salah satu topik yang banyak membuka minda di Mistisfiles ialah persoalan mengenai rezeki
walau siapa pun manusia tersebut, jawapan terakhir mengenai hal2 yang berkaitan dengan makan-minum serta seluruh kehidupannya adalah datang dari Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada semua makhluk ciptaanNya
PERIHAL REZEKI
memperbetulkan persepsi terhadap rezeki adalah suatu perkara yang sangat penting kerana ia akan membantu kita untuk mencari jalan penyelesaian mahupun mencipta alternatif terbaik dalam menghadapi sesuatu permasalahan
rezeki bukanlah berkisar dalam konteks makan dan minum sahaja
ia mencakupi urusan2 lain yang saling berkaitan sebelum seseorang itu dapat menikmati hidangan makan-minumnya
anak adalah rezeki
jodoh adalah rezeki
ilmu adalah rezeki
kawan2 adalah rezeki
mendapat kontrak adalah rezeki
melancong keluar negara adalah rezeki
dan persoalan yang sering menjadi topik perbualan utama dikalangan pencari serta pencinta rezeki ialah ..................magnet rezeki
saya tidak berniat untuk membongkar rahsia magnet rezeki atau apa2 tip tentangnya
kita boleh berguru atau menuntut ilmu dengan ramai sifu2 diluar sana yang pakar dalam strategi magnet rezeki
persoalan yang sering bermain difikiran sejak akhir2 ini ialah...............peranan kita sebagai seorang (melayu) muslim dalam bersama2 membangunkan sesebuah syarikat mahupun organisasi yang didalamnya terdapat pelbagai bangsa serta anutan agama
saya pernah menyaksikan upacara "sembahyang" oleh sekumpulan sami budha yang dijemput khas oleh seorang taikun terkenal tanah air bagi mendapatkan "rahmat, keselamatan, kesejahteraan serta ong" keatas perniagaan beliau
sami2 budha tersebut berjalan mengelilingi komplek membeli-belah yang paling gah di kuala lumpur yang juga menempatkan pejabat urusan taikun tersebut. sambil berjalan, mereka membaca mentera2 tertentu
selepas itu sami2 tersebut berjalan dari satu tingkat ke tingkat seterusnya hingga ke tingkat yang menempatkan pejabat utama syarikat konglomerat tersebut
ada sesuatu yang perlu dipelajari disini
mengapa saya sebagai seorang melayu islam berdoa meminta rezeki yang baik hanya untuk diri saya sendiri sahaja ...??
sebagai seorang yang bekerja bersama2 dengan para pengurus, pelanggan, pengedar mahupun para pekerja lain, adalah lebih baik bila kita juga berdoa dengan sesungguh hati semoga Allah membuka pintu rezeki yang melimpah-ruah kepada mereka semua
ia boleh menjadi satu bentuk motivasi yang tidak terkalahkan agar kita sendiri benar2 bekerja dengan lebih jujur & bersungguh2 untuk maju kehadapan hanya kerana Allah semata2 demi mengharapkan keampunan & keredhaanNya
dan yang lebih penting ialah ia sebagai satu usaha bagi menghindari suatu bentuk "syirik" yang sangat halus bilamana kita mengharapkan habuan (kenaikan pangkat, bonus, gaji dll) daripada manusia (pihak pengurusan) dan bukan meminta terus kepada Allah
syirik seperti ini menjadikan kita akan nampak bahawa apa2 imbuhan yang diperolehi adalah semata2 dari hasil usaha diri sendiri dan kita akan bekerja lebih keras hanya untuk mendapatkan perhatian pihak pengurusan sahaja @ bodek
sudah sampai masanya kita sedar serta insaf bahawa Allah memberi rezeki Iman & Islam itu adalah sebagai suatu rahmat bukan sahaja kepada diri sendiri malahan kita wajib mensyukurinya dengan memanjangkan rahmat itu kepada orang2 disekeliling termasuk semua orang yang terlibat dalam segala urusan pekerjaan seharian tanpa mengira bangsa mahupun anutan
bila berdoa..........jauh disudut hati kita juga amat mengharapkan semoga Allah mengurniakan rezeki yang terbaik kepada pihak pengurusan, para pelanggan, para pengedar, pegawai2 kerajaan yang berhubungan dengan kita serta pihak2 yang membantu dalam urusan jual-beli kita sama ada di dalam negeri atau diluar negara..............supaya semuanya juga mendapat limpah kurnia rezeki yang baik lagi berpanjangan dari Maha Pemberi rezeki
dan jangan lupa mendoakan semoga mereka juga diberi hidayah Iman & Islam oleh Allah SWT
layakkan diri serta gunakan peluang sebagai melayu muslim dengan sebaik2nya agar kitalah yang menjadi salah satu asbab yang menjadi magnet rezeki kepada diri serta orang2 disekeliling ...............dengan izin dari Allah SWT