Thursday, 18 October 2012

Ulangkaji ATBM - 03




Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Friday, August 13, 2010
Catatan Srikandi III



##CATATAN CIKGU SRIKANDI
~SuryaVarman I adalah raja agung yang banyak membina candi dan binaan.
~Pernah dengar Preah Vihear? Ada pengkaji mengatakan beliaulah yang membina ibukota Angkor berpandukan rujukan bintang-bintang sebagaimana Piramid Agung dibina berpandukan buruj Orion.
~Raja-raja Kemboja menyambung usahanya selepas itu sehingga terbinalah Angkor Wat dan sejarah Angkor Wat inilah yang saya katakan ada kaitan dengan Grahi.
~Saya (Cikgu Sri) boleh katakan...bahawa...blueprint Angkor Wat dikeluarkan dari dalam istana Grahi.

~Saya (Cikgu Sri) belajar memahami siapa di sebalik nama Urduja atau Durga Wijayamala,serang puteri raja dalam riwayat Kelantan yang pergi berperang di atas gajah dan berhasil memenggal kepala seorang raja yang ganas!
~Durga Wijayamala telah membunuh RamaKhamhaeng di atas gajah dalam pertempuran paling legenda seluruh Indochina.
~Wanita besi itu telah memenggal kepala raja Sukhothai itu dan mencampakkan tubuhnya ke sungai,lalu menyembunyikan kepalanya sebelum dituntut oleh sami-sami Sukhothai.
~Saya (Cikgu Sri) ingin beritahu anda satu perkara. Puji-pujian kepada raja-raja Melayu Sriwijaya adalah satu budaya biasa ketika Sriwijaya berkuasa di IndoChina.Raja-raja ini dipuji dan dipuja bagaikan Dewa Visnu dan Siva dalam prasasti dan riwayat-riwayat Thai Kuno.
~Dan jangan terkejut jika sebahagian mantera sami Thai masih terlekat pujaan terhadap 'Sriwichai' ini,

NAMA EMPAYAR INI DIPUJA BAGAIKAN MASIH PUNYA BISA DAN KESAKTIAN.

~Mungkin mereka dengan kepercayaan mereka,tetapi bagi saya kesaktian SEE-WI-CHAI terletak kepada HEGEMONI PERDAGANGAN MARITIMNYA.Bukan jelmaan Visnu atau Siva.

~Prasasti Grahi yang telah dijumpai di Kemboja adalah dalam bahasa Khmer.
~Namun ia menceritakan tentang keagungan raja-raja Melayu Sriwijaya.Pelik?Anda kena belajar memahami kenyataan ini!

~Apakah kaitan Sriwichai,Durga Wijayamala dan Ramakhamhaeng?
~Cik Siti Wan Kembang dan Tanah Serendah Sekebun Bunga!!
~Siapa dia Nang Che Yam dan Nang Gwa ??


##NOTA CIKGU SRIKANDI
~Anda kena memahami bahawa Melayu itu tidak SESEMPIT PERLIS SEHINGGA KE SABAH.
~Belajar nama empayar ini, SRIWIJAYA dan anda akan dapat tahu rahsia kerajaan Grahi yang hilang.
~Sekali anda tahu rahsia Grahi,anda akan tahu apa yang berlaku 500 tahun sebelum Masehi.
~Sekali anda tahu riwayat 500 tahun sebelum Masehi...sebelum Dapunta Hyang Jayanasa mendarat di Muara Tamwan dengan balatentaranya sebagaimana yang tercatat di prasasti Kedukan Bukit,anda akan dapat memahami mengapa Valmiki menuliskan nama 'Malayadvipa' (Kepulauan Melayu) dalam Ramayana juga Vyasa dalam kompilasi Purana,beratus tahun sebelum kemunculan Gautama Buddha.
~Sekali anda tahu mengapa para rishi menuliskan nama Kepulauan Melayu di dalam kitab-kitab suci mereka...anda akan tahu siapakah dia watak misteri 'Maat Heru' (Mata Hari) seperti yang tercantum di dalam The Egyptian Book of The Dead.

Lembah Bujang

Siapakah aku??
Cikgu Sri, siapakah Raja Matahari sebenarnya..??
Apa ke benda nye The Egyption Book of The Dead itu…??
Apa kaitannya dengan master race yang dicari oleh para penganut new age religion..??
Betulkah british itu mengetahui apa sebenarnya khazanah yang masih tersimpan di dalam hutan tebal di banjaran titiwangsa….??
Kota gelanggi itu masih misteri bukan….??
Tasik cini juga masih misteri….??
Gunung ledang itu juga misteri….??
Lembah bama itu misteri…??
Lembah bujang itu misteri...??
Sungai batu itu misteri…..??
Gangga negara itu ada tinggalan tapaknya ke…??
Cikgu ada kata bahawa di tengah2 negeri perak itu penuh dengan tinggalan kulit kerang dan kulit siput..??
Walaupun tanah melayu tiada binaan gah, tapi tanah melayu masih penuh dengan tempat2 misteri yang belum diteroka….begitu ke cikgu srikandi…..???
Cikgu pun pernah beritahu bahawa struktur tulang dan rangka manusia kuno yang dijumpai di dalam beberapa gua di kelantan ada tersimpan di muzium2 di luar negara – amerika dan eropah…??
Hhmmm……………..kenapa orang luar…orang putih tu lebih tahu sejarah tanah melayu daripada kita……….??
Hhmmmm..semua tempat pun masih misteri sebagaimana misterinya asal-usul kami wahai cikgu srakandi yang budiman.........

Tanah melayu memang tak ada satu pun binaan se-gah tembok besar cina….tapi di tengah2 hutan tebal banjaran titiwangsa tu masih tersimpan kemas dan kukuh tinggalan2 sejarah dari permulaan peradapan manusia yang usianya lebih tua dari kebanyakan binaan2 gah sejarah di seluruh dunia bukan…???
Jadi kita ni orang apa dan dari bangsa apa sebenarnya Cikgu Sri….??

Gunung Ledang

Tanah Lemuria
Para pengkaji dok sebuk mencari kemungkinan2 tempat tinggalan dari tamadun atlantis…..dan kita dok yakin bahasa benua atlantis itu hanyalah satu mitos yang tempatnya ntah kat mana…..kemudian kita diperdengarkan tentang tamadun lemuria, mungkin tempatnya di atas pentas sunda, orientalis barat berjaya mengesan binaan se-gah borobodur di tanah seberang selepas mereka berjaya menjarah dan menjajah tanah seberang itu..…

Namun ada satu lagi bumi Tuhan yang masih belum mereka dapat teroka sepenuhnya untuk menjejaki atlantis dan lemuria yang hilang itu..dimanakah tanah itu??…disini…di malaysia..di dalam hutan2  khatulistiwa yang sangat tebal ditengah2 semenanjung tanah melayu ini.

Ingat…ini semenanjung tanah melayu dan bukan semenanjung tanah yang lainnya ye….


Kota Gelanggi 

MALA – alam-bangsa-bahasa
Seperti dari kajian Cikgu Sri……you cakaplah apa saja yang you nak klaim…tapi satu fakta keramat yang Tuhan taqdirkan ialah…..nama mala-yu, molo-yu, mala-polinesian..…kata kunci MALA itu tak boleh dipadam dari mana2 catatan sejarah yang ditulis oleh para pengembara dari timur tengah, eropah dan cina….you kena jaja keseluruh dunia untuk padamkan catatan keramat nama MALA dari semua prasasti2 dan diari2 dahulu kala itu

Boleh lah kalau you nak klaim ini tanah sebagai tanah you, tapi you kena sanggup mengaku bahawa you berbahasa melayu sejak dari dahulu kala you tinggal disini…bukan calang2 bahasa melayu, tapi bahasa melayu kuno bercampur bahasa sanskrit dengan bahasa jawa kuno. You kena tahu baca tulisan rencong dan kemudiannya kena pandai menulis jawi sebab prasasti2 kuno itu ditulis dalam bahasa melayu tua. Jika bab bahasa ni you  fail….hhmmmm…camna you nak klaim sebagai penghuni asal tanah bertuah ini…

Ataupun kalau tak suka sangat dengan bahasa orang dari gua dan duduk diatas pokok  dan bercawat ni…you kena mengadap orang2 mala-yu yang bertebaran dari selatan afrika, sri lanka, australia, madagaskar serta tempat2 yang sewaktu dengannya….you cubalah berkomunikasi dengan mereka menggunakan bahasa selain bahasa yang you tak suka ni…agak2nya orang2 kat situ boleh faham ke…??? Sebab bila you klaim sebagai penduduk asal tanah ini, you juga terpaksa menerima keturunan2 mala-yu di tempat2 tersebut sebagai saudara2 you juga….

Inskripsi Talang Tuo

Ataupun jika benar you nak klaim ini tanah….you kena tiru macam thailand dan cina komunis….you ciptalah sendiri tinggalan2 sejarah dan prasasti2 kuno…sebagaimana terciptanya bangsa khom oleh negara thailand untuk menyorokkan identiti bangsa berdarah mala-yu yang mewarnai pemerintahan kerajaan2 di indochina…..funan, champa, angkor, sriwijaya, grahi, tambralinga, langkasuka….aduhai banyak pula kerajaan2 lama mala-yu kuno ni….tak tersebut kesemuanya…itu tak termasuk yg ada bertaburan di seluruh alam melayu...

Ok lah…I bagi you peluang klaim ini tanah, tapi you kena mengadap dulu semua catatan2, nukilan2, watikah2, kitab2 lama jawi yang berada di perpustakaan2 di london, di belanda, di rusia yang dibawa dari tanah melayu dan ditulis dalam bahasa melayu. Semua catatan2 itu asli datang dari dunia sebelah sini, bukan dari benua2 lainnya….boleh..??


Hang Tuah ku vs Hang Tuah mu
Ok lah…you nak klaim hang tuah tu you punya…amiklah segala hang2 yang pernah ada dan wujud di dunia sebelah ini….tak da hal….pada masa yang sama you kena ceritakan bahawa you punya hang tuah tu tidak berpakain cara melayu, tidak berbahasa melayu, tidak mengikut agama dan adat melayu..senang cerita hang tuah versi you lah….

Untuk klaim hang tuah….you pun kena cipta kata2 keramat dari hang tuah versi you sendiri mengenai bangsa you…sebab hang tuah asli sedap je mulutnya berkata bahawa tidak melayu hilang didunia….tapi pelik la pulak…jika benar hang tuah tu you yang punya….kenapa hang tuah tu baik hati sangat nak menyatakan bahawa bangsa yang dikatakan malas dan bodoh ni tak akan hilang di dunia..…baiknya hang tuah you ni kan….atau disebabkan hang tuah you ni memang sudah jauh merantau ke serata pelusuk dunia…maka dengan pengaruh bahasa dan budaya tinggi orang melayu di merata2 tempat, maka hang tuah you ni pun yakin bahawa orang melayu memang sangat berpengaruh sejak dari dahulu kala dan kesannya akan dapat dirasainya menjangkau hingga ke kemudian hari. Jadi macamana sekarang….you nak klaim hang tuah tu you yang punya dan juga you nak menidakkan kata2 keramat hang tuah tentang orang melayu….atau what actually you want….??

Kalau betul2 nak klaim ini tanah….you pun kenalah usaha betul2 dengan mengadap perkara2 mengenai bahasa2 tadi dari yang pakar diseluruh dunia….barulah ada kelas…..bukannya setakat hanya tuduh-menuduh itu dan ini macam budak2 tadika berebut ais krim pong sahaja….itu aku punya….!!..bukan....ini aku yang punya…!!

Rencong

KA-GA-NGA-CA
Bahasa melayu adalah bahasa yang tersendiri, bukan cedokan atau berkembang dari bahasa2 yang lain.
Begitu juga tulisan rencong, ia merupakan satu sistem tulisan yang berdiri sendiri sebagaimana bahasa melayu
Tulisan rencong – KA GA NGA CHA

Lama sebelum cikgu srikandi menengahkan sejarah asal-usul bahasa melayu…batu jemala ni dok fenin memikirkan kenapa bahasa melayu sekarang ni macam satu salinan je daripada bahasa arab. Apa yang ada di dalam bahasa arab…maka perkataan ini ada juga di dalam bahasa melayu…mahabbah..muhibbah…nur..cahaya… dll

Rupa2nya ia merupakan suatu pengaruh dari anutan kepercayaan sesuatu kaum. Bila islamnya warga sriwijaya nusantara, maka asimilasi dari bahasa arab ke bahasa melayu itu terjadi. Sebagaimana cantiknya asimilasi abjad arab itu yang digunakan untuk menulis di dalam bahasa melayu …..dan masih mengekalkan bunyi atau sebutan asal dari tulisan rencong…KA GA NGA CHA….cantik bukan…??

Cantik…chantek….encik….enchek…..

Gua Niah

Matahari vs Matahati
Sebagaimana bahasa melayu menerima pengaruh perkataan2 dari bahasa2 yang lain , begitu juga bahasa2 tersebut juga  menerima pengaruh daripada bahasa melayu.
Contoh paling misteri ialah perkataan mesir purba maatheru – mata + hari adalah asli dari bahasa melayu…bukan dari bahasa2 yang lain ye…dalam bahasa inggeris moden – eye + day…the eye of the day…matahari la tu….dan the eye of the night ialah …bulan…

Mata+hari pula merupakangelaran yang diberikan oleh orang-ramai (rakyat) kepada seseorang pemerintah. Digelar matahari kerana pemerintah/raja itu tinggal di kawasan yang menerima sinaran matahari disepanjang masa – raja matahari. Raja ini pula sudah semestinya mempunyai nama sebenarnya dan juga nama2 yang lain – seperti nama timangan, nama mengikut adat-budaya atau nama mengikut kepercayaan anutan.

Nama penuh saya seperti dalam IC  ialah………, orang panggil saya …….,mak-ayah panggil saya adik walaupun saya ada adik…adik saya pun kena panggil saya adik juga…hahaha..anak saudara kena panggil saya acik adik..hehehe , nama timangan saya ialah……., dan nama maya ialah…wangsa…hehe

Contohnya sultan kelantan, nama betul faris …tapi gelarannya ialah sultan muhammad iv….itu belum lagi  gelaran dalaman dikalangan keluarga raja2..raja tengah, raja di hulu, raja dihilir, putera mahkota…dll

SuryaVarman  1 adalah nama dalam bahasa sanskrit…tapidia  mesti ada nama mala-yu yang kita tak tahu….

Bahasa melayu dipertuturkan oleh orang mala-yu lah…..yang berkulit sawo matang, tak tinggi dan tak rendah, lelakinya tak lah hensem sangat tapi nampak segak dan manis, perempuannya pula tak lah jelita sangat tapi tetap ayu dan amat menawan, hidung ada2 versi utama – pesek &  mancung dan juga ada diantaranya….muka mereka tak pernah nampak sama dan sepesen…sebab sudah bercampur2 seumpama makanan mereka yg terdiri dr pelbagai rampaian – rojak, pasembur, pecal, kerabu – ada yg macam cina, ada yang macam india, ada nampak macam arab, ada yg macam omputih, ada yg macam jepun, ada yg  macam rusia dan macam2 ada….

Tasik Cini
Gua cakap lu
Perkara bahasa bukan satu isu yang semudah air batu campur….suka-suki boleh tukar aksara, abjad, suku-kata, kosa-kata, sistem ejaan, nahu dan segala benda berkaitan bahasa, semalam guna sistem lain, hari ni tak suka, tukar akasa lain, esok gaduh dengan orang, jadi kena tukar guna abjad lain pulak…..atau memang kita ni semua berasal dari beruklah, tiada sistem tulisan dan sistem bahasa yang tinggi….you kena champion bab bahasa baru dunia akan iktiraf you sebagaimana pemenang….

Rencong

Sistem bahasa berkembang rapat dengan sistem tulisan, sistem aksara, sistem abjad – sebutan, ejaan, bacaan dll. Ia bukan boleh muncul secara tiba2. Betullah orang2 tua ada menyebut…bahasa jiwa bangsa..bila kita ber-lu dan ber-gua…semestinya nampak sangat bezanya dengan orang yang ber-hamba dan ber-tuan-hamba….

“…..gua cakap lu maa….kita kautim arrr….”
“……….apa??!!...pak mat tempe…??!!!....bukan!!…mail lambung lah….!!!”
 “….dipersilakanlah tuan hamba berjalan dahulu….hamba akan menyusul kemudian kerna ada tugas yang perlu hamba bereskan….”

Aku menghargai bahasa melayu………..

Ya Tuhan..tolonglah aku….panjangnya aku merapu meraban….ampunkan lah dosa2ku….
Kok ye pun….awak ni marahkan siapa sebenarnya….??


Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

Tuesday, 16 October 2012

Ulangkaji ATBM - 02




 Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Friday, August 13, 2010
Catatan Srikandi II




Angkor-KLCC

"Selepas mengkaji sebahagian kesusasteraan dan prasasti Khmer,Thai dan Mon...saya benar-benar terkedu dan hampir-hampir menitiskan air mata apabila mendapati bahawa dahulu raja-raja Melayu begitu berpengaruh dalam istana Angkor dan sejarah Kemboja.Patutlah nama 'Kemboja' itu sendiri amat dekat dengan orang Melayu" ~ Cikgu Srikandi



##-CATATAN CIKGU SRIKANDI
~Saya sendiri (Cikgu Sri) terpaksa berhempas pulas mempelajari bahasa Sanskrit bagi memahami segala gelaran raja-raja Melayu dahulukala di Indochina khususnya di Ligor (Nagara Sri Dharmaraja) dan Kemboja.
~Walaupun hanya asas dan terlampau singkat masa pembelajaran saya itu (akibat kesibukan kerja) namun itu semua sudah cukup memberikan saya kunci-kunci rahsia kehadiran darah keturunan Melayu di dalam istana Angkor.
~Bertuahnya,para sarjana Khmer yang membantu saya adalah amat jujur dengan sejarah dan tidak malu mengaku pengaruh keturunan Srivijaya (Melayu) yang mengalir dalam diri para pembina Angkor Wat.

~Nama Sailendra juga dikenali dalam kesusasteraan Indochina.Sri Ksetra di Burma adalah warisan Srivijaya,kemudian oleh dinasti Sailendra.
~Saya (Cikgu Sri) baru sahaja mencantumkan misteri Sri Ksetra di Burma yang dikatakan pernah diduduki oleh Empayar Melayu Srivijaya.Dalam Batu Bersurat Talang Tua tahun 684 masehi yang ditulis dalam bahasa Melayu Tua ada mencatatkan:

"Pada tarikh 23 Mac 684 Masehi, pada ketika itulah taman ini yang dinamakan Sriksetra dibuat di bawah pimpinan Sri Baginda Sri Jayanasa. Inilah niat baginda: Semoga yang ditanam di sini, pohon kelapa, pinang, aren, sagu, dan bermacam-macam pohon, buahnya dapat dimakan, demikian pula pokok buluh, waluh, dan pattum, dan sebagainya; dan semoga juga tanaman-tanaman lainnya dengan bendungan-bendungan dan kolam-kolamnya, dan semua amal yang beta berikan, dapat digunakan untuk kebaikan semua makhluk, yang dapat pindah tempat dan yang tidak, dan bagi mereka menjadi jalan terbaik untuk mendapatkan kebahagiaan. Jika mereka lapar waktu beristirehat atau dalam perjalanan, semoga mereka menemukan makanan serta air minum..."



##-NOTA CIKGU SRIKANDI
~Srivijaya adalah satu-satunya kerajaan yang bertindak sebagai empayar yang memiliki sistem 'federation'.
~Maksudnya semua kerajaan dan tanah di Asia Tenggara tunduk dan bernaung di bawah raja-raja Melayu Srivijaya,untuk bersama-sama menyertai perdagangan maritim yang dibuka oleh Srivijaya.
~Bukan konsep imperialisme dari Barat.
~Tetapi konsep 'perdagangan maritim' yang benar-benar memeningkan ramai sarjana Eropah bagaimana orang Melayu boleh membina empayar bukan semutlaknya di atas penguasaan tentera dan peperangan tetapi lebih kepada hegemoni perdagangan dan prestij.


~Mengapa paling effektif?
~Kerana budaya dan bahasa Malayo-Polinesian yang berkembang dari Madagaskar sehingga ke Kepulauan Pasifik, pelbagai prasasti dan batu bersurat, binaan candi-candi seperti Borobudur yang merupakan antara 'Wonders' di Asia Tenggara,catatan dan bukti dari sarjana asing,penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca sehinggalah ke hari ini (Malaysia,Indonesia,Brunei) dan penguasaan wilayah oleh kaum-kaum Malayo-Polinesian adalah bukti paling nyata kewujudan empayar ini.
~Walaupun banyak bangsa dan negara cuba menuntut hak mereka terhadap Srivijaya,namun mereka tidak mampu menafikan hakikat paling penting ini.
~Apakah hakikat itu?

BAHAWA RAJA-RAJA SRIVIJAYA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA MEREKA.



Disuatu waktu dahulu  aku hampir2 mempupuskan bahasa keramat ini dari diriku sendiri dek kerana asyik-masyuk-taksub kepada bahasa asing – bahasa inggeris, sehinggakan nak cakap dengan mak-bapak pun kena terjemah dari bahasa inggeris ke bahasa melayu – teruk bebenor kamu ni eh….

Alhamdulillah fenomena blog mistisfiles serta blog2 seumpamanya 2-3 tahun lepas telah menyelamatkan bahasaku ini, membaca artikel (yang panjang2) dalam bahasa melayu telah  melatih otakku untuk memerah seberapa banyak idea dan menuliskannya semula diruangan komen di dalam bahasa melayu…huhu

Angkor Wat dan Borobodur dibina oleh jurutera, arkitek dan jurubina orang melayu atau dari mereka yang berbahasa melayu.

Bahasa melayu – cuba tanya batu jemala sendiri………apa bahasa pertuturan diantara semua jenis orang yang ada di tanah melayu – bangla ke, cina ke, pakistan ke, jepun ke, indon ke, mendeleng ke, india ke, vietnam ke …selain dari bahasa inggeris, sudah semestinya kita berkomunikasi menggunakan bahasa melayu.

Dek kerana begitu mesranya kita dan begitu ramah tamahnya kita, maka lidah kita ni senang je dipusing2 dan diuli2 macam roti canai untuk bercakap melayu dalam pelbagai slang…bahasa melayu slang bangla, bahasa melayu slang indon, bahasa melayu slang cina, bahasa melayu slang vietnam dll versi. 

Bahasa pertuturan utama adalah bahasa melayu kerana tidak semua orang fasih dan tahu berbahasa inggeris. Jadi bahasa melayu tetap champion bukan…??

Angkor Wat (Preah Vihear) menjadi rebutan diantara Thailand dan Kemboja.
Borobodur adalah binaan candi yang terbesar di dunia.


Sesungguhnya kita tidak bermaksud mahu berbanggga dengan agama anutan orang2 mala-yu yang membinanya diwaktu itu kerana kita berbicara dalam kontek menjejaki  sejarah diri sendiri yang hilang.

Dan dengan mengetahui apa anutan para pembina Angkor Wat serta Borobodur itu juga sepatutnya menjadi satu sebab yang sangat signifikan untuk kita benar2 mensyukuri, menghargai dan membela iman dan islam yang masih tersisa di dalam diri kita.

Kenapa saya kata iman dan islam yang masih tersisa – kerana cabaran new world order itu sangat hebat, setiap detik mahu merenggut senipis kulit bawang kepercayaan kita yang masih ada  kepada Tuhan dan Nabi.


Disuatu waktu dahulu, para sahabat Nabi begitu gigih berkelana, mengembara dan membelah lautan demi menyampaikan seruan suci dari Tuhan kepada warga sriwijaya nusantara, dan di ketika ini pula kita berbicara tentang warisan iman dan islam yang masih tersisa senipis kulit bawang.
Biarlah kita bermula semula sedari nipisnya kulit bawang….itu pun terlalu berharga untuk terus dipersia.

Dari nipisnya kulit bawang itulah, mari kita cantumkan dan gabungkan semula menjadi sebuah bawang yang penuh dengan aroma wanginya iman. Biarlah aroma itu memancarkan tenaga yang dapat memedihkan mata2 yang menangis dihadapan Tuhan, memohon belas pertolongan dan pembelaan akan getirnya ujian diakhir zaman. Semoga pengorbanan para penyampai kebenaran beratus tahun dahulu tetap mekar menjadi baja tumbuh suburnya tanaman iman sebermula dari nipisnya kulit bawang tadi.


Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

Monday, 15 October 2012

Ulangkaji ATBM - 01





Assalamualaikum Cikgu Srikandi (& MO)....

Cikgu Sri (& MO), izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye......
Persoalan2 baru dan lama sering datang silih berganti.....
Menjadi orang melayu malaysia yang hidupnya terpaksa berhadapan dengan kerenah & perangai bangsanya sendiri,  dengan kiasu & agresifnya bangsa 'adik-beradik' yang lain serta dengan kebanjiran warga luar yg datang & tak mahu pulang2- adakala menjadikan diri ini lemah-longlai, duduk tersembam menyembah bumi tanah tumpah darah sendiri, air-mata pun sudah kering, tak tahu apa lagi yang hendak ditangiskan - mencari jati diri, kepercayaan serta keyakinan yang masih tersisa........huhu


Friday, August 13, 2010
Kata Alu-aluan Dari Srikandi

##-CATATAN CIKGU SRIKANDI

Dari Diari Lodgekeeper m/s 171:

"warisan Bani Jawi itu ibarat sutera putih yang dipercik dengan narawastu dan air melati.Kemudian dibaluti dengan badar sila dan ditaruh ke dalam batil emas merah murni"

Pada halaman yang lain,

"....'Keturah' bukanlah namanya yang sebenar...namun adalah gelaran atau panggilan Tamadun Sumeria Kuno kepada sang gadis misteri...hadir dari rimba dari gunung yang diselaputi kabus aneh...bibirnya merah mulus,dia menjinjing sebakul bunga-bungaan dan kemenyan...di telinganya terselit sekuntum bunga yang indah"


Dari Diari Lodgekeeper pada m/s 230 di bawah tajuk 'The Tabernacle of Melati & Maya':

"...keris adalah satu lambang dari tamadun kuno yang terahsia...ia dijaga oleh para leluhur bangsa misteri sejak zaman berzaman.Bentuknya yang berkeluk-keluk adalah warisan dari satu dinasti atau keturunan diraja yang pernah memerintah satu tanah yang ditinggalkan..."

pada m/s 188:

"...terdapat penentangan di antara raja-raja berdarah naga ini...konflik sesama mereka akibat berebutkan kekuasaan dan teknologi....penyembah pagan mengenang mereka sebagai Dragon Lords of The Rings.Freemason yang mendakwa berasal dari warisan pengetahuan bangsa-bangsa yang hilang ini acapkali mendakwa mereka mempunyai darah naga ini.Di dalam ritual sulit peringkat Rahsia Dalam Rahsia,para Mason memakai warisan pakaian The Lords of Dragon ini.Ini adalah warisan kostum dari sejarah bangsa misteri yang hilang dan bersembunyi di tempat lain.Orang yang memberitahu para Mason ini tentang rahsia bangsa-bangsa misteri adalah seorang yang pakar dalam sejarah bangsa-bangsa sebelum atau ketika terjadinya Banjir Besar..."

##-NOTA CIKGU SRIKANDI

~Bangsa Melayu adalah pelayar yang gigih,dan inilah identiti yang dikenal oleh tamadun-tamadun purba pada masa dahulu.
~Sampan kecil mereka teroleng-oleng sehingga ke Madagaskar sehingga menubuhkan dinasti beraja Merina,memerintah seluruh kepulauan Madagaskar,menyatukan bangsa-bangsa Afrika di pulau itu di bawah raja-raja Melayu Merina.
~Bahtera-bahtera mereka menggerunkan para pengembara Sepanyol dan Portugis yang mencari laluan rahsia harta karun 'King Solomon's Mines' yang dikatakan terletak di Timur Jauh.
~Hanya satu cara sahaja untuk menundukkan kerajaan-kerajaan Melayu Purba;merasuah Laksamana dan para armada tentera laut mereka dan mengapikan-apikan perasaan hasad dengki sesama mereka,dan inilah ramuan yang digunakan untuk menjatuhkan kuasa laut Empayar Melaka,di mana armada tentera laut Siam turut gagal mengalahkan Tun Perak dan Laksamana untuk menguasai Selat Melaka.

Apakah makna semua ini.......???
Cara yang sama juga sedang digunakan untuk memecah-belahkan kesatuan orang melayu moden yang masih tersisa dengan mencipta sihir demokrasi – sudah terang lagi bersuluh demokrasi itu permainannya meminta orang2 melayu hidup berpuak2. Demokrasi adalah interpretasi daripada agenda mengapikan-apikan perasaan hasad dengki sesama kita.


~Jika anda setia bersama saya (Cikgu Sri) menjejak rahsia bangsa misteri,saya akan bawa anda kepada rahsia tertinggi para Mason bertahap 'over 33rd Degree'.
~Siapa yang pernah melihat majlis ritual mereka,pasti akan terkesan,mengapa para Elit mereka terpaksa 'bersampin' dan 'bersongkok' untuk menjalankan upacara-upacara sulit mereka.

Kenapa mereka terpaksa berkelakuan begitu....???

Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan, Nabi yang penyayang telah meninggalkan wasiat agar para sahabat mendatangi satu kaum yang tinggal di timur jauh.


Baginda meminta supaya para sahabat belayar membelah lautan mendatangi kaum itu (nenek moyang kita)  di dunia sebelah sini. Sesungguhnya Nabi tahu bahawa para sahabat bersaing dengan masa agar dapat sampai mendahului para zionis dan jesuits yang bertujuan memesongkan aqidah hanif orang sebelah sini. Dan juga sesungguhnya Nabi yang mulia itulah yang telah menaruh harapan tinggi  agar dengan islamnya warga timur jauh itu  nanti  dapat pula mereka  membela kaum keluarga baginda di kemudian hari dari habis dibunuh oleh musuh islam. 

Tidakkah kita berasa sangat istimewa dengan peristiwa pengislaman warga nusantara ini ditangan para sahabat Nabi beratus tahun dahulu??!!!?? Kerajaan sriwijaya yang kaya-raya dan gah itu akhirnya tunduk juga kepada iman dan islam lalu kemudiannya menjadi kerajaan kesultanan melaka serta kerajaan2  islam yang lainnya disekitar nusantara.


Tidakkah kita berasa bahawa Nabi itu sesungguhnya terlalu amat dekat dengan kita serta bagindas amat mengenali siapa bangsa mala-yu yang sebenarnya……….Nabi adalah insan yang mulia serta  bijaksana, sudah tentu Nabi itu lebih maklum akan sejarah peradapan dunia sejak dari dahulu kala juga sejarah yang akan datang termasuk perkembangan bangsa mala-yu yang menjadi sebahagian daripada umat baginda.

Ambillah pelajaran & pengajaran daripada peristiwa pen’sepanyol’an dan pengkristianan (minta dijauhkan oleh Tuhan) warga melayu bumi manila (amanillah), pen’thai’an warga melayu pattani, pen’liberal’anwarga nusantara indonesia, pem’portugis’an warga nunsantara timur- timor, peng’kiasu’an warga melayu singapura, juga pengapusan etnik asal nusantara di myanmar, kemunduran warga asal nusantara di indochina – namun kita masih boleh mengamalkan adat budaya melayu berpaksikan islam di semenanjung emas juga di negara brunei darul salam.

Siapa orang cham/kemboja, siapa orang rohinya, siapa orang sulu, siapa orang pattani ??– mereka adalah saudara senusantara kita yang hidup penuh dengan perjuangan bersenjata berhadapan dengan pemerintah (bukan dari bangsa serumpun) yang sentiasa mahu menekan kehidupan mereka.

Kita memang ‘tidak berapa kesah’ dengan ritual sulit para elit freemason itu kerana kita sudah mendapat hadiah iman dan islam dari Nabi tercinta.

Sesungguhnya warisan para ahlul-baitlah yang telah berjuang  membela tanah melayu dari jatuh tersungkur kepada zionis & jesuits. Siapakah Tok Kenali, siapakah Abdul Rahman Limbung, siapakah 7 wali melayu, siapakah wali songo kalau bukan warisan dari wasiat Nabi tercinta.


Tetapi pada masa yang sama kita perlu waspada kerana  pencarian para elit freemason kepada master race itu sungguh gigih, sanggup pula mereka melakukan segala tipu muslihat (sekali lagi dan berkali-kali) untuk klaim tanah bertuah ini sebagai their promised land jika benar semenanjung emas ini meninggalkan khazanah permulaan tamadun manusia spt piramid yang misteri dan kontroversi itu.

Sebab itu mengetahui kenapa, mengapa, bila, dimana dan bagaimana tentang asal-usul bangsa kita adalah sangat signifikan.Kita bukan berasal dari beruk, juga tidak tinggal di dalam gua atau menenggek diatas pokok serta bercawat sahaja disebabkan tidak tahu membuat jarum……hhmmmm…..habis tu siapa pula yang mengerjakan pusat peleburan besi kuno di sungai batu kedah jika bukan orang mala-yu ??!!??


Dapat berjalan dibumi tanah air sendiri dengan penuh kesedaran tentang asal-usul, dapat menyerap aura semangat perjuangan warga terdahulu, kaki ini benar2 melangkah dengan memijak tanah misteri dengan penuh takzim……. dan bila  jiwa sedar akan tanggungjawab & amanah yang sedang menanti – ia  merupakan satu perasaan tentang kepuasan diri yang sangat bermakna  dan sungguh berharga.

Terima kasih Cikgu Srikandi dan MO.......

Sunday, 14 October 2012

Orang Mala-yu & Warisan Budaya Tinggi



Dengan rezeki masa yang terluang, saya ulangkaji semula catatan maya Cikgu Srikandi dan MO, mengimbas kembali perjalanan & perjuangan satu bangsa misteri yang Tuhan taqdirkan masih wujud hingga ke zaman facebook, nuffnang, samsung galaxy, google earth, cloud computing, proton preve, kereta hybrid, projek lynas (raw earth material)..........etc….termasuk juga free blogging..hehe

Baru2 ini saya berpeluang menghadiri majlis perkahwinan putera sulung seorang jiran. Bagusnya ialah hubungan kelompok masyarakat di kejiranan saya ini begitu erat dan majlis kenduri-kendara terutama perkahwinan adalah satu majlis yang sangat ditunggu2 oleh semua orang.
Pada setiap majlis perkahwinan pastinya acara tradisi melayu turun-temurun masih kukuh diamalkan seperti berikut:

~pada malamnya akan diadakan kenduri doa selamat dirumah pengantin
~pada pagi hari kenduri - perkumpulan wanita akan mengadakan majlis bacaan berzanji serta majlis khatam Al Quran
~para lelaki akan bergotong-royong menguruskan makanan/minuman kepada para tetamu
~para wanitanya akan mengagih2kan makanan kepada para tetamu yang hadir
~budak2 lelaki akan ringan tulang membantu menguruskan gelas2 minuman dimeja makan tetamu
~budak2 perempuan pula akan membahagikan gula2 di dalam bekas yang comel kepada kanak2 kecil

~bila raja sehari sudah tiba, pasukan kompang akan mengiringi mereka masuk ke kawasan majlis bersama bunga manggar serta bunga telur
~kemudian mereka akan didudukkan di kawasan lapang terlebih dahulu, pasukan silat gayong akan mempersembahkan silat mereka kepada pengantin
~bila selesai, pengantin akan diarak masuk ke pelamin yang tersergam indah diiiringi dengan paluan kompang
~majlis merenjis akan dilakukan – air mawar dan bunga rampai
~agenda terakhir ialah makan beradab bersama ahli keluarga terdekat – makanan pengantin digubah serta dihias penuh seni  dengan lauk-pauk istimewa khas untuk raja sehari

Dari kecil sehingga kini, hati sentiasa teruja setiap kali menghadiri sebarang majlis perkahwinan selain dapat makan nasi minyak, sekarang ni ada pula nasi hujan panas, nasi arab, nasi kukus dan sebagainya berserta lauk pauk yang sedap2. Disamping itu dapat ole2 berupa bunga telur, kuih baulu, makanan ringan dan cenderahati yang comel.

Hati begitu suka melihat suasana yang meriah dengan para tetamu memakai pakaian yang cantik2.
Juga hati teruja melihat raja sehari yang hensem dan jelita berhias dengan pakaian yang indah2.


Bila usia menjengah dewasa, hati dan fikiran mula bertanya dan tertanya2:

~upacara yang penuh tradisi dan budaya  gilang-gemilang ini pasti berasal sejak dari dahulu-kala, turun-termurun dan tidak akan berlaku secara tiba2 - perhiasan2, persiapan2 dan tatacara yang sangat cantik dihias sebegitu rupa pasti diwarisi dari satu kebudayaan yang maju dan tinggi. Itu belum lagi kita melihat hasil seni dari tekad benang emas diatas kain baldu, dengan segala kendi2, tepak sireh, dan banyak lagi peralatan2 nenek moyang dahulu kala - pasti bangsa ini terdiri dari tukang2 yang sangat teliti, prihatin, halus mulus seni dan karyanya - semestinya bukan berasal dari orang2  yang  dulunya tinggal di dalam gua atau duduk diatas pokok serta bercawat sahaja. Sudah semestinya bangsa juga ini amat rapat dengan JARUM untuk menjahit pakaian, perhiasan dan segala peralatan yang memerlukan kemahiran rekabentuk serta menjahit yang tinggi – jadi dimana dan bagaimana rasionalnya tuduhan keatas bangsa ini iaitu tidak tahu buat jarum…??!!??


~sedangkan saya teruja dan suka setiap kali melihat upacara yang cukup indah, berseni serta bertatacara ini dikalangan rakyat jelata - apatah lagi jika berpeluang melihat upacara sebenar dikalangan raja2, pastinya mata akan terpegun melihat betapa segaknya putera raja berpakaian kebesaran dan betapa anggunnya sang puteri raja dengan perhiasan2 tiara, gelang, kalung dari emas dan berlian -sungguh berseri2. Yang masih dapat dilihat kini ialah upacara pertabalan yang dipertuan agong dikaca tv sahaja


~apatah lagi orang2 putih/eropah yang berjaya sampai ke nusantara beratus2 tahun dahulu - mereka pasti terpegun (atau boleh juga terlopong) melihat ada sekumpulan manusia disebelah sini yang  hidup dengan tamadun yang tinggi, ada sistem pemerintahan, sistem perkapalan, sistem pentadbiran yang tersusun rapi. Mereka pula memakai pakaian yang cantik2 dengan perhiasan yang mewah bertatahkan emas dan permata  serta bercakap menggunakan bahasa yang tersusun rapi.

~itu belum lagi  melihat persembahan2 tarian oleh dayang2  yang ayu, penuh gemalai dengan pakaian2 serta perhiasan2 yang cantik dan menarik

~itu belum dikira lagi dengan sistem pernomboran, sistem bahasa, sistem persenjataan dan seribu satu sistem lain yang membolehkan raja2/sultan2 menguruskan pelabuhan maritim yang kaya raya dan  tersohor didunia

~ itu belum lagi membaca tulisan2, nukilan2 ilmu, watikah2, puisi seloka orang melayu yang sarat dengan nasihat, kiasan dan bidalan, ditulis menggunakan tulisan jawi dengan lenggok bahasa yang cantik dan tersusun indah

~membaca karya2 yang masih tersisa seperti hikayat malim deman & hikayat anggun cik tunggal memang sungguh mengasyikkan – membawa fikiran dan angan jauh menerawang ke dunia kayangan dengan penggunaan bahasa2 yang cantik dan syahdu


~apatah lagi jika berpeluang membaca kitab2 lama, kitab2 kuning , kitab2 amalan dan segala kitab2 ilmu warisan cendikiawan melayu, wwhhooaa...pasti aku akan menjadi seorang pendeta yang berfikiran tinggi dan tidak perlu lagi tercari2 erti jati diri.....huhuhu

~tapi realitinya ialah otakku sudah tepu dengan bacaan nukilan penulis2 barat tentang pelbagai perkara hingga disuatu waktu aku sudah tidak lagi fasih berbahasa melayu kerana mengadap buku2 bahasa inggeris sahaja…..kasihannya diriku

Dicelah2 para wanita melayu yang sebuk melayan tetamu tadi, terselit seorang aunty nyonya berpakaian sedondon dengan mereka, juga sebuk membahagi2kan  bunga telur dikalangan tetamu - mesranya  dan terbukanya orang melayu ni

Saya terbayangkan betapa meriah dan sebuknya orang2 nusantara saling berhubungan sesama mereka ditanah besar serta diantara pulau2, juga bersama pedagang dari timur dan barat - juga para pengembara, pendeta, pencari ilmu dan segala macam aktiviti manusia sejak dari zaman dahulu kala lagi

Ini semua memang sungguh meriah terutama sebelum berkuat-kuasanya penggunaan pasport antarabangsa setelah nusantara ini dipotong2 seumpama rainbow cake berperisa cheese diantara penjajah barat - british, belanda, portugis dan sepanyol  termasuk thailand


Betapa meriahnya warga nusantara berhubung sesama mereka dilaman rumah mereka sendiri, bebas pergi kemana saja tanpa sebarang had kawasan dan peraturan - dan ini berlaku sebelum raja2 terpaksa menerima penasihat inggeris, orang2 kaya & elit tinggal dibandar2, sementara rakyat yang lainnya diperosok tinggal dikampung2 nun jauh dipedalaman - maka terpisahlah raja dengan rakyatnya, terpisahlah sikaya pemurah dengan rakyat biasa, terbiar tinggal di kampung dengan segala kesusahan dan kepayahan - lalu disogokkan dengan fakta palsu dari hati orang yang dengki bahawa orang melayu itu hanya bermula dari kesultanan melayu melaka dan sebelum itu mereka hanya bercawat serta tinggal di dalam gua atau diatas pokok2 sahaja dan buat jarum pun tak reti....sadisnya sejarah bangsaku....didowngrade hingga sebegitu rupa……bahkan munsyi abdullah yang  menulis sejarah melayu itu rupa2nya bukanlah orang mala-yu, malahan dia hanyalah orang suruhan stamford raffles yang ditugaskan utk menulis semula sejarah melayu mengikut citarasa sesedap selera tuannya (zionis, ahli freemason serta pengikut agama pagan). 

Rata2 anak2 mala-yu lebih suka membaca sejarah negara2 lain yang penuh dengan semangat perjuangan yang tinggi dan diakhiri dengan kemenangan berbanding dengan menbaca sejarah negara sendiri yang langsung tidak menarik – kita lebih kenal dan “jatuh cinta” dengan mahatma ghandi, mao tze tung dan hitler, namun memandang sepi mat kilau, datuk bahaman, tok kenali, datok maharajalela dll sebab  awal2 lagi mereka sudah dilabel sebagai pemberontak kepada penasihat inggeris  instead of mereka dikenang sebagai perwira berjuang mempertahankan tanah air dari terus jatuh 100% ketangan barat (zionis dan jesuits).

~terima kasih Ya Tuhan kerana memberi ilmu yang berguna lagi bermanfaat 
~ia amat penting sebagai titik permulaaan dan titik perubahan dalam mengenal kewujudan diri
~perjalanan suka-duka bangsa mala-yu sejak dari dahulu kala sehingga kepada zaman kesultanan melaka yang berpayungkan syahadah adalah kronologi penting sebagai asbab bagi mensyukuri nikmat iman dan anugerah islam kepada diri ini
~ia adalah suatu perjalanan yang penuh dengan aura perjuangan, semangat kental, ketabahan serta setiakawan dalam mencari dan mempertahankan sebuah kebenaran

Terima kasih kepada MO dan Cikgu Srikandi….

Tuesday, 9 October 2012

"The road less traveled....."



"I took the one less traveled by,
And that has made all the difference"
~ Robert Frost

**Setiap hari manusia berpusu2 menuju ke tempat kerja masing2 dengan membawa satu harapan yang sama - mencari rezeki.........
~si peniaga kecil membuka warung tepi jalan ditengah2 ibu kota - mencari rezeki
~si pengurus besar menaiki kereta BMW  menghadiri mesyuarat penting dengan bakal pelanggan - mencari rezeki
~si kerani akaun menelefon pelanggan agar  membayar bil tertunggak - mencari rezeki
~si pesaing dengan idea terkini melancarkan produk terbaru - mencari rezeki


**Bagaimana dengan mereka ini....
~si ayah bertanya kepada anak kecilnya, besar nanti mahu jadi apa....?? - kerjaya sebagai sumber mencari rezeki
~si kakak tekun menelaah buku pelajaran agar lulus peperiksaan, lalu boleh masuk universiti dengan harapan boleh menjadi doktor - kerjaya sebagai sumber mencari rezeki
~si abang menghadiri seminar bagaimana menjadi jutawan senyap - cara2 mencari rezeki
~si pekerja mengadiri kursus kemahiran untuk meningkatkan produktiviti - cara2 mencari rezeki


**Bagaimana pula dengan yang ini......
~seorang tua bangun di 1/3 malam bersolat taubat, solat hajat, solat tahajjud serta solat2 yang lain lantas berdoa semoga Tuhan ampunkan dosa dan datangkan rezeki yang melimpah kepada diri dan keluarganya
~seorang ibu bersolat dhuha di setiap pagi hari lantas berdoa semoga Tuhan turunkan rezeki dari pelbagai penjuru alam kepada diri dan keluarganya
~seorang ayah mengamalkan surah Al Waqiah serta surah2 iringan yang lain di setiap malam sebelum tidur lantas berdoa semoga Tuhan mempermudahkan urusan pencarian rezekinya diesok hari
~seorang anak muda rajin bersedeqah serta ringan tulang membantu orang lain kerana Tuhan, dengan harapan agar Tuhan meluaskan pula rezekinya dan mendatangkan orang2 baik di dalam hidupnya
~seorang anak menyisihkan sebahagian pendapatannya untuk diberikan kepada ibu bapanya serta membantu adik2nya yang masih bersekolah
~seorang peniaga yang mendermakan beberapa persen dari harga barang jualannya kepada rumah anak2 yatim
~seorang adik yang sentiasa membawa makanan kucing bersamanya dan akan memberi makan kucing2 jalanan yang dijumpainya dimana2 sahaja


**Pernah pula kita dengar kes2 seperti di bawah.....
~seorang ayah menyaman anak serta menantunya kerana mungkir janji mahu menyara dirinya yang sudah tua
~seorang anak yang menyaman ayahnya yang menjadi jutawan segera kerana tidak mahu memberi sebahagian dari wang yang diperolehi
~adik-beradik yang sering bersenget hati tiada kesepakatan dalam menyara orang tua mereka, yang kaya sering menuduh yang miskin tidak mahu menyumbang, yang miskin berkecil hati kerana yang kaya kedekut & tidak bertimbang-rasa



**Mari kita perhati senarai semak berikut.............
~Bilakah kali terakhir kita bersolat taubat mohon ampun kepada Tuhan diatas dosa2 yang dilakukan, setiap manusia tidak terlepas dari melakukan dosa. dosa menjadikan doa kita terawang2, keampunan Tuhan amatlah diperlukan supaya doa2 kita diangkat kelangit  dan sampai kepada Tuhan termasuklah doa2 semoga rezeki diperbanyakkan oleh Tuhan
~Bilakah kali terakhir kita bersolat hajat memohon segala apa yang kita hajati kepada Tuhan
~Bilakah kali terakhir kita bersolat tahajjud memohon keredhaan Tuhan agar hidup dan perjaan kita sentiasa diberkatiNya
~Bilakah kali terakhir kita bersolat istikharah memohon agar Tuhan sentiasa memberi petunjuk dalam setiap keputusan yang kita ambil


~Bilakah kali terakhir kita bersolat dhuha sebagai menurut suruhan Tuhan agar memakmurkan pagi yang indah dengan dhuha yang mulia. Solat dhuha paling minima dua rakaat, boleh dilakukan dengan segera disurau pejabat diawal pagi sebelum sebuk dengan urusan seharian. Dikala orang lain bersarapan, luangkan sedikit masa singgah sebentar di surau yang hening mengadap Tuhan minta dipermudahkan semua urusan pencarian rezeki
~Bilakah kali terakhir kita membaca Surah Al-Waqiah, surah yang Tuhan taqdirkan sebagai asbab terbukanya pintu rezeki dari pelbagai penjuru alam jagat raya
~Bilakah kali terakhir kita berselawat dengan sesungguh hati menyampaikan salam kasih kepada Nabi Yang Mulia, agar diri sentiasa berusaha mencontohi sifat baginda yang 4 - bijak, amanah,  dalama usaha mencari rezeki
~Bilakah kali terakhir kita bank-in wang kepada ibu bapa, walaupun ibu bapa ada yang kaya-raya, namun pemberian dari seorang anak itu amat dihargai dan mengundang gembira dihati mereka
~Bilakah kali terakhir kita bank-in wang kepada rumah anak2 yatim, atau adik2/anak2 yang perlukan derma utk rawatan perubatan mereka, atau sekolah tahfiz/sekolah pondok atau ibu2 tunggal yang memerlukan bantuan
~Bilakah kali terakhir kita membayar zakat - apa2 zakat yang perlu kita bayar bagi menyucikan harta kita



~Bilakah kali terakhir kita membawa anak2 & keluarga menziarahi rumah anak2 yatim, rumah orang2 tua atau rumah2 kebajikan - latihlah dan bawalah anak2 & keluarga ketempat2 seperti itu utk mendidik mereka agar bersyukur dengan rezeki yang diberi, lembut hati mahu membantu orang lain, tidak menunjuk2  & berlebih2 dlm berbelanja & berhias2, kuat jiwa & insaf ada orang lain yang lebih susah serta amat memerlukan pertolongan kita


Ya Tuhan.....bantulah kami....kami amat perlukan belas kasihan serta kasih sayang MU.....

Saturday, 6 October 2012

Ulangkaji ATBM - 15



Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XX

 

##-NOTA CIKGU SRIKANDI

~Kini terdapat dua dinasti Melayu yang amat berkuasa di Asia Tenggara; Sriwijayamala dan Sailendra
~Sailendra menguasai Jawa sementara Sriwijaya menguasai semenanjung dan Sumatera
~Sriwijaya juga menguasai istana Angkor melalui Sri Dharmaraja
~Semua ini berlaku sebelum kuasa Thai dan Annam (Dai-Viet) menjadi dominan di Indochina

~Riwayat-riwayat Kemboja ada menyentuh tentang pergeseran antara dua dinasti terulung ini
~Beberapa serangan dari Jawa ada dilaporkan dalam riwayat Champa dan Kemboja untuk mengurangkan hegemoni Sriwijaya yang semakin mendominasi perdagangan laut

~Namun pada suatu hari yang bertuah itu, dua dinasti teragung ini menjalinkan tali persaudaraan
~Kenangan silam suka-duka di Segenting Kra mengimbau kembali
~Melalui perkahwinan diraja, dua dinasti pemerintah Asia Tenggara ini bergabung untuk menguasai khazanah perdagangan maritim antara India dan China; antara Timur dan Barat
     
"lamun batinah Putari Kambang Murna namanya, 
lamun lanangn Matari Singa Jaya Himat namanya.Lama
lama baranak lanang; Matari Singa Jaya
 Mat, dari ratu, lami lami bangsa Malayu..."


(Matari Singa Jaya Himat Copperplate, Palembang, Indonesia)

##-CATATAN CIKGU SRIKANDI

~Semua rahsia jika anda sanggup menjejaknya lebih jauh ke masa silam, anda akan bertemu dengan mitos puak-puak Lemuria
~Beribu-ribu tahun dahulu, sebelum pembinaan piramid di Mesir Purba, suku-suku Lemur mula bertebaran ke timur dan barat dari Lautan Pasifik selepas kenaikan aras laut menenggelamkan peradaban mereka

~Di antara suku Lemur tersebut, terdapat satu puak yang menduduki kelas pemerintahan Lemuria
~Puak-puak ini menghasilkan garis keturunan aristokrat yang memerintah Lemuria berabad lamanya

~Di dalam plat emas yang bertulisan Ibrani Kuno yang kemudiannya dijadikan objek ritual oleh kelompok Church of Mormon,tertulis nama puak pemerintah itu...

-Ma-La-


Mari saya sorot kembali apa2 yang saya ingat semasa belajar sejarah di sekolah – itupun setakat tingkat 3 sahaja
Lepas tu terus amik jurusan sains

Berlainan dengan adik saya yang mengambil aliran sastera, saya kira dia belajar sejarah melayu serta sejarah dunia dari sekolah menengah, tingkat 6 sehingga masuk uni – kenyang dia dengan pelajaran sejarah

Saya masih ingat akan kerajaan funan dan champa
Tetapi nama sriwijaya dan sailendra rasa macam agak kureng dan nampak tidak gah langsung….ntah sape punya kerajaan pun wa tak tau…kalau disebut itu kerajaan melayu pun…..penceritaannya  masih belum cukup menyengat untuk menaikkan jati diri
Baca sekali lalu je la…demi nak lulus periksa ja

Kesultanan melaka memang agak banyak la…dan disebabkan ia masih baru (dikira paling kemudian sebelum alam melayu kena robek2 serta ia beragama islam, maka ia diterima sebagai kerajaan melayu lama
Namun penceritaannya  masih tiada sengat yang cukup berbisa untuk menaikkan semangat jati diri

Yang paling banyak ialah cerita sejarah diera omputih terhegeh2 datang ke alam melayu dan percubaan demi percubaan untuk menakluk satu demi satu negara-kota2 didunia sebelah sini

Maksudnya, silibus sejarah di sekolah itu lebih kepada nak memperkenalkan omputih itu sebagai imperialis yang (nampak) gah  dan hebat sehingga semua pejuang2 alam melayu dilabel sebagai pengkhianat serta penderhaka


Saya kira tiada satu pun atau amat kureng penceritaan yang boleh membina sifat jati diri
Kalau ada pun tidak cukup sengatnya dan mungkin sudah disihir dengan ayat2 pusing-keliling kat round-about jalan pahang tu je…… tidak akan dapat menaikkan semangat jati diri dan bangga dengan pejuang2 zaman dahulu

Yup..sejarah adalah satu matapelajaran yang ……………….tak tau nak cakap camna….tapi camtulah…..

Ini belum dikira lagi subjek sejarah yang diajar disekolah2 jenis kebangsaan cina dan tamil….betul ke pun mereka ada mengajar sejarah melayu??…atau semuanya tentang akaun, ekonomi dan perdagangan sahaja……….belajar sejarah melayu tiada nilai komersil

Walaubagaimanapun, subjek sejarah itu boleh dikira okay la sebagai pemberi input kepada puzzles yang berselerakan disana-sini

Saya harap diera langit terbuka ini, adik-kakak-abang, cikgu-cikgi, murid-pelajar, ibu-ayah, makcik-pakcik, cik-kak dan bro dapat  menggunakan kemudahan ict dengan sebaik2nya dengan mencari maklumat2 tambahan & baru, dan tidak bergantung harap sepenuhnya kepada silibus sekolah yang sudah disukat sana-sini macam pakai kain tak cukup tu…..


Bagi saya secara peribadi, maklumat dan ilmu yang dikongsikan oleh MO dan Srikandi ini bukan calang2, bukan biasa2 dan bukan murah kosnya
Ia memang diluar sukatan subjek sejarah di sekolah, tingkat 6  pun bukan, peringkat 1st degree pun bukan….
Kalau tak adik saya tu mungkin boleh bercerita apa2 perkara yang menarik tentang sejarah mala-yu
Belajor kat uni takat 1st degree pun dan cukup sebuk untuk menghabiskan semua paper – yang penting lulus exam dan boleh grad……………..

Maklumat ini adalah di peringkat penyelidik2 uni – di peringkat master mahupun phd ataupun penyelidik khas dlm kementerian tertentu seperti lonecryer

Maksudnya, kalau setakat rakyat biasa ni nak menyampai ke level mereka, memang tak tercapai pun

Melainkan anda adalah al-semantani jones atau ibnu rusdy yang sememangnya terlibat secara langsung sebagai penyelidik di universiti mahupun dikementerian

Lagipun depa2 ni kena rajin baca jurnal2 yang beratus2 jumlahnya untuk mencerna maklumat dan ilmu
Tak terdaya kita dibuatnya………………layan tv ke, layan bola ke lagi bagus…………daripada baca jurnal2 tu…..mata berpinar2…menguap dan teruss………………mataku layu dan ………….tido…..

Dengan kemudahan ict, sekarang blog2 sejarah dan yang sewaktu dengannya boleh dbaca secara percuma………….selagi mereka masih boleh diakses……bacalah sepuas hatimu……..cerna dan sebarkan
Dapatkan sesuatu yang bermakna lagi berharga dari maklumat2 tersebut semoga ia memberi manfaat


Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna kita sudah taasub atau percaya 100% dengan semua dan segala pendedahan dari blog2 ini……………..
Amik mana2 yang boleh, proses mana2 yang dirasa kurang tepat
Rajin2kan diri pergi ke perpustakaan terdekat membaca bahan2 yang berkenaan
Cuti2 malaysia mana2 tempat yang boleh memberi bukti realiti seperti muzium2, tapak2 tinggalan sejarah yang boleh dilawati dll
Ziarahi tukang2 melayu dalam pelbagai bidang

Contoh terbaik ialah sdr radzi safie – namun dia tu penyelidik sepenuh masa
Sdr Radzi siap lagi menziarahi pusara2 lama, masjid2 lama serta tempat2 yang jarang atau tak pernah terfikir dek orang lain yang  boleh memberi klu2 bagi menelusuri sejarah bangsa mala-yu
Mari kita ramai2 doakan semoga anaknya itu membesar dan dewasa menjadi seorang pemuda mala-yu yang benar2 memiliki jati diri yang kental dan tabah sebagaimana dia sedari kecik dah  ikut menjelajah satu nusantara mencari jejak nenek-moyang
Kita buat mana yang boleh mengikut kemampuan, masa dan komitmen  masing2

Yang penting ialah semua itu benar2 membantu kita menjadi manusia yang lebih berguna, lebih yakin kepada taqdir Tuhan dan lebih percaya dengan janji2 Tuhan

Apakah janti2 Tuhan?

Tuhan akan menggilirkan kepimpinan dunia akhir zaman kepada sekelompok hamba2Nya yang tinggal di hujung dunia, ditanah yang disinari cahaya matahari sepanjang tahun


Sama ada kita mahu percaya atau tidak, janji Tuhan itu akan tetap berjalan
Sama ada ia ditentang hebat atau cuba dinafikan, maka janji Tuhan itu tetap juga akan berjalan
Jadi lebih baik kita memilih untuk menjadi hamba yang yakin 100% dengan janjiNya itu
Yakin dengan janjiNya itu supaya ia menjadi titik-tolak perubahan diri kepada keadaan yang lebih baik dari sehari ke sehari dan seterusnya

Walau susah, walau payah, walau nampak seperti mustahil setelah kita jatuh tersembam ke jurang kelam gelap yang paling dalam akibat penangan imperialisme beratus tahun, namun kita gagahi  juga perjalanan ini kerana ia adalah kesinambungan dari perjalanan anak2 bonda keturah dari tanah kanaan mengharungi tanah, daratan,gunung-ganang, lautan samudra ganaz dari pulau ke pulau…….demi mendaulatkan seruan suci mengagungkan Tuhan Yang Esa serta NabiNya yang mulia

Semoga begitulah adanya…………………………………………………………………….

Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......