Monday, 7 October 2013

Aura Harmoni Imam Mahdi di Malaysia




Seseorang telah memberi komen dalam Mistisfile beberapa tahun yang lalu bahawa perjalanan untuk mengenali dan menemui susuk tubuh  Imam Mahdi  itu adalah seumpama mencari sehelai daun emas didalam hutan hujan khatulistiwa yang maha tebal sifatnya dengan jutaan flora serta fauna

Saya membaca tulisan saudara BradoKapak mengenai  pencariannya tentang rahsia akhir zaman. Ia disokong pula oleh saudari Mayang Sari yang pernah terambil jalan sendiri dalam perjuangannya demi menegakkan keadilan dibumi Malaysia. Mereka pernah mengalami saat2 genting semasa pencarian akan sesusuk tubuh bernama Imam Mahdi.  Dalam kekecewaan kerana masih belum bertemu dengan idola yang disanjungi , mereka mengambil  keputusan untuk kembali semula ke alam kehidupan nyata – meneruskan aktiviti seharian dengan lebih tekun serta menjalinkan hubungan sesama insan dengan penuh semangat kasih-sayang lagi harmoni.

Seseorang juga telah memberikan  pendapat bahawa persoalan Imam Mahdi itu adalah rahsia Tuhan dan mungkin ada hikmah disebalik rasa kecewa itu agar kita kembali semula berpijak dibumi nyata meneruskan perjuangan membela keluarga serta masyarakat. Imam Mahdi sudah pasti tidak pernah mengajar untuk kita terus melupakan dunia dan taasub lagi asyik-masyuk di alam pencarian kebenaran. Sedangkan kita juga amat perlu untuk menguasai ekonomi termasuk  bidang2 yang lain dan bersaing secara sihat dengan pelbagai kaum di negara ini.

Saya mula ‘mengenali’ Imam Mahdi dizaman persekolahan apabila terpandang tajuk buku yang membincangkan persoalan Imam Mahdi disebuah kedai buku. Pada pandang pertama tersebut saya telah ‘jatuh cinta’ dengan watak Imam Mahdi kerana seolah2 beliau adalah seseorang yang boleh diharapkan untuk menyelamatkan dunia dari  kemusnahan seperti yang sering digambarkan dalam siri2 kartun animasi ultraman, superman, naruto, transformer, dragon ballz, power ranger, cicakman, badman, incredible hulk, american super hero, charles angles  dll. Sekurang2nya saya tidak akan terpengaruh dengan cerita2 kartun itu kerana saya sudah ada hero Imam Mahdi – yang kebenarannya ada disebut oleh Baginda Nabi SAW. Ia bukan sekadar watak animasi, tetapi beliau adalah ‘real’ dan sudah tentu akan zahir suatu waktu nanti untuk mengembalikan dunia kepada keamanan dan kemakmuran

Keinginan untuk mempunyai seorang idola yang kuat-perkasa, magis-mistik, kaya-berada-berpengaruh seantero dunia, handsome-macho, baik-berhati-mulia merupakan fitrah seorang manusia sejak dari kecil lagi seawal seseorang itu mula mengenal apa itu peti televisyen (tv). Semua cerita animasi kartun bertemakan kepada watak hero-penyelamat berlawan dengan musuh-jahat.  Jalan cerita digarap hingga sebegitu rupa bagi menonjolkan kepentingan watak yang akan muncul disaat2 genting berhadapan dengan musuh –durjana yang ingin memusnahkan dunia serta isinya. Sedangkan watak kartun shin chan pun mempunyai hero kesayangannya bernama action kame. Shin chan diwaktu lapang suka menonton kartun kegemarannya iatu action kame (watak kartun di dalam kartun …hahaha…), maka apatah lagi kita manusia biasa yang fitrahnya mahukan kepada kewujudan seorang pemimpin yang boleh diharapkan lagi dipercayai untuk memacu pemerintahan negara ke tahap yang lebih tinggi

Sebagaimana hebatnya musuh yang sentiasa menggunakan pelbagai taktik & teknik termasuk art-of-con untuk mengaburi mata khalayak ramai agar kehadiran mereka ditengah2 masyarakat tidak dapat dikesan walaupun sebenarnya musuh itu melakukan kejahatan terhadap kita siang dan malam.




Begitu juga dengan Imam Mahdi, saya yakin dan percaya bahawa beliau pastinya menggunakan strategi yang lebih tersusun, lebih ‘licik’, lebih mampan serta lebih terkehadapan ‘tipu-daya’nya untuk mencapai dua objektif utama:

-     1) Menggembalikan manusia kepada Tuhan & RasulNya, memurnikan semula jiwa2 insan kepada  semangat kasih-sayang, menyuburkan iman2 akhir zaman yang senipis kulit  bawang ini agar dapat disemai semula jiwa2 bersifat sufi lagi wali yang penuh dengan tekad perjuangan untuk mengembalikan kemakmuran Islam buat kali kedua

-     2) Mengelabui mata musuh yang sentiasa cuba untuk menggagalkan misi penyuburan iman & islam. Membiarkan musuh penat meneka & menelah  ‘helah’ Imam Mahdi seterusnya setelah usaha2 untuk menghancurkan perjuangan beliau sebelum ini hanya menemui jalan buntu. Diatas setiap ‘keruntuhan & kemusnahan’ perjuangan Imam Mahdi yang diusahakan oleh musuh maka terhasil  baja kompos organik  mesra alam yang dapat menyubur-makmurkan lagi perjuangan Imam Mahdi ke fasa seterusnya.

Sejak dari dahulu lagi musuh tidak pernah berputus asa untuk menjadikan bumi tercinta ini seumpama tanah seberang yang sudah caca-marba aqidah serta pegangan mereka, ataupun mahu mewujudkan sebuah negara republik seumpama pulau kecil di selatan, ataupun melenyapkan identiti bangsa majoriti negara ini seumpana negara gajah putih diutara, ataupun mahu melenyapkan terus warga asal tanah ini seumpama nasib orang melayu cham/kemboja dibawah pemerintahan rejim komunis pol pot – namun SEMUA itu gagal

Saya dapat rasakan bahawa Imam Mahdi menggunakan teknik diplomasi tahap tertinggi dalam menyelami & memahami kehendak masyarakat, meredakan keresahan & kegusaran khalayak akan isu2 keselamatan sosial, kestabilan ekonomi, keharmonian hubungan sesama kaum serta kelangsungan  kedaulatan negara untuk hari2 yang mendatang

Dalam kegairahan kita mengikuti apakah filem terkini yang ditayangkan di pawagam, apakah projek terkini yang sudah berada digenggaman tangan, apakah keuntungan terkini dalam pelaburan saham, apakah status terkini sokongan keatas calon kegemaran, apakah fesyen  terkini yang ada dipasaran………………..mari kita sama2 telusuri perkara2 ‘kecil’ yang sedang berlaku disekeliling, nampak  seperti tidak signifikan tetapi apabila ditoleh semula akan kehadirannya, diharap kita akan dapat ‘merasa’kan suatu aura harmoni yang sedang melanda kita seumpama tiupan bayu laut cina selatan – sepoi2 bahasa lembut menyapa namun cukup bertenaga untuk menggerakkan kain layar membawa kapal menongkah arus membelah lautan menuju ke pulau iman & islam

Satu contoh ‘kecil’ ialah pemakaian hijab

Jika dulu para wanita akan memakai baju kurung pada hari jumaat, sekarang ianya sudah digantikan dengan pemakaian jubah/kaftan. Dulunya ia hanya dipakai oleh makcik2 yang baru pulang dari mekah atau oleh golongan yang aktif dengan usrah2 islamik di pusat2 pengajian tinggi ataupun dipejabat2 kerajaan sahaja. Ramai juga para wanita yang berniqab/purdah tanpa perlu rasa segan atau takut digelar zorro mahupun hantu kum2

Jika dulu pemakaian tudung hanya dikenakan oleh wanita2 yang bertudung sahaja, tetapi sekarang ia sudah menjadi kemestian sewaktu upacara aqad nikah, kenduri-kendara, menghadiri ceramah agama, menghadiri kurusus haji  walaupun sebenarnya wanita itu tidak/belum bertudung. Pemakaian tudung bukan lagi menjadi sesuatu yang fobia ataupun taboo dikalangan wanita, malahan sesiapa yang tidak mahu bertudung akan kelihatan janggal dan nampak seperti ketinggalan zaman. Tetapi ini tidak bermaksud kita memandang serong kepada mana2 wanita yang masih belum berhijab.  Hati manusia hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Kewajipan kita adalah untuk terus berakhlak baik sesama manusia, membantu mana2 yang boleh serta doa yang berterusan agar hati2 wanita yang kita kasihi itu dipermudahkan untuk membuat perubahan baik yang berkekalan.

Banyak pula peristiwa2  besar yang telah dan sedang berlaku di tahun 2013 ini:

-     Pencerobohan pengganas sulu di negeri sabah dapat dipatahkan dengan jayanya. Walaupun ia telah mendapat kecaman/sungutan dari pihak2 yang tidak berpuashati, namun akhirnya kedaulatan tanah di bawah bayu itu dapat diselamatkan

-     Crack down keatas ajaran syiah berlaku secara besar-besaran. Kerajaan dengan tegas menyatakan pendirian bahawa umat islam khususnya di Malaysia hanya berpegang kepada aqidah ahli sunnah wal jamaah sahaja. Isu syiah pernah mendapat ulasan yang panjang lebar dalam Mistisfiles 2-3 tahun yang lepas. Sudah puas MO melayan semua pertanyaan orang2 yang pro-syiah, tapi ianya hanya menambahkan taasub yang sgt menebal dijiwa pro-syiah dengan bermatian2 mempertahankan idea2 songsang mereka mengenai para sahabat Nabi serta para isteri Nabi. Tidak pernah terlintas dibenak  fikiran untuk menyatakan sesuatu yang tidak baik terhadap para sahabat serta isteri2 Nabi yang dimuliakan itu. Namun pro-syiah boleh saja sesuka-hati sesedap-rasa mempertikaikan kejujuran/taat-setia/iman/pengorbanan para sahabat & isteri2 Baginda mengikut acuan nafsu mereka yang jahat lagi dengki itu

-     Crack down secara besar2an juga telah dilakukan keatas SEMUA pertubuhan yang disyaki menjadi kongsi gelap apabila kesabaran pihak keselamatan telah dicabar dengan beberapa siri pembunuhan menggunakan senjata api dilakukan secara berturutan beberapa bulan yang lalu. Mungkin mereka menyangka bahawa dengan ketiadaan ISA maka para penjenayah mahu mula bermaharalela dengan sesuka-hati menggugat ketenteraman awam. Mungkin juga penjenayah lupa bahawa mereka sedang berhadapan dengan para penguasa yang majoritinya berbangsa melayu – yang mempunyai diplomasi paling tinggi dalam hubungan sesama manusia tetapi apabila kesabaran itu sudah mula mendidihkan darah yang mula panas  membara, maka tiada seorang pun yang akan terlepas dari dikejar hatta sehingga ke lubang cacing.

-     Begitu juga dengan crack down secara menyeluruh keatas PATI  sehingga banyak pihak yang mengelupur disana-sini kerana ramai pekerja tanpa permit mereka telah melarikan diri dari pihak berkuasa. Aktiviti perniagaan/pembinaan/kilang terjejas akibat dari kekurangan pekerja

Adakah kejayaan mengusir penceroboh sulu itu hanya satu kebetulan dan 100% bersandarkan kepada kekuatan fizikal semata2  ??

Adakah crack down keatas fahaman syiah itu berlaku secara tiba2 ??

Adakah crack down keatas aktiviti jenayah kongsi gelap itu juga berlaku secara tiba2 ??

Adakah crack down keatas PATI itu juga boleh berlaku secara tiba2 ??

Begitu juga ada beberapa peristiwa penting yang berlaku baru2 ini iatu lawatan presiden cina ke Malaysia, pembatalan lawatan presiden obama ke Malaysia serta matinya bekas ketua komunis chin peng

Maka adakah lawatan presiden cina ke Malaysia itu tidak signifikan dari segi hubungan diplomatik dua hala bagi menguatkan silaturahim kedua2 buah negara di rantau ini ??




Adakah  pertemuan diantara mantan PM Tun M dengan presiden cina itu juga tidak signifikan apabila beliau mencadangkan penubuhan persatuan persaudaraan pelbagai budaya cheng ho bagi mengeratkan hubungan para peniaga negara cina dengan para peniaga malaysia, dan ianya disambut baik oleh presiden cina ??

Adakah majlis pertemuan Tun M dengan presiden cina itu tidak signifikan bagi mengubat kerinduan akan era pemerintahan Tun M dahulu ?? siapa yang memberi izin untuk Tun M masih lagi berperanan menjaga  kepentingan kerajaan Malaysia walaupun sudah ada dua orang PM bertugas selepas persaraan beliau ??

Adakah  pembatalan lawatan presiden obama ke malaysia itu sengaja dilakukan oleh beliau sendiri ?? siapakah pula yang tidak memberi  izin kepada presiden kuasa besar dunia  itu untuk menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini ??

Adakah kematian chin peng pada tanggal 16 sept 2013 itu tidak signifikan dalam mengunci mulut manusia2 yang masih mahu menyokong  perjuangan komunis yang jelas zalim dan jahat itu ?? siapa pula yang sangat berkuasa berupaya mencabut nyawa chin peng disaat negara menyambut perayaan 50 tahun pembentukan negara malaysi a yang berdaulat ??

Adakah semua itu berlaku secara spontan tanpa ada pengaruh dari suatu aura harmoni yang sungguh kuat yang begitu menguasai udara persekitaran negara Malaysia ??

Adakah kita sudah lupa bahawa Tuhan itu terlalu amat mengawasi akan keselamatan dan keharmonian negara  tercinta ini ?? tidak adakah walau sedikit pun peranan Tuhan dalam memberi jaminan keutuhan kedaulatan tanah air Malaysia ??

Adakah kita sudah lupa bahawa Nabi Yang Mulia itu telah memberitahu para sahabat bahawa ahli keluarga Baginda itu akan diterima dan dijaga dengan baik oleh orang2 yang tinggal di tanah sebelah timur ?? maka seharusnya tanah disebelah timur itu adalah sebuah negara yang aman damai serta terjamin akan pengamalan islamnya yang benar2 bersumberkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW iaitu aqidah ahli sunnah wal jamaah


Dalam kesibukan pihak keselamatan mencegah dan  memburu penjenayah, dalam kegusaran rakyat menghadapi cuaca ekonomi & sosial yang nampak tidak menentu, sebenarnya tanpa kita sedari benih2 iman & islam itu sedang tumbuh membiak dan mekar disana-sini dalam pelbagai aspek kehidupan didalam negara. Sekurang2nya jauh disudut hati setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, mereka mahu melihat keharmonian ini akan kekal berterusan, mereka mengharapkan para penguasa itu benar2  menjaga kepentingan agama islam  dan mereka amat menginginkan seseorang yang berkarisma, berpendirian teguh, bertaqwa, berstrategi  terkehadapan lagi moden serta canggih  menjadi pemimpin negara Malaysia yang tercinta