Thursday, 25 October 2012

Ulangkaji ATBM - 08



Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Saturday, April 23, 2011
Catatan Srikandi VI:  "Don't cry,Srikandi"

##-CATATAN CIKGU SRIKANDI

Suatu ketika datuk saya itu memanggil saya duduk di sisinya."Cucu atuk ni nak dengar cerita tak?"

Sudah tentu saya mengangguk dengan gembira.Kemudian dia memulakan ceritanya.

"Dahulu negeri Perak ini adalah sebuah pulau.Penjaganya ialah Naga Kepala Tujuh"

"Betul ke tok? Naga tu duduk kat mana?"

"Ini cerita rakyat sahaja,naga tu duduk di dasar laut.Kononnya ketika bakal Sultan pertama Negeri Perak berlayar dari Melaka ke sini,naga ini pernah muncul lalu menjatuhkan mahkota raja ke dalam laut.Sebab itu raja kita tidak bermahkota"

"Yang terselamat antaranya ialah pedang Curasimanjakini,tengkolok dan keris Taming Sari,ketika kejadian itu kononnya bahtera raja berhenti di sebuah beting pasir yang tiba-tiba muncul. Itulah Beting Beras Basah"

~Hari ini saya mula terfikir, tradisi potoh naga berasal dari mana?
~Saya yakin dalam senarai barang kebesaran yang dibawa dari Melaka itu tidak termasuk potoh naga.
~Dan saya yakin potoh naga adalah asli alat kebesaran Negeri Perak.
~Mungkin dari kerajaan Gangga Negara, Beruas dan Manjung.

~Dalam catatan lanjutan yang diterjemahkan dari makam Hatshepsut di Luxor,Mesir ada menceritakan secara terperinci kostum Raja Perahu,pemerintah Punt yang menyambut delegasi Mesir Purba yang diketuai oleh Nehesi,ketua delegasi Mesir.
~Raja Perahu memakai ikat kepala (saya kira tanjak),memakai senjata yang disisip di pinggang (saya berpendapat ia adalah keris) dan memakai gelang di lengan (ya,ini adalah potoh).
~Di dalam ukiran relief pada dinding yang menceritakan Raja Perahu dan isterinya, Hati tidak terpapar gelang potoh ini.
~Anehnya ia tercatat pada keterangan di dinding makam dalam hiroglif.
~Jadi jika ada raja di mana-mana di dunia ini yang ingin mengaku mewarisi Raja Punt yang digelar pemerintah "The Land of Gods",dia mesti mewarisi 3 eleman diraja;

1)tanjak atau ikat kepala,
2)senjata tersisip dipinggang dan,
3)gelang di lengan.

~Anda boleh namakan siapa raja di dunia ini yang menepati 3 elemen Raja Punt ini?

Cikgu srikandi…apa maksud ‘the land of gods” ??  tanah yang mempunyai banyak tuhan atau tanah yang mempunyai banyak raja?? atau tanah yang kaya-raya-aman-makmur..??atau tanah yang mempunyai pemerintah yang dipuja-puji seumpama dewa-dewi??


Perak negeriku
Yang saya tahu serba sedikit mengenai negeri perak ialah amat susah untuk penjahat british masuk menakluki kawasan perak tengah
Siapa perasan bahawa sehingga kini perak tengah masih dihuni kebanyakannya oleh orang mala-yu
Kurang sangat orang cina dan india tinggal di perak tengah – maksud saya daerah seperti bota, parit, sg manik, kampung gajah dan seumpamanya
Yang ramai orang india dan cina ialah seperti di teluk intan, banyak pula gereja dan sekolah missionari di teluk intan

Jangan terkejut ya…………..sebenarnya teluk intan tu dahulunya adalah sebuah pelabuhan yang sebuk bagi memunggah minyak dari syarikat shell ke tangki2 minyak mereka disitu
Namun sekarang pelabuhan itu sudah tiada mungkin kerana sungai perak sudah cetek sebagaimana ceteknya pengetahuan tentang asal-usul sejarah perak oleh warganya

Mata sungguh tidak sedap bila melihat gereja betul2 berada bersebelahan dengan masjid daerah teluk intan ditengah2 bandar lama itu
Pernah dengar bahawa ada omputih yang tersesat semasa mahu memasuki kawasan perak tengah – seperti sg manik..??
Mereka seolah2 diselubungi kabus dan seakan berada dilaut, tertutup pemandangan mata semasa dalam perjalanan ke kawasan tersebut…
Kenapa agaknya ya…???
Wallahu’alam….Tuhan saja yang tahu


Bahana sihir demokrasi keatas negeri perak
Negeri perak yang aku kasihi  hampir sahaja jatuh kepada agen zionist dan jesuits melalui sihir demokrasi di zaman moden ini dek pemusuhan sia2 sesama bangsa mala-yu
Tak percaya…..??

Marah kerana ada orang melompat2 dan terlompat2  (parti anutan)  demi untuk mendapatkan kembali kedaulatan negeri perak??
Itu kan sememangnya permainan dalam sihir demokrasi…boleh melompat kesana-sini..suka hati dialah…

Marahkan sultan kerana bertindak bagai lembu dicucuk hidung mengikut saja nasihat orang yang berkepentingan menandatangi pertukaran segera menteri besar demi untuk mendapatkan semula kuasa memerintah negeri perak…?? Marahlah semahumu….

Tetapi mahukah kamu peristiwa hilangnya armada laut kota melaka itu berulang semula…sehingga roboh dan rata kota melaka itu dibedil oleh british?? British tu bedil kota melaka menggunakan meriam2 yang telah ditinggalkan oleh orang2 malayu yang telah mengundurkan diri  tau………!!

Walaupun sultan2 itu nampak macam tiada fungsi, namun kuasa mereka masih ada bisanya dan mereka boleh saja berperanan dalam keadaan terdesak…..sebab itulah agen zinonis dan jesuits amat bencikan sultan2 mala-yu kerana para sultan itu masih terlalu liat untuk ditundukkan sedari dulu lagi

Sistem sihir demokrasi adalah sistem bikinan manusia –boleh saja diubah asal saja tanah air tidak tergadai
Sedangkan j ww birch itu bercerai kepala dari badan, apalah sangat nak merombak dan menukar sistem demokrasi yang jelas memecah-belahkan bangsa mala-yu
Tuduhan tidak beretika dalam sistem demoraksi kerana melompat kesana-sini….???
Kepala tidak bercerai dari badan pun sudah dikira sangat bagus……………masih diberi peluang menghirup udara segar di bumi perak itu pun sudah sangat bertuah

Sungai Perak

Pewaris mutlak warisan gangga negara
Orang2 cina itu dibawa masuk melalui kongsi2 gelap yang sengaja diberi peluang tinggal diperak untuk memecahkan monopoli perlombongan bijih timah oleh orang mala-yu
Dek kerana orang2 cina itu ‘tidak boleh’ tinggal di tanah darat, maka mereka hanya boleh menumpang dipesisir pantai lalu menjadi cina bagan….

Sampai begitu sekalikah daulatnya tanah perak keatas bangsa mala-yu sehingga bangsa bukan berdarah melayu tiada tempat terutama di perak tengah…??
Sehingga terpenggal kepala omputih yang bercita2 mahu menjadi tuan keatas tanah warisan zaman berzaman ini…??

Maaf  j ww birch….awak bukan pewaris mutlak tanah perak….jadi kepalamu terpaksa dikorbankan
Maaf juga kepada bangsa bermata sepet….nampaknya kamu juga bukan pewaris negeri perak…jadi kita boleh saja ubah permainan sihir demokrasi  ini kerana bangsa mala-yu adalah pemerintah tanah warisan dari kerajaan gangga negaraini

Saya tidak bermaksud mahu memasukkan isu politik disini, juga tidak bermaksud mahu menghina cina bagan atau cina warga perak, pengurus cina saya pun berasal dari kampar, sahabat baik cina saya pun berasal dari pantai remis…no hal…
Cuma…..batu jemala ni kena diketuk2 untuk melihat isu negeri perak dari perspektif yang lain….melangkaui sehingga era kerajaan gangga negara…juga untuk menjejak warisan potoh naga itu tadi….
Sungai Manik

Potoh naga warisan gangga negara
Menjejak potoh naga pula tidak bermaksud tidak mahu mensyukuri nikmat iman dan islam serta akan timbul isu Nabi dulu pun tidak berpotoh naga bagai……jadi lupakan saja alat kebesaran potoh naga ini…

Tapi isu yang lebih sadis ialah dengan tiada pengetahun asal-usul ini telah menjadikan diri ini menerima saja cemuhan dan ejekan bahawa islam kita ni hanyalah islam keturunan sahaja
Bukan islam yang original , jadi memang patutlah iman pun tak kuat, ilmu agama pun kurang, perangai pun memang patut jadi bohsia dan mat rempit sahaja….kesiankan..

Bila kita tahu…dulunya bagaimana….perjuangannya bagaimana, susah-payahnya bagaimana, musuhnya siapa….jadi ia memberi jawapan yang memuskan hati kenapa aku ini dapat islam secara keturunan

Islam keturunan bermaksud  islam secara free dari mak-ayah-nenek-moyang…dan ia sepatutnya menjadi suatu sebab yang sangat kuat untuk kita betul2 menghargai, mengamalkan serta membela iman dan islam yang diturunkan kepada kita

Tuesday, 23 October 2012

Ulangkaji ATBM - 07




Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Wednesday, April 13, 2011
Catatan Srikandi V: Rahsia dari Kemboja


##-CATATAN CIKGU SRIKANDI

"Sebelum ini saya hanya berpura-pura di hadapan kamu.Saya sebenarnya telah tahu hubungan orang Melayu dengan Khmer seawal zaman Funan namun saya tidak dapat menerima beberapa hakikat di sana yang menyebabkan saya tetap berdegil mempertahankan pendapat saya," Nari menjawab dengan nada serius.

"Hakikat bahawa Ibu kami bangsa Khmer,iaitu Mera ialah seorang puteri Malayu"

Saya cuba menduga,"Apa yang istimewanya dengan Malayu?Di Malaysia tiada Angkor Wat atau Beng Mealea."

"Ya,itulah yang saya fikir pada awalnya. Di Malaysia tiada apa-apa binaan yang mampu dibanggakan kamu,bukan? Saya memikirkan Malayu mungkin berasal dari 'sea-gypsies' atau orang dari hutan rimba,maaf...saya tidak bermaksud menghina tetapi ini pandangan awal saya.Tetapi...."

"Tetapi apa?"

Nari terdiam.Dia mengerutkan dahinya."Anehnya, sejarah bangsa kamu bertebaran di seluruh Indochina. Catatan-catatan dari China menceritakan kehebatan empayar kamu. Batu-batu bersurat bertebaran di Asia Tenggara sehingga ke India yang menceritakan nama dinasti-dinasti raja kamu. Riwayat Mon mengatakan raja kami,Suryavarman I yang membina Preah Viharn adalah Malayu. Saya semakin bingung dengan kenyataan ini. Semakin digali,semakin saya tidak dapat menafikan betapa besarnya peranan Malayu kepada sejarah Indochina dan Asia Tenggara."

 Saya menunjukkan foto Angkor Wat,"Lama sebelum Angkor Wat atau Beng Mealea atau Banteay Samre dibina, raja Sailendra telah membina Borobudur.Mereka hanya menuliskan prasasti dalam dua bahasa sahaja,iaitu..."

"...Old Malay & Sanskrit,"sampuk Nari.Matanya bersinar.

"Apakah panggilan orang Khmer Purba kepada bangsa saya pada masa silam?" saya memandang wajah Nari dengan penuh berharap.

"Ma...la...yu!!!"



Kita tidak dapat lari dari lagenda cik siti wan kembang
Kita juga biasa mendengar gelaran seorang wanita bernama mayang mengurai
Sementelahan pohon kelapa itu menjadi sebahagian daripada warna-warni kehidupan bangsa mala-yu
Hidungnya pun mancung bak seludang kelapa
Rambutnya yang ikal dan panjang bak mayang yang  mengurai dari pokok kelapa
Apatah lagi orang yang sering ketinggalan dengan berita terkini itu seumpama katak yang hidup dibawah tempurung kelapa
Mat jenin pun sering berangan2 semasa memanjat pokok kelapa

Angan2  Mat Jenin
Tuan haji helmi melihat angannya mat jenin itu sebagai satu karakter yang bagus kerana berangan itu memberi maksud berimaginasi mencari idea2 bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah
Disebabkan kita telah melihat berangan2 itu sebagai satu sifat yang buruk, maka kebanyakan strategi, perancangan dan tindakan itu selalu saja kita ilakukan dengan semberono, membabi-buta…langgar sana-sini dan berahkhir dengan kegagalan
Kita jarang menggunakan berangan2 yang sebenarnya dalam kontek merancang dan mencari strategi untuk mencapai cita2 kita dalam kehidupan

Kebolehan angan2 dan masa berangan2 kita itu telah dipukau oleh angan2 maya lagi menipu yang lainnya oleh kartun walt disney, anime jepun,sop-opera sepanyol/mexico,  telenovela amerika tengah, drama jiwang korea, filem hindustan & tamil, drama bersiri barat dan banyak lagi cerita2 yang datang dari kotak pukau bernama tv itu….hahaha
Nak tengok cerita tu semua…tengoklah…no hal…
Pada masa yang sama berikan masa secukupnya  melatih minda menggunakan kemahiran “berangan”-meditasi-berdoa-berimaginasi-berdoa-bersolat untuk memperbaiki diri kita

Law of attraction (LOA) sebenarnya menggalakkan manusia berangan2 dengan cara yang betul
Apakah yang diangankan oleh mat jenin sehingga dia jatuh dari pokok kelapa….??
Siapa tahu bila mat jenin itu mendapat dorongan serta sokongan yang maksima maka dia juga boleh merealisasikan angannya itu…


Wanita mala-yu
Kembali kepada lagenda  cik siti wan kembang….sesungguhnya saya dapat melihat semangat kental jati diri wanita mala-yu dari ibu serta ibu mertua saya….”their will and preserverence is so solid dan firm”…..mereka begitu gigih menjaga suami, anak2 dan keluarga termasuk ipar-duai, sanak-saudara dan jiran tetangga

Kata2 mereka tidak boleh disangkal, kata2 mereka adalah sangat keramat kerana ia merupakan suatu doa untuk diri kita juga
Sebab tu saya amat berhati2 bila berkomunikasi dengan mereka dan mendengar setiap butiran kata2 mereka dan sentisa berharap agar semuanya adalah yang baik2 belaka

Sebab itu juga agaknya cik siti wan kembang aka durga wijayamala aka nang che yam aka nang gwa itu begitu dihormati dan disegani oleh rakyat baginda sebagai seorang permaisuri yang telah memenggal kepala ramakhamheng
Sehingga beliau itu dipuja bak seorang dewi dan disebut namanya yang keramat itu di dalam mantera2 kuno khmer dan thai demi memohon kemakmuran dan kekayaan rezeki dengan mengambil semangat perjuangan yang kental dari seorang puteri mala-yu

Perempaun mala-yu bukanlah orang yang hanya  bersenang-lenang, goyang-kaki duduk dirumah sahaja
Mereka sedari dulu turut bekerja turun ke sawah, menoreh getah, mengait kelapa, mengusahakan kebun, juga menjadi bidan, tukang urut, berniaga dan segala macam perkerjaan
Sudah menjadi tradisi zaman-berzaman  memang begitu tahap survival wanita mala-yu


Pernah dengar  ibu2 tunggal dengan  ramai anak berjaya membesarkan mereka dengan jayanya atau ibu2 itu sendiri berjaya menjadi usahawan terbilang…?? Hebat bukan wanita2 mala-yu
Sedangkan permaisuri juga turut berperang, para puteri  sanggup berkorban  berkahwin dengan putera dari negara lain demi kelangsungan keturunan mala-yu, apatah lagi wanita dari kalangan rakyat,sudah tentu mereka mendapat contoh tauldan yang baik daripada permaisuri2 serta puteri2 tadi dalam menyumbangkan tenaga membina negara-kota dan empayar

Puan Roza dan Madinah
Puan roza, isteri kepada prof kamil ibrahim yang telah berhijrah ke madinah ditawarkan menjadi pensyarah di universiti madinah walaupun tiada kelulusan phd ( puan roza berkelulusan master dan berpengalaman menjadi pensyarah di uitm)..……di antara sebabnya ialah orang arab faham bahawa wanita mala-yu dari malaysia itu tidak akan betah hanya tinggal di rumah sahaja
Pak2 arab itu pun yakin dengan kemampuan, bakat, kelulusan, kelayakan  serta pengalaman yang dimiliki oleh puan roza sebagai wanita mala-yu, jadi tiada isu langsung untuk melantik beliau mendidik anak2 warga madinah pula di bumi kelahiran Rasulullah SAW itu…baguskan….!!



Suatu bangsa yang begitu menghormati wanita, memberi peluang seluasnya kepada  mereka  untuk menyumbang tenaga membangunkan negara-kota dan empayar sehingga boleh saja mengangkat permaisuri mereka menjadi ketua  tentera…..ketua tentera…??!!...boleh dikira sebagai bangsa yang bertamadun tinggi
Maka siapakah bangsa itu……??? Bangsa mala-yu
Siapa dang wangi, tun teja, tun fatimah…?? itu belum lagi termasuk wirawati2 dari tanah seberang yang turut sama berjuang melawan belanda

Mereka adalah wanita bangsa mala-yu
Nama mereka dikenang sehingga kini sebagaimana wanginya haruman dari kemenyan dan bunga melati di tanah rendah sekebun bunga….bertuah kan…!!


 Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

Monday, 22 October 2012

Ulangkaji ATBM - 06




Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

  
Friday, August 13, 2010
Alter Terahsia Bangsa Melayu IV

##-NOTA CIKGU SRIKANDI

~Catatan Yunani, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan China menunjukkan tamadun Melayu hebat dengan teknologi perkapalan dan persenjataan mengatasi bangsa-bangsa lain pada zaman abad ke-2 M hingga abad ke-16 M.

~Sebenarnya dalam zaman Portugis itu memang tercatat dalam tulisan Portugis yang menyatakan tukang-tukang Melayu dalam membuat kapal yang dibawa ke negaranya untuk dipelajari teknologi perkapalan itu.

~Cerita kehebatan Melayu dalam pelayaran terbukti dengan kisah rakaman Sepanyol terhadap seorang ahli pelayaran Melayu yang digelarnya ‘Si Henry Hitam’ (Henry The Black/Enrique) yang dijadikan pembantu penting Magellan mengelilingi dunia.

~Catatan Belanda menyebut teknologi meriam Melayu Petani, iaitu Patani sekarang, warisan kerajaan Melayu Langkasuka pada abad ke-17, adalah lebih hebat daripada meriam Belanda apatah lagi Siam, iaitu Thailand sekarang yang pernah berpakat menyerang Petani beberapa kali tetapi gagal.

~Catatan Portugis menyatakan kapal perang dan meriam tentera Melaka lebih canggih daripada ciptaan mereka dan bangsa Eropah lain tetapi kerana Melaka tetap dapat dikalahkan menerusi strategi perang,konspirasi kotor dan rasuah, maka jiwa-jiwa Melayu hingga sekarang pun merasakan bangsanya memang inferior dalam teknologi ini (ketika itu armada laut Melaka tidak menyertai peperangan akibat konflik Laksamana dengan Sultan,jadi peperangan di Melaka ketika itu hanya disertai oleh askar-askar darat.

~Ini menerangkan kenapa Sultan ketika itu terpaksa mengupah ramai askar upahan Jawa apabila semua armada laut Melaka tergesa-gesa meninggalkan pelabuhan Melaka menjelang kedatangan Portugis-mungkin dirasuah adalah salah satu faktor).Melaka adalah kerajaan Maritim bukan Agraria atau darat.

~Jadi tanpa angkatan lautnya,sudah tentu 60% kekuatannya telah hilang.


Kalau roboh kota melaka
Papan di jawa saya dirikan……………??!!??
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa dan badan saya serahkan……….??!!??


Saya pasti blog MOM oleh (Tuan Haji) Shahpaskal telah banyak membuka mata kita tentang status, persediaan, kekuatan, kepakaran, sumbangan serta siap-siaga semua cabang ATM, TLDM, TUDM  dan TGDM (tentera ghaib diraja malaysia..??)
Menguasai  dan memerintah tanah melayu serta selat melaka bukan tugas main2 dan poyo
Sesiapa saja yang ditaqdirkan menjadi pemerintah tanah melayu pastinya menduduki kerusi paling panas di dunia
Apatah lagi menjaga keselamatan dan KEDAULATAN kawasannya…..biar nyawa dan badan saya serahkan

 Ingatlah wahai anak2 bergenetik nusantara………tanah melayu adalah semenanjung emas aka tanah di hujung dunia aka kawasan yang mendapat sinaran cahaya matahari disepanjang masa warisan dari benua atlantis/lemuria yang hilang itu, warisan dari empayar maritim sriwijaya yang kaya-raya itu serta warisan dari kesultanan melaka juga yang kaya-raya itu


 Ingatlah wahai anak2 bergenetik nusantara…….
Orang india di negara india itu hidup berkasta-kasta
Sesama orang india pun mereka saling agresif
Bangsa sama tetapi sudah terpisah secara jelas ada yang muslim dan ada yang non-muslim
Sesama bangsa tetapi kerap bergaduh bukan saja disebabkan berkasta2 tetapi juga kerana anutan yang berbeza contohnya seperti dalam isu perebutan tapak masjid babri

Orang cina di tanah besar cina itu sudah berkomunis cara pemerintahannya
Komunis itu nampak lembut tetapi kejam
Orang cina itu berpuak2 melalui kongsi gelap
Sesama mereka boleh saja saling zalim-menzalimi
Jelas pula terpisah anutan mereka diantara muslim dan non-muslim
Kerajaan komunis cina itu selalu saja menekan orang cina islam di ughur – menyusah2kan pengamalan islam mereka disana

Mari kita lihat negara kita……..
Mala-yu menghormati bangsa cina
Mala-yu membenarkan orang cina BEBAS mengamalkan adat budaya dan whatsoever apa yang mereka hendal lakukan
Mala-yu ada pula menghantar anak2 mala-yu belajar disekolah2 jenis kebangsaan cina



Mala-yu juga amat menghormati bangsa india
Tiada isu kasta segala
Jika tersilap kata kamu ni paria ke…pasti kita akan segera memohon maaf kerana terkasar bahasa
Mala-yu tak kesah pun bangsa india nak mengamalkan apa
Mala-yu tetap mendatangi kedai2 mamak (india muslim) disetiap masa

Mala-yu sesama melayu tetap muslim
Islam itu melayu dan melayu itu islam
Namun harus diingat zaman sudah berubah…
Sama ada melayu itu sudah tidak mahu menjadi muslim kerana faktor2  tertentu (minta dijauhkan oleh Tuhan) tetapi melakukannya secara sembunyi2
Atau zionis dan jesuits itu memang akan sentiasa mempengaruhi melayu supaya semakin jauh dari islamnya itu

Wahai anak2 bergenetik nusantara………….adakah sejujurnya kita (masih) saling hormat-menghormati sesama kita sebagaimana kita menghormati orang cina dan orang india di dalam negara ini…………???
Soalan ini saya tujukan kepada diri saya sendiri……
Atau mempertahankan anutan sihir demokrasi itu lebih utama dan paling penting dalam kehidupan kita………?????
Sehingga kita mencipta kasta seumpama orang india di negara india berdasarkan anutan sihir demokrasi………
Dan sehingga kita zalim-menzalimi seperti kongsi2 gelap cina hanya kerana berlainan anutan sihir demokrasi…………


Setiap kali selepas  solat….…luangkanlah, sumbangkanlah,dermakanlah, berikanlah sedikit masa dari “kesibukan” kita itu untuk memohon kehadrat Tuhan agar Dia sentiasa menjagai keselamatan negara ini, Dia menjagai iman warga tanah air ini, Dia memberi hidayah kepada warga yang belum kembali kepada islam, Dia menjagai kehidupan rakyat negara ini didunia dan di akhirat, Dia memakmurkan lagi negara ini, Dia melebar-luaskan rezeki rakyat negara ini, Dia menyatukan hati-hati rakyat negara ini dan Dia memelihara kedaulatan tanah tumpah darah ini daripada sebarang anasir dan musuh

Dulu saya tidak tahu hendak berdoa apa, tak tahu nak minta apa dengan Tuhan….banyak sangat rasanya yang nak diminta hingga akhirnya tak perlu minta satu apa pun…sombong betul dengan Tuhan
Perasaan, fikiran serta jiwa sememangnya begitu bila kita hidup hanya memikirkan kepentingan diri sendiri, mengenyangkan tembolok sendiri, mengkayakan diri sendiri dan semuanya tertumpu kepada diri sendiri…bagi saya itu adalah hidup yang kurang maknanya


Namun bila kita faham siapa asal-usul diri yang sebenarnya……maka semangat, tenaga, aura, kekuatan, frekuensi  genetik  mala-yu sejak zaman berzaman ini secara automatik meresap keseluruh 76 billion sel darah-daging kita, ia mengalir deras dari neuron sel-sel minda lalu menuju terus ke lubuk jiwa yang paling dalam…lalu diri ini duduk bersimpuh, menundukkan kepala, memejamkan mata serta bermunajat kepada Tuhan dengan sesungguh hati meminta Dia memberi keselamatan kepada rakyat dan negara ini…….sayangi agama ini, sayangi bangsa ini, sayangi rakyat negara ini dan sayangi negara ini….



Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

Sunday, 21 October 2012

Ulangkaji ATBM - 05




Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Sunday, January 23, 2011
Catatan Srikandi IV

##CATATAN CIKGU SRIKANDI
~Apabila saya (Cikgu Sri) mengambil kursus sejarah di universiti,dan mengkaji sejarah Melayu Asia Tenggara dengan semakin mendalam,saya menjadi semakin keliru apabila dijumpai prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno di merata tempat seawal abad ke-7 Masehi!
~Saya (Cikgu Sri) juga tidak menyangka bahawa Champa adalah kerajaan orang Melayu dari suku Cham yang punya kaitan rapat dengan orang Kelantan dan Terengganu.
~Saya (Cikgu Sri) semakin pelik apabila empayar maritim Sriwijaya yang telah membina Borobudur itu ketika era dinasti Sailendra memerintah Jawa menggunakan bahasa Melayu Kuno!

~Kemudian saya tahu yang membunuh Temagi BUKANLAH PARAMESWARA tetapi Sang Nila Utama,seorang putera dari keturunan Sriwijaya yang berpindah ke Temasik dari Sumatera untuk lari dari hegemoni Majapahit yang semakin kuat di Palembang.

~DAN SAYA TAHU BAHAWA TEMAGI BUKANLAH KETURUNAN THAI ATAU DARI KERAJAAN AYUTTHAYA,tetapi keturunan sama ada MON-KHMER atau MELAYU SEGENTING KRA dari kerajaan Melayu antara tergelap dalam sejarah Kemelayuan,TAMBRALINGGA.

~Temagi dikatakan dibunuh pada tahun 1324 padahal kerajaan Ayutthaya ditubuhkan kira-kira pada tahun 1354!
~Ayutthaya perlu mengambil masa berpuluh tahun sebelum mampu menghantar tenteranya menakluki Temasik!

~Cerita yang sebenar ialah,ketika hegemoni Sriwijaya ke atas Asia Tenggara sedikit demi sedikit runtuh,maka banyak negarakota Melayu (Malay states) dan lain-lain (contohnya kerajaan orang Mon) mula membebaskan diri dari Sriwijaya.
~Terutamanya ketika serangan kilat Rajendra Chola dan peperangan dengan di Jawa telah melemahkan hegemoni empayar ini menyebabkan Sriwijaya melepaskan wilayah-wilayahnya.
~Salah satunya ialah Tambralingga yang kemudiannya dikenali sebagai Nagara Sri Dharmaraja.
~Raja Tambralingga yang berjaya membebaskan diri dari pengaruh Sriwijaya mula meluaskan pengaruhnya sendiri di seluruh semenanjung hingga ke Temasik.
~Pengaruh Tambralingga semakin besar sehingga mampu menghantar angkatan tentera menyerang Sri Lanka pada tahun 1247 Masehi.
~Tidak hairanlah pulau Temasik adalah di bawah pengaruh Tambralingga jika sudah berupaya menghantar tentera sejauh ke Sri Lanka.

~Ingat kisah Rajuna Tapa yang membuka pintu kota Temasik untuk tentera Majapahit?
~Itulah sebab Parameswara lari ke Melaka! Bukan sebab membunuh Temagi.
~Siap ada filem era Jalan Ampas lagi tentang serangan Majapahit ke atas Temasik akibat pembelotan Sang Rajuna Tapa,seorang pegawai kerajaan Temasik di bawah pemerintahan keluarga Parameswara.
~Sang Rajuna Tapa membelot kerana kecewa anak perempuannya dihukum sula oleh raja akibat dituduh bermukah.

Kota Temasik runtuh akibat pembesar yang belot
Cikgu Srikandi……………rajuna tapa membuka pintu kota temasik untuk tentera majapahit…??
Kerajaan zaman dahulu ada kota…??
Kota melaka….???
Adakah ia sekadar nama suka2 atau ia benar2 sebuah kota yang kukuh, gah, selamat serta hebat binaanya…???


Kota Melaka juga runtuh akibat pembesar yang belot ??
Tak pernah nampak pun camna rupa kota melaka yang sebenarnya…
Melaka jatuh setelah bala tentera di laut menghilangkan diri dari mempertahankan kota melaka.
“menghilangkan diri” – kena ajak doremon cari mesin masa untuk  kembali ke waktu itu atau kena upah detektif conan menyiasat kes menghilangkan diri itu

Itu pun sultan serta warga kota melaka yang lainnya masih memberi tentangan yang amat hebat didarat
Sultan melaka pun bukannya terbunuh, tetapi telah mengundurkan diri  ke tempat lain untuk menyelamatkan diri,rakyat  dan zuriat keturunannya
Dek kerana tahu bahawa zionis dan jesuits tidak akan mampu mengalahkan kekuatan kota melaka secara perang berhadapan, maka mereka telah menggunakan taktik kotor dan pengecut dengan merasuah dan mengapi-apikan sifat benci sesama warga kota melaka….kita bakor je….


Laksamana armada laut kota melaka
Siapakah dia laksamana yang mengepalai bala tentera laut kota melaka diwaktu itu….??
Sejujurnya dia mungkin tidak akan dapat menelah bahawa tindakannya disaat itu telah memberi kesan yang amat mendalam kepada generasi warga kota melaka serta tanah semenanjung hingga ke hari ini – sehingga kami sudah dibutakan mata, ditutupkan telinga, dibisukan mulut, diikat kaki dan tangan dari mengetahui asal muasal  keturunan sendiri
Sesungguhnya  pacal yang hina dina  ini juga tidak mengetahui asbab utama kenapa  laksamana bala tentera laut itu membuat keputusan sedemikian – terpaksakah….dipaksakah……dipukaukah….dalam keadaan sedarkah…atau dia sendiri pun tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku

Hhmm….francis light, alfornso de alburqueque, stamford raffles dll semua tu adalah zionist/jesuits yang menganut agama pagan
Mereka datang kesini untuk mencari dan memburu  ahli keluarga Nabi yang masih tinggal


Selat Melaka itu ‘syurga’
Ingat wahai anak2 bergenetik nusantara….sebagaimana peritnya sihir demokrasi sudah memporak-perandakan rumahtangga orang di sebelah ini dengan mengambil kesempatan kelemahan utama orang mala-yu iaitu penyakit phd, begitulah jugalah dengan apa yang telah terjadi sewaktu zaman kesultanan melaka

 Apa maksudnya…..?? kita sebenarya amat maju dan makmur dizaman itu, sejak dari zaman dahulu, zaman sekarang dan semoga zaman2 yang mendatang
Selat melaka itu lebih kaya-raya dari venice di eropah
Sejujurnya selat melaka itu Tuhan amanahkan kepada warga mala-yu untuk menjaga dan mentadbirnya untuk kepentingan manusia sejagat
Selat melaka itulah taqdir Tuhan untuk kita
Selat melaka itulah sumber kekayaan kita

Lihat peta dunia, renung2kan serta tenung2kan lokasi selat melaka ditengah2 alam melayu yang menjangkau dari kepulauan pasifik hingga ke madagaskar
Juga lihat betapa negara cina yang sangat besar itu telalu amat mementingkan persahabatan dengan bangsa mala-yu demi kesinambungan ekonomi dan kelangsungan hidup warga cina yang berbillion jumlahnya itu dek kerana mahu menggunakan selat melaka sebagai laluan perdagangan keserata  dunia

Kenapa maharaja cina sanggup mengahwinkan puteri kesayangannya itu dengan sultan melaka…??
Sebagaimana kenapa presiden cina moden kini sanggup menghadiahkan sepasang panda kepada kerajaan malaysia??
Jika bangsa mala-yu ni mundur dan tidak tahu berdiplomasi, dah lama tanah besar cina yang gah dan hebat itu menawan kita


Zaman jepun dan zaman komunis yang amat memeritkan
Ingat kembali….”percubaan” dua kuasa timur untuk “menawan” tanah melayu…..komunis (tanah besar cina) serta jepun…..tetapi Tuhan tidak izinkan kereka memiliki tanah semenanjung ini…..habis dipancung kepala musuh oleh pendekar selempang merah…..”peduli apa aku….mari sini aku tebas kepala kamu….”
Menawan bermaksud musuh akan melakukan penghapusan etnik dan bangsa mala-yu akan hilang tidak bersisa seperti bangsa2 kuno yang sudah tiada dizaman moden ini
Tapi kita masih boleh bernafas dan bergaduh di tanah air tumpah darah kita bukan….???

Kita memiliki  semuanya dari sumber makanan, kenderaan, perhiasan dan segala macam keperluan manusia
Tiada apa yang kurang pada bangsa mala-yu
Kita bukan tinggal digua, bukan menenggek diatas pokok macam burung/monyet, bukan bercawat, bukan tidak tahu membuat jarum, kita bukan malas dan kita bukan bodoh….kata2 itu semuanya adalah teknik keterbalikan-psikologi  (reversed psicology) )dari si pengecut yang  mahu menidakkan semua pencapaian tamadun tinggi mala-yu


Terbang tinggi
Ia seumpama seekor anak helang yang hidup bersama masyarakat ayam
Si anak helang tidak pernah kenal ibu-bapa helangnya, tidak pernah tahu apa kelebihan, kemahiran serta kepandaiannya, tidak pernah nampak pun walau seekor helang lain terbang tinggi, tidak pernah berjumpa dan bergaul dengan helang2 yang lain
Si anak helang hanya nampak ayam2 yang selalu membuat percubaan terbang ke atas pokok sewaktu dikejar oleh tuannya sebab nak kena sembelih, terpekik-terlolonglah si ayam lari kesana-sini menyelamatkan diri….sebab Tuhan dah taqdirkan ayam menjadi hidangan lazat kepada manusia…KFC???

Tiada siapa pun yang pernah memberitahu si anak helang bahawa dia dibekalkan sayap yang kuat, paruh yang tajam, mata yang bersinar, taji yang kuat, kuku yang hebat serta susuk tubuh yang sasa untuk dia terbang tinggi meneroka angkasa raya
Helang bukan menjadi makanan manusia
Helang menjadi teman manusia berburu atau menyampaikan mesej kepada manusia yang lain di tempat yang jauh…pigeon hole???


Mala-yu dan amok
Orang mala-yu ni memang pantang dilawan secara berhadapan – amat cepat datangnya sifat ‘gila’ dan ‘amok’nya itu sehingga terpancungnya kepala si jww birch di pasir salak …sehingga datuk maharajalela itu dilabel penderhaka…..gila ke apa omputih ni….??? Datuk maharajalela tu orang asal mala-yu, omputih datang tidak tahu adat-resam, maka terkorbanlah satu kepala omputih

Jadi janganlah hairan bila omputih itu lebih mengetahui sifat/karakter/kelakuan/ bangsa mala-yu kerana mereka tidak mahu mengorbankan kepala2 omputih yang lain dengan sia-sia.
Mereka belajar sifat bangsa mala-yu untuk menguasai bangsa mala-yu
Mereka tahu ada satu penyakit saka misteri yang menjadi igauan ngeri orang mala-yu  - penyakit phd – penyakit hasad-dengki


Sihir bernama demokrasi
Demokrasi adalah sihir terbaik untuk menyemarakkan lagi phd bangsa mala-yu
Suami-isteri berlainan fahaman politik boleh saja berpisah dek panahan sihir demokrasi
Adik-abang-kakak seibu-seayah boleh saja berkelahi dengan sia-sia dek pukauan sihir demokrasi
Sihir itu panas….memanaskan jiwa, minda, hati, raga, fikiran…..membakar saka hasad dengki yang sudah sedia ada di dalam diri kita

Sudahlah…..mari kita neutralkan sihir demokrasi dan gantikan phd dengan kasih-sayang
Kasih diri sendiri, kasih agama, kasih negara, kasih bangsa sendiri, kasih bangsa ‘adik-beradik’ yang lain, kasihkan warga nusantara, kasih sesama manusia serta kasih sesama makhluk..kasih sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi yang amat mengasihi umatnya

Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

Friday, 19 October 2012

Ulangkaji ATBM - 04



Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....


Friday, August 13, 2010
Alter Terahsia Bangsa Melayu IV

##-NOTA CIKGU SRIKANDI 
Tapi...siapakah Keturah??

~Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno,Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.
~Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor).
 ~Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak.
~Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .

~Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.
~Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah).
~Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

~Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao.
 ~Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani).
~Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.
~Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa.
~Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi.
~Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.
~Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi,iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s.Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.
~Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi),minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.

~~INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.~~

~Keturah bukanlah Melayu.
~Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala.

~~MELAYU ADALAH BANGSA MALA YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S.~~

~Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala.
~Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.
~DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.
~Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.(ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon' tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi'-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka)

~Namun Mala bukanlah bangsa asal.
~Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia.
~Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

~Ini bermaksud sebelum sampai ke 'homeland' mereka dari sebelah ibu,perkahwinan campur mungkin sahaja berlaku dengan kaum-kaum di sepanjang perjalanan mereka yang mengambil masa beratus-ratus tahun itu.

~Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam.
~Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.
~Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak,atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

~Namun kesimpulan yang lebih sederhana dan meyakinkan bahawa salahsatu sukukaum Mala dari keturunan Keturah telah berhubungan dengan Scythia ini melalui perdagangan atau peperangan.

~~BUKAN UNTUK MENGATAKAN MELAYU ADALAH BERASAL DARI SCYTHIA.~~

~Bangsa Scythia diketahui umum menjadi askar upahan empayar-empayar di Sumeria dan Parsi.
~Jadi kebarangkalian untuk bertembung dengan keturunan Keturah dan Ibrahim amat tinggi.

Banjaran Titiwangsa

Bagusnya belajar sejarah peradapan dunia
Ia berkait rapat secara langsung dengan asal usul manusia sejak dari Nabi Adam AS
Lebih bagus bila betul2 faham perjalanan peradapan manusia dilihat dari kronologi sirah nabi2 dan rasul2

Sirah sepatutnya bukan saja dilihat sebagai salah satu topik dalam mempelajari agama sahaja, tetapi ia merupakan ilmu tentang perkembangan kehidupan manusia diseluruh dunia secara keseluruhan – bersama kemajuan teknologi serta sistem2nya

Contohnya teknologi kejuruteraan sewaktu pemerintahan Nabi Sulaiman AS, juga ilmu sosiologi, psikologi, perdagangan dan perekonomian dizaman Nabi Muhammad saw dll.
Kita dipaksa untuk menerima teori manusia berevolusi dari beruk, darwin pun tak mahu disebut berasal dari beruk…

Sejujurnya para ilmuan di zaman dahulu tidak pernah menghadkan pengajian, pembelajaran serta kajian mereka di dalam sesuatu bidang sahaja – sama ada ilmuan dari timur tengah apatah lagi para ilmuan nusantara

Mereka juga suka menulis catatan2, makalah2, kitab2 dari pemahaman serta penelitian mereka setelah mereka belajar sesuatu ilmu
Mereka juga mengembangkan pemahaman tersebut dengan mengkaji dan mencari hubungkaitnya dengan ilmu2 yang lain

Mereka akan menelaah pelbagai kitab dan semua kitab2 selagi mereka ada daya dan qudrat
Mereka akan mengadap guru, bukan seorang bahkan semua guru2 selagi mereka sanggup menuntut ilmu

Saya pasti ilmu bahasa arab sebagai bahasa Al Quran itu selalu sahaja digandingkan dengan ilmu2 yang lainnya – ilmu mengenal  diri (psikology), ilmu tasauf, ilmu falak dll – dan akan juga dipelajari bersama ilmu kehidupan seperti perubatan, pertanian, perkapalan dll

Hhmmm..bukan macam sekarang yang ilmunya sudah disukat2, dibonsai2kan, dikurus2kan, dicatu sana sini…akhirnya lepasan tingkatan 6 setelah umur mencecah 20an…satu benda pun tak tahu….kena masuk kursus kemahiran lah, kursus itu dan ini baru tahu dan faham ilmu2 asas kehidupan…itu pun masih tidak mampan untuk menghadapi dunia persaingan yang hebat diabad ini
Sesungguhnya saya amat menghargai ilmu2 yang diperolehi dibangku sekolah kerana ia telah  memperkenalkan saya kepada baca-dan-tulis


Namun adalah lebih molek bila diri berpeluang mempelajari ilmu2 yang benar2 bermanfaat dan dapat digunakan di dalam kehidupan

Juga faktor banyak sangat kekangan yang tercipta dan dicipta utk memperolehi ‘multiple certs and degree’ – wang, kelayakan, masa, umur, komitmen dll
Bagus kan bila dapat belajar dalam pelbagai disiplin dan dapat pula masuk kursus2 yang kita sukai
Saya sering memberi nasihat kepada adik2….”you abiskan dulu belajar akaun ni sama ada suka ke atau tak suka…dapatkan tiket yang bernama degree tu dulu, lulus periksa …bila dah graduate nanti ikut suka youlah nak masuk bidang apa..tak semestinya you belajar A, kemudian you wajib kerja dalam bidang A juga….”

Sadisnya kan…sampai begitu sekali kita diperosokkkan ke dalam ruang lingkup yang  sempit dalam kontek menuntut ilmu…

Anak2 bergenetik nusantara sekeliannya……….. kembangkanlah minat/bakat/kemahiran/seni dan segala apa ilmu yang kamu mahu kenali, pelajari dan ikuti selagi  ada dayamu….sebenarnya tiada sempadan dalam memperdalamkan ketajaman minda dan ketelusan hati supaya kita benar2 menjadi insan yang berguna serta memberi manfaat kepada dunia serta makhluk yang menghuninya


Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......