Se Zarah, saya merujuk kepada komen Tokteh seperti di bawah dalam salah
satu artikel Mistisfiles.
Tokteh said….
Assalamulaikum,
Mari kita fikirkan sama-sama. Semua
benda yang boleh kita lihat, sentuh
dan rasa dalam dunia ini dibina oleh susunan zarah-zarah yang paling kecil dipanggil atom. Sebutir atom pula dibina
oleh partikel yang lebih kecil dipanggil elektron,
proton dan neutron. Beza diantara satu atom suatu unsur dengan satu
atom unsur yang lain, contohnya beza antara atom emas dengan atom karbon ialah beza antara bilangan proton
dalam atom-atom tersebut. Jika ditambah atau dikurang satu proton ke dalam satu
atom suatu unsur, atom itu akan bertukar menjadi unsur yang lain, seperti
halnya yang berlaku ketika penguraian radioaktif. Proton dan neutron juga
memberi nilai jisim kepada
sesuatu atom. Kajian sains menunjukkan partikel-partikel
yang membina atom tadi semuanya terdiri dari benda yang tidak konkrit, malah
sifat ‘mereka’ semuanya sentiasa
bergetar/berpusing/bergerak/berputar pada kelajuan tinggi, sifat yang
serupa macam cahaya, kita mempunyai berat kerana ada daya tarikan dan masa itu
relatif. Apa akan jadi apabila tiada lagi cahaya, graviti dan masa terhenti?
Pada masa yang sama, semua kejadian alam ini kembali semula menjadi
partikel-partikel dalam atom – bertukar semula kepada cahaya?
July 5, 2012 6:05 PM
http://mistisfiles.blogspot.com/2012/06/matrix-4th-densityintroduction.html
Secara
fizikalnya sebanyak manakah jumlah tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan
sekilas lintasan fikiran serta sedetik cetusan hati?
Apa signifikan se zarah
(satu zarah)?
Apa pula yang boleh kita lakukan bermula dengan jumlah se zarah?
Dan sejauh manakah kesannya
terhadap sesuatu perkara bila kita buka gerak-langkah sebermula dengan se
zarah?
Menyedari, mengetahui serta
menghayati hakikat kejadian makhluk yang Tuhan ciptakan adalah suatu ilmu yang perlu. Ini
supaya kita dapat memaksimumkan tenaga murni yang masih tersisa senipis kulit
bawang dengan sewajarnya.
Tuhan menjadikan setiap
makhluknya berserta dengan fitrah tersendiri sebagai panduan kepada umat
manusia dalam mengharungi kehidupan dunia yang serba mencabar ketahanan minda
serta jiwa.
Sesungguhnya bila mengikut
tafsiran ilmu haqikat, maka hati itulah yang menjadi raja ~ kepala pengembala
kepada bala tentera seluruh anggota badan manusia.
Namun di sini, kita mahu
memahami signifikan sekilas lintasan fikiran serta sedetik cetusan hati yang
sentiasa bergetar secara berterusan di setiap masa dan ketika di dalam jasad
manusia.
Sekilas lintasan fikiran itu boleh berlaku ’ in a split second ’ yang
boleh membawa kesan besar kepada diri dan sekeliling kita.
Sedetik cetusan hati itu pula boleh terjadi tanpa kita perasan pun
kehadirannya dan tiba-tiba berlaku perkara-perkara sama ada yang kita ingini
atau yang kita tidak ingini.
Ia seumpama bermain snooker. Kita hanya perlu meyuntik gerakan kepada bola utama untuk mengaktifkan gerakan bola-bola yang lain sehingga bola yang
kita kehendaki itu masuk ke lubang papan snooker tersebut. Ini adalah
sunnahtullah dalam permainan snooker.
Dalam konteks jasad manusia, tenaga dari pergerakan se zarah sudah
cukup untuk mengaktifkan sekilas lintasan fikiran serta sedetik cetusan hati
seseorang. Kesannya bergantung kepada niat, bila niat kita baik, maka secara
fitrahnya kesan baik juga yang akan diperolehi oleh diri serta sekeliling kita.
Maka lintasan fikiran serta cetusan hati yang berterusan itu pula
seumpama tiupan angin di lautan luas yang membawa desiran ombak menghempas
pantai tanpa henti. Pasti ada butiran pasir yang terubah dan berubah dari kedudukan asalnya.
Niat dari fikiran yang waras berserta doa dari hati yang tulus secara
istiqamah hasil dari pergerakan bermula dengan se zarah, maka dengan izinNya akan mampu
menyampaikan apa-apa hajat yang diingini.
Maka dengan ini kita akan faham akan signifikan doa sebagai senjata
orang mukmin.
Doa yang spesifik serta dilakukan dengan penuh pengharapan kepada Tuhan
itu sesungguhnya seumpama sebuah peluru berpandu. Para malaikat dengan rahmat
dan keizinanNya membawa cebisan-cebisan doa itu lebih laju dari cahaya kepada
orang yang kita doakan itu.
Tenaga yang sampai kepada orang yang kita doakan itu pula dengan izin
Tuhan akan mengaktifkan bermula se zarah dari jasad mereka, membawa kesan perubahan kepada
keadaan yang lebih baik seperti yang
kita harapkan tadi. Sesungguhnya se zarah di dalam jasad orang itu pula adalah sekilas dari lintasan hati mereka dan juga sedetik dari cetusan hati mereka. Semoga tenaga dari doa yang kita panjatkan itu tadi dapat membantu mereka mencapai apa-apa kebaikan yang mereka inginkan selama ini.
Disaat jiwa manusia begitu sensitif dengan teguran dan nasihat yang
boleh saja disalah tafsir jika tidak dilakukan dengan penuh hikmah, maka kita
mulakan dengan se zarah yang kita ada, dengan niat menyampaikan doa memohon
supaya Tuhan sentiasa memberikan kebaikan dan apa-apa yang terbaik sahaja
kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia amnya.