Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..
Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu
ye....
Friday, August 13, 2010
Catatan Srikandi II
Angkor-KLCC
"Selepas mengkaji sebahagian kesusasteraan dan prasasti
Khmer,Thai dan Mon...saya benar-benar terkedu dan hampir-hampir
menitiskan air mata apabila mendapati bahawa dahulu raja-raja
Melayu begitu berpengaruh dalam istana Angkor dan sejarah
Kemboja.Patutlah nama 'Kemboja' itu sendiri amat dekat dengan orang
Melayu" ~ Cikgu Srikandi
##-CATATAN CIKGU SRIKANDI
~Saya sendiri (Cikgu Sri) terpaksa berhempas pulas
mempelajari bahasa Sanskrit bagi memahami segala gelaran raja-raja Melayu
dahulukala di Indochina khususnya di Ligor (Nagara Sri Dharmaraja) dan
Kemboja.
~Walaupun hanya asas dan terlampau singkat masa
pembelajaran saya itu (akibat kesibukan kerja) namun itu semua sudah cukup
memberikan saya kunci-kunci rahsia kehadiran darah keturunan Melayu di dalam
istana Angkor.
~Bertuahnya,para sarjana Khmer yang membantu saya
adalah amat jujur dengan sejarah dan tidak malu mengaku pengaruh keturunan Srivijaya
(Melayu) yang mengalir dalam diri para pembina Angkor Wat.
~Nama Sailendra juga dikenali dalam kesusasteraan
Indochina.Sri Ksetra di Burma adalah warisan Srivijaya,kemudian oleh dinasti
Sailendra.
~Saya (Cikgu Sri) baru sahaja mencantumkan misteri Sri
Ksetra di Burma yang dikatakan pernah diduduki oleh Empayar Melayu
Srivijaya.Dalam Batu Bersurat Talang Tua tahun 684 masehi yang ditulis
dalam bahasa Melayu Tua ada mencatatkan:
"Pada tarikh 23
Mac 684 Masehi, pada ketika itulah taman ini yang dinamakan Sriksetra
dibuat di bawah pimpinan Sri Baginda Sri Jayanasa. Inilah
niat baginda: Semoga yang ditanam di sini, pohon kelapa, pinang, aren, sagu,
dan bermacam-macam pohon, buahnya dapat dimakan, demikian pula pokok buluh,
waluh, dan pattum, dan sebagainya; dan semoga juga tanaman-tanaman lainnya
dengan bendungan-bendungan dan kolam-kolamnya, dan semua amal yang beta
berikan, dapat digunakan untuk kebaikan semua makhluk, yang dapat pindah tempat
dan yang tidak, dan bagi mereka menjadi jalan terbaik untuk mendapatkan
kebahagiaan. Jika mereka lapar waktu beristirehat atau dalam perjalanan, semoga
mereka menemukan makanan serta air minum..."
##-NOTA CIKGU SRIKANDI
~Srivijaya adalah satu-satunya kerajaan yang bertindak
sebagai empayar yang memiliki sistem 'federation'.
~Maksudnya semua kerajaan dan tanah di Asia Tenggara tunduk
dan bernaung di bawah raja-raja Melayu Srivijaya,untuk
bersama-sama menyertai perdagangan maritim yang dibuka oleh
Srivijaya.
~Bukan konsep imperialisme dari Barat.
~Tetapi konsep 'perdagangan maritim' yang benar-benar
memeningkan ramai sarjana Eropah bagaimana orang Melayu boleh membina empayar
bukan semutlaknya di atas penguasaan tentera dan peperangan tetapi lebih kepada
hegemoni
perdagangan dan prestij.
~Mengapa paling effektif?
~Kerana budaya dan bahasa Malayo-Polinesian
yang berkembang dari Madagaskar sehingga ke Kepulauan Pasifik, pelbagai prasasti
dan batu bersurat, binaan candi-candi seperti Borobudur
yang merupakan antara 'Wonders' di Asia Tenggara,catatan dan bukti
dari sarjana asing,penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca
sehinggalah ke hari ini (Malaysia,Indonesia,Brunei) dan penguasaan wilayah oleh
kaum-kaum Malayo-Polinesian adalah bukti paling nyata kewujudan empayar ini.
~Walaupun banyak bangsa dan negara cuba menuntut hak
mereka terhadap Srivijaya,namun mereka tidak mampu menafikan hakikat paling
penting ini.
~Apakah hakikat itu?
BAHAWA RAJA-RAJA SRIVIJAYA MENGGUNAKAN BAHASA
MELAYU SEBAGAI BAHASA MEREKA.
Disuatu waktu dahulu aku hampir2 mempupuskan bahasa keramat ini
dari diriku sendiri dek kerana asyik-masyuk-taksub kepada bahasa asing – bahasa
inggeris, sehinggakan nak cakap dengan mak-bapak pun kena terjemah dari bahasa
inggeris ke bahasa melayu – teruk bebenor kamu ni eh….
Alhamdulillah fenomena blog mistisfiles serta blog2
seumpamanya 2-3 tahun lepas telah menyelamatkan bahasaku ini, membaca artikel
(yang panjang2) dalam bahasa melayu telah melatih otakku untuk memerah seberapa banyak idea
dan menuliskannya semula diruangan komen di dalam bahasa melayu…huhu
Angkor Wat dan Borobodur dibina oleh jurutera, arkitek
dan jurubina orang melayu atau dari mereka yang berbahasa melayu.
Bahasa melayu – cuba tanya batu jemala sendiri………apa
bahasa pertuturan diantara semua jenis orang yang ada di tanah melayu – bangla
ke, cina ke, pakistan ke, jepun ke, indon ke, mendeleng ke, india ke, vietnam
ke …selain dari bahasa inggeris, sudah semestinya kita berkomunikasi
menggunakan bahasa melayu.
Dek kerana begitu mesranya kita dan begitu ramah tamahnya
kita, maka lidah kita ni senang je dipusing2 dan diuli2 macam roti canai untuk
bercakap melayu dalam pelbagai slang…bahasa melayu slang bangla, bahasa melayu
slang indon, bahasa melayu slang cina, bahasa melayu slang vietnam dll
versi.
Bahasa pertuturan utama adalah bahasa melayu kerana tidak
semua orang fasih dan tahu berbahasa inggeris. Jadi bahasa melayu tetap
champion bukan…??
Angkor Wat (Preah Vihear) menjadi rebutan diantara
Thailand dan Kemboja.
Borobodur adalah binaan candi yang terbesar di dunia.
Sesungguhnya kita tidak bermaksud mahu berbanggga dengan
agama anutan orang2 mala-yu yang membinanya diwaktu itu kerana kita berbicara
dalam kontek menjejaki sejarah diri
sendiri yang hilang.
Dan dengan mengetahui apa anutan para pembina Angkor Wat
serta Borobodur itu juga sepatutnya menjadi satu sebab yang sangat signifikan
untuk kita benar2 mensyukuri, menghargai dan membela iman dan islam yang masih
tersisa di dalam diri kita.
Kenapa saya kata iman dan islam yang masih tersisa –
kerana cabaran new world order itu sangat hebat, setiap detik mahu merenggut
senipis kulit bawang kepercayaan kita yang masih ada kepada Tuhan dan Nabi.
Disuatu waktu dahulu, para sahabat Nabi begitu gigih
berkelana, mengembara dan membelah lautan demi menyampaikan seruan suci dari
Tuhan kepada warga sriwijaya nusantara, dan di ketika ini pula kita berbicara
tentang warisan iman dan islam yang masih tersisa senipis kulit bawang.
Biarlah kita bermula semula sedari nipisnya kulit
bawang….itu pun terlalu berharga untuk terus dipersia.
Dari nipisnya kulit bawang itulah, mari kita cantumkan
dan gabungkan semula menjadi sebuah bawang yang penuh dengan aroma wanginya
iman. Biarlah aroma itu memancarkan tenaga yang dapat memedihkan mata2 yang
menangis dihadapan Tuhan, memohon belas pertolongan dan pembelaan akan getirnya
ujian diakhir zaman. Semoga pengorbanan para penyampai kebenaran beratus tahun
dahulu tetap mekar menjadi baja tumbuh suburnya tanaman iman sebermula dari
nipisnya kulit bawang tadi.
Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......








































