Pertukaran frekuensi & gelombang yang berlaku dalam kitaran sehari semalam (24 jam) itu terbahagi kepada tujuh jeda masa berbeza.
'Masa' atau 'Waktu' itu merupakan suatu makhluk ciptaan Allah SWT.
Masa itu 'hidup' dengan cara tersendiri sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta.
Sebagaimana manusia yang terdiri daripada himpunan sel-sel yang bergetar pada frekuensi & gelombang tertentu, maka makhluk MASA itu juga mempunyai frekuensi & gelombang tertentu pada jeda masa tertentu.
Nilai frekuensi & gelombang tersebut adalah mengikut jenis warna yang menyelubungi jeda-jeda masa itu. Begitulah cantik dan teraturnya ciptaan dari Yang Maha Agung, menjadikan sesuatu itu dengan penuh bererti dan sangat bermakna.
Warna ~ Skala gelombang & Skala frekuensi
Prisma membantu penyerakan cahaya putih kepada tujuh warna yang terdapat pada pelangi.
Prisma berstruktur tiga dimensi membentuk sebuah piramid yang selalu dikaitkan dengan binaan berunsurkan tenaga ritual. Dan sesungguhnya rekabentuk piramid itu merupakan sebuah penjana tenaga yang amat efektif. Terpulang kepada manusia bagaimana untuk memanfaatkannya dalam kehidupan seharian mereka.
Ia sebenarnya berkait rapat dengan suruhan untuk bersolat jemaah di surau-surau serta di masjid. Dari segi tenaga ritual, bila lebih ramai orang yang melaksanakan solat berjemaah dengan sepenuh tumpuan fikiran & perasaan mereka, maka Allah akan izinkan untuk terjananya tenaga murni optima dipersekitaran kawasan surau & masjid tersebut.
~ Masjid Agung Demak, Indonesia ~
Limpahan dari tenaga murni ini dapat memberi kesan positif kepada semua makhluk di kawasan kejiranan itu yang Allah datangkan dalam pelbagai bentuk ~ ketenangan, keselamatan, rezeki yang melimpah ruah, anak-anak yang mendengar kata, para isteri yang taat, si suami yang penyayang & bertanggungjawab, masyarakat yang saling menghormati dll.
Tujuh jeda masa ~ skala frekuensi & gelombang:-
::~Isyak
~ Frekuensi (600 - 700)THz
~ Gelombang (500 - 430)nm
Penglihatan à Pandangan Mata Hati
::~1/3 Malam
~ Frekuensi (700 - 790)THz
~ Gelombang (430 - 380)nm
Pemikiran à Keterbukaan Minda
::~Subuh
~ Frekuensi (580 - 600)THz
~ Gelombang (520 - 500)nm
Komunikasi à Pergaulan Sesama Manusia
::~Dhuha
~ Frekuensi (530 - 580)THz
~ Gelombang (565 - 520)nm
Baik Hati à Kasih Sayang Sesama Insan
::~Zuhur
~ Frekuensi (510 - 530)THz
~ Gelombang (590 - 565)nm
Sistem Penghadaman à Keceriaan
::~Asar
~ Frekuensi (480 - 510)THz
~ Gelombang (625 - 590)nm
Sistem Reproduktif à Kreativiti
::~Magrib
~ Frekuensi (405 - 480)THz
~ Gelombang (740 - 625)nm
Tulang belakang à Asas Kehidupan
Kehidupan kita sebagai seorang manusia amat berkait rapat dengan setiap perubahan dan pergerakan alam semesta.Tatacara kehidupan seharian yang telah Allah tetapkan itu amat bertepatan dengan kehendak serta naluri seorang insan.
Pada awal pagi, kita sudah disuruh bangun membersihkan diri dan bersiap untuk mengerjakan solat subuh.
Sebelum keluar bekerja, kita amat disarankan untuk mengadap Allah terlebih dahulu melalui solat dhuha.
Selepas setengah hari bekerja dan sebelum mengadapi setengah hari yang berikutnya, kita disuruh berehat seketika untuk mengerjakan solat zuhur pula.
Kemudian, setelah seharian berhempas-pulas, memerah otak & tenaga mencari rezeki, Allah perintahkan kita untuk bersolat asar sebagai penutup untuk sehari yang telah berlalu.
Sekembalinya kita dirumah pada waktu senja, kita membersihkan diri dan bersiap untuk bersolat maghrib.
Setelah kita membuat analisa serta menyemak segala kerja pada hari itu, kita diperintahkan pula untuk bersolat isyak sebelum menutup tirai hari tersebut.
Selepas itu pula kita berehat dan tidur sebentar, untuk kemudiannya kita bangun semula di 1/3 malam bagi melaksanakan qiamullail yang terdiri daripada pelbagai jenis solat sunat seperti solat taubat, solat tahajjud,solat hajat dll.
Dari segi tenaga ritual, Allah memerintahkan kita untuk sentiasa memperbaharui tenaga dalaman melalui perlakuan solat. Allah telah sediakan manfaat yang pelbagai hasil dari solat yang dilakukan dengan sepenuh tumpuan fikiran serta perasaan kita.
Namun diatas segalanya, bersolatlah hanya kerana Allah dan semata-mata untuk Allah. Walau apa pun rahsia, manfaat serta faedah yang bakal diperolehi hasil daripada solat tersebut, sesungguhnya sudah Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang rajin melaksanakan suruhanNya.