Monday 22 October 2012

Ulangkaji ATBM - 06




Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

  
Friday, August 13, 2010
Alter Terahsia Bangsa Melayu IV

##-NOTA CIKGU SRIKANDI

~Catatan Yunani, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan China menunjukkan tamadun Melayu hebat dengan teknologi perkapalan dan persenjataan mengatasi bangsa-bangsa lain pada zaman abad ke-2 M hingga abad ke-16 M.

~Sebenarnya dalam zaman Portugis itu memang tercatat dalam tulisan Portugis yang menyatakan tukang-tukang Melayu dalam membuat kapal yang dibawa ke negaranya untuk dipelajari teknologi perkapalan itu.

~Cerita kehebatan Melayu dalam pelayaran terbukti dengan kisah rakaman Sepanyol terhadap seorang ahli pelayaran Melayu yang digelarnya ‘Si Henry Hitam’ (Henry The Black/Enrique) yang dijadikan pembantu penting Magellan mengelilingi dunia.

~Catatan Belanda menyebut teknologi meriam Melayu Petani, iaitu Patani sekarang, warisan kerajaan Melayu Langkasuka pada abad ke-17, adalah lebih hebat daripada meriam Belanda apatah lagi Siam, iaitu Thailand sekarang yang pernah berpakat menyerang Petani beberapa kali tetapi gagal.

~Catatan Portugis menyatakan kapal perang dan meriam tentera Melaka lebih canggih daripada ciptaan mereka dan bangsa Eropah lain tetapi kerana Melaka tetap dapat dikalahkan menerusi strategi perang,konspirasi kotor dan rasuah, maka jiwa-jiwa Melayu hingga sekarang pun merasakan bangsanya memang inferior dalam teknologi ini (ketika itu armada laut Melaka tidak menyertai peperangan akibat konflik Laksamana dengan Sultan,jadi peperangan di Melaka ketika itu hanya disertai oleh askar-askar darat.

~Ini menerangkan kenapa Sultan ketika itu terpaksa mengupah ramai askar upahan Jawa apabila semua armada laut Melaka tergesa-gesa meninggalkan pelabuhan Melaka menjelang kedatangan Portugis-mungkin dirasuah adalah salah satu faktor).Melaka adalah kerajaan Maritim bukan Agraria atau darat.

~Jadi tanpa angkatan lautnya,sudah tentu 60% kekuatannya telah hilang.


Kalau roboh kota melaka
Papan di jawa saya dirikan……………??!!??
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa dan badan saya serahkan……….??!!??


Saya pasti blog MOM oleh (Tuan Haji) Shahpaskal telah banyak membuka mata kita tentang status, persediaan, kekuatan, kepakaran, sumbangan serta siap-siaga semua cabang ATM, TLDM, TUDM  dan TGDM (tentera ghaib diraja malaysia..??)
Menguasai  dan memerintah tanah melayu serta selat melaka bukan tugas main2 dan poyo
Sesiapa saja yang ditaqdirkan menjadi pemerintah tanah melayu pastinya menduduki kerusi paling panas di dunia
Apatah lagi menjaga keselamatan dan KEDAULATAN kawasannya…..biar nyawa dan badan saya serahkan

 Ingatlah wahai anak2 bergenetik nusantara………tanah melayu adalah semenanjung emas aka tanah di hujung dunia aka kawasan yang mendapat sinaran cahaya matahari disepanjang masa warisan dari benua atlantis/lemuria yang hilang itu, warisan dari empayar maritim sriwijaya yang kaya-raya itu serta warisan dari kesultanan melaka juga yang kaya-raya itu


 Ingatlah wahai anak2 bergenetik nusantara…….
Orang india di negara india itu hidup berkasta-kasta
Sesama orang india pun mereka saling agresif
Bangsa sama tetapi sudah terpisah secara jelas ada yang muslim dan ada yang non-muslim
Sesama bangsa tetapi kerap bergaduh bukan saja disebabkan berkasta2 tetapi juga kerana anutan yang berbeza contohnya seperti dalam isu perebutan tapak masjid babri

Orang cina di tanah besar cina itu sudah berkomunis cara pemerintahannya
Komunis itu nampak lembut tetapi kejam
Orang cina itu berpuak2 melalui kongsi gelap
Sesama mereka boleh saja saling zalim-menzalimi
Jelas pula terpisah anutan mereka diantara muslim dan non-muslim
Kerajaan komunis cina itu selalu saja menekan orang cina islam di ughur – menyusah2kan pengamalan islam mereka disana

Mari kita lihat negara kita……..
Mala-yu menghormati bangsa cina
Mala-yu membenarkan orang cina BEBAS mengamalkan adat budaya dan whatsoever apa yang mereka hendal lakukan
Mala-yu ada pula menghantar anak2 mala-yu belajar disekolah2 jenis kebangsaan cina



Mala-yu juga amat menghormati bangsa india
Tiada isu kasta segala
Jika tersilap kata kamu ni paria ke…pasti kita akan segera memohon maaf kerana terkasar bahasa
Mala-yu tak kesah pun bangsa india nak mengamalkan apa
Mala-yu tetap mendatangi kedai2 mamak (india muslim) disetiap masa

Mala-yu sesama melayu tetap muslim
Islam itu melayu dan melayu itu islam
Namun harus diingat zaman sudah berubah…
Sama ada melayu itu sudah tidak mahu menjadi muslim kerana faktor2  tertentu (minta dijauhkan oleh Tuhan) tetapi melakukannya secara sembunyi2
Atau zionis dan jesuits itu memang akan sentiasa mempengaruhi melayu supaya semakin jauh dari islamnya itu

Wahai anak2 bergenetik nusantara………….adakah sejujurnya kita (masih) saling hormat-menghormati sesama kita sebagaimana kita menghormati orang cina dan orang india di dalam negara ini…………???
Soalan ini saya tujukan kepada diri saya sendiri……
Atau mempertahankan anutan sihir demokrasi itu lebih utama dan paling penting dalam kehidupan kita………?????
Sehingga kita mencipta kasta seumpama orang india di negara india berdasarkan anutan sihir demokrasi………
Dan sehingga kita zalim-menzalimi seperti kongsi2 gelap cina hanya kerana berlainan anutan sihir demokrasi…………


Setiap kali selepas  solat….…luangkanlah, sumbangkanlah,dermakanlah, berikanlah sedikit masa dari “kesibukan” kita itu untuk memohon kehadrat Tuhan agar Dia sentiasa menjagai keselamatan negara ini, Dia menjagai iman warga tanah air ini, Dia memberi hidayah kepada warga yang belum kembali kepada islam, Dia menjagai kehidupan rakyat negara ini didunia dan di akhirat, Dia memakmurkan lagi negara ini, Dia melebar-luaskan rezeki rakyat negara ini, Dia menyatukan hati-hati rakyat negara ini dan Dia memelihara kedaulatan tanah tumpah darah ini daripada sebarang anasir dan musuh

Dulu saya tidak tahu hendak berdoa apa, tak tahu nak minta apa dengan Tuhan….banyak sangat rasanya yang nak diminta hingga akhirnya tak perlu minta satu apa pun…sombong betul dengan Tuhan
Perasaan, fikiran serta jiwa sememangnya begitu bila kita hidup hanya memikirkan kepentingan diri sendiri, mengenyangkan tembolok sendiri, mengkayakan diri sendiri dan semuanya tertumpu kepada diri sendiri…bagi saya itu adalah hidup yang kurang maknanya


Namun bila kita faham siapa asal-usul diri yang sebenarnya……maka semangat, tenaga, aura, kekuatan, frekuensi  genetik  mala-yu sejak zaman berzaman ini secara automatik meresap keseluruh 76 billion sel darah-daging kita, ia mengalir deras dari neuron sel-sel minda lalu menuju terus ke lubuk jiwa yang paling dalam…lalu diri ini duduk bersimpuh, menundukkan kepala, memejamkan mata serta bermunajat kepada Tuhan dengan sesungguh hati meminta Dia memberi keselamatan kepada rakyat dan negara ini…….sayangi agama ini, sayangi bangsa ini, sayangi rakyat negara ini dan sayangi negara ini….



Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

6 comments:

  1. saiful

    salam saudara wangsa..hamba bertanya sendiri kepada atok hamba yang merupakan bekas askar berpangkat sarjan tentang tentera ghaib tu..

    ternyata benar wujud..atok hamba bercerita ketika peristiwa 13 may,seramai 25 orang dihantar ke kawasan-kawasan kubu kuat orang2 cina untuk dimusnahkan dan apabila selesai mereka keluar tanda disedari oleh2 sesiapa pun kecuali pihak tentera sahaja..

    terkejut dan teruja hamba mendengar cerita atok hamba..Subhanallah..

    ReplyDelete
  2. as salam adik saiful,

    terima kasih berkongsi cerita atuk adik tu

    sebenarnya banyak juga kisah/cerita tentang wujudnya kelibat orang2 'alim' sewaktu perhimpunan bersih tempoh hari

    sejak dari dulu.....tok gajah, mat kilau, tok bahaman, tok kenali, tok ku paloh, tok tu pulau manis, tuan tulis ....dan raaamaaaaiiii lagi orang2 alim itu bukanlah orang yang biasa2 saja....bak kata orang sufi....mereka itu berisi diluar dan berisi di dalam

    sebenarnya british terpaksa berhadapan dengan ilmu2 'luarbiasa' para alim itu tadi dan mungkin disebabkan itu juga british 'terpaksa' memerdekakan tanah melayu....siapa tahu kan..???

    british 'merasa' ada satu penentangan yg sgt 'kuat' yang tak nampak pd mata kasar tapi dapat dirasa auranya di tanah melayu ini....wallahu'alam

    ReplyDelete
  3. adakah begitu hebat kuasa ghaib dunia melayu?
    sy jg pernah mendengar perihal bas kosong yg bergerak dr batu pahat. meski kosong bergema dgn bacaan zikir. pedang2 ghaib memotong kepala2 bangsa cina semasa rusuhan 13 mei. katanya rombongan basa terdiri dari alim ulama'. tak pernah terfikir plak ada kaitan dgn raja melayu. dlm blog MOM ada sebut ke pasal ni? sy rasa sy da bnyk baca da entry kt blog tu

    ReplyDelete
  4. as salam Siti Najwa

    dalam blog MOM, di ruangan komen artikel Piramid Melayu (kalau tak silap), ada seseorang menyebut TGDM, jadi saya quote di sinilah
    (Tuan Haji) Shahpaskal tidak pernah menyatakannya dalam aetikel2 beliau

    Cikgu Srikandi juga ada menyebut tentang kewujudan 'tentera2 ghaib' ini dalam ruangan komen di salah satu artikelnya (tak ingat yang mana)

    "adakah begitu hebat kuasa ghaib dunia melayu?"

    jika bertanya kepada orang sufi, maka saya kira jawapannya adalah seperti berikut:

    "orang mala-yu itu hanyalah hamba kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Hamba yang hina dina dan amat lemah & terlalu amat mengharapkan belas kasihan serta kasih-sayang & rahmat Tuhan. Keimanan, keyakinan serta tawakkal yang jitu dihati mereka itu menjadi asbab bagi Tuhan membuka seluas2nya pintu langit/bumi/lautan/daratan serta seluruh cakerawala untuk mewujudkan ilmu2 diluar-kebiasaan manusia biasa.Ilmu2 ini pula adalah sesuatu yang tidak boleh dipintas oleh sebarang teknologi moden (bikinan barat)kerana ia bersumberkan dari Nur Muhammad yang suci dan mulia."

    Selebihnya saya kira orang2 yang ahli dalam bidang sufi/tasauf adalah lebih mengetahui ttg keajaiban ilmu2 dunia melayu

    pernah dengar nama Ustaz Mat Janggut??

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  5. wallahu'alam. tak pernah dgr nama ustaz tu. i will read more

    ReplyDelete
  6. Segala pujian hanya untuk Allah yang Maha berkuasa lagi Maha Mengetahui segalanya...

    Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa2ku, dosa2 kedua orang tuaku, dosa2 kedua mertuaku, dosa2 nenek moyangku, dosa2 isteri dan anak2 cucuku, dosa2 guru2ku, dosa2 ustaz2 dan ustazah2ku, dosa2 syeikh2ku, dosa2 maulana2ku, dosa2 saudara2ku, dosa2 sahabat2ku, dosa2 jiran2ku, dosa2 orang kampungku, dosa2 kaum muslimin dan muslimat seluruh alam yang masih hidup mahupun yang telah mati.

    Ya Allah Ya tuhanku, ampunilah dosa2 besar kami, dosa2 kecil kami, dosa2 yang kami sengaja dan tak sengaja, dosa2 yang kami buat terang-terangan atau sembunyi-sembunyi, dosa2 yang kami sedar atau tak sedar.

    Ya Allah Ya Tuhaku, limpahkan nur hidayat dan taufiq-Mu kepada kami dan seluruh ummat Nabi Muhammad s.a.w. di seluruh alam ini. Perbaikilah dan sempurnakanlah iman, amal, mu'amalat, mu'asyarat dan akhlaqiat kami. Hidupkanlah masjid kami dan masjid seluruh alam dengan amalan dakwah, ta'alim ta'alum, ibadah dan khidmat seperti amalan masjid Nabawi di zaman Rasulullah s.a.w. Jadikanlah kampung kami dan kampung umat seluruh alam seperti kampung Madinah di zaman Rasulullah s.a.w. Jadikanlah rumah kami dan rumah umat Islam seluruh alam seperti rumah sahabat di zaman Rasulullah s.a.w. Jadikanlah diri kami dan diri setiap umat Islam seluruh alam mempunyai sifat seperti sahabat Rasulullah s.a.w. yakni Hakikat dua kalimat Syahadah, Hakikat Solah yg khusyuk dan khuduq, Hakikat Ilmu, Hakikat Zikir, Hakikat Ikramulmuslimin, Hakikat Ikhlas niat, dan Hakikat Berkorban diri juga harta untuk agama Allah Ta'ala.

    Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. serta selawat dan salam kepada ahli keluarga dan para sahabat baginda s.a.w.

    Amin Ya Rabbal'alamin.

    ReplyDelete