Tuesday 9 October 2012

"The road less traveled....."



"I took the one less traveled by,
And that has made all the difference"
~ Robert Frost

**Setiap hari manusia berpusu2 menuju ke tempat kerja masing2 dengan membawa satu harapan yang sama - mencari rezeki.........
~si peniaga kecil membuka warung tepi jalan ditengah2 ibu kota - mencari rezeki
~si pengurus besar menaiki kereta BMW  menghadiri mesyuarat penting dengan bakal pelanggan - mencari rezeki
~si kerani akaun menelefon pelanggan agar  membayar bil tertunggak - mencari rezeki
~si pesaing dengan idea terkini melancarkan produk terbaru - mencari rezeki


**Bagaimana dengan mereka ini....
~si ayah bertanya kepada anak kecilnya, besar nanti mahu jadi apa....?? - kerjaya sebagai sumber mencari rezeki
~si kakak tekun menelaah buku pelajaran agar lulus peperiksaan, lalu boleh masuk universiti dengan harapan boleh menjadi doktor - kerjaya sebagai sumber mencari rezeki
~si abang menghadiri seminar bagaimana menjadi jutawan senyap - cara2 mencari rezeki
~si pekerja mengadiri kursus kemahiran untuk meningkatkan produktiviti - cara2 mencari rezeki


**Bagaimana pula dengan yang ini......
~seorang tua bangun di 1/3 malam bersolat taubat, solat hajat, solat tahajjud serta solat2 yang lain lantas berdoa semoga Tuhan ampunkan dosa dan datangkan rezeki yang melimpah kepada diri dan keluarganya
~seorang ibu bersolat dhuha di setiap pagi hari lantas berdoa semoga Tuhan turunkan rezeki dari pelbagai penjuru alam kepada diri dan keluarganya
~seorang ayah mengamalkan surah Al Waqiah serta surah2 iringan yang lain di setiap malam sebelum tidur lantas berdoa semoga Tuhan mempermudahkan urusan pencarian rezekinya diesok hari
~seorang anak muda rajin bersedeqah serta ringan tulang membantu orang lain kerana Tuhan, dengan harapan agar Tuhan meluaskan pula rezekinya dan mendatangkan orang2 baik di dalam hidupnya
~seorang anak menyisihkan sebahagian pendapatannya untuk diberikan kepada ibu bapanya serta membantu adik2nya yang masih bersekolah
~seorang peniaga yang mendermakan beberapa persen dari harga barang jualannya kepada rumah anak2 yatim
~seorang adik yang sentiasa membawa makanan kucing bersamanya dan akan memberi makan kucing2 jalanan yang dijumpainya dimana2 sahaja


**Pernah pula kita dengar kes2 seperti di bawah.....
~seorang ayah menyaman anak serta menantunya kerana mungkir janji mahu menyara dirinya yang sudah tua
~seorang anak yang menyaman ayahnya yang menjadi jutawan segera kerana tidak mahu memberi sebahagian dari wang yang diperolehi
~adik-beradik yang sering bersenget hati tiada kesepakatan dalam menyara orang tua mereka, yang kaya sering menuduh yang miskin tidak mahu menyumbang, yang miskin berkecil hati kerana yang kaya kedekut & tidak bertimbang-rasa



**Mari kita perhati senarai semak berikut.............
~Bilakah kali terakhir kita bersolat taubat mohon ampun kepada Tuhan diatas dosa2 yang dilakukan, setiap manusia tidak terlepas dari melakukan dosa. dosa menjadikan doa kita terawang2, keampunan Tuhan amatlah diperlukan supaya doa2 kita diangkat kelangit  dan sampai kepada Tuhan termasuklah doa2 semoga rezeki diperbanyakkan oleh Tuhan
~Bilakah kali terakhir kita bersolat hajat memohon segala apa yang kita hajati kepada Tuhan
~Bilakah kali terakhir kita bersolat tahajjud memohon keredhaan Tuhan agar hidup dan perjaan kita sentiasa diberkatiNya
~Bilakah kali terakhir kita bersolat istikharah memohon agar Tuhan sentiasa memberi petunjuk dalam setiap keputusan yang kita ambil


~Bilakah kali terakhir kita bersolat dhuha sebagai menurut suruhan Tuhan agar memakmurkan pagi yang indah dengan dhuha yang mulia. Solat dhuha paling minima dua rakaat, boleh dilakukan dengan segera disurau pejabat diawal pagi sebelum sebuk dengan urusan seharian. Dikala orang lain bersarapan, luangkan sedikit masa singgah sebentar di surau yang hening mengadap Tuhan minta dipermudahkan semua urusan pencarian rezeki
~Bilakah kali terakhir kita membaca Surah Al-Waqiah, surah yang Tuhan taqdirkan sebagai asbab terbukanya pintu rezeki dari pelbagai penjuru alam jagat raya
~Bilakah kali terakhir kita berselawat dengan sesungguh hati menyampaikan salam kasih kepada Nabi Yang Mulia, agar diri sentiasa berusaha mencontohi sifat baginda yang 4 - bijak, amanah,  dalama usaha mencari rezeki
~Bilakah kali terakhir kita bank-in wang kepada ibu bapa, walaupun ibu bapa ada yang kaya-raya, namun pemberian dari seorang anak itu amat dihargai dan mengundang gembira dihati mereka
~Bilakah kali terakhir kita bank-in wang kepada rumah anak2 yatim, atau adik2/anak2 yang perlukan derma utk rawatan perubatan mereka, atau sekolah tahfiz/sekolah pondok atau ibu2 tunggal yang memerlukan bantuan
~Bilakah kali terakhir kita membayar zakat - apa2 zakat yang perlu kita bayar bagi menyucikan harta kita



~Bilakah kali terakhir kita membawa anak2 & keluarga menziarahi rumah anak2 yatim, rumah orang2 tua atau rumah2 kebajikan - latihlah dan bawalah anak2 & keluarga ketempat2 seperti itu utk mendidik mereka agar bersyukur dengan rezeki yang diberi, lembut hati mahu membantu orang lain, tidak menunjuk2  & berlebih2 dlm berbelanja & berhias2, kuat jiwa & insaf ada orang lain yang lebih susah serta amat memerlukan pertolongan kita


Ya Tuhan.....bantulah kami....kami amat perlukan belas kasihan serta kasih sayang MU.....

4 comments:

  1. Ku pejam mata...renung ke lubuk hatiku...menitis air mata...insaf...taubat...doa mohon kasih sayangNya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. AB, bagaimana dengan keluargamu...??

      harap2 semuanya baik2 belaka ya....

      Allah.....kasihanilah kami semua....

      Delete
  2. beginilah hidup...sebuah perjuangan mencari "sesuap nasi"...bak kata arwah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaya Negara - dah arwah dia....Al-Fatihah....

      semoga keluarga yang ditinggalkan berada dlm keadaan yg baik2 sahaja hendaknya...

      Delete