Sunday, 28 July 2013

Hati Wali





berikut adalah bait2 luahan hati seorang ulama besar nusantara tentang kebimbangan dirinya yang mungkin tidak dapat meraikan ramadhan dengan sebaik2nya

rasa hatinya mengingatkan bahawa dirinya itu penuh dengan segala kelemahan dan kekurangan
pada masa yang sama Tuhan amanahkan dirinya untuk meladeni ramadhan yang penuh dengan hadiah2 dariNya yang hanya terdapat di dalam bulan yang mulia ini saja

ramadhan itu seumpama seorang tetamu yang sangat istimewa, sudi mampir dalam kehidupan kita sekali dalam setahun
maka dengan penuh rendah diri serta penuh kebimbangan, sang diri mengadu, merintih, berharap serta memohon  kepada Tuhan supaya sentiasa di bantu untuk melayani tetamu besar ini dengan sebaik2nya



Tuhan..mengapa aku ini
Aku berlainan dari orang lain
Setiap kedatangan Ramadhan
Mereka menyambut dengan gembira
Mereka kelihatan ceria

Tapi aku berlainan
Kedatangan Ramadhan penuh duka
Bukan aku benci bulanMu
Yang penuh rahmat dan berkat

Tapi aku benci diriku
Aku bimbang RamadhanMu
Aku tidak mengisi sebaiknya
Aku rasa puasaku tidak sempurna
Ampunilah aku Tuhan
Aku rasa sembahyangku tidak sah
Terawih,bacaan Al Quran aku tidak sampai kemana

Tuhan..
Itulah yang menyelubungi hatiku
Setiap kali kedatangan Ramadhan
Adakah satu kesalahan
Ampunkan aku Tuhan
Maafkanlah aku Tuhan kalau itu satu kesalahan
Pimpinlah aku betulkan sikapku
Aku mohon keampunan dariMu Tuhan....
~asz

bait-bait rasa hati tentang ramadhan diatas boleh diaplikasikan dalam aspek kehidupan yang lain
dalam perjalanan mencari diri, saya tidak terkecuali drpd pernah berguru dengan pakar2 motivasi, pakar nlp, & pakar psikologi barat yang hebat2 seperti anthony robin, jack canfield, zig ziglar dll
namun, apa yang dicari masih belum dijumpai

dan apakah yang saya cari itu....??

rasa hati yang sebenar2nya kepada kehidupan serta Pencipta saya

pemikiran yang waras dan rasa hati yang betul terlalu amat kritikal dalam menghadapi kehidupan di matrik dunia yang begitu mencabar ini walaupun nampak ianya sangat poyoo.....




contoh dalam pekerjaan:-

Tuhan..mengapa aku ini
Aku berlainan dari orang lain
bila mendapat pekerjaan atau projek
Mereka menyambut dengan gembira
Mereka kelihatan ceria

Tapi aku berlainan
peluang  pekerjaan /projek disambut penuh duka
Bukan aku benci pada rezekiMu
Yang penuh rahmat dan berkat

Tapi aku benci diriku
Aku bimbang dengan rezekiMu
Aku tidak menguruskan dengan sebaiknya
Aku rasa tugasanku tidak sempurna
Ampunilah aku Tuhan
Aku rasa aktiviti pekerjaanku tidak pernah lengkap dan sempurna
proposal, menyuarat, perbincangan aku tidak sampai kemana

Tuhan..
Itulah yang menyelubungi hatiku
Setiap kali menerima rezekiMu
Adakah satu kesalahan
Ampunkan aku Tuhan
Maafkanlah aku Tuhan kalau itu satu kesalahan
Pimpinlah aku betulkan sikapku
Aku mohon keampunan dariMu Tuhan....
~modified version dalam rezeki dan pekerjaan






contoh dalam kekeluargaan:-

Tuhan..mengapa aku ini
Aku berlainan dari orang lain
Setiap kali berhadapan dengan pasangan/anak2/keluarga/saudara-mara/rakan-taulan
Mereka menerima dengan gembira
Mereka kelihatan ceria

Tapi aku berlainan
Kedatangan mereka penuh duka
Bukan aku benci dengan kurniaanMu
Yang penuh rahmat dan berkat

Tapi aku benci diriku
Aku bimbang dengan anugerahMu
Aku tidak dapat meladeni mereka dengan sebaiknya
Aku rasa tanggungjawabku tidak sempurna
Ampunilah aku Tuhan
Aku rasa serba kekurangan 
nasihatku, panduanku, layananku kepada mereka tidak sampai kemana

Tuhan..
Itulah yang menyelubungi hatiku
Setiap kali berhadapan dengan pasangan/anak2/keluarga/saudara-mara/raka-taulan
Adakah satu kesalahan
Ampunkan aku Tuhan
Maafkanlah aku Tuhan kalau itu satu kesalahan
Pimpinlah aku betulkan sikapku
Aku mohon keampunan dariMu Tuhan....
~modified version dalam kekeluargaan


kurniaan Tuhan, sewajarnya kita sambut dengan penuh kesyukuran (dan gembira)

pada masa yang sama rasa hati adakah kita dapat pula memenuhi tanggungjawab dengan sebaik2nya patut dihadirkan bersama

ini supaya kita insaf akan kekurangan diri serta keperluan yang amat sangat akan pertolongan Tuhan dalam setiap perkara yang dilakukan

supaya disetiap kejayaan yang diperolehi, hati akan ingat akan Tuhan yang mengizinkannya

dan disetiap kegagalan yang kita hadapi
kita tidak akan terus putus-asa, sedar akan dosa2, memohon ampun dan menyandarkan harapan yang tidak berbelah bagi kepada Tuhan Yang Amat Berkuasa serta Amat Mengasihani juga

wallahu'alam



Saturday, 13 July 2013

Catatan Radiah Sari - Titiwangsa itu adalah Titian Bangsa





kepada radiah sari yang dikasihi:
~ terima kasih diatas perkongsian 'amazing idea' sdri
~ izinkan saya kongsikan semula di alam maya semoga ia boleh menjadi asbab utk merungkai persoalan serta membuka jawapan walau masih belum sempurna
~ semoga sudi berkongsi lagi sambungan 'amazing idea' sdri dimasa akan datang



CATATAN RADIAH SARI - TITIWANGSA ITU ADALAH TITIAN BANGSA

Kalau disingkap dari perkataan "Titiwangsa" ia menjerumus kepada Titian Bangsa. Atau mungkin juga Tunggak Bangsa seperti perkataan "Nusantara". Mungkin suatu masa dahulu banjaran inilah yang menjadi laluan untuk suatu bangsa ke serata buana.

Kalau dikaji dari sudut keratan rentas, mata mengadap ke utara dan membelangkangkan Kota Singa (Singapura) , muka bumi Survabumi (Semenanjung Malaysia) lebih landai di barat curam di timur. Bahkan air dari Sunda mungkin tidak pernah melimpah dan mengelangi kota itu.

Tabut yang hilang dari umum itu juga tidak ditemui. Nuh juga yang mengangkat beliung dari daerah bawah yang dalam itu.



Mungkin juga persinggahan bahtera itu sebagai misi melepaskan Sam ke Mayan, Yasfit ke Utopia dan Ham ke Madasgar. Biarkanlah Manuseh di sini. Kerana Manusehlah, Ibu Kemenyan (Keturah) itu akan datang. Perjalanan mereka melalui Titian Bangsa ini tidaklah sesukar Sam. Kerana Sam perlu merentasi air yang di bawah adalah daerah kelahirannya.

Sedangkan di Mayan itu terdiri dari orang-orang yang terdahulu yang juga mengetahui tentang bah itu. Mereka juga tidak senang malah tidak bersekongkol dengan kemajuan yang memusnahkan kasih sayang antara ciptaan-ciptaanNYA. Melayulah mereka itu ke daerah yang terpencil dengan segala pengetahuan alam dan mistik.



Berdirilah bangunan-bangunan itu (piramid mayan) seperti terdahulu di daerah-daerah asal mereka dengan segala simbol dan palavi. Dijadikan kepala bangunan itu yang dibuat dari logam (emas). Itulah juga logam yang banyak di Survanaburmi itu.  Bangunan-bangunan itu bukanlah sebagai sembahan atau ritual tempat permujaan. Ianya hanya sebagai sebuah Peti Kuasa yang besar yang dapat mengalir tenaga ke seluruh kota-kota itu.

Logam itu hanyalah sebagai joran yang mengumpan tenaga yang tersimpan yang telah tersedia ada di alam buana ini sejak ianya dicipta oleh Sang Maha Pencipta. Hanya mereka yang bertujuan memanipulasi dan mengawal kehidupan manusia atau jiwa melayu itu yang akan berkata bangunan-bangunan itu sebagai tempat permujaan atau makam pembesar mereka. Merekalah pembesar! Pembesar menutup dan menghilangkan fakta.



Dengan terdirinya bangunan itu maka seluruh kota itu dapat dialirkan tenaga yang telah dipancing tadi. Maka teranglah dalam bangunan itu dengan lampu-lampu yang terlekat di dinding tadi tanpa wayar. Wireless. Tapi jangan sekali-sekali melintasi mengunakan pesawat yang dijanakan dari minyak hitam (kapal terbang moden yang menggunkan minyak petrol - fosil) melalui bangunan-bangunan itu.



Pasti bercelaru penunjuk aras maka terhempaslah pesawat anda. Melainkan mengunakan pesawat piring (piring terbang) itu yang menggunakan tenaga yang sama. Isyarat dari tenaga itu sendiri sudah memberi tahu bahawasanya tenaga minyak hitam itu membawa bencana.




Sedangkan tenaga dari alam semulajadi (tenaga hijau - green technology) jualah yang membawa kemakmuran kerana ianya percuma hadiah dari Sang Maha Pencipta untuk ciptaan-ciptaanNYA.



Tidak hairanlah hingga ke hari ini pasti kesan medan aliran tenaga ini terjadi dititik tertentu di Titian Bangsa ini. Sudah pasti di titian ini terdahulunya bangunan ini (piramid melayu) dicipta dari yang lain-lain kerana Manuseh di sini, menetap tidak bergerak.

Sedangkan yang lain dengan pengikut-pengikutnya bergerak melalui titian ini ke seluruh buana seperti yang telah diwatikahkan. Begitulah Yasfit dan pengikut-pengikutnya yang darinya datang Brhma itu. Di zaman Brhma itu pula terkenal pembesar-pembesar dengan gelaran Firaun itu (kaitan hubungan diantara raja2 Mesir kuno dengan warga nusantara)



Maka tertipu umat Melayu itu seluruh dunia dengan tenaga minyak bawah tanah (penggalian telaga minyak petroleum yang bersumberkan fosil) yang menjana kuasa segala-galanya hari ni oleh budak-budak suruhan Al-Taus itu. Budak-budak suruhan Al Taus itulah yang menguasai segala lubuk-lubuk minyak hitam di buana ini.



Begitu juga di Survanabumi ni. Walaupun melangkau usia Pak Tua itu, tapi tetap gagah menasihati untuk menguasai dan mengepalai hasil minyak di Survanabumi. Dituruti pula anaknya.



Ditipunya lagi umat manusia umat Melayu oleh mereka itu dengan nilai jati yang tinggi untuk logam (emas) yang menjadi pengalir yang terbaik untuk tenaga percuma itu. Dinilaikan pula kertas tukaran cetakan (wang kertas fiat) mereka dengan logam tersebut. Habis dikuasai kehidupan umat manusia itu oleh budak-budak suruhan Al-Taus ini. Maka tertutuplah rahsia atau tersimpanlah kunci hidup yang bebas penggunaan tenaga percuma dengan nilai yang tinggi untuk logam itu.


Maka minda dan fikiran mereka pasti terfikir logam berharga untuk kertas. Kertas berharga untuk menjalani kehidupan bukannya logam itu berharga untuk menjalankan kehidupan. Pasti ada yang tidak percaya bahawa logam itu berharga sebagai perantara tenaga percuma itu yang dapat ditukar dalam bentuk komunikasi sebagai penerima (rahsia penggunaan logam emas bukan saja sebagai mata wang tetapi sebagai penerima tenaga hijau yang terjana dari binaan piramid).



Kembali ke Titian Bangsa.....

Maka terdirilah kerajaan-kerajaan umpama kayangan di banjaran ini (Titiwangsa) alsebab pengetahuan yang luas dalam ilmu tenaga tersebut (tenaga hijau lagi percuma hasil janaan piramid). Hampir segalanya diapungkan bila mana tenaga yang berpusat dan bermedan berskala besar itu dapat diarahkan kepada sesuatu jasad maka hilanglah tarikan ke bumi! Kayanganlah mereka itu dengan jasad yang dinaiki melangkau masa! (pesawat terbang di zaman dahulu  diapungkan dan digerakkan dengan menggunakan tenaga hijau aka piring terbang)



Bahkan dengan pengaliran tenaga yang ada, besi yang degil itu juga dapat dilenturkan dengan mudah. Lahirlah juga pandai besi yang dengan mudah membengkok-lentur besi itu. Ilmu tenaga yang ada diwarisi dan dikembangkan di titian ini hingga seorang Raja dapat memerintahkan semut malah jin (Raja Sulaiman). Hingga menjenguk Si Jelita (Puteri Balkis) jauh di bawah cerminan yang didalamnya gemala Naga Sakti terkunci!



saya petik bait-bait  'rasa' oleh seseorang dalam artikel Kita Makin Suntuk  oleh sdr OrgOrg

Anonymous said...

'Rasa' itu hampir meledak......
di puncak alternya.......si macan galak.......
lantaran asakan demi asakan.......

-switch on the power-

July 13, 2013 at 6:31 AM







Friday, 5 July 2013

Alunan Frekuensi Harmoni dari celahan rimba Titiwangsa




setiap kali datangnya bulan ramadhan, zionist/jesuits adalah orang yang paling menggelabah kerana mereka yakin dan percaya bahawa kelibat pemimpin kebenaran akan muncul di bulan yang mulia ini.

pasti ada sahaja huru-hara dan peperangan yang sudah dirancang untuk menguji kesabaran ummat Islam terutama saudara2 kita yang berada di timur tengah. terbaru ialah pergolakan yang berlaku di mesir. penggulingan president morsi yang sengaja dicipta  dengan salah satu agenda ialah untuk menjadikan saudara2 palestine kita menjadi sengsara dengan penutupan terowong2 bawah tanah bagi menyekat bekalan keperluan harian kepada warga gaza.

pada setiap kali bulan ramadhan, tahap kewarasan zionis/jesuits menjadi semakin menggila, meracau2 bagai orang yang dirasuk makhluk asing akibat dari dosa2 mereka menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan. bukan sahaja orang Islam di gaza, palestine, malahan rangkaian mereka menyembelih jutaan orang Islam termasuk juga orang2 yang teraniaya di seluruh pelusuk muka bumi. dan yang paling hampir dengan kita ialah warga dari bekas ancient malay-city states di myanmar, thailand, vietnam, juga kemboja.


mari kita gelar negara2 baru itu sebagai ancient malay-city states supaya aura kenangan lama itu dapat mengimbau kembali kecekalan serta ketabahan orang melayu berjuang demi kelangsungan zuriat masa depan mereka iaitu diri kita semua diera samsung galaxy s4 ini. biar kita sedar juga bahawa warga ancient malay-city states itu telah dihubungan diantara satu sama lain dari satu negarakota ke negarakota yang banyak bertebaran diseluruh tanah nusantara ini melalui tulang belakang Titiwangsa.


haha..bukankah ini merupakan sistem gugusan kepulauan melayu bersama tulang belakang banjaran gunung-ganangnya yang menyimpan terlalu banyak memori silam warga nusantara sejak ribuan tahun dahulu.....??


Bangjaran Titiwangsa bukanlah hanya terdapat di semenanjung malaysia, bahkan ia merupakan suatu sistem sokongan pergunungan dari tanah besar indocina meliputi ancient malay city-states tadi. bukankah preah vihear yang dibina oleh arkitek berdarah melayu itu juga terletak di pergunungan yang bersambungan dengan Titiwangsa ??

apakah yang boleh dilakukan untuk menguranglan kesan dari aura kegilaan zionist/jesuits itu tadi?? salah satu simfoni harmoni yang saya cari selama ini ialah alunan ayat2 suci Al Quran yang diperdengarkan oleh lagenda2 qari dan qariah warga tanah Titiwangsa. saya dapat rasakan bahawa alunan frekuensi itu terlalu sangat merdu, lunak, gemersik, amat menenangkan disamping bacaan dengan tajwid yang betul disulami dengan taranum yang sungguh mengasyikkan jiwa. tambahan pula sebutan bacaan Al Quran itu terlalu amat terang lagi jelas kerana bukankah lidah melayu itu adalah amat fasih..??? bukan berniat memuja-muji bangsa sendiri, tetapi itulah keindahan ciptaan Tuhan Yang Masa Esa keatas bangsa yang satu ini.

nama2 seperti Al Marhum Dato' Haji Ismail Hashim, Tuan Haji Abd Ghani Abdullah, Puan Hajjah Rogayah Sulong, Puan Hajjah Faridah Mat Saman dll merupakan lagenda qari dan qariah negara. mendengar mereka membaca Al Quran adalah seumpama mendengar kata2 nasihat dari ibu dan bapa kita sendiri kerana aura frekuensi harmoni nusantara itu terlalu amat dekat dengan diri kita.


saya tidak pula menafikan kemerduan bacaaan nama2 besar seperti Misyari Rashid Alafasy, Abdul Rahman Al-Sudais dll yang rata2 berasal dari Timur Tengah. cuma saya mahu mencari alunan bacaan yang frekuensinya datang dari celahan rimba Titiwangsa yang tetap setia menyimpan memori silam suatu bangsa bernama  melayu.

Tarannum Al Marhum Dato' Hj Ismail Hashim

Tarannuml Pn Hjh Rogayah Sulung

Tarannum Pn. Hjh Faridah Mat Saman

Tarannum Tn Hj Abd Ghani Abdullah

Himpunan Taranum - Zakrasable videos


Selamat Mendengar...!!