Sunday, 16 November 2014

Hati ialah Magnet



baik hati
busuk hati

jatuh hati
patah hati

tabah hati

keras hati
hati batu

hati emas

suka hati

ikutkan hati mati

lembut hati

hati yang terguris

gelap hati

berhati perut

sesuka hati 

berat hati

sampai hati

hati yang bahagia

hati yang derita 

hati yang merana

terbuka hati

berhati-hati

simpan didalam hati




ada hati

susah hati

jauh hati

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

rendah hati

anak sungai lagi kan berubah, inikan pula hati orang

walau jauh dimata, namun tetap dekat dihati

kecil hati

hati hendak semua jadi

sepenuh hati

sesungguh hati

kata hati

tak sampai hati

buta hati

bersih hati

berbesar hati

kekasih hati

buah hati

cinta hati






gandingan hati ialah perasaan

jika hati itu adalah magnet

maka perasaan itu adalah daya tarikan gravitinya










Wednesday, 22 October 2014

Rezeki



salah satu topik yang banyak membuka minda di Mistisfiles ialah persoalan mengenai rezeki
walau siapa pun manusia tersebut, jawapan terakhir mengenai hal2 yang berkaitan dengan makan-minum serta seluruh kehidupannya adalah datang dari Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada semua makhluk ciptaanNya

PERIHAL REZEKI

memperbetulkan persepsi terhadap rezeki adalah suatu perkara yang sangat penting kerana ia akan membantu kita untuk mencari jalan penyelesaian mahupun mencipta alternatif terbaik dalam menghadapi sesuatu permasalahan

rezeki bukanlah berkisar dalam konteks makan dan minum sahaja

ia mencakupi urusan2 lain yang saling berkaitan sebelum seseorang itu dapat menikmati hidangan makan-minumnya

anak adalah rezeki
jodoh adalah rezeki
ilmu adalah rezeki
kawan2 adalah rezeki
mendapat kontrak adalah rezeki
melancong keluar negara adalah rezeki

dan persoalan yang sering menjadi topik perbualan utama dikalangan pencari serta pencinta rezeki ialah ..................magnet rezeki

saya tidak berniat untuk membongkar rahsia magnet rezeki atau apa2 tip tentangnya
kita boleh berguru atau menuntut ilmu dengan ramai sifu2 diluar sana yang pakar dalam strategi magnet rezeki

persoalan yang sering bermain difikiran sejak akhir2 ini ialah...............peranan kita sebagai seorang (melayu) muslim dalam bersama2 membangunkan sesebuah syarikat mahupun organisasi yang didalamnya terdapat pelbagai bangsa serta anutan agama




saya pernah menyaksikan upacara "sembahyang" oleh sekumpulan sami budha yang dijemput khas oleh seorang taikun terkenal tanah air bagi mendapatkan "rahmat, keselamatan, kesejahteraan serta ong" keatas perniagaan beliau

sami2 budha tersebut berjalan mengelilingi komplek membeli-belah yang paling gah di kuala lumpur yang juga menempatkan pejabat urusan taikun tersebut. sambil berjalan, mereka membaca mentera2 tertentu
selepas itu sami2 tersebut berjalan dari satu tingkat ke tingkat seterusnya hingga ke tingkat yang menempatkan pejabat utama syarikat konglomerat tersebut

ada sesuatu yang perlu dipelajari disini

mengapa saya sebagai seorang melayu islam berdoa meminta rezeki yang baik hanya untuk diri saya sendiri sahaja ...??
sebagai seorang yang bekerja bersama2 dengan para pengurus, pelanggan, pengedar mahupun para pekerja lain, adalah lebih baik bila kita juga berdoa dengan sesungguh hati semoga Allah membuka pintu rezeki yang melimpah-ruah kepada mereka semua
ia boleh menjadi satu bentuk motivasi yang tidak terkalahkan agar kita sendiri benar2 bekerja dengan lebih jujur & bersungguh2 untuk maju kehadapan hanya kerana Allah semata2 demi mengharapkan keampunan & keredhaanNya

dan yang lebih penting ialah ia sebagai satu usaha bagi menghindari suatu bentuk "syirik" yang sangat halus bilamana kita mengharapkan habuan (kenaikan pangkat, bonus, gaji dll)  daripada manusia (pihak pengurusan) dan bukan meminta terus kepada Allah
syirik seperti ini menjadikan kita akan nampak bahawa apa2 imbuhan yang diperolehi adalah semata2 dari hasil usaha diri sendiri dan kita akan bekerja lebih keras hanya untuk mendapatkan perhatian pihak pengurusan sahaja @ bodek



sudah sampai masanya kita sedar serta insaf bahawa Allah memberi rezeki Iman & Islam itu adalah sebagai suatu rahmat bukan sahaja kepada diri sendiri malahan kita wajib mensyukurinya dengan memanjangkan rahmat itu kepada orang2 disekeliling termasuk semua orang yang terlibat dalam segala urusan pekerjaan seharian tanpa mengira bangsa mahupun anutan

bila berdoa..........jauh disudut hati kita juga amat mengharapkan semoga Allah mengurniakan rezeki yang terbaik kepada pihak pengurusan, para pelanggan, para pengedar, pegawai2 kerajaan yang berhubungan dengan kita serta pihak2 yang membantu dalam urusan jual-beli kita sama ada di dalam negeri atau diluar negara..............supaya semuanya juga mendapat limpah kurnia rezeki yang baik lagi berpanjangan dari Maha Pemberi rezeki

dan jangan lupa mendoakan semoga mereka juga diberi hidayah Iman & Islam oleh Allah SWT

layakkan diri serta gunakan peluang sebagai melayu muslim dengan sebaik2nya agar kitalah yang menjadi salah satu asbab yang menjadi magnet rezeki kepada diri serta orang2 disekeliling ...............dengan izin dari Allah SWT








Sunday, 5 October 2014

Malaysia perlukan Pemimpin yang tak putus solat malam




saya pernah "meninggalkan" Allah dalam kononnya mahu mengejar kerjaya demi kelangsungan keutuhan perniagaan syarikat
dalam keadaan pelbagai masalah yang datang menimpa2, saya berusaha bersungguh2 berpandukan logik aqal dengan datang awal serta pulang lewat dengan harapan akan mempunyai masa yang cukup untuk menyelesaikan semua masalah
tetapi tiada satu pun masalah yang nampak akan berakhir dengan kesudahan yang baik.....semuanya semakin tertangguh dan terus tertangguh


lalu pada suatu pagi saya tersedar bahawa ada satu cara yang sangat mudah serta murah untuk menghadapi semua permasalahan itu
lantas saya mengambil wuduk dan bersolat dhuha sebelum memulakan kerja
saya insaf dan sedar bahawa Allah telah menyediakan tata-cara yang tersusun cantik kepada umat Islam dalam menghadapi kehidupan seharian terutama sebelum kita memulakan tugas pada hari tersebut
saya berdoa dan mengharap agar Allah menunjukkan jalan penyelesaian yang mudah bukan saja kepada diri sendiri, juga kepada semua rakan sekerja, para pengurus serta pelanggan tanpa mengira anutan mahupun pegangan

maka direzekikan pada pagi itu juga pengurus besar berbangsa tionghua memanggil saya untuk membereskan kes seorang pelanggan yang sudah tertunggak sekian lama

saya sangat bersyukur kepada Allah dan juga rasa bersalah kerana  cuai dalam melaksanakan rutin solat dhuha yang sering dilakukan sebelum ini

Allah melalui lidah kekasihNya telah menyampaikan mesej kepada umat Islam bahawa berpagi2 serta bersolat dhuha itu mengundang seribu satu barokah serta rahmat kepada seseorang manusia
malahan keberkatan rezeki itu akan juga melimpah kepada orang2 sekeliling tanpa mengira siapa mereka pun juga




Maka bagaimana pula tata-cara serta keperluan sekiranya seseorang itu "terpaksa" mentadbir tanah dihujung dunia ??


catatan diatas hanya melibatkan diri seorang individu yang tinggal di tanah hujung dunia

kehidupan seharian semua manusia secara fitrahnya adalah usaha untuk mencari rezeki yang diniatkan sebagai ibadah kepada Allah
ia juga melibatkan urusan kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan diri tersebut

begitu juga bagi sesiapa yang diamanahkan untuk mentadbir negara yang sangat kaya-raya serta terlalu diversiti ini
batang tubuh diri pemimpin tersebut, jiwa-raganya, fikiran serta mindanya sudah sewajarnya mempunyai hubungan yang sangat kuat kepada Allah serta RasulNya

siapa kata mentadbir negara itu mudah?

seseorang yang menjadi pemimpin negara Malaysia sangat memerlukan ilmu yang luas, kredibiliti diri yang teguh lagi utuh, terbuka fikirannya, boleh berhadapan dengan sesiapa sahaja dengan penuh diplomasi dan faktor penting yang lain ialah disegani oleh kawan dan lawan

dari mana datangnya "rasa" segan tersebut ?

tidak lain dan tidak bukan ianya adalah anugerah Allah yang diberikan kepada pemimpin berkenaan diasbabkan oleh rasa hamba serta kebergantungan yang sangat kuat mengharap kepada pertolongan dari Yang Maha Esa

dan semua itu pula adalah hasil daripada amalan2 yang dilakukan secara berterusan demi memperkuat keimanan, semangat serta keyakinan diri dalam mentadbir negara yang sangat pelbagai rencam dan sifatnya

negara malaysia sesungguhnya sangat kaya-raya dengan anugerah hasil dari bumi-laut-daratan-langit yang sangat melimpah-ruah
dan pada masa yang sama, negara ini terlalu istimewa kerana ia merupakan tumpuan segala macam orang yang datang dari segenap penjuru dunia dengan niat dan maksud masing2 sama-ada yang baik, begitu juga yang tidak baik

maka dengan itu, malaysia sangat memerlukan seorang pemimpin yang sangat prihatin akan kemantapan iman umat Islamnya agar selamat dan sejahtera dalam menghadapi fitnah, cobaan serta cabaran akhir zaman  yang sudah tidak dapat dibendung lagi

malaysia juga terlalu mendambakan seorang pemimpin yang dapat memberi contoh tauladan yang baik agar warga yang belum Islam akan jatuh hati serta menghormati agama kebenaran ini, serta berniat supaya mereka juga dapat sama2 selamat serta sejahtera dalam menganuti agama Islam yang diredhai Allah SWT






semoga Allah memperteguhkan aqidah, iman, pegangan, amalan, akhlak  serta ilmu kepada para pemimpin negara malaysia

semoga mereka benar2 menjadi pemimpin yang berwibawa serta berkarisma dalam memacu hala-tuju negara serta rakyatnya, namun jauh disudut hati yang paling dalam, mereka adalah hamba2 Allah yang terlalu takut akan kemurkaanNya serta amat mengharapkan keredhaan serta keampunanNya didunia dan diakhirat

biarkan wajah mereka tersenyum-simpul berhadapan dengan segala macam kerenah dalam memenuhi keperluan rakyat dan negara, tetapi jiwa mereka terbang nun-jauh kelangit ketujuh mengadap Allah Yang Maha Esa serta hati mereka juga sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW memohon syafaat agar keberkatan dari Nur Muhammad itu mengalir kesegenap pelusuk negara Malaysia yang tercinta














Tuesday, 15 July 2014

Soul Duplicate

Seorang ibu di palestine bersama anaknya 


aku terkenangkan ibu yang tinggal di kampung
baru sebulan lepas aku pulang menziarahi beliau 
ibu nampak sihat2 sahaja tetapi nampak jelas dan nyata wajahnya yang sudah semakin dimamah usia
ibu tetap meladeni anaknya yang seorang ini seperti selalu
melayan setiap pertanyaan ku, bercerita aktiviti sehariannya serta berkongsi perkembangan adik-beradikku yang lainnya

diketika ini .........aku rindukan ibu
lantas...........
aku pulang kekampung
aku sedang menapak berjalan ke halaman rumah yang dipenuhi dengan bunga-bungaan tanaman ibu
aku melihat pokok mempelam yang sangat lebat daunnya di tepi rumah
aku buka kasutku lantas memanjat tangga naik ke atas rumah
aku mengetuk pintu rumah ....tok...tok....tok dan memanggil "ibu..."......"ohh....ibu"
aku terdengar derapan kaki berjalan menuju pintu 
lantas ibu membuka pintu dan aku pandang mata ibu yang bersinar
aku cium tangan ibu dan memeluknya "apa khabar ibu...."
ibu tersenyum kegembiraan dan kami beriringan masuh ke dalam rumah.......

ahh....rupa2nya itu hanya sekadar imaginasiku......
aku masih disini, dikota-raya berjauhan dari ibu
aku 'balik' kerumah sebentar tadi
itulah cara yang aku lakukan bila aku rindukan ibu
sekali-sekala aku akan 'balik' ke rumah dan 'melawat' ibu 
dengan cara itu,  ibu akan sentiasa terasa dekat dihati nurani ku
walaupun hakikatnya ibu sedang berada nun jauh di kampung halaman

adakah ini yang dinamakan sebagai "soul duplicate" ??
"menghadirkan" jiwa dan fokus fikiran kita kesuatu tempat serta ruang masa yang fizikalnya berjarak jauh dari diri kita ??
lantas kita "bertemu" serta "berkomunikasi" secara "nyata" dengan orang2 yang ingin kita temui ??

"soul duplicate" adalah kerja roh
jiwa yang mempunyai rasa hati yang sangat kuat terhadap sesuatu perkara/tempat/tujuan/orang

"soul duplicate" menjadikan perkara/tempat/tujuan/orang tersebut terasa sangat dekat dihati walaupun hakikatnya ia terletak jauh beribu2 batu
maka pepatah melayu ada berkata "walau jauh dimata, namun sangat dekat dihati...."

"soul duplicate" adalah jalinan ukhuwah serta kekuatan yang tak terkalahkan 
ia adalah anugerah Tuhan
gunakanlah ia untuk memperkuat kesatuan agama dan bangsa yang sedang berhadapan dengan dugaan serta cubaan hebat lagi dasyat dari luar dan dalam
semoga ia terus kukuh dan kuat hingga keakhirnya











Saturday, 17 May 2014

Roh dan Tenaga



ayah selalu berpesan agar aku jangan terlalu sangat bergantung kepada aqal semata2  sama ada untuk menyelesaikan masalah mahupun dalam mengendalikan sebarang urusan kehidupan

sebagai orang muda yang menghormati ayah, aku hanya mengangguk2kan kepala sahaja bila ayah berkata begitu kepadaku
dan sebagai orang muda yang kononnya berpelajaran tetapi dari aliran sekular, aku sebenarnya tidak dapat menerima nasihat ayah diwaktu itu dek kerana kecetekan ilmu serta kekurangan pengalaman

ayah sememangnya memberi kebebasan kepada aku untuk meneroka apa saja ilmu namun beliau tetap memantau aku dari jauh agar aku tidak terlalu asyik-masyuk dengan ilmu2 terutama dari barat

aku suka membaca buku2 oleh penulis terkenal seperti Anthony Robin, Zig Ziglar, Napoleon Hill, Mark Victor Hansen, Jack Canfield....hanya menyebut beberapa nama
aku juga suka membaca topik2 psikologi yang ditulis oleh penulis2 maya dari barat

namun semakin banyak aku membaca idea2 mereka, aku rasa otak aku semakin tepu....huhu
aku sedaya upaya mahu mencedok ilmu2 dari mereka dan cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian......tapi ia berakhir dengan jiwa yang semakin lesu dan fikiran yang semakin berserabut



nampaknya percubaan seorang anak muda yang mahu menafikan kata2 ayahnya menemui jalan buntu.....hahaha

ayah sesungguhnya selalu sangat berpesan agar aku memanfaatkan jiwa/hati/qalbu dalam menjalani kehidupan seharian......dan bukan bergantung 100% kepada kekuatan aqal sahaja, "nanti kau akan kepenatan dan kelesuan kalau guna aqal fikiran semata2..........." itulah kata2 ayah yang saya ingat sampai bila2

ayah bukan bemaksud jangan menggunakan aqal langsung dalam apa juga tindakan kita dan pada masa yang sama  ayah galakkan aku membaca buku2 tersebut, cumanya ayah tidak mahu aku melupakan faktor qalbu ataupun roh dalam setiap tindakan kita

kita boleh membaca apa saja buku2 yang ditulis oleh sesiapa sahaja.....dan satu persoalan penting ialah adakah faktor roh wujud dalam setiap bacaan kita itu??

aqal adalah sumber ilmu dan maklumat, namun yang memberi nyawa ataupun erti kepada kehidupan serta tindakan kita ialah roh atau jiwa atau qalbu

ayah juga tidak bermaksud mahu menyekat perkembangan intelektual anaknya, cuma ayah tidak mahu anaknya kehilangan banyak tenaga akibat dari bebanan berfikir yang terlalu banyak yang tidak disertai dengan roh




tenaga roh adalah tidak terhingga kerana roh yang berhubung dengan Penciptanya

pada perkara2 yang kadangkala aqal tidak dapat mencari logik mahupun rasionalnya kenapa & mengapa ia terjadi, maka roh berperanan untuk redha serta mengembalikannya kepada yang Maha Mengetahui kerana roh yakin bahawa pasti ada sebab yang tertentu bila Allah mentaqdirkannya untuk berlaku sedemikian rupa

pada masalah2 atau pun isu2 yang aqal masih belum menemui jawapannya kerana ketiadaan ilmu/maklumat/pengalaman, maka roh berperanan untuk kembali kepada Allah lalu berdoa serta memohon belas kasihanNya agar diberi petunjuk jalan penyelesaian dari sumber2 yang tidak diduga

bila roh Allah izinkan untuk berperanan, maka aqal dapat dijimatkan tenaga dari memikirkan perkara diluar batasan ilmu mahupun pengalaman ataupun maklumat yang dimilikinya, jadi kita boleh mengelakkan aqal kehilangan tenaga akibat daripada kebuntuan

maka bila roh pula memainkan peranan untuk "surrender" kepada Allah pada apa2 sahaja perkara dalam kehidupan seharian, itu bermakna roh telah mendapat satu jumlah tenaga yang tidak terbatas kerana sebagai balasan kepada hamba Allah yang mengingatiNya ialah ketenangan atau dengan kata2 lain ialah tindakan roh tadi dapat mengelakkan diri dari berputus-asa, kecewa, marah, dendam......yang mana semua itu hanyalah menjadi sumber kepada tenaga negatif dalam diri seseorang


bila hanya aqal yang mengingati Allah....ia tiada apa2 kesan kepada diri kita

namun bila roh yang mengingati Allah...maka jiwa akan "merasa" bahawa Allah itulah Yang Maha Berkuasa, jiwa akan "merasa" bahawa setiap kejadian itu pasti ada hikmah tertentu dan jiwa akan "merasa" satu keperluan untuk terus berusaha bagi memperbaiki kehidupan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah

aqal "tahu" bahawa berlaku rajin, ikhlas, jujur serta sifat2 yang baik itu adalah kunci kejayaan
aqal juga "tahu" bahawa  solat dhuha, solat di 1/3 malam, membaca surah Al Waqiah dan  bersedeqah itu adalah amalan2 yang Tuhan izinkan untuk menarik serta mendapatkan rezeki

namun roh jugalah yang Allah izinkan untuk "menghidupkan" atau merealisasikan perkara2 tersebut
atau dengan kata lain roh ialah "is the doer"
bila roh berperanan untuk menggerakkan jiwa agar bersifat ikhlas, jujur amanah, maka disaat itu aura tenaga yang baik Allah izinkan untuk wujud dalam diri manusia
begitu juga bila roh berperanan menggerakkan kita untuk solat, membaca Al Quran serta bersedeqah, maka Allah izinkan suatu tenaga yang tidak terkalahkan hadir bukan sahaja kepada diri seseorang manusia, malahan seluruh pelusuk alam serta isinya juga akan mendapat manfaat yang baik darinya


Ya Allah......hidupkanlah jiwa kami..........




Sunday, 6 April 2014

Pesanan Ayah



sewaktu zaman persekolahan, ayah sering memberi pesanan2 penting untuk aku amalkan
diwaktu itu aku mendengar serta menurut saja apa2 nasihat dan penerangan yang ayah berikan

diwaktu itu juga, sudah pasti pemikiran tidak dapat lagi meneka dengan jelas apakah yang bakal terjadi keatas tanah tumpah darah dihujung dunia ini

diantara pesanan ayah ialah:

~ amalkan bacaan syahadah


kita membaca syahadah di dalam solat
namun ayah galakkan agar bacaan syahadah dilakukan diluar solat juga, bila2 masa dan dimana juga
ia sebagai amalan untuk memperkuatkan aqidah dan keimanan kepada Allah SWT dan RasulNya

~ amalkan bacaan Al Fatihah


surah Al Fatihah adalah surah yang memang selalu dibaca dalam pelbagai situasi
namun  bila ayah berpesan untuk sentiasa mengamalkannya, maka pasti ada sesuatu yang sangat penting untuk diberi perhatian
ada seorang rakan membacakan surah Al Fatihah kepada seorang rakan yang lain (yang masih hidup), lalu rakan tersebut marah dengan mengatakan bahawa dia belum mati lagi
maka rakan yang pertama itu memberi penjelasan, baca surah ni bukan hanya untuk orang yang dah meninggal dunia je.....ia sepatutnya menjadi amalan harian sebelum kita melakukan apa2 pekerjaan serta tugas sebagai wasilah memohon petunjuk & keselamatan drpd Tuhan


~ amalkan bacaan Surah Al Ikhlas


dizaman persekolahan, isu2 penggunaan nama "ALLAH" memang belum wujud lagi
namun surah Al Ilkhas harus juga diamalkan sebagai peringatan akan kekuasaan Allah sebagai Tuhan Yang Satu
jadi signifikan pesanan ayah itu hanyalah dapat dilihat setelah pihak yowtai evangelist berusaha bersungguh2 mahu menggunakan kalimah "Allah" dalam penerbitan makalah agama mereka di dalam bahasa melayu
maka sudah terang lagi bersuluh apa tujuan utama mereka mahu menggunakan kalimah tersebut iaitu menyebar-luas fahaman sesat mereka dikalangan warga tanah tua (minta dijauhkan....)
maka dengan selalu membaca surah Al Ikhlas, moga2 Tuhan sentiasa memberi keselamatan iman & aqidah kepada ummat islam di akhir zaman ini
juga untuk menangkis andaian tuhan "3 in 1" musuh yang sememangnya jauh menyimpang dari ajaran islam yang sebenarnya

~ amalkan   ayat  "Laqadjaa..."


ayat ini terkandung didalam buku himpunan doa2 mustajab yang sering diamalkan oleh orang2 tua dizaman dulu
bila kita mendengar tausiah yang berbahagia Habib Ali Zenal Abidin, beliau sering membaca ayat ini untuk menggambarkan bagaimana rindunya Nabi serta prihatinnya Baginda keatas ummat islam diakhir zaman
ayat ini ayah berpesan agar menjadi amalan sebagai wasilah untuk kita mengenang betapa Nabi Muhammad SAW itu berjuang bersungguh2 menyebarkan agama islam serta dalam menentukan agar cahaya iman itu akan dapat disampaikan kepada ummat diakhir zaman

~ amalkan selawat Nabi


dizaman dahulu, program2 berzanji, qasidah, burdah hanya dilakukan dalam kelompok yang kecil, disurau2 mahupun dalam majlis keramaian tertentu - khatam quran, cukur jambul, doa selamat dan sebagainya
ayah berpesan agar selalu berselawat kepada Nabi sebagai tanda ingatan kepada Baginda dan kerana Tuhan juga menyuruh agar kita berselawat keatas Baginda
dan dengan berkat istiqamah pengamalan yang berterusan dikalangan masyarakat melayu, maka program2 Selawat Mega, Malam Cinta Allah & Cinta Rasul mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan sering dilakukan ditempat2 terbuka
malahan ia telah menjadi program nasional peringat negeri dan negara yang dihadiri oleh pemimpin serta rakyat jelata dari pelbagai peringkat


Part 1 "Malam Cinta Rasul" Baling, Kedah

Part 2 " Malam Cinta Rasul " Baling, Kedah

Part 3 "Malam Cinta Rasul" Baling, Kedah

Part 4 " Malam Cinta Rasul " Di Baling, Kedah



~amalkan doa Nabi Yunus



doa ini juga terkandung didalam buku doa2 mustajab dan ianya sering menjadi amalan orang2 tua dizaman dahulu
ayah berpesan agar doa ini selalu dibaca kerana sebagai manusia terutamanya yang hidup diakhir zaman, kita tidak akan pernah terlepas daripada sering melakukan kesilapan disana-sini
doa ini adalah sebagai wasilah untuk melembutkan hati serta membuang ego kerana kita dengan rendah hati mengakui bahawa kita adalah manusia yang selalu menzalimi diri sendiri, terlalu lemah untuk mengelak dari semua godaan/cubaan/fitnah akhir zaman dan amat mengharapkan keampunan dari Tuhan serta memohon petunjukNya agar selalu diberi kekuatan untuk berubah dalam memperbaiki diri



terima kasih ayah diatas pesanan2 yang sangat berharga itu................




Saturday, 1 March 2014

Ayah




semua insan yang dilahirkan kedunia pasti mempunyai seorang ayah
walau dalam keadaan apa sekali pun, tanpa mengira status, pangkat mahupun keturunan - pasti secara fitrahnya kita wujud didunia ini dengan asbab adanya ibu dan ayah kita (kecuali Nabi Adam AS dan Nabi Isa AS)

begitu pentingnya peranan seorang ayah dalam kehidupan seorang insan kerana ia benar2 akan mencorakkan keperibadian, pemikiran dan perlakuan mereka

saya sangat sayangkan ayah
saya amat menghormati ayah
saya juga adakala takut dengan ketegasan ayah dalam beberapa perkara yang saya tidak boleh bantah sama-sekali diatas sebab2 yang rasional
saya tahu ayah telah berusaha dengan bersungguh2 bekerja keras membanting tulang empat kerat demi mencari rezeki yang halal lagi berkat untuk keluarga

ayah membuka dan meneroka tanah hutan belukar bersama datuk sewaktu mula2 datang ke kampung ditepi sungai ini demi kelangsungan hidup bersama keluarga serta saudara-mara yang lain

yupp..............ayah tinggal dikampung pedalaman, namun itu semua tidak pernah menjadi penghalang untuk ayah meneruskan perjuangan membangunkan ekonomi keluarga dengan usaha titik-peluhnya sendiri, berdikari dengan menggunakan peluang & ruang yang ada dengan sebaik2nya

ayah benar2 menggunakan kudrat tenaga yang ada, bermandi peluh, adakalanya bergenang dengan air mata, juga terpaksa berhadapan dengan luka dan darah demi mempertahankan sebuah ketabahan yang tiada tolok bandingnya membuka tanah ladang



ayah menghirup udara yang segar dengan aroma rumput yang baru ditebas, juga dari aroma tanah yang baru dicangkul - sangat menenangkan

kicauan burung, suara unggas, gemersik bunyi daun2 yang terlintuk-liuk disapa bayu dari sungai merupakan simfoni alam yang mengiringi kehidupan ayah

apakah  yang paling menggembirakan selain daripada melihat tanam-tanaman yang tumbuh subur menghijau saujana mata memandang - memberikan rezeki yang melimpah-ruah bagi sebuah keluarga yang tinggal dihujung kampung ditepi sungai

tidak pernah terasa sebarang kekurangan mahupun kesusahan kerana ayah telah menyediakan sebuah syurga kehidupan yang sangat mengujakan buat anak2 dan keluarganya menempuh hari-hari yang mendatang dengan penuh keazaman dan tekad yang kuat demi memperbaiki kehidupan keluarga


satu perkara yang aku amat hargai ialah aku benar2 dibesarkan hasil dari usaha titik-peluh ayah sendiri
itulah darah serta nafas yang sedang mengalir di dalam diriku
menjadikan aku dewasa dengan penuh keyakinan, tabah hati serta berani

ayah juga amat mementingkan pelajaranku
ayah juga yang mengajar aku mengaji al-quran
ayah juga sering berpesan agar selalu membantu orang lain

ayah tidak pernah mengongkong kehidupanku
ayah memberi sepenuh kebebasan untuk aku meneroka apa saja, mempelajari apa saja asalkan aku tidak lupa asal-usul serta sentiasa menjaga maruah diri

pada masa yang sama ayah sentiasa memantau aktiviti kehidupanku serta sentiasa memberi teguran dan nasihat agar aku tidak tersesat jalan

itulah ayah yang aku kenali serta amat hargai
aku adalah seorang  anak yang paling bertuah kerana dikurniakan ayah yang begitu terbuka fikirannya namun tegas dalam perkara2 yang penting

kenapa aku nukilkan catatan istimewa khas untuk ayah?

ini kerana aku  sedar dan insaf bahawa tidak semua insan mempunyai ayah seperti ayahku

ada insan lahir sudah tidak berayah - mungkin kerana ayahnya sudah tiada lagi disisi keluarga
ada insan yang dewasa menumpang kasih ayah orang lain - kerana mungkin menjadi anak angkat kepada seseorang
ada insan yang tidak pernah merasa kasih-sayang seorang ayah - mungkin kerana ayahnya terlalu sebuk membangunkan syarikat, selalu pergi kesana-sini tiada henti
ada insan mungkin ayahnya seorang yang garang dan bengis -tidak pernah menunjukkan kasih-sayangnya yang sebenar kepada anak2

setiap anak dikurniakan dengan ayah yang berbeza2 mengikut rezeki masing2

apakah nikmat yang paling berharga selain daripada nikmat  iman jika bukan nikmat sebuah keluarga yang bahagia ?? dikurniakan ibu dan ayah yang amat mengasihi anak2nya

semoga Tuhan sentiasa merahmati ayah, mengampunkan dosa2 ayah serta mengurniakan nikmat yang tidak terhingga kepada ayah diakhirat sana serta semoga ayah ditempatkan bersama dengan orang2 soleh



------------------------------------------------------------------------------------------------




aku juga mempunyai seorang lagi ayah

selain ayah kandung, aku mempunyai ayah yang bertaraf negarawan yang juga berhempas-pulas mengerah tenaga siang dan malam mentadbir sebuah kawasan bernama negara malaysia, menjaga maruah serta kedaulatan sebuah tanah di nusantara, membangunkan & memperkembangkan ekonomi sebuah masyarakat warisan atlantis & lemuria, mempertahankan kemakmuran serta keharmonian sebuah kehidupan di Tanah Tua

aku secara peribadi dapat  menyaksikan esak-tangis, resah-gelisah serta kemelut jiwa ayah kandung dikala berdepan cabaran serta rintangan membuka hutan-belukar serta  berdepan dengan kata-nista manusia yang suka melihat orang lain jatuh tersungkur lemah tidak berdaya menyembah bumi

namun aku tidak akan pernah melihat raut-wajah suka-duka ayah yang seorang ini dikala berhadapan dengan pelbagai dugaan mempertahankan tinggalan warisan sriwijaya kerana aku  hanya mampu memerhatikannya dari jauh sahaja

tidak akan pernah tercapai oleh kudratku untuk bersama ayah ini
dan selalu juga aku lupa akan kewujudan ayah ini
kerana ayah ini adalah seorang negarawan besar yang disegani kawan dan lawan

ayah ini menjunjung amanah dengan penuh rasa tanggungjawab demi cinta yang amat mendalam kepada agama, bangsa dan negara
dia tidak pernah kesah dengan apa yang diperkatakan oleh orang lain tentang diri peribadinya kerana maruah agama, bangsa dan negara adalah segala2nya dan lebih penting baginya

dikala ayah ini sedang memegang jawatan eksekutif tertinggi sebuah negara yang terletak ditimur
ayah ini menggunakan segala peluang yang ada untuk membangunkan tanah warisan dari kesultanan melaka




dikala kita enak diulit mimpi dimalam hari
ayah ini berfikir bagaimana mahu mengambil semula tanah-ladang beribu2 ekar dari bekas penjajah
ayah ini berfikir bagaimana mahu melepaskan negara dari cengkaman ekonomi monopoli dari bekas penjajah


dikala kita seronok berhibur menonton tv
ayah ini berfikir bagaimana mahu menukar ekonomi negara yang berasaskan pertanian kepada ekonomi yang lebih mampan berasaskan industri berteknologi tinggi
ayah ini berfikir bagaimana mahu mewujudkan sebanyak mungkin peluang pekerjaan agar kelangsungan aktiviti masyarakat akan tetap berterusan - supaya semua rakyat masing2 dapat merasa kek ekonomi negara
ayah ini berfikir bagaimana mahu belajar teknologi terkini dengan pantas daripada negara2 maju
ayah ini berfikir apakah projek2 mega yang boleh dibangunkan agar dapat memberi manfaat kepada rakyat disamping dapat menarik pelaburan asing, juga sebagai wadah untuk kita belajar teknologi tinggi daripada negara2 yang lebih maju


dikala kita bergembira berlibur bercuti di tempat2 peranginan
ayah ini berfikir apakah strategi terbaik yang perlu dilaksanakan untuk membantu negara2 islam lain yang jelas ditindas oleh kuasa2 besar
ayah ini mencari siapakah kawan & sahabat yang boleh dipercayai bagi mendapatkan bantuan & sokongan untuk membantu saudara2 islam yang masih mundur & ketinggalan
ayah ini berfikir bagaimanakah mahu berhadapan dengan tohmahan & serangan psikologi oleh musuh2 islam yang sentiasa mahu melihat umat islam & negara islam itu dipandang hina dimata masyarakat dunia


dikala kita berseronok mengikuti drama/sinetron/filem dari luar - indonesia, korea, jepun, taiwan, sepanyol....
ayah ini dilihat nampak terpaksa bersendirian dalam menghadapi pelbagai tuduhan & kata-nista yang dilemparkan oleh orang2 yang tidak senang hati dengan tindakan serta pandangannya tentang pelbagai isu
ayah ini terpaksa berdepan dengan pelbagai gelaran yang tidak enak didengar yang di berikan oleh bermacam2 orang disepanjang dia memegang tampuk tertinggi pemerintahan tanah misteri tinggalan kota gelanggi




dikala kita asyik-masyuk membaca novel2 cinta terkini
ayah ini dengan terbuka dan selamba tanpa sebarang rasa takut mahupun perasaan terancam membidas tuduhan2 buruk dan tidak berasas oleh kuasa barat terhadap maruah umat islam & negara2 islam
ayah ini dengan berani dan lantang mengutuk kekejaman israel terhadap palestine


dikala kita terkadang keliru dengan isu2 ekonomi dan tidak pasti kata2 siapa yang boleh dipercayai
ayah ini dengan tegas mengambil keputusan tidak popular mengikat nilai ringgit agar tidak menjadi pemainan penyangak mata wang
siapa  kesah akan risiko yang diambil oleh ayah ini kecuali dirinya sendiri ??
siapa  peduli jika negara tergadai ketangan musuh kecuali dirinya sendiri ??
siapa tahu bahawa orang kanannya telah mengkhianatinya kecuali dirinya sendiri??


dikala kita bersenang-lenang bersama keluarga dan rakan2
tidak ramai yang tahu akan strateginya serta diplomasinya dalam menyelesaikan isu2 negara warisan dari kerajaan2 melayu lama kerana ia adalah rahsia (hanya diketahui oleh orang2 tertentu) diwaktu itu
jadi dikebanyakan masa, masih ramai dari kita yang tidak faham akan duduk perkara sebenar sesuatu isu kerana ayah ini berpegang kepada wawasan dan tindakan yang sangat terkehadapan, yang kadang2 tidak dapat terjangkau oleh aqal fikiran kita

cuma bila ayah ini sudah kembali menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa, maka baru kita tahu dan sedar akan perkara2 yang tidak pernah terlintas diminda selama ini
perkara2 kecil dan besar yang memberi pengaruh kepada masih wujudnya kita disini, dihari ini, ditanah paling tua di muka bumi




aku bukan tasub kepada ayah ini
ayah ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kita
ayah ini mempunyai banyak kekurangan serta kelemahannnya sendiri
dia tidak akan pernah sempurna
dia bukan masum
dia juga seorang hamba kepada Tuhan Yang Esa
dia juga umat kepada Nabi Yang Mulia

tapi itu semua tidak akan pernah dapat digunakan sebagai alasan untuk tidak mengenang perkara2 besar yang ayah ini telah sumbangkan kepada negara warisan dari keturunan manusia yang mempunyai genetik dna paling tua didunia sebelah sini

ayah ini juga sedar dan insaf bahawa suatu hari nanti dia akan pergi mengadap Tuhan
segala perkara yang ayah ini lakukan pasti akan mendapat pengadilan yang paling sempurna dihadapan Tuhan

aku bangga mempunyai ayah ini
aku bersyukur kerana Tuhan masih memberi kesihatan yang baik kepada ayah ini sehingga kini
aku berdoa semoga ayah ini akan terus memberi sumbangan serta buah fikiran kepada agama,bangsa dan negara



------------------------------------------------------------------------------------------------
catatan oleh Rose, saya kongsikan disini
terima kasih Rose




Ya... kita ada seorang lagi ayah,
ayah yang sangat takut dan cinta kepada Allah,
ayah yang sangat rindu kepada Rasululllah
walau dinista dan dicerca dengan berbagai tuduhan
ayah yang telah berjuang menegakkan kalimah Allah,
dan menegakkan sunnnah Rasulullah
jasanya amat besar kepada seluruh umat Islam
kepada Ahlussunnah wal jamaah,
bangun ditengah malam menangis
mendoakan keselamatan kita diakhirat
juga mendoakan keselamatan ayah-ayah yang lain,
dia ayah akhirat,
ayah kita semua,
kerana jasanya ramai muslimah menutup aurat
kerana usahanya tumbuh perusahaan produk- produk makanan Islam
jerih payahnya menegakkan sistem hidup Islam
hasil cetusannya kita dapat berhibur dengan hiburan dan kebudayaan Islam
ramai yang dapat pendididkan Islam
ramai yang mendokong ekonomi Islam
secara senyap mendapat ilmu dari buku-buku karangan beliau
majalah-majalah yang mendidik dan memberi kesedaran Islam
hasil dakwahnya ramai mendapat kefahaman Islam
membina insaniah-insaniah manusia
menongkah arus melawan sistem tajaanTHH
dan banyak lagi.....



beruntungnya bangsa Melayu dan rakyat Malaysia
mendapat manfaat dari hasil pengorbanan dan perjuangan ayah-ayah ini
marilah kita doakan
Ya Allah, ampunilah dosa kami, pemimpin kami dan kedua ibu bapa kami
kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kami masih kecil, kurniakanlah kami husnul khatimah, selamatkanlah kami didunia dan di akhirat, selamatkanlah kami dari siksa api neraka.
Selawatkanlah dan selamatkanlah ke atas Nabi, keluarga dan sahabat baginda.
Maha suci Engkau ya Allah dari segala sangka jahat musuh kepada Mu
Segala Pujian bagi Allah Tuhan semesta Alam

Amin