Seorang ibu di palestine bersama anaknya
aku terkenangkan ibu yang tinggal di kampung
baru sebulan lepas aku pulang menziarahi beliau
ibu nampak sihat2 sahaja tetapi nampak jelas dan nyata wajahnya yang sudah semakin dimamah usia
ibu tetap meladeni anaknya yang seorang ini seperti selalu
melayan setiap pertanyaan ku, bercerita aktiviti sehariannya serta berkongsi perkembangan adik-beradikku yang lainnya
diketika ini .........aku rindukan ibu
lantas...........
aku pulang kekampung
aku sedang menapak berjalan ke halaman rumah yang dipenuhi dengan bunga-bungaan tanaman ibu
aku melihat pokok mempelam yang sangat lebat daunnya di tepi rumah
aku buka kasutku lantas memanjat tangga naik ke atas rumah
aku mengetuk pintu rumah ....tok...tok....tok dan memanggil "ibu..."......"ohh....ibu"
aku terdengar derapan kaki berjalan menuju pintu
lantas ibu membuka pintu dan aku pandang mata ibu yang bersinar
aku cium tangan ibu dan memeluknya "apa khabar ibu...."
ibu tersenyum kegembiraan dan kami beriringan masuh ke dalam rumah.......
ahh....rupa2nya itu hanya sekadar imaginasiku......
aku masih disini, dikota-raya berjauhan dari ibu
aku 'balik' kerumah sebentar tadi
itulah cara yang aku lakukan bila aku rindukan ibu
sekali-sekala aku akan 'balik' ke rumah dan 'melawat' ibu
dengan cara itu, ibu akan sentiasa terasa dekat dihati nurani ku
walaupun hakikatnya ibu sedang berada nun jauh di kampung halaman
adakah ini yang dinamakan sebagai "soul duplicate" ??
"menghadirkan" jiwa dan fokus fikiran kita kesuatu tempat serta ruang masa yang fizikalnya berjarak jauh dari diri kita ??
lantas kita "bertemu" serta "berkomunikasi" secara "nyata" dengan orang2 yang ingin kita temui ??
"soul duplicate" adalah kerja roh
jiwa yang mempunyai rasa hati yang sangat kuat terhadap sesuatu perkara/tempat/tujuan/orang
"soul duplicate" menjadikan perkara/tempat/tujuan/orang tersebut terasa sangat dekat dihati walaupun hakikatnya ia terletak jauh beribu2 batu
maka pepatah melayu ada berkata "walau jauh dimata, namun sangat dekat dihati...."
"soul duplicate" adalah jalinan ukhuwah serta kekuatan yang tak terkalahkan
ia adalah anugerah Tuhan
gunakanlah ia untuk memperkuat kesatuan agama dan bangsa yang sedang berhadapan dengan dugaan serta cubaan hebat lagi dasyat dari luar dan dalam
semoga ia terus kukuh dan kuat hingga keakhirnya
kalau membaca apa yang wangsa tulis, soul duplicate lebih kepada mainan minda je
ReplyDeletesalam ramadhan siti najwa
Deleteyup..mainan/penerokaan minda yang difokuskan untuk mencapai sesuatu tujuan terutama dalam soal mendekatkan hubungan silaturrahim yang melibatkan soal hati dan perasaan
kerinduan seorang anak yang tinggal berjauhan dari ibunya
tetapi sianak mahu merasakan bahawa siibu sentiasa terasa dekat dihati dan fikirannya
dalam kontek yang lebih luas dan global - kerinduan seorang insan yang mahu melihat kembali seluruh dunia tunduk dan patuh kepada Allah SWT. memupuk rasa hati dan keinginan yang sangat kuat agar semua insan selamat menjalani kehidupan berpandukan iman dan islam
sebagaimana propaganda zionis yang sentiasa "rindu" mahu melihat new world order impian mereka itu terlaksana keatas seluruh umat manusia
Permainan para leluhur terdahulu..
ReplyDelete'ilmu menghantar bayang-bayang'..
berada dipelbagai tempat,hajat,usaha,gerak dalam saat yang sama..
the real 'interaktif' game..
ada pada kita semua,cuma terlupa cara nak guna...
aduhai.....
Deletebanyak sungguh dugaan dan cabaran di zaman ini yang sentiasa mahu mengalihkan perhatian dan fokus jiwa/minda pada perkara2 yang lagha/melalaikan....
jiwa/minda mudah sangat menjadi tumpul dan semakin berkarat.....huhu