Sunday, 8 April 2012

Banjaran Titiwangsa

Semasa kecil saya suka berangan-angan ingin berada disuatu tempat, jauh didalam hutan belantara, bertemu dengan nenek kebayan dan putera-puteri bunian yang cantik rupawan ditepi sebuah kolam yang sangat jernih airnya. Kicauan burung dan unggas saling sahut-bersahutan, dengan kesejukan suhu dikaki gunung berserta dengan kehijuan dedaunan hutan tebal khatulistiwa.

Mungkin ini juga merupakan fikiran2 serta lintasan2 yang sentiasa bermain2 di dalam minda anak2 yang mempunyai genetik nusantara, dilahirkan dan dibesarkan disebuah kawasan yang sentiasa mendapat sinaran matahari di sepanjang masa.

Setiap kali melalui lebuh raya merentasi banjaran titiwangsa, mata begitu terpegun melihat hutan yang begitu tebal kehijauannya. Sudah ramai bangsa2 yang cuba menakluk bumi yang penuh dengan hutan tebal ini, tetapi nampaknya ia seolah-olah dipelihara dan disimpan untuk sesuatu perkara yang besar di masa hadapan. Hutan yang begitu tebal, hijau pekat kehitaman itu sudah pasti meyimpan seribu satu cerita serta rahsia yang tidak terjangkau oleh mata kasar.

Adakalanya berada dan bekerja di di dalam dunia yang dipanggil koporat amat melemaskan serta merimaskan – dengan segala protokol, peraturan & nilaian semata-mata berdasarkan untung & rugi serta  wang  & materialistik. Jiwa nusantara ini sentiasa berlegar-legar memberitahu bahawa “bukan ini sebenarnya yang aku mahu….aku perlukan sesuatu yang lebih bermakna demi maruah, kehormatan serta kelangsungan diri, keluarga, masyarakat, negara serta dunia sekaliannya”.

Aku mahukan sesuatu yang lebih lagi….tetapi apa?...apa sebenarnya yang aku mahukan itu?
Sesungguhnya jiwa, naluri , pemikiran & perlakuan bangsa yang bergenetik nusantara ini banyak dipengaruhi oleh cuaca, suhu serta rupa diri banjaran titiwangsa itu sendiri – misteri & terpendam tetapi penuh dengan kebebasan & kreativiti. 

~ Tok Ku paloh ~

~ Orang melayu itu sangat erat kepatuhannya & kebergantungannya kepada Tuhan.....
~ Orang melayu itu sangat suka akan amalan Nabinya serta sentiasa berselawat kepada Baginda…
~ Orang melayu itu sebenarnya akrab dengan ilmu kerohanian, kesufian serta kebatinan….
~ Orang melayu itu seharusnya tahu ilmu mempertahankan diri…..
~ Orang melayu itu sesunggunya punyai jiwa yang kental berjuang, tetap menapak dan bertapak mempertahankan bumi tanah tumpah darah serta tanah airnya…
~ Orang melayu itu berjalan dengan penuh harga diri dibumi kelahirannya, insaf dan sedar akan amanah yang dipikul untuk mempertahankan kedaulatannya…

~ Tok Kenali ~

~ Orang melayu itu seadanya  penuh dengan diplomasi dan semangat setiakawan, budi bicara dan tutur kata penuh sopan dan santun, amat menjaga akhlak serta tingkahlaku….
~ Orang melayu itu adalah berilmu dalam pelbagai bidang terutama pelayaran, perniagaan, pengurusan, kewangan, pertanian serta segala macam aktiviti perekonomian serta sosial manusia sejagat….
~ Orang melayu itu juga berjiwa seni, sukakan sesuatu dan semua yang  cantik, penuh puitis lagi bermakna….
~ Orang melayu juga sedar bahawa kita tidak selamanya  akan menongkat langit dan hakikatnya disuatu hari nanti kita akan pergi juga ke alam di sebelah sana……


Apakah hikmah aku direzekikan untuk lahir sebagai orang melayu…?
Nikmat manakah yang wajib aku syukuri kerana dilahirkan sebagai orang melayu….?

Apakah hikmah itu….?
Apakah nikmat itu….?