Sunday 21 October 2012

Ulangkaji ATBM - 05




Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Sunday, January 23, 2011
Catatan Srikandi IV

##CATATAN CIKGU SRIKANDI
~Apabila saya (Cikgu Sri) mengambil kursus sejarah di universiti,dan mengkaji sejarah Melayu Asia Tenggara dengan semakin mendalam,saya menjadi semakin keliru apabila dijumpai prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno di merata tempat seawal abad ke-7 Masehi!
~Saya (Cikgu Sri) juga tidak menyangka bahawa Champa adalah kerajaan orang Melayu dari suku Cham yang punya kaitan rapat dengan orang Kelantan dan Terengganu.
~Saya (Cikgu Sri) semakin pelik apabila empayar maritim Sriwijaya yang telah membina Borobudur itu ketika era dinasti Sailendra memerintah Jawa menggunakan bahasa Melayu Kuno!

~Kemudian saya tahu yang membunuh Temagi BUKANLAH PARAMESWARA tetapi Sang Nila Utama,seorang putera dari keturunan Sriwijaya yang berpindah ke Temasik dari Sumatera untuk lari dari hegemoni Majapahit yang semakin kuat di Palembang.

~DAN SAYA TAHU BAHAWA TEMAGI BUKANLAH KETURUNAN THAI ATAU DARI KERAJAAN AYUTTHAYA,tetapi keturunan sama ada MON-KHMER atau MELAYU SEGENTING KRA dari kerajaan Melayu antara tergelap dalam sejarah Kemelayuan,TAMBRALINGGA.

~Temagi dikatakan dibunuh pada tahun 1324 padahal kerajaan Ayutthaya ditubuhkan kira-kira pada tahun 1354!
~Ayutthaya perlu mengambil masa berpuluh tahun sebelum mampu menghantar tenteranya menakluki Temasik!

~Cerita yang sebenar ialah,ketika hegemoni Sriwijaya ke atas Asia Tenggara sedikit demi sedikit runtuh,maka banyak negarakota Melayu (Malay states) dan lain-lain (contohnya kerajaan orang Mon) mula membebaskan diri dari Sriwijaya.
~Terutamanya ketika serangan kilat Rajendra Chola dan peperangan dengan di Jawa telah melemahkan hegemoni empayar ini menyebabkan Sriwijaya melepaskan wilayah-wilayahnya.
~Salah satunya ialah Tambralingga yang kemudiannya dikenali sebagai Nagara Sri Dharmaraja.
~Raja Tambralingga yang berjaya membebaskan diri dari pengaruh Sriwijaya mula meluaskan pengaruhnya sendiri di seluruh semenanjung hingga ke Temasik.
~Pengaruh Tambralingga semakin besar sehingga mampu menghantar angkatan tentera menyerang Sri Lanka pada tahun 1247 Masehi.
~Tidak hairanlah pulau Temasik adalah di bawah pengaruh Tambralingga jika sudah berupaya menghantar tentera sejauh ke Sri Lanka.

~Ingat kisah Rajuna Tapa yang membuka pintu kota Temasik untuk tentera Majapahit?
~Itulah sebab Parameswara lari ke Melaka! Bukan sebab membunuh Temagi.
~Siap ada filem era Jalan Ampas lagi tentang serangan Majapahit ke atas Temasik akibat pembelotan Sang Rajuna Tapa,seorang pegawai kerajaan Temasik di bawah pemerintahan keluarga Parameswara.
~Sang Rajuna Tapa membelot kerana kecewa anak perempuannya dihukum sula oleh raja akibat dituduh bermukah.

Kota Temasik runtuh akibat pembesar yang belot
Cikgu Srikandi……………rajuna tapa membuka pintu kota temasik untuk tentera majapahit…??
Kerajaan zaman dahulu ada kota…??
Kota melaka….???
Adakah ia sekadar nama suka2 atau ia benar2 sebuah kota yang kukuh, gah, selamat serta hebat binaanya…???


Kota Melaka juga runtuh akibat pembesar yang belot ??
Tak pernah nampak pun camna rupa kota melaka yang sebenarnya…
Melaka jatuh setelah bala tentera di laut menghilangkan diri dari mempertahankan kota melaka.
“menghilangkan diri” – kena ajak doremon cari mesin masa untuk  kembali ke waktu itu atau kena upah detektif conan menyiasat kes menghilangkan diri itu

Itu pun sultan serta warga kota melaka yang lainnya masih memberi tentangan yang amat hebat didarat
Sultan melaka pun bukannya terbunuh, tetapi telah mengundurkan diri  ke tempat lain untuk menyelamatkan diri,rakyat  dan zuriat keturunannya
Dek kerana tahu bahawa zionis dan jesuits tidak akan mampu mengalahkan kekuatan kota melaka secara perang berhadapan, maka mereka telah menggunakan taktik kotor dan pengecut dengan merasuah dan mengapi-apikan sifat benci sesama warga kota melaka….kita bakor je….


Laksamana armada laut kota melaka
Siapakah dia laksamana yang mengepalai bala tentera laut kota melaka diwaktu itu….??
Sejujurnya dia mungkin tidak akan dapat menelah bahawa tindakannya disaat itu telah memberi kesan yang amat mendalam kepada generasi warga kota melaka serta tanah semenanjung hingga ke hari ini – sehingga kami sudah dibutakan mata, ditutupkan telinga, dibisukan mulut, diikat kaki dan tangan dari mengetahui asal muasal  keturunan sendiri
Sesungguhnya  pacal yang hina dina  ini juga tidak mengetahui asbab utama kenapa  laksamana bala tentera laut itu membuat keputusan sedemikian – terpaksakah….dipaksakah……dipukaukah….dalam keadaan sedarkah…atau dia sendiri pun tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku

Hhmm….francis light, alfornso de alburqueque, stamford raffles dll semua tu adalah zionist/jesuits yang menganut agama pagan
Mereka datang kesini untuk mencari dan memburu  ahli keluarga Nabi yang masih tinggal


Selat Melaka itu ‘syurga’
Ingat wahai anak2 bergenetik nusantara….sebagaimana peritnya sihir demokrasi sudah memporak-perandakan rumahtangga orang di sebelah ini dengan mengambil kesempatan kelemahan utama orang mala-yu iaitu penyakit phd, begitulah jugalah dengan apa yang telah terjadi sewaktu zaman kesultanan melaka

 Apa maksudnya…..?? kita sebenarya amat maju dan makmur dizaman itu, sejak dari zaman dahulu, zaman sekarang dan semoga zaman2 yang mendatang
Selat melaka itu lebih kaya-raya dari venice di eropah
Sejujurnya selat melaka itu Tuhan amanahkan kepada warga mala-yu untuk menjaga dan mentadbirnya untuk kepentingan manusia sejagat
Selat melaka itulah taqdir Tuhan untuk kita
Selat melaka itulah sumber kekayaan kita

Lihat peta dunia, renung2kan serta tenung2kan lokasi selat melaka ditengah2 alam melayu yang menjangkau dari kepulauan pasifik hingga ke madagaskar
Juga lihat betapa negara cina yang sangat besar itu telalu amat mementingkan persahabatan dengan bangsa mala-yu demi kesinambungan ekonomi dan kelangsungan hidup warga cina yang berbillion jumlahnya itu dek kerana mahu menggunakan selat melaka sebagai laluan perdagangan keserata  dunia

Kenapa maharaja cina sanggup mengahwinkan puteri kesayangannya itu dengan sultan melaka…??
Sebagaimana kenapa presiden cina moden kini sanggup menghadiahkan sepasang panda kepada kerajaan malaysia??
Jika bangsa mala-yu ni mundur dan tidak tahu berdiplomasi, dah lama tanah besar cina yang gah dan hebat itu menawan kita


Zaman jepun dan zaman komunis yang amat memeritkan
Ingat kembali….”percubaan” dua kuasa timur untuk “menawan” tanah melayu…..komunis (tanah besar cina) serta jepun…..tetapi Tuhan tidak izinkan kereka memiliki tanah semenanjung ini…..habis dipancung kepala musuh oleh pendekar selempang merah…..”peduli apa aku….mari sini aku tebas kepala kamu….”
Menawan bermaksud musuh akan melakukan penghapusan etnik dan bangsa mala-yu akan hilang tidak bersisa seperti bangsa2 kuno yang sudah tiada dizaman moden ini
Tapi kita masih boleh bernafas dan bergaduh di tanah air tumpah darah kita bukan….???

Kita memiliki  semuanya dari sumber makanan, kenderaan, perhiasan dan segala macam keperluan manusia
Tiada apa yang kurang pada bangsa mala-yu
Kita bukan tinggal digua, bukan menenggek diatas pokok macam burung/monyet, bukan bercawat, bukan tidak tahu membuat jarum, kita bukan malas dan kita bukan bodoh….kata2 itu semuanya adalah teknik keterbalikan-psikologi  (reversed psicology) )dari si pengecut yang  mahu menidakkan semua pencapaian tamadun tinggi mala-yu


Terbang tinggi
Ia seumpama seekor anak helang yang hidup bersama masyarakat ayam
Si anak helang tidak pernah kenal ibu-bapa helangnya, tidak pernah tahu apa kelebihan, kemahiran serta kepandaiannya, tidak pernah nampak pun walau seekor helang lain terbang tinggi, tidak pernah berjumpa dan bergaul dengan helang2 yang lain
Si anak helang hanya nampak ayam2 yang selalu membuat percubaan terbang ke atas pokok sewaktu dikejar oleh tuannya sebab nak kena sembelih, terpekik-terlolonglah si ayam lari kesana-sini menyelamatkan diri….sebab Tuhan dah taqdirkan ayam menjadi hidangan lazat kepada manusia…KFC???

Tiada siapa pun yang pernah memberitahu si anak helang bahawa dia dibekalkan sayap yang kuat, paruh yang tajam, mata yang bersinar, taji yang kuat, kuku yang hebat serta susuk tubuh yang sasa untuk dia terbang tinggi meneroka angkasa raya
Helang bukan menjadi makanan manusia
Helang menjadi teman manusia berburu atau menyampaikan mesej kepada manusia yang lain di tempat yang jauh…pigeon hole???


Mala-yu dan amok
Orang mala-yu ni memang pantang dilawan secara berhadapan – amat cepat datangnya sifat ‘gila’ dan ‘amok’nya itu sehingga terpancungnya kepala si jww birch di pasir salak …sehingga datuk maharajalela itu dilabel penderhaka…..gila ke apa omputih ni….??? Datuk maharajalela tu orang asal mala-yu, omputih datang tidak tahu adat-resam, maka terkorbanlah satu kepala omputih

Jadi janganlah hairan bila omputih itu lebih mengetahui sifat/karakter/kelakuan/ bangsa mala-yu kerana mereka tidak mahu mengorbankan kepala2 omputih yang lain dengan sia-sia.
Mereka belajar sifat bangsa mala-yu untuk menguasai bangsa mala-yu
Mereka tahu ada satu penyakit saka misteri yang menjadi igauan ngeri orang mala-yu  - penyakit phd – penyakit hasad-dengki


Sihir bernama demokrasi
Demokrasi adalah sihir terbaik untuk menyemarakkan lagi phd bangsa mala-yu
Suami-isteri berlainan fahaman politik boleh saja berpisah dek panahan sihir demokrasi
Adik-abang-kakak seibu-seayah boleh saja berkelahi dengan sia-sia dek pukauan sihir demokrasi
Sihir itu panas….memanaskan jiwa, minda, hati, raga, fikiran…..membakar saka hasad dengki yang sudah sedia ada di dalam diri kita

Sudahlah…..mari kita neutralkan sihir demokrasi dan gantikan phd dengan kasih-sayang
Kasih diri sendiri, kasih agama, kasih negara, kasih bangsa sendiri, kasih bangsa ‘adik-beradik’ yang lain, kasihkan warga nusantara, kasih sesama manusia serta kasih sesama makhluk..kasih sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi yang amat mengasihi umatnya

Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

4 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Saya selalu terfikir mengapa bangsa cina selalu mengkahwinkan puterinya kepada org Mala-Yu Akhirnya, da juga insan spt kamu menulisnya diruangan blog.

    Hamba ingin nyatakan pendapat yg byk ini namun blog hamba tidak tahu mcmna hendak meletakkan link2 blog pada ruangan blog lain.

    PHD
    Emmm... Bermain bola PHD ini selalu dtg especially, ketika CLUB2 Eropah berlawan. Ada juga pergaduhan diantara kita sendangkan ia CLUB org Eropah. Tempiasnnya sampai ke sini. Xda org selain org Kita nie. Terlalu tinggio phd dari bangsa lain sehinggakan isu pergaduhan peminat MU dan Liverpool disiarkan di News antarabangsa. malunya aku.

    Liga2 kecil lagilah. Bangga membangga Negeri sendiri. Padahal memek muka kita, agama,bangsa,suara, hampir sama. Masih bergaduh. yang lebih hebat berkaitan negara. Indonesia dan malaysia. Aduh2. KDG2 bingung mcmmana nak satukan org mala-yu. Mungkinkah generasi selepas aku??

    Selepas melihat kanak2 kecil cepat sgt belajar dan bijak2 belaka. Mcm anak2 buah aku berbangsa mala-yu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sdr mala-yu sarawak sudi berkongsi puzzles yang semakin banyak dan berserakan disana-sini
      MO, cikgu srikandi dan UT sudah byk memberi klu2 yang perlu kita cantumkan

      sdr tuliskan alamat url blog sdr diruangan komen ini
      nanti saya buatkan link di blog saya ini...

      boleh kan...??

      neuron2 anda sedang bekerja dengan begitu pantas dan banyak signal/mesej/frekuensi yang sedang bergerak
      hahaha.........luahkan dan kongsikan saja melalui blog

      jumpa lagi..........

      Delete
  2. Bangsa Mala-yu seperti Harimau yg telah lama hidup bersama keluarga kambing....kisahnya spt helang yg hidup dlm keluarga ayam (KFC)....

    ReplyDelete
    Replies
    1. AB...harimau pun dan tinggal dalam zoo...

      helang pun dah tinggal dalam reban dengan ayam2 daging...huhu

      sabarlah AB....

      Delete