Wednesday 28 December 2011

Permata Pemotong Permata

Berkatalah dari hati kita, maka ia akan sampai di dalam hati manusia yang lain juga.
Barulah kita akan dapat merubah dunia.

Kerana perjalanan getaran rasa itu adalah bermula dari niat, lalu ia menuju ke dalam minda kita lalu jatuh ke dalam hati yang kemudiannya akan menggerakkan seluruh anggota badan untuk melakukan sesuatu perkara (action).

Jika ia hanya sampai kedalam minda sahaja, getaran itu tidak cukup kuat untuk menggerakkan anggota badan atau bagi seseorang manusia itu melakukan perubahan. Apa yang sampai di minda hanya sebagai maklumat dan pengetahuan sahaja.

Sampaikanlah maklumat dan pengetahuan itu dari hati ke hati, maka ia akan menjadi sebagai maklumat & pengetahuan yang digunakan untuk membantu seseorang itu berubah kepada keadaan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment