Thursday 27 September 2012

Rutin Harian




Papa Meow, saya pinjam gambar onyet papa ye...kucen papa ni comel, cool and steady je...
Inilah kucen yang banyak berjasa menyelamatkan nyawa papa kan..??

http://kucing2terbiar.blogspot.com/2012/09/kalaulah-onyet-tak-kacau.html

Melihat rutin harian kucing2 kesayangan - Kechik, Ocen, Belang dan Kola - makan, minum, "pee", tidur, rehat, baring, lari-lari, main, gaduh....makan lagi, minum lagi, "pee" lagi, tidur lagi....dan seterusnya.....nampak macam rutin harianku sama saja dengan mereka.

Apa yang aku lalui setiap hari??
Bangun tidur, sarapan (makan/minum), kerja, "lunch" (makan/minum lagi), gaduh dengan manager, gaduh dengan customer, gaduh dengan kawan, balik rumah, main badminton, main tenis, dinner (makan/minum lagi), gaduh dengan adik, supper (makan/minum lagi),  tv, internet, chatting, tidur.
Bangun tidur, sarapan (makan/minum), kerja......

Aku ni seekor kucing kah?
~Kau bukan seekor kucing, malahan  kau seorang manusia.
Tetapi kenapa rutin harianku agak sama dengan ruitn harian kucing2ku?
~Entahlah...kau carilah sebabnya?
Kalau aku seorang manusia, bagaimana seharusnya rutin seharianku?
~Kau baca baliklah ciri-ciri seorang hamba Tuhan yang seharusnya hidup hanya sementara di dunia ini.
Aku hamba kepada Tuhan?
Aku tidak akan tinggal lama disinikah?
~Kasihannya kau kerana begitu lalai selama ini


Kucing diklasifikasikan sebagai haiwan. Segala fikiran, kepandaian,kelebihan yang mereka ada dibekalkan Tuhan untuk mereka cukup2 dapat hidup di dalam dunia mereka.
Bahkan mereka sebenarnya sentiasa berzikir kepada Tuhan serta berselawat kepada Nabi.
Malahan mereka tidak pula diamanahkan untuk mentadbir dunia.

Tetapi manusia lain. Nabi Adam, Tuhan muliakan baginda sebagai seorang manusia yang dibekalkan aqal fikiran, hati perasaan, naluri, tenaga dan segala kelengkapan sewajarnya untuk mentadbir dunia.
~Kau perlu mentadbir dunia.
~Bukannya hanya sekadar makan, minum dan tidur sahaja.

Solat entah kemana, puasa entah dimana, zikir kau lupakan begitu sahaja, selawat pun tak tahu kau dah simpan diceruk mana....

Bukankah dalam kehidupan seharianmu kau perlu berhadapan dengan ayah-ibu, adik-beradik, sanak-saudara, rakan-taulan, kenalan-perniagaan, pembekal-pesaing dan seribu satu jenis manusia yang datang dalam pelbagai wajah dan rupa?

Cukupkah tenaga yang kau perlukan untuk berhadapan dengan cabaran, saingan, pertaruhan kehidupan dunia masa kini?

MD yang asyik pening kepalanya, sentiasa memikirkan bagaimana mahu mengekalkan serta mengembangkan bisnes dengan lebih luas - dia perlukan idea bernas darimu.
Manager yang sentiasa moody, asyik komplen banyak sangat kerjanya sampai semua orang termasuk customer pun disemburnya - dia perlukan sokongan moral darimu.
Rakan2 yang sentiasa bertambah beban kerja setiap hari - mereka perlukan tunjuk ajar dan contoh-tauladan baik yang berterusan dari kamu.

Cukupkah tenaga yang kau ada jika rutin harianmu sebagai seorang pentadbir dunia sama saja dengan rutin harian seekor kucing yang segala perlakuanya tidak ditimbang-tara dosanya atau pahalanya?

Mampukah kau menghadapi dunia jika kau bertindak hanya sebagai penerima sahaja kepada segala pengaruh, signal, sihir dan segala tenaga negatif yang dipancarkan kepada dirimu setiap masa tanpa kau sedari??

Tidakkah kau pernah dengar akan peribadi2 wali yang diri mereka itu bukan sahaja tenang bersahaja menghadapi dunia, bahkan dari diri mereka terpancar pula aura karisma rasa kehambaan kepada Tuhan yang dapat dirasakan oleh kawan dan lawan?

Tidakkah kau pernah dengar seorang penebang kayu yang menghabiskan sebahagian masanya mengasah kapak untuk menajamkan matanya agar pokok dapat ditebang dengan lebih efisien??

Atau, kau tidak sedar bahawa tenaga minda, fikiran, hati, jiwa dan perasaan manusia itu boleh saja semakin lemah seperti tumpulnya mata kapak kerana si penebang kayu yang tidak pernah kisah mahu mengasah kapaknya??

Kau terus mahu berpura-pura masih kuatkah jika realitinya tenagamu semakin lemah bila rutin harianmu sama saja dengan kucing2mu itu?

Sedarlah.....
Kau amat perlukan Tuhan dalam hidupmu.
Mintalah petunjuk dengan bersungguh2 agar rutin hidupmu itu benar seperti seorang hamba perlakuannya.
Makan, minum, tidur dengan seadanya, itupun sepatutnya dilakukan kerana Tuhan. Tuhan yang memberi rezeki makan-minum kepaadamu. Tuhan juga yang menyuruh kau tidur barang sejenak, berehat buat sementara supaya nantinya kau bertenaga semula.

Berjumpalah dengan Tuhan di 1/3 malam, mintalah segala apa yang kau mahu minta dariNya - agar ibu-bapa ada yang menolong sentiasa, agar adik-beradik baik2 pula, agar rakan-taulan sejahtera adanya, agar kenalan-perniagaan lancar hendaknya, agar MD, manager, customer, pembekal dan juga pesaing dibanyakkan rezeki, agar Tuhan ampunkan dosa, agar Tuhan beri petunjuk sentiasa, agar kita hidup benar2 sebagai hamba dan bukannya macam kucing (haiwan) pula.

MD yang sentiasa pening - minta Tuhan tunjukkan jalan kepadanya.
Manager yang moody - minta Tuhan tenangkan jiwanya.
Rakan-taulan - minta Tuhan tajamkan aqal agar mudah belajar.


Dari 1/3 malam, solat sunat subuh, solat subuh, diikuti solat dhuha, baca surah Al-Waqiah, bekerjalah, solat zuhur + solat2 sunatnya, berhiduplah, solat asar + solat sunatnya, berkerjalah, solat magrib + solat2 sunatnya, berehatlah (atau bekerjalah), solat isyak + solat2 sunatnya, berehatl (atau bekerjalah), berjumpa Tuhan di 1/3 malam.....dan begitulah yang sewajarnya. Berpuasa sunatlah, berzikirlah, berselawatlah dan begitulah seterusnya.

Jadilah penyebar tenaga positif, peneutral tenaga negatif, jadilah peribadi sebagaimana yang dikehendaki oleh Tuhan agar hidup kita benar2 bermakna.

8 comments:

  1. Hakikatnya,bangsa yang satu ini hanya perlukan Allah dan kasih sayangnya..
    Hanya Allah dan kasih sayangnya...
    Tiada selain itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdr.

      terima kasih wahai manusia berjiwa wali diatas ingatan
      penting lagi utama ini
      ~gaji bukan majikan yang bayar - tapi Allah yang rezekikan
      ~kejayaan, keberhasilan & untung bukan atas
      usaha dan kerja keras manusia semata2 - tapi itu sunnatullah Tuhan keatas perjalanan hidup manusia di dalam matrik dunia yg tertakluk kepada alam masa dan benda/material, Tuhan yg menyuruh manusia bekerja
      ~jika dihitung antara dosa dan pahala - boleh saja kita ini tidak layak dan tidak mampu bayar harga udara
      yg disedut setiap masa FOC
      ~mungkin saja rezeki yg kita dapat - adalah dengan
      ehsan doa2 dr orang lain spt ibu-bapa, rakan-taulan
      dll tanpa kita mengetahuinya

      Allah...kemana lagi mahu dibawa fikiran dan jiwa yg sering tidak tenteram dek bahana dunia jika tidak
      dipersembahkan hanya kepadaMU

      Delete
  2. Usaha bersungguh2 supaya dua kalimah syahadah menjadi darah daging....'sedarah sedaging'. hiduplah kita sebagai muslim, matilah kita juga sebagai muslim....'sehidup semati'. jadikanlah diri kita sebagai hamba Allah yg sehamba-hambanya. Buatlah segala sesuatu semata-mata kerana Allah...Bykkan zikirullah, salawat dan istigfar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekacih AB diatas kata kunci

      sedarah- sedaging serta sehidup-semati

      Delete
  3. YA ALLAH... SAYA TERLALAI... TERIMA KASIH..

    ReplyDelete
  4. berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran
    solat itulah 'meeting/appointment' terpenting dengan
    'Bos Maha Agung' kita.....tapi kita sering lupa dan selalu tertangguh dgn alasan menghadiri meeting/appointment dgn manusia2 lain yg dajatnya hanyalah hamba & makhluk ciptaan oleh 'Bos Maha Agung'
    manusia2 lain yg dinamakan sbg customer/manager/
    supervisor/pesaing/business partner itu juga
    terlalu amat perlukan belas ehsan & kasih sayang
    dari 'Bos Maha Pemberi Rezeki' dlm mengejar keuntungan dunia

    ReplyDelete
  5. No COmment.. but its really interseting..

    ReplyDelete