar air=H2O tapi heavy water=D2O (2deuterium + oxygen). heavy water biasa digunakan dlm reaktor nuklear. tapi tak jumpa apa2 psl heavy water gold. klu ada pun perkaitan yg dijumpai hanyalah kajian menghasilkan partikel emas menggunakan heavy water.

      uranium sejenis atom yg mempunyai banyk isotope dgn pelbagai kegunaan. antaranya dlm bidang senjata nuklear

      Delete
    2. heavy water menyejukkan
      emas bertindak sebagai rod

      didalam reaktor nuklear mereka guna sumber air mentah sebagai cooling reaktor

      heavy water mempunyai ketumpatan tinggi tidak mudah meruap seperti air biasa, kos tinggi utk menghasilkannya, jermen adalah satu2 negara yg mula mula mereka cipta air ini

      orgorg

      Delete
  8. heavy water melibatkan process 'Cold Fusion'

    ReplyDelete
  9. Adakah ia melibatkan keadaan lebihan air melimpah ke udara dan menggalakkan mengudaraan yang lebih efektif, bersih dan sihat seperti salah satu process tenaga Qi bagi feng shui

    ReplyDelete
  10. terima kasih diucapkan kepada kengkawan maya yg sudi mengembangkan idea ttg penjanaan tenaga drpd piramid

    heavy water - emas - uranium - merupakan kata kunci yg boleh membuka pintu rahsia tenaga piramid

    namun yg paling signifikan pastinya ialah tenaga percuma (free energy) yg mungkin dpt dihasilkan drpd piramid dan ia menjadi buruan para teknologis dan teknokrat yg mencari2 sumber penghasilan tenaga baru bg menghadapi krisis tenaga yg mungkin berlaku di masa depan

    selamat meneroka pyramid free energy....!!

    ReplyDelete
  11. star gate ada di kedah bro.

    ReplyDelete