Sunday, 2 June 2013
Penyejuk Hati
saya bertanya kepada seorang junior, suka lagu apa? jawapannya ialah "lagu2 Big Bang" (korea).
saya bertanya lagi kepadanya, suka tengok rancangan apa? jawabnya ialah "Running Man" (korea).
kita sememangnya telah dilanda tsunami korea.....ianya sudah agak lama bermula dengan drama bersiri "Winter Sonata".
kita tinggalkan tsunami sentimental korea kerana tanpa disedari kita pun sudah dilanda tsunami Ya Hanana dan juga progam seperti Mencintai Rasul atau Grand Maulid atau Maulid Mega yang dipelopori oleh Yang Mulia Habib Syech Assegaf dari Solo Indonesia.
saya teringatkan susah-payah perjuangan para Wali Songo mendepani warga Tanah Seberang yang terkenal dengan kekayaan budaya dan semangat spiritual. Wali Songo membenarkan permainan wayang kulit ketika berdakwah kepada masyarakat disana. Begitu juga dengan adat-budaya lain yang tidak bercanggah dengan amalan Islam ataupun Wali Songo "modified" budaya2 tersebut supaya selari dengan ajaran Islam.
begitu juga dengan Habib Syech, beliau adalah "Wali Songo Moden" yang mempopularkan kembali qasidah2, syair2, berzanji, maulid, marhaban serta pujian2 kepada Yang Mulia Baginda Rasulullah SAW kepada generasi Big Bang dan Running Man terutamanya di bumi Malaysia.
ia membawa fenomena baru kepada acara2 yang dulunya hanya dilakukan di kampung2 dalam majlis cukur jambul, majlis khatam Al Quran, sambutan Maulidur Rasul mahupun menjadi amalan oleh ahli2 tariqat tertentu sahaja.
tetapi di era WeChat, WhatApp dan Keek, setiap warga boleh bersama2 memeriahkan majlis2 Grand Maulid ini dimana2 saja ianya dianjurkan. masing2 tidak mahu melepaskan peluang berada ditengah2 gemersik merdunya alunan pujian2 ke atas Yang Mulia Baginda Rasulullah SAW yang membangkitkan suatu aura yang tidak terkatakan.
salah satu nasyid popular oleh Habib Syech ialah Ya Hanana. dendangkan nasyid merdu ini sewaktu menidurkan anak2, atau pasang sahaja nasyid ini semasa anak2 bermain di rumah, semoga mereka terbiasa dengan alunan puji2an kepada Tuhan dan RasulNya sedari kecil lagi. ia akan menjadi salah satu mesej yang akan tersimpan kemas di dalam minda separa sedar mereka. biar mereka terbiasa dengan alunan2 sufi, kelak bila dewasa, walaupun mereka mendengar lagu2 big bang dll, hati kecil pasti akan memangggil2 untuk mencari semula alunan2 sufi memuji2 Tuhan dan Rasul kerana hanya alunan2 sebegini yang dapat menyejukkan hati dan menyegarkan minda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yg pentingnya...SOLAWAT..SOLAWAT..
ReplyDelete-Ust Yusuf Mansur
(",)
as salam sdr,
Deleteterima kasih diatas peringatan SOLAWAT
sdr pun mengikuti tausiyah Ust Yusuf Mansur?
he is the king of sedeqah di zaman moden
menjadi pewaris kepada amalan sedeqah dari Nabi dan para Sahabat
salam. wangsa, adakah kamu akan berjanji dengan UT? I am curious.
ReplyDeletew'salam sdr,
Deleteadakah sdr merujuk kepada ajakan STALKER dlm artikel Yoseph??
"Semoga dengan perjanjian itu, kamu akan menjadi golongan yang berpegang kepada janji dan melaksanakan segala isi perjanjian untuk menjadi golongan yang sentiasa menang"
YA..saya berjanji bukan saja dengan UT tetapi terutamaya dengan diri sendiri dan saudara2 yang lain semoga Islam akan terus menang dan tidak akan kalah2 lagi
permudahkanlah tugas berat kini wahai Tuhan dengan berkat Nur Muhammad yang sgt mulia!!
ya, saya merujuk kepada itu. saya ingin tahu apa jawapan wangsa kerana setakat ini tiada sesiapa yang membalas ajakan STALKER. saya rasa perjanjian itu akan menjadi sesuatu yang sangat berat. takut tak terpikul
Deletepilihan kita adalah untuk memikul tugasan itu kerana walaupun berat kita kena menggalasnya juga
Deletesemoga diam kita adalah seperti ubi yang berisi
walau tidak dinyatakan secara zahir, namun ikatan hati2 yang ingin melihat kebenaran itu terserlah adalah lebih penting
the good hands pula sedang menggerakkan buah catur mereka setelah sekian lama membiarkan the hidden hands puas bermain2 di halaman rumah kita