Saturday, 5 May 2012

Permata Di Hujung Dunia (Berlian Di Semenanjung Emas)

Saya sangat tersentuh dengan bait-bait luahan harapan serta doa dari seorang pengunjung blog OrgOrg pada artikel lembik-longlai.

.said


Berlian perlukan tekanan yang amat hebat untuk menzahirkan sifat yang tiada tolok cabarnya itu…..
Begitu jugalah dengan bangsa yang satu ni.
Cukup masanya, matang tempohnya, cantik saatnya….
Bangkitlah ia dengan erti kata sebangkit-bangkitnya.
Naga langka bakal bangkit tak lama lagi.

April 27 2012 9:36 PM

Sesiapa sahaja yang suka dan cintakan kedamaian serta kasih-sayang, sudah tentu amat mengharapkan agar nikmat dan rahmat kemakmuran bumi bertuah ini dapat dikekalkan selama mungkin.

Namun, nampaknya bumi bertuah ini sudah mula menagih jiwa-jiwa bergenetik nusantara yang akan sanggup berjuang dan berkorban dengan cara masing-masing agar kedaulatannya dapat dijunjung seadilnya (selamanya).

Tuhan memberi peluang kepada anak-anak nusantara dizaman pasca-merdeka untuk merasai semula susah-payah, jerit-perih, letih-lesu, tanggisan serta rintihan generasi terdahulu bermati-matian mempertahankan setiap inci tanah bertuah ini dari jatuh ketangan penjajah.


Biarkan saja getaran-getaran jiwa perjuangan dari masa lalu itu bertiup lembut menembusi setiap rongga susuk kita. 
Relakan dan redakan saja suara-suara semangat, doa-doa tulus ikhlas, gerak-langkah, pencak-silat dari masa lalu oleh pahlawan-pahlawan Melayu menusuk terus kehati kita yang paling dalam.
Biarkan air mata keinsafan yang sangat mahal harganya ini menitik jatuh satu-persatu membasahi bumi bertuah ini.
Biarkan bumi di penghujung dunia ini tahu ia tidak akan bersendirian lagi untuk menghadapi masa-masa mendatang yang lebih super-canggih cabarannya.

Aku perlukan kata-kata yang paling bermakna supaya jiwaku ini benar-benar terbakar untuk menyalakan sumbu perjuangan.
Biarlah kata-kata yang sangat bermakna itu akan terus menemani aku di1/3 malam, bila aku terjaga dari tidur lalu menangis teresak-esak dihadapan Tuhan kerana rasa cinta yang amat mendalam kepada bangsaku yang juga saudara-saudaraku juga (yang aku kenali siapa sebenarnya aku dan mereka baru-baru ini saja......) 

Aku mahu aku serta saudara-saudara ku  yang lain dapat hidup dengan penuh harmoni dan berkasih-sayang (semula).....selamanya....


Sunday, 8 April 2012

Banjaran Titiwangsa

Semasa kecil saya suka berangan-angan ingin berada disuatu tempat, jauh didalam hutan belantara, bertemu dengan nenek kebayan dan putera-puteri bunian yang cantik rupawan ditepi sebuah kolam yang sangat jernih airnya. Kicauan burung dan unggas saling sahut-bersahutan, dengan kesejukan suhu dikaki gunung berserta dengan kehijuan dedaunan hutan tebal khatulistiwa.

Mungkin ini juga merupakan fikiran2 serta lintasan2 yang sentiasa bermain2 di dalam minda anak2 yang mempunyai genetik nusantara, dilahirkan dan dibesarkan disebuah kawasan yang sentiasa mendapat sinaran matahari di sepanjang masa.

Setiap kali melalui lebuh raya merentasi banjaran titiwangsa, mata begitu terpegun melihat hutan yang begitu tebal kehijauannya. Sudah ramai bangsa2 yang cuba menakluk bumi yang penuh dengan hutan tebal ini, tetapi nampaknya ia seolah-olah dipelihara dan disimpan untuk sesuatu perkara yang besar di masa hadapan. Hutan yang begitu tebal, hijau pekat kehitaman itu sudah pasti meyimpan seribu satu cerita serta rahsia yang tidak terjangkau oleh mata kasar.

Adakalanya berada dan bekerja di di dalam dunia yang dipanggil koporat amat melemaskan serta merimaskan – dengan segala protokol, peraturan & nilaian semata-mata berdasarkan untung & rugi serta  wang  & materialistik. Jiwa nusantara ini sentiasa berlegar-legar memberitahu bahawa “bukan ini sebenarnya yang aku mahu….aku perlukan sesuatu yang lebih bermakna demi maruah, kehormatan serta kelangsungan diri, keluarga, masyarakat, negara serta dunia sekaliannya”.

Aku mahukan sesuatu yang lebih lagi….tetapi apa?...apa sebenarnya yang aku mahukan itu?
Sesungguhnya jiwa, naluri , pemikiran & perlakuan bangsa yang bergenetik nusantara ini banyak dipengaruhi oleh cuaca, suhu serta rupa diri banjaran titiwangsa itu sendiri – misteri & terpendam tetapi penuh dengan kebebasan & kreativiti. 

~ Tok Ku paloh ~

~ Orang melayu itu sangat erat kepatuhannya & kebergantungannya kepada Tuhan.....
~ Orang melayu itu sangat suka akan amalan Nabinya serta sentiasa berselawat kepada Baginda…
~ Orang melayu itu sebenarnya akrab dengan ilmu kerohanian, kesufian serta kebatinan….
~ Orang melayu itu seharusnya tahu ilmu mempertahankan diri…..
~ Orang melayu itu sesunggunya punyai jiwa yang kental berjuang, tetap menapak dan bertapak mempertahankan bumi tanah tumpah darah serta tanah airnya…
~ Orang melayu itu berjalan dengan penuh harga diri dibumi kelahirannya, insaf dan sedar akan amanah yang dipikul untuk mempertahankan kedaulatannya…

~ Tok Kenali ~

~ Orang melayu itu seadanya  penuh dengan diplomasi dan semangat setiakawan, budi bicara dan tutur kata penuh sopan dan santun, amat menjaga akhlak serta tingkahlaku….
~ Orang melayu itu adalah berilmu dalam pelbagai bidang terutama pelayaran, perniagaan, pengurusan, kewangan, pertanian serta segala macam aktiviti perekonomian serta sosial manusia sejagat….
~ Orang melayu itu juga berjiwa seni, sukakan sesuatu dan semua yang  cantik, penuh puitis lagi bermakna….
~ Orang melayu juga sedar bahawa kita tidak selamanya  akan menongkat langit dan hakikatnya disuatu hari nanti kita akan pergi juga ke alam di sebelah sana……


Apakah hikmah aku direzekikan untuk lahir sebagai orang melayu…?
Nikmat manakah yang wajib aku syukuri kerana dilahirkan sebagai orang melayu….?

Apakah hikmah itu….?
Apakah nikmat itu….?

Friday, 30 March 2012

Tenaga Murni ~ Redha

:: Roh Redha
~ Menerima tenaga dari persekitaran yang terdiri dari pelbagai rupa-bentuk dan frekuensi 
~ Memproses setiap input tenaga itu mengikut standard yang disukai Allah, contoh:-
    * bila diberi susah à maka bersabarlah
    * bila diberi nikmat à maka bersyukurlah
~ Menyebarkan semula output tenaga yang murni lagi harmoni ke seluruh pelusuk alam

~ Roh manusia  tunduk dan patuh dengan segala ketentuan serta takdir dari Yang Maha Pencipta
~ Bersangka baik dengan Yang Maha Esa bahawa pasti ada hikmah tersendiri disebalik setiap nikmat serta ujian yang datang silih berganti
~ Mengharapkan semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan takdir-takdir baik dan yang terbaik sahaja kepada setiap makhluk ciptaanNya


:: Roh Ikhlas
~ Namun demikian,roh  IKHLAS  itu merupakan penyebaran tenaga murni yang berterusan ke seluruh alam semesta tanpa memerlukan apa-apa syarat dan pemprosesan sebarang input tenaga dari persekitaran.
~ Ia  berlaku tanpa kita memerlukan sebarang asbab dari mana-mana makhluk ciptaan Allah.

~ Kerana tenaga murni ikhlas itu adalah hasil daripada perlakuan seseorang hamba yang berbuat sesuatu hanya semata-mata kerana Allah dan untuk Allah sahaja.
~ Hatta tenaga murni itu adalah hasil daripada perlakuan seseorang hamba yang berbuat sesuatu tanpa mengharapkan sebarang ganjaran daripada Allah.

~ Tenaga murni ikhlas adalah tenaga murni yang tidak terkalahkan.
~ Frekuensi ikhlas itu mampu menerobos dan berserakan kesetiap nano sel ciptaanNya tanpa hijab membawa bersama tenaga murni  yang dapat mententeramkan hati yang gundah gulana serta jiwa yang duka nestapa.

~ Jana dan sebarkan Tenaga Murni Redha………
~ Jana dan sebarkan Tenaga Murni Ikhlas………

Sunday, 11 March 2012

Roh Masa


Pertukaran frekuensi & gelombang yang berlaku dalam kitaran sehari semalam (24 jam) itu terbahagi kepada tujuh jeda masa berbeza.
'Masa' atau 'Waktu' itu merupakan suatu makhluk ciptaan Allah SWT.
Masa itu 'hidup' dengan cara tersendiri sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta.

Sebagaimana manusia yang terdiri daripada himpunan sel-sel yang bergetar pada  frekuensi & gelombang  tertentu, maka makhluk MASA itu juga mempunyai frekuensi & gelombang tertentu pada jeda masa tertentu.
Nilai frekuensi & gelombang tersebut adalah mengikut jenis warna yang menyelubungi jeda-jeda masa itu. Begitulah cantik dan teraturnya ciptaan dari Yang Maha Agung, menjadikan sesuatu itu dengan penuh bererti dan sangat bermakna.


Warna ~ Skala gelombang & Skala frekuensi


Prisma membantu penyerakan cahaya putih kepada tujuh warna yang terdapat pada pelangi.
Prisma berstruktur tiga dimensi membentuk sebuah piramid yang selalu dikaitkan dengan binaan berunsurkan tenaga ritual. Dan sesungguhnya rekabentuk piramid itu merupakan sebuah penjana tenaga yang amat efektif. Terpulang kepada manusia bagaimana untuk memanfaatkannya dalam kehidupan seharian mereka.

Ia sebenarnya berkait rapat dengan suruhan untuk bersolat jemaah di surau-surau serta di masjid. Dari segi tenaga ritual, bila lebih ramai orang yang melaksanakan solat berjemaah dengan sepenuh tumpuan fikiran & perasaan mereka, maka Allah akan izinkan untuk terjananya tenaga murni optima dipersekitaran kawasan surau & masjid tersebut.

~ Masjid Agung Demak, Indonesia ~

Limpahan dari tenaga murni ini dapat memberi kesan positif kepada semua makhluk di kawasan kejiranan itu yang Allah datangkan dalam pelbagai bentuk ~ ketenangan, keselamatan, rezeki yang melimpah ruah, anak-anak yang mendengar kata, para isteri yang taat, si suami yang penyayang & bertanggungjawab, masyarakat yang saling menghormati dll.

Tujuh jeda masa ~ skala frekuensi & gelombang:-

::~Isyak
~ Frekuensi (600 - 700)THz
~ Gelombang (500 - 430)nm


Penglihatan à Pandangan Mata Hati 


::~1/3 Malam
~ Frekuensi (700 - 790)THz
~ Gelombang (430 - 380)nm


Pemikiran à Keterbukaan Minda


::~Subuh
~ Frekuensi (580 - 600)THz
~ Gelombang (520 - 500)nm


Komunikasi à Pergaulan Sesama Manusia

::~Dhuha
~ Frekuensi (530 - 580)THz
~ Gelombang (565 - 520)nm


Baik Hati à Kasih Sayang Sesama Insan


::~Zuhur
~ Frekuensi (510 - 530)THz
~ Gelombang (590 - 565)nm


Sistem Penghadaman à Keceriaan

::~Asar
~ Frekuensi (480 - 510)THz
~ Gelombang (625 - 590)nm


Sistem Reproduktif à Kreativiti 

::~Magrib
~ Frekuensi (405 - 480)THz
~ Gelombang (740 - 625)nm



Tulang belakang à Asas Kehidupan

Kehidupan kita sebagai seorang manusia amat berkait rapat dengan setiap perubahan dan pergerakan alam semesta.Tatacara kehidupan seharian yang telah Allah tetapkan itu amat bertepatan dengan kehendak serta naluri seorang insan.

Pada awal pagi, kita sudah disuruh bangun membersihkan diri dan bersiap untuk mengerjakan solat subuh.
Sebelum keluar bekerja, kita amat disarankan untuk mengadap Allah terlebih dahulu melalui solat dhuha.
Selepas setengah hari bekerja dan sebelum mengadapi setengah hari yang berikutnya, kita disuruh berehat seketika untuk mengerjakan solat zuhur pula.
Kemudian, setelah seharian berhempas-pulas, memerah otak & tenaga mencari rezeki, Allah perintahkan kita untuk bersolat asar sebagai penutup untuk sehari yang telah berlalu.
Sekembalinya kita dirumah pada waktu senja, kita membersihkan diri dan bersiap untuk bersolat maghrib.
Setelah kita membuat analisa serta menyemak segala kerja pada hari itu, kita diperintahkan pula untuk bersolat isyak sebelum menutup tirai hari tersebut.
Selepas itu pula kita berehat dan tidur sebentar, untuk kemudiannya kita bangun semula di 1/3 malam bagi melaksanakan qiamullail yang terdiri daripada pelbagai jenis solat sunat  seperti solat taubat, solat tahajjud,solat hajat dll.


Dari segi tenaga ritual, Allah memerintahkan kita untuk sentiasa memperbaharui tenaga dalaman melalui perlakuan solat. Allah telah sediakan manfaat yang pelbagai hasil dari solat yang dilakukan dengan sepenuh tumpuan fikiran serta perasaan kita.
Namun diatas segalanya, bersolatlah hanya kerana Allah dan semata-mata untuk Allah. Walau apa pun rahsia, manfaat serta faedah yang bakal diperolehi hasil daripada solat tersebut, sesungguhnya sudah Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang rajin melaksanakan suruhanNya.

Sunday, 19 February 2012

Roh Warna-Warna Peredaran Alam



Tubuh manusia yang dijadikan oleh Tuhan boleh dibahagikan kepada 7 fungsi tenaga berbeza (chakra) yang diwakili oleh 7 warna berlainan:-

1-Spiritual - Sahasrara – violet
2-Sensual - Ajna – indigo
3-Komunikasi - Visuddha – biru
4-Jantung - Anahata – hijau
5-Sukses - Manipura – kuning
6-Emosi - Swadhisthana – jingga
7-Dasar - Muladhara – merah

Pada masa yang sama, Tuhan menciptakan peredaran alam (malam dan siang) itu kepada 7 bahagian waktu utama yang juga diwakili oleh 7 warna berbeza:-

1-1/3 malam - violet
2-subuh - biru
3-pagi - hijau
4-petang - kuning
5-lewat petang - jingga
6-senja - merah
7-selepas senja hingga tengah malam - indigo

Tuhan telah mensyariatkan solat fardu kepada 5 waktu utama. Ianya diikuti dengan  2 waktu solat sunat yang sangat digalakkan serta sangat afdal dilaksanakan. Kesemua waktu solat itu boleh dibahagikan kepada 7 masa berbeza yang berlaku pada kitaran sehari semalam:-

1-qiamullail
2-subuh
3-dhuha
4-zuhur
5-asar
6-maghrib
7-isyak

Kita boleh hubungkan diantara 7 bahagian masa dalam sehari dengan 5 waktu solat fardu dan 2 waktu solat sunat berserta dengan warna-warna alam berkenaan seperti berikut:-

1-1/3 malam – qiamullail - violet
2-selepas senja hingga tengah malam – isyak - indigo
3-subuh – subuh - biru
4-pagi – dhuha - hijau
5-petang – zuhur - kuning
6-lewat petang – asar - jingga
7-Senja – maghrib - merah

Mari kita lihat  pertalian harmoni diantara waktu solat dengan setiap chakra manusia yang dipengaruhi oleh warna-warna tertentu seperti dibawah:-

1-Chakra Spiritual  - Sahasrara – fungsi minda dan kerohanian – violet – Waktu QIAMULLAIL

2-Chakra Sensual - Ajna – fungsi penglihatan dan psikik –indigo - Waktu ISYAK

3-Chakra Komunikasi -  Visuddha – fungsi lisan  – biru – Waktu SUBUH

4-Chakra Jantung - Anahata – fungsi hati/jiwa – hijau – Waktu ISYRAQ / DHUHA

5-Chakra Sukses - Manipura – fungsi penghadaman  – kuning – Waktu ZOHOR

6-Chakra  Emosi- Swadhisthana – fungsi seksualiti  – jingga – Waktu ASAR

7-Chakra Dasar  - Muladhara – fungsi tulang belakang – merah – Waktu MAGHRIB


Berikut adalah penerangan lanjut tentang kepentingan menjaga pintu tenaga setiap chakra dimana secara tidak langsung Tuhan telah perintahkan suruhan tersebut dengan melaksanakan solat fardu yang 5 berserta degan 2 solat sunat yang afdal:-

1- Chakra Spiritual (Crown/Ubun-ubun) - Sahasrara – fungsi minda dan kerohanian– warna violet (ungu) – Waktu QIAMULLAIL

Pintu ini mewakili kebijaksanaan, pusat spiritual, fikiran-fikiran yang dinamik dan tenaga-tenaga alpha.
Jagalah pintu tenaga ini dengan bersolat malam supaya Tuhan rezekikan kita dengan kerohanian yang tinggi serta sentiasa  dapat berfikiran tinggi & positif.

Pintu ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya supaya iman & keyakinan kita kepada Tuhan sentiasa  teguh. Ini kerana roh itu ditiup melalui ubun-ubun dan ditarik juga melalui ubun-ubun.

2-Chakra Sensual (Third Eye / Mata Ke 3) - Ajna – fungsi penglihatan dan psikik – warna indigo – Waktu ISYAK

Pintu ini mewakili pusat untuk kebolehan psikik, minda yang tinggi & spiritual yang tinggi.
Jagalah pintu tenaga ini dengan bersolat isyak supaya Tuhan jadikan kita sebagai orang yang tahu apa yang diperlukan dalam kehidupan dan mampu melihat serta mengambil pengajaran daripada kehidupan orang lain pula.

Kebocoran tenaga pada pintu ini menjadikan kita resah gelisah serta menjadi ego yang tidak kena pada tempatnya (bodoh sombong).

3-Chakra Komunikasi (Throat/Leher)- Visuddha – fungsi lisan, pertuturan, penulisan dan perhubungan sesama manusia  – warna biru (biru muda) – Waktu SUBUH

Pintu ini mewakili pusat komunikasi sama ada melalui suara atau tulisan.
Jagalah pintu tenaga ini dengan bersolat subuh supaya Tuhan rezekikan  kita dengan kreativiti dalam penulisan, fikiran serta dapat menjadi pemimpin yang baik.

Kebocoran tenaga pada pintu ini menjadikan kita lemah semangat, tidak percaya akan kebolehan sendiri serta takut pada bayang-bayang sendiri.

4-Chakra Jantung  (Heart/Jantung)- Anahata – fungsi hati/jiwa – warna hijau – Waktu ISYRAQ / DHUHA

Pintu ini mewakili emosi, kasih-sayang dan sifat prihatin.
Jagalah pintu tenaga ini dengan bersolat sunat dhuha supaya Tuhan rezekikan kita dengan sifat peramah, prihatin serta sentiasa bersangka baik dengan orang lain.

Kebocoran tenaga pada pintu ini boleh menjadikan kita manusia yang paranoid, tidak tetap pendirian, takut untuk dikecewakan (tidak berani mencuba, cepat berputus-asa, takut mengambil risiko) dan tidak tahu menghargai kasih-sayang daripada orang lain.

5-Chakra Sukses (Solar Plexus/Perut)  - Manipura – fungsi penghadaman  – warna kuning – Waktu ZOHOR

Pintu ini mewakili kuasa peribadi (personal power), ego, ketekunan, kemarahan & kekuatan.
Jagalah pintu ini dengan bersolat zuhur supaya Tuhan jadikan kita sebagai orang yang ceria, bermaruah, mudah bergaul, menghargai kehidupan serta sanggup menghadapi cabaran untuk mencapai kejayaan.

Kebocoran tenaga pada pintu ini boleh mengurangkan keyakinan pada diri, terlalu memikirkan apa orang lain fikirkan tentang kita dan merasakan orang lain mengawal hidup kita.

6-Chakra  Emosi (Sacrum/Belly/Bahagian Peranakan/Kesuburan)- Swadhisthana – fungsi seksualiti  –  warna jingga (oren) – Waktu ASAR

Pintu ini mewakili seksualiti, kreativiti, pemikiran yang mendalam dan harga diri.
Jagalah pintu tenaga ini dengan bersolat asar supaya Tuhan rezekikan kita menjadi orang yang kreatif, berkeyakinan dan berfikiran terbuka.

Kebocoran tenaga pada pintu ini boleh menjadikan kita seorang yang suka mengongkong orang lain, berfikiran negative dan berfikiran tertutup.

7-Chakra Dasar (Root)  - Muladhara – fungsi tulang belakang – warna merah – Waktu MAGHRIB 

Pintu ini berkait rapat dengan kelangsungan hidup (survival), kerahsiaan dan keselamatan.
Jagalah pintu tenaga ini dengan bersolat maghrib supaya Tuhan akan menjadikan kita berjaya dalam hidup, dalam perniagaan dan juga dalam pekerjaan.

Kebocoran tenaga pada pintu ini boleh menjadikan kita seorang penakut, sering kecewa dan merasa tidak selamat.

Sesungguhnya kita bersolat hanyalah kerana Allah SWT semata-mata kerana ia merupakan suatu fardu yang diperintahkan secara terus kepada baginda Rasulullah SAW sewaktu Israk dan Mikraj.

Pada masa yang sama Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah menciptakan alam dengan sunnatullah yang sangat cantik dan indah, dipenuhi dengan pelbagai warna-warni, perhiasan dan kemudahan yang mengiringi setiap waktu solat itu dengan seribu satu rahsia dan kebaikan kepada  manusia.

Semoga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur di atas setiap nikmat kurniaan dari Allah SWT serta dapat memanfaatkan setiap waktu solat itu dengan sebaik-baiknya.

Rujukan dan bacaaan tambahan: