:: Roh Redha
~ Menerima tenaga dari persekitaran yang terdiri dari pelbagai rupa-bentuk dan frekuensi
~ Memproses setiap input tenaga itu mengikut standard yang disukai Allah, contoh:-
* bila diberi susah à maka bersabarlah
* bila diberi nikmat à maka bersyukurlah
~ Menyebarkan semula output tenaga yang murni lagi harmoni ke seluruh pelusuk alam
~ Roh manusia tunduk dan patuh dengan segala ketentuan serta takdir dari Yang Maha Pencipta
~ Bersangka baik dengan Yang Maha Esa bahawa pasti ada hikmah tersendiri disebalik setiap nikmat serta ujian yang datang silih berganti
~ Mengharapkan semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan takdir-takdir baik dan yang terbaik sahaja kepada setiap makhluk ciptaanNya
:: Roh Ikhlas
~ Namun demikian,roh IKHLAS itu merupakan penyebaran tenaga murni yang berterusan ke seluruh alam semesta tanpa memerlukan apa-apa syarat dan pemprosesan sebarang input tenaga dari persekitaran.
~ Ia berlaku tanpa kita memerlukan sebarang asbab dari mana-mana makhluk ciptaan Allah.
~ Kerana tenaga murni ikhlas itu adalah hasil daripada perlakuan seseorang hamba yang berbuat sesuatu hanya semata-mata kerana Allah dan untuk Allah sahaja.
~ Hatta tenaga murni itu adalah hasil daripada perlakuan seseorang hamba yang berbuat sesuatu tanpa mengharapkan sebarang ganjaran daripada Allah.
~ Tenaga murni ikhlas adalah tenaga murni yang tidak terkalahkan.
~ Frekuensi ikhlas itu mampu menerobos dan berserakan kesetiap nano sel ciptaanNya tanpa hijab membawa bersama tenaga murni yang dapat mententeramkan hati yang gundah gulana serta jiwa yang duka nestapa.
~ Jana dan sebarkan Tenaga Murni Redha………
~ Jana dan sebarkan Tenaga Murni Ikhlas………
Salam..
ReplyDeleteSatu pandangan..
Kecapilah setiap dugaan yang melanda..
SUKA mahupun DUKA..
Pada ikatan JANJI denganNYA..
MANISNYA tidak dapat digambarkan kepada sesiapa..
REDHA PENCIPTA SYURGA GANJARANNYA
W'salam saudara,
Deleteterima kasih di atas peringatan
aduhai...para nabi, para sahabat dan orang2 soleh berasa risau dan tertanya2 apabila tiada sebarang ujian kesusahan diberikan kepada mereka utk tempoh tertentu..
mereka juga sedih jika Allah telah melupakan mereka dgn tiadanya ujian kesusahan tersebut...
setiap DUKA mengajar kita supaya ..just let it go...apa-apa keduniaan yg ditarik balik oleh Tuhan
setiap SUKA mengajar kita supaya sentiasa berkongsi apa-apa yang Tuhan pinjamkan bersama orang lain yg lebih memerlukan..
salam..
ReplyDeletesaya memetik...
"~ Hatta tenaga murni itu adalah hasil daripada perlakuan seseorang hamba yang berbuat sesuatu tanpa mengharapkan sebarang ganjaran daripada Allah."
apabila melakukan kebaikan ikhlas kerana Allah, sentiasalah mengharapkan balasan yang baik daripada Allah. sesungguhnya kepada Allah sahaja kita berserah.
kalau berbuat kebaikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada Allah, itu tidak dimengertikan sebagai ibadah. biarpun ikhlas, berniatlah kerana Allah.
tenaga murni itu tercetus apabila kita melakukan sesuatu dimulakan dengan menyebut nama Allah dan mengharapkan kasih sayang-Nya serta mengharapkan keberkatan daripada Allah dengan penuh harapan dan rasa takut kepada-Nya.
semoga kita beroleh kejayaan.
mohon maaf jika terkasar bahasa.
^_^
W'salam Sifu CLOVER,
Delete~ha..ha...terima kasih di atas definisi tenaga murni
~baru saya faham maksud sebenar tenaga murni serta kaitannya dengan sifat TAQWA yang sering diperkatakan itu
salam,
ReplyDeleteikhlas itu rahsia,
kerana...
"ikhlas tiada dalam kata"
as salam AnNur,
Deleteterima kasih di atas ingatan ttg hakikat sebenar ikhlas.
yup...sesungguhnya kita pun belajar ttg maksud ikhlas itu daripada cerita2 contoh tauladan org2 terdahulu. org2 tersebut itu mungkin juga tidak tahu bahawa perlakuan mereka itu diterima sbg amalan ikhlas disisi Tuhan. mereka melakukan perkara itu, diwaktu itu semata-mata tulus mulus kerana Tuhan sahaja dgn penuh harapan semoga Tuhan menerima amalan mereka.
contoh cerita yg biasa kita dengar adalah spt seorang pelacur yg memberi minum kepada seekor anjing yg kehausan ~ Tuhan menerima ia sbg amalan ikhlas, mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga.