Friday, 18 November 2016

Suluk 2016 : Space Dude Terima Kasih





Terima kasih Space Dude kerana sesungguhnya saudara telah memberikan definasi SULUK di zaman kini.
Ibu selalu bercerita bahawa apabila nenek dan atuk nak bersuluk dizaman dulu2, mereka akan pergi ke masjid berdekatan dengan rumah onyang saya.
Ada waktu2 tertentu untuk mereka bersuluk beramai2 di masjid itu secara berjemaah.
Mereka juga ada mengamalkan satu jenis tarikat.
Setiap peserta akan disediakan kelambu kecil untuk mereka tinggal di dalam masjid.
Akan ada orang yang menyediakan makanan dan minuman.
Mereka akan benar2 fokus melakukan pelbagai ibadah dalam tempoh bersuluk.


I wish I could do that nowadays....!!
Boleh kan...??!!
Kenapa tidak boleh pulak..??!!

Tetapi nampaknya untuk SULUK dizaman ini, ia memerlukan pengertian yang berbeza walaupun objektifnya sama.
Saya masih disini, tidak kemana2, masih bergaul bersama keluarga, rakan taulan dan semua orang.
Cuma ada perkara2 yang saya tinggalkan...
Apa dia..??!!
Space Dude ada jawapannya .....
Saya kopi-pasta seperti berikut :

Ada kan masa menyendiri. Tutup facebook. Baca Al-Quran. Baca buku2 yang kita membangun diri. Buku2 yang jadi kan siapa yang kita ingin jadi.

Baca penerangan seterusnya dari Space Dude yang saya ambil dari Umat Terakhir.

3 Aug 2015

Bertenanglah, kamu akan mampu melihat dengan lebih baik.

Space Dude8 August 2015 at 23:29

(Semoga sampai pula fikiran saya ini kepada mereka2 yang sedang mencari..)

Pada akhir zaman ini orang Islam telah berada diseluruh dunia. Nikmat Islam itu
boleh dirasa dimana2 dan dijumpai di mana2. Amat lah mudah beramal dengan
Islam dan amat lah mudah memasuki syurga.

Lalu Allah SWT telah faham semua ini, dan seterus nya memberi sedikit ujian pada
umat akhir zaman. Fitnah dari Ad-Dajjal. Fitnah yang terbesar dari segala fitnah
dari penciptaan Adam AS hingga kiamat.

Ujian ini disertakan nasihat dari Rasulullah untuk umat akhir zaman menghafal 10
ayat terawal surah Al-Kahfi (dari hadith yang lain, membawa maksud 10 ayat
terakhir surah Al-Kahfi).

Surah Al-Kahfi seperti yang kita telah ketahui ada 3 cerita.
1) 7 pemuda yang lari ke dalam gua untuk menyelamatkan diri dari raja zalim di
kota.
2) Pemilik kebun anggur dengan kebun nya.
3) Pertemuan Nabi Musa AS dengan Nabi Khidir AS.

Kerana tajuk surah ini berkenaan Al-Kahfi, yang bermaksud gua, saya telah
memahami sesuatu. Terbuka dihadapan mata saya 2 rahsia.

...

Rahsia pertama, untuk mengelak dari fitnah Ad-dajjal di akhir zaman, lari lah kita
ke gua, dan jauhi lah diri dari kota yang penuh dengan fitnah.

Simbolik bagi ini adalah untuk kita menyendiri. Ada kan masa menyendiri. Tutup
facebook. Baca Al-Quran. Baca buku2 yang kita membangun diri. Buku2 yang jadi
kan siapa yang kita ingin jadi.

Mungkin akan banyak mulut sumbang menghina kita kerana sukar bergaul.
Banyak pula mata melihat keji ke arah kita. Tiada buruk nya untuk menyendiri. Malahan
banyak baik nya untuk menyendiri.

Bila kita menyendiri, kita kenal diri sendiri. Kita tahu potensi diri. Kita banyak masa
untuk memperbaiki diri.
Kita meningkat kan diri dengan bakat yang Allah SWT telah beri kan. (Tiada makhluk yang menyerupai Tuhan, tetapi Tuhan lah yang mampu menyerupai semua makhluk. Kenal diri, maka kenal lah Tuhan). Kita akan bertambah bersyukur dari hari demi hari.

Setelah kita tahu potensi diri, kita menghasil kan sesuatu. Setelah itu, pasti ada
yang perlu kan apa yang kita hasil kan, apa yang mereka tiada, dan apa yang
mereka amat perlu kan (suatu bentuk perkhidmatan).
Apabila kita memberi, diri kita yang pada mula nya ada menjadi kosong. Ruang kosong ini seperti satu ruang graviti. Ruang ini bertindak seperti vacuum dan akan menyedut balasan untuk
kembali menjadi terisi. Mungkin balasan dari duit orang yang ingin perkhidmatan
kita. Mungkin juga pahala dari Allah SWT. - Bob Proctor (You were born rich, book)

Ini cara bagi jutawan2 di seluruh dunia. Mereka memperbesarkan potensi diri dan
membina ruang diri mereka sebesar2 nya.
Dan apabila mereka memberi, mereka takkan kurang sedikit pun, kerana vacuum kekosongan diri mereka akan menyedut kembali segala nya. (e.g: Donald Trump yang menjadi miskin kerana kerugian berjuta2 ringgit kembali semula menjadi jutawan dalam masa yang singkat).

[Dan jadi tuan2 fikir, dengan menulis ini rahsia saya ini akan buat saya berkurang
rahsia2 diri. Tidak, malahan saya akan menjadi jauh lebih bijak selepas ini.]
...

Rahsia kedua adalah kenapa 7 orang? Kenapa bukan hanya seorang?
Rahsia ini berkisar kepada beberapa fakta yang saya temui.

1) Pendapatan (gaji) kita adalah sama dengan purata pandapatan 5 orang kawan
baik kita. - Bob Proctor, talk

2) Selepas 4 minit pasangan kekasih merenung mata, jantung mereka akan
berdegup sama.

3) Pelanggan akan mudah selesa jika kita meniru lenggok badan mereka melalui
teknik Rapport. - Tony Robbins, talk on rapport

4) Selepas mengikuti gerak badan seseorang selama 5 minit (cuba dikedai makan), mereka akan pula mengikuti gerak badan kita selepas nya. - Tony Robbins, talk on rapport

5) 2 jam bandul, akan mula berayun sama arah apabila diletakkan di dalam bilik
untuk beberapa ketika.

6) Haid wanita akan mula sama tarikh, apabila mereka tinggal bersama untuk
beberapa bulan.

Ini menunjukkan kenapa mereka datang bertujuh. Bukan menyendiri
berseorangan. Mereka menyendiri, bersama dengan orang yang sama niat dengan mereka.

Manusia mudah menjadi seperti apa yang disekelilingnya. Manusia mudah terikut2
akan persekitaran. Tiada yang buruk tentang ini. Malahan ia satu pemberian Allah
SWT yang amat menarik sekali.

Mungkin buruk jika kita tak pandai menggunakan nya. Kalau kaki kita tak pandai
berjalan macam masa kita kecil2, buruk padah nya. Benjol dahi dan tangan kerana terjatuh. Tapi lihat bila kita pandai mengguna kan nya. Kita mampu pergi kemana2 dengan cepat tanpa apa2 risiko. Dengan kawalan, tiada apa risiko yang wujud.

Tetapi, amatlah sukar kita menjadi seorang yang bijak, kalau kita sentiasa dikelilingi orang2 yang kurang bijak.

Adalah sukar kita mengembangkan bakat menulis kita dan menjadi penulis, kalau kita sentiasa dikelilngi oleh staff2 kerani (yang mana tidak sama dengan kerjaya yang kita ingini).

Adalah sukar kita menjauhi fitnah ad-dajjal kalau kita sentiasa melihat dan mendengar fitnah2 kawan2 facebook kita.

Oh, jadi sukar kah menjadi siapa diri kita. Sebab disekeliling kita bukan lah apa2 yang menyokong apa yang kita ingin jadi.

Tak sukar sebenar nya. Tutup lah facebook/tv dan berhenti lah keluar melepak bersama kawan2. Banyakkan baca buku2 tentang siapa ingin kita jadi Setiap Hari. Buka youtube dan cari apa2 yang kita mahu jadi Setiap Hari. Bertindaklah sedikit demi sedikit pada apa yang kita ingin jadi Setiap Hari.

Beginilah kita akan jadi siapa kita ingin jadi. Berkawan dan menyendiri dengan siapa diri kita, dan kawan2 yang sama tujuan dengan kita.

...

Mereka yang tidak terpengaruh dengan fitnah ad-dajjal diakhir zaman adalah mereka yang jadi diri mereka. Mereka kaya dengan bakat diri, dan juga kaya dengan duit dan harta. Tidak sukar bagi mereka yang ingin berfikir. Tetapi amat sukar bagi mereka yang tidak mahu berfikir.

- Space Dude B-(





1 comment:

  1. Ini adalah kesaksian saya tentang bagaimana saya akhirnya bergabung dengan tatanan dunia baru, Illuminati setelah saya mencoba bergabung selama lebih dari 2 tahun tetapi penipu mengambil uang dari saya beberapa kali. Saya telah lama mencari untuk bergabung dengan Illuminati, tetapi penipu terus mengambil uang saya hingga awal tahun ini ketika saya bertemu dengan Lord Felix Morgan secara online. Saya menghubunginya dan menjelaskan semuanya kepadanya dan dia merekomendasikan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar biayanya. anggota besar yang membantu saya memulai dan saya diinisiasi ke dalam Tatanan Dunia dan saya menerima sejumlah $1.000.000 dolar AS setelah inisiasi saya selesai. Saya sangat senang! Dan berjanji untuk menyebarkan karya baik Lord Felix Morgan. Jika Anda tertarik untuk bergabung dengan Illuminati tatanan dunia baru hari ini, hubungi Lord Felix Morgan hari ini, dia adalah kesempatan terbaik Anda untuk mendapatkan keanggotaan illuminati yang selalu Anda idamkan. Hubungi Lord Felix Morgan Email: Illuminatiofficial565@gmail.com atau WhatsApp +2348055459757

    ReplyDelete