Assalamualaikum Cikgu Srikandi....
Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..
Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....
Friday, August 13, 2010
##-NOTA
CIKGU SRIKANDI
~Orang Jawa pada umumnya bersifat kasar dan
berani.Hati mereka kering.Mereka cepat emosi.Mereka juga bersifat menonjol
berbanding etnik-etnik lain.Mereka rajin dan kreatif.
~Berlainan dengan Malaysia, pendekatan
mereka lebih lembut
~Bangsa Melayu di Malaysia terdiri dari
etnik Kedah, Perak, Kelantan sekadar menyebutkan beberapa nama memiliki emosi
lebih bertolakansur
~Anda tahu panggilan purba kepada bangsa
Melayu di semenanjung? Iaitu SIAM ASLI
~Dari mana perkataan Siam ini diambil? iaitu dari Benua Siam,di mana antara
persinggahan
pertama Deutro Mala sebelum mereka bergabung dengan Proto Mala dan
Deutro Mala yang mengambil jalan laut untuk sampai ke 'Promised Land'
~Deutro Mala yang mengambil jalan laut inilah
yang membentuk kaum Jawa hari ini
~Dari Tanah Kanaan mereka berlayar hingga
ke Tanah Jawi, tepatnya di Sungai Musi
~Cabaran di lautan menyebabkan kaum Jawa
lebih lasak dan tegas dalam hidup
~Berbeza dengan Deutro Mala yang mengambil jalan
darat, mereka banyak bertemu dengan pelbagai bangsa di sepanjang perjalanan
mereka, berasimilasi dan banyak berdiplomasi
~Jika mereka tidak pandai dalam hal
bertolakansur atau diplomasi, sudah tentu mereka akan lenyap sebelum sampai ke
Yunnan seterusnya ke Benua Siam dan semenanjung
~Jadi kita boleh lihat mengapa tabiat bangsa
Nusantara di Indonesia dan Malaysia berbeza dari segi sikap
##-Kajian Strategi The Wise Man of Antichrist
~Sepanyol dan Portugis adalah dua
buah kuasa
maritim awal Eropah zaman kolonial
~Saya rasa anda sudah maklum tentang Columbus
yang berusaha untuk mencari India namun terjumpa Amerika dan panggilan
'Indian' kepada kaum pribumi Amerika yang disangka Columbus ialah orang-orang
India masih lekat sehingga ke hari ini
~Mengapa Columbus berkeras mahu menjumpai
India melalui jalan laut? Ini kerana dia menerima arahan dari atasannya
~Sebab itu Columbus pernah dihukum kerana gagal
menemui jalan ke Timur seperti yang diharapkan
~Mengapa bangsa-bangsa Eropah ini
berlumba-lumba untuk mencari jalan ke Timur?
~Pola sebenar Imperialisme adalah
INPERIALISME KE ATAS ASIA TENGGARA tepatnya Kepulauan Tanah Melayu
~Anda boleh lihat selepas kejayaan Magellan
menjumpai Filipina, kerajaan Sepanyol cepat-cepat menghantar tenteranya untuk
menduduki Kepulauan Filipina
~Anda pernah dengar slogan Gold,
Gospel dan Glory? Gospel adalah tujuan utama The Wise Man
~Imperialisme adalah strategi awalnya
sementara para sarjananya menulis pelbagai buku dan tesis tentang pelbagai idea
dan gagasan sosiopolitik
~Dari sini timbul IDEOLOGI
~Liberalisme, Fasisme, Komunisme dan
Nasionalisme sekadar menyebut beberapa contoh adalah percaturan
The Hidden Hand untuk memecahkan negara-negara di zaman imperialisme
~Soalannya sekarang, apakah tujuan
nasionalisme?
TUJUANNYA
IALAH UNTUK MENGHINDARKAN KEBANGKITAN ISLAM
~Kita boleh kaji pola selepas imperialisme
~Negara-negara yang sukar ditakluk sepenuhnya
seperti China dipaksa menganut faham Komunis
~Di negara-negara yang dijajah, nasionalisme
disuburkan
~Dengan cara ini 'nasionalisme Islam'
hampir tiada atau tidak kedengaran langsung.Ditidurkan dengan lenanya
~Semua orang bercakap tentang demokrasi, nasionalisme,
perjuangan bangsa,hidup bangsa dan sebagainya
~Soekarno menganggap Malaysia bakal menjadi
proksi Inggeris sedangkan pada masa yang sama Indonesia bakal menjadi proksi
Komunis
~Permainan catur The Hidden Hand amat licik!
~Mereka menganggap Malaysia adalah perancangan Inggeris, namun sebenarnya …………..
MALAYSIA DAN INDONESIA ADALAH PERANCANGAN
BELANDA DAN INGGERIS.
~Mengapa tidak Belanda saja memegang Malaysia?
~Mengapa tidak Belanda saja memegang Malaysia?
~Mengapa Belanda mampu menakluk apa yang
dinamakan sebagai Indonesia yang luas itu namun tidak berani menjajah Tanah
Melayu
CUBA
FIKIRKAN
~Jika Belanda saja yang memegang Nusantara, apabila
zaman Imperialisme berakhir, Belanda pasti akan melepaskan Nusantara dan
hasilnya ialah sebuah NEGARA YANG BESAR!
~The Hidden Hand telah menghantar negara-negara Eropah yang berbeza untuk menjajah Alam Melayu
~Belanda dan Portugis telah sampai dahulu ketika Sepanyol telah mula mendapatkan Filipina
~The Hidden Hand telah menghantar negara-negara Eropah yang berbeza untuk menjajah Alam Melayu
~Belanda dan Portugis telah sampai dahulu ketika Sepanyol telah mula mendapatkan Filipina
~Namun Belanda dan Portugis meninggalkan
Tanah Melayu begitu sahaja tanpa menjajahnya, padahal Portugis nampaknya hanya
berminat dengan pelabuhan Melaka
~Belanda mampu berperang dengan orang-orang
di Suvarnadvipa atau Malayadvipa (Pulau-pulau Indonesia) namun tidak di
Suvarnabhumi (Semenanjung Tanah Melayu)
BELANDA MENUNGGU ORANG LAIN UNTUK
MENJAJAH TANAH MELAYU!
~Apabila Imperialisme tamat, Alam Melayu berpecah kepada beberapa negara!
~Apabila Imperialisme tamat, Alam Melayu berpecah kepada beberapa negara!
Darah
bergenetik nusantara
Mekacih
cikgu srikandi…
Baru ku
sedar dan tahu kenapa sedari dulu aku ini sangat degil dan keras hati orangnya
Habis
semua pengurus2 cina tu aku ‘tebas’ kalau mereka itu sengaja mengusik atau
men’jentik’2 telinga ku…..
Ahhh…..peduli
apa aku dengan pangkat mu…..kau tidak menghormati orang….cakap melenting2 macam
aku berhutang dengan kamu saja…………nah…!!! aku ‘tebas’ kamu dengan kemarahanku
pula….hahaha
Kau
ingat orang malayu ni kurus cekeding layu mata terkebil2 tak tahu apa???…suka2
saja kamu nak memarahi orang malayu
Tetapi
pada masa yang sama aku ni baik juga orangnya….huhu
Asalkan
kau boleh hormat dengan orang lain, kau cakap baik2, kau buat keja kau, aku
buat keja aku…..ok no hal….lai…lai….lai….wa tolong lu….lu tolong gua….
Hhmmmm………………rupa2nya
darahku ini bercampur diantara dua darah deutro mala yang berjalan melalui
gunung ganang tanah daratan untuk sampai ke promised land dengan deutro mala
yang mengharungi lautan lepas yang ganaz untuk sampai ke kepulauan2 di sekitar
promised land
Ini baru
campuran dua deutro mala, bagaimana dengan anak2 bergenetik nusantara yang
darah mereka sudah bercampur2 dari pelbagai bangsa dan keturunan……………
Namun
ketauhidan dan pegangan orang malayu itu selamanya adalah – “tiada daya upaya
serta kuasa melainkan dengan keizinan Tuhan sahaja”
Sebab
itu jugalah Nabi yang mulia sentiasa mengingatkan bahawa iman itu tidak mengira
bangsa dan keturunan. Orang yang paling baik ialah orang yang paling banyak
melakukan kebajikan serta memberi manfaat kepada manusia serta makhluk yang
lain
Misteri gugusan kepulauan alam melayu
Renungkanlah
dalam2 kedudukan strategik yang Tuhan taqdirkan ke atas kepulauan melayu
Jika
dulu kita belajar geografi semata2 nak
lulus periksa serta ia memang sudah termaktub didalam sukatan pelajaran, maka
pergunakanlah semula ilmu alam itu utk mengkaji, meneliti, melihat dengan mata
hati akan ‘sesuatu’ yang tersembunyi dan
misteri disebalik kedudukan geografi alam melayu itu
Cikgu
sri ada menyebut bahawa alam melayu itu terdiri drpd sekian banyaknya pulau
melangkaui dari madagaskar sehingga ke hawaai
Jejak2
bangsa misteri itu ada bertaburan diserata pulau2 tersebut
Terlalu
banyaknya hikmah, nikmat serta pengajaran yang Tuhan sediakan, berikan serta
amanahkan kepada kita dengan asbab alam melayu itu terdiri dari sekian banyaknya
pulau
Cuba
kita bandingkan dengan negara asal adik-adik beradik berlainan bangsa – benua
india serta tanah besar cina yg terdiri drpd sekian luasnya tanah daratan
saujana mata memandang yang majoritinya dipenghuni oleh etnik2 dr satu bangsa
sahaja – maka alam melayu mempunyai banyak kelebihan dari segi pendedahan
kepada dunia maritim dlm menguasai kemahiran ilmu lautan, perdagangan
antarabangsa serta perhubungan diplomatik dengan sekian ramainya bangsa2 dr
negara luar
Saya teringat
kisah warga cina serta warga india yang berhijrah ke singapura
Si cina
tidak tahan dengan bau masakan kari oleh si india kerana mereka tinggal berdekatan
di apartment yang sama
Kes ini
terpaksa dipanjangkan kepada seorang menteri singapura berbangsa india
Jalan penyelesaiannya
ialah si india hanya boleh masak kari pada waktu2 tertentu sahaja…kasihannya
dia
Tetapi
perkara diatas mungkin tidak akan berlaku di tanah bertuah ini
Seorang rakan
cina di pulau pinang dengan bangganya berkongi pengalamannya di dalam sebuah
akhbar beberapa tahun lepas seperti berikut:
“ kenapa
ahli politik asyik memainkan isu perkauman. Pada saya di peringkat rakyat
bawahan, tiada langsung masalah perkauman, saya masih boleh duduk semeja dengan
rakan2 saya, saya ( cina) boleh saja makan capati, rakan saya (india) boleh
saja makan laksa serta seorang lagi rakan (melayu) boleh saja makan wan tan mee
tanpa sebarang masalah, kami bersembang bersama2 serta saling faham-memahami dengan penuh mesra dan muhibbah”
Satu
kata kunci yang amat penting kepada mana2 manusia yang Tuhan taqdirkan dapat
tinggal di tanah malayu ini ialah – asimilasi
Kemahiran
serta kelebihan asimilasi itu menjadikan usaha zionis serta jesuits utk menakluki bangsa
misteri ini agak sukar terutamanya dlm misi mereka memburu saki-baki keluarga
Nabi yang dipercayai mendapat perlindungan di alam melayu
Ia
seumpama mencari sehelai daun emas di dalam kehijauan serta ketebalan hutan
hujan khatulistiwa – seperti yang pernah ditamsilkan oleh seseorang dlm
komennya di Mistisfiles
Semua
kuasa imperialis barat terpaksa bergabung tenaga demi untuk melaksanakana agenda pecah-perintah keatas sekian banyaknya
negara-kota di kepulauan melayu
Maka akhirnya satu
demi satu negara-kota jatuh ketangan musuh namun ia bukanlah secara total
Tidak
bermaksud utk cuba menafikan penjajahan
yang telah berlaku keatas kita, namun melihat perjuangan warga nusantara
mempertahankan tanah air tercinta dari sudut yang berbeza adalah penting agar
kita tidak terus jatuh lemah longlai tidak berdaya lantas terus menyerah kalah
kepada keadaan semasa
Cikgu
sri ada menyebut bahawa asbab pertama dan utama kerajaan melayu jatuh
ketangan musuh adalah kerana penghianatan dari dalam
Ia
bermula seawal kejatuhan kerajaan champa dimana pegawai perbendaharaannya telah
menerima rasuah dengan sekian banyaknya pemberian harta oleh pihak musuh demi
utk menerobosi tembok kota yang kukuh
Ia berulang
semula dikala temasik jatuh ke tangan majapahit bila mana seorang penghianat
telah membuka pintu kota bagi membenarkan tentera musuh menyerang serta
menawan kota tersebut
Begitu
juga dengan peristiwa sadis kejatuhan misteri kota melaka yang sehingga kini
masih menghantui kita bila mana armada laut
melaka menghilangkan diri setelah beberapa hari portugis berhempas-pulas
mahu berputus asa menyerang melaka
Dan
peristiwa penghianatan dari dalam itu berulang semula pada tahun 1998 bila mana
seorang pegawai tertinggi kerajaan malaysia bersekongkol dengan penyangak
matawang mahu menggadaikan kedaulatan negara demi untuk mendapatkan
pinjaman dana asing dari IMF semasa krisis ekonomi melanda dunia
Namun
tun m aka maha-firaun aka maha-perahu itu dengan berani telah mengikat ringgit
malaysia agar tidak dijual-beli sesuka hati oleh penyangak mata-wang dunia itu
Setelah
tun m turun dari tampuk pemerintahan semenanjung emas, maka thh telah mengambil peluang semaksima mungkin
bermodalkan sihir demokrasi meratah segala apa yang boleh demi untuk
mengkucar-kacirkan negara serta terus melemahkan orang melayu serta warga
malaysia
Ia seolah2
membayar dendam yang sekian lama terpendam dek kerana ketegasan pemerintahan
tun m dlm menjaga keharmonian negara pelbagai bangsa ini
Perpecahan
sia-sia dikalangan warga melayu dari segi fahaman politik nampak semakin
meruncing, ditambah dengan sifat batu api agen2 thh yang sengaja bermuka2 serta
berpura2 berbuat baik kepada pihak2 yang saling bersengketa itu
Perpecahan
itu nampak seperti sudah tidak dapat dibendung lagi, namun disebalik tiupan
sihir demoraksi itu, masih ada bara api iman senipis kulit bawang yang merah
menyala membakar semangat mahu menjaga islam serta mengenepikan kepentingan
diri
Perjuangan
kehidupan pada hari ini adalah untuk kelangsungan
generasi masa hadapan
Biarlah dengan
berbekalkan iman senipis kulit bawang ini maka anak-cucu akan datang menjadi
pembela agama yang kental imannya kepada Tuhan serta RasulNya
Kita
berbangga dengan tok kenali, mat kilau, tuan tulis, tok ku paloh, dato bahaman
serta ribuan pejuang berhati wali yang telah berkorban dan terkorban demi untuk
survival iman warga nusantara hingga kehari ini, maka
kita perlu terus berjuang mempertahan serta memperbaiki iman demi anak-cucu
kita di masa hadapan
Cukuplah
negara seberang itu dengan caca-marba ketauhidan warga mereka, boleh saja
berlainan agama mendirikan rumahtangga bersama
Cukuplah
negara filipina yang warganya itu benar2 sudah menjadi orang lain, bangsa lain serta beragama lain, mereka seumpana
rakyat turki yang hanya boleh berbicara bahawa dulunya nenek-moyang mereka
sebenarnya berbangsa malayu serta beragama islam
Cukuplah
temasik itu sudah bertukar rupa menjadi zionis kecil ditengah2 gugusan kepulauan
melayu
Cukuplah
dengan kebanyakan tapak negara-kota purba malayu itu berada di bumi thailand,
segala khazanah serta budaya sudah diambil serta dithailandkan semuanya
Cukuplah
tapak tamadun purba malayu di kemboja
dan vietnam itu kini menjadi bekas pemerintahan komunis, bertatih sedikit demi
sedikit keluar dari lubuk kemiskinan serta kesusahan
Dan cukuplah
dengan persengketaan sia-sia yang kita ciptakan sesama sendiri di tanah bertuah
ini
Kita mulai
dengan langkah pertama serta langkah seterusnya…..sayangi warga kita sebagaiman
kita menyayangi diri kita sendiri…..doakan yang terbaik dan yang baik2 sahaja buat mereka setiap masa dan jadikan islam
itu benar2 penguat hubungan diantara warga
Jadikan Tuhan
dan Rasul itu benar2 sebagai sumber kekuatan kerana sebenarnya kita hanyalah seorang hamba yang lemah dan tidak berdaya
Wallahu’alam
Terima
kasih MO & Cikgu Srikandi.......