Sunday 8 April 2012

Banjaran Titiwangsa

Semasa kecil saya suka berangan-angan ingin berada disuatu tempat, jauh didalam hutan belantara, bertemu dengan nenek kebayan dan putera-puteri bunian yang cantik rupawan ditepi sebuah kolam yang sangat jernih airnya. Kicauan burung dan unggas saling sahut-bersahutan, dengan kesejukan suhu dikaki gunung berserta dengan kehijuan dedaunan hutan tebal khatulistiwa.

Mungkin ini juga merupakan fikiran2 serta lintasan2 yang sentiasa bermain2 di dalam minda anak2 yang mempunyai genetik nusantara, dilahirkan dan dibesarkan disebuah kawasan yang sentiasa mendapat sinaran matahari di sepanjang masa.

Setiap kali melalui lebuh raya merentasi banjaran titiwangsa, mata begitu terpegun melihat hutan yang begitu tebal kehijauannya. Sudah ramai bangsa2 yang cuba menakluk bumi yang penuh dengan hutan tebal ini, tetapi nampaknya ia seolah-olah dipelihara dan disimpan untuk sesuatu perkara yang besar di masa hadapan. Hutan yang begitu tebal, hijau pekat kehitaman itu sudah pasti meyimpan seribu satu cerita serta rahsia yang tidak terjangkau oleh mata kasar.

Adakalanya berada dan bekerja di di dalam dunia yang dipanggil koporat amat melemaskan serta merimaskan – dengan segala protokol, peraturan & nilaian semata-mata berdasarkan untung & rugi serta  wang  & materialistik. Jiwa nusantara ini sentiasa berlegar-legar memberitahu bahawa “bukan ini sebenarnya yang aku mahu….aku perlukan sesuatu yang lebih bermakna demi maruah, kehormatan serta kelangsungan diri, keluarga, masyarakat, negara serta dunia sekaliannya”.

Aku mahukan sesuatu yang lebih lagi….tetapi apa?...apa sebenarnya yang aku mahukan itu?
Sesungguhnya jiwa, naluri , pemikiran & perlakuan bangsa yang bergenetik nusantara ini banyak dipengaruhi oleh cuaca, suhu serta rupa diri banjaran titiwangsa itu sendiri – misteri & terpendam tetapi penuh dengan kebebasan & kreativiti. 

~ Tok Ku paloh ~

~ Orang melayu itu sangat erat kepatuhannya & kebergantungannya kepada Tuhan.....
~ Orang melayu itu sangat suka akan amalan Nabinya serta sentiasa berselawat kepada Baginda…
~ Orang melayu itu sebenarnya akrab dengan ilmu kerohanian, kesufian serta kebatinan….
~ Orang melayu itu seharusnya tahu ilmu mempertahankan diri…..
~ Orang melayu itu sesunggunya punyai jiwa yang kental berjuang, tetap menapak dan bertapak mempertahankan bumi tanah tumpah darah serta tanah airnya…
~ Orang melayu itu berjalan dengan penuh harga diri dibumi kelahirannya, insaf dan sedar akan amanah yang dipikul untuk mempertahankan kedaulatannya…

~ Tok Kenali ~

~ Orang melayu itu seadanya  penuh dengan diplomasi dan semangat setiakawan, budi bicara dan tutur kata penuh sopan dan santun, amat menjaga akhlak serta tingkahlaku….
~ Orang melayu itu adalah berilmu dalam pelbagai bidang terutama pelayaran, perniagaan, pengurusan, kewangan, pertanian serta segala macam aktiviti perekonomian serta sosial manusia sejagat….
~ Orang melayu itu juga berjiwa seni, sukakan sesuatu dan semua yang  cantik, penuh puitis lagi bermakna….
~ Orang melayu juga sedar bahawa kita tidak selamanya  akan menongkat langit dan hakikatnya disuatu hari nanti kita akan pergi juga ke alam di sebelah sana……


Apakah hikmah aku direzekikan untuk lahir sebagai orang melayu…?
Nikmat manakah yang wajib aku syukuri kerana dilahirkan sebagai orang melayu….?

Apakah hikmah itu….?
Apakah nikmat itu….?

13 comments:

  1. salam ziarah saudara,

    Titiwangwa tulang belakang Melayu. telah ditaqdirkan begitu. Bila melihatnya hati menjadi sayu. Masihkah Melayu kembali bersatu? Atau akan menjadi manusia bisu?

    Syukran atas ungkapan semangat dari saudara. Kami menghargainya. Usah ragu, teruskan perjalanan mulia, Menuju Dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam TM,

      saya mengaku, semasa remaja saya pernah tidak suka kepada bangsa saya sendiri, lebih gemar bergaul dgn kawan2 dr bangsa yg lain.

      konflik jati diri memang amat ketara bila guru2 & pensyarah selalu saja bangkitkan isu kelemahan & ketidakrajinan budak2 melayu.

      walhal bila mengikut law of attraction, selalulah berkata yg murni2 belaka - maka kita akan direzekikan perkara2 murni.....kata2 nasihat "jgn lemah & jangan malas" hanya akan membawa kita kepada lebih lemah & lebih malas lagi.

      sehinggalah saya diketemukan dengan fenomena Mistisfiles & ATBM, kemudian diikuti oleh Umat Terakhir, maka saya mula mengasihi bangsa saya sendiri.

      dan kesedaran itu berlaku hanya baru-baru ini sahaja setelah sekian lama hidup dlm kecelaruan yg tak betul tu....kasihannya...

      Delete
  2. teruskan mengkaji bangsa sendiri...insyaallah akan jumpe jawapannya...

    ReplyDelete
  3. salam sejahtera semua,

    saya setuju dengan saudara Wangsa,

    setiap kali lalu highway rasa macam dikelilingi oleh gunung2 dan bukit2 menghijau...macam penjaga pulak,hehe...

    ada yang kata,gunung2 kat msia ni dulunya piramid,betulke?kalau betol....bangga pulak rasa diri ni...bangsa kita dulu hebat sungguh...tapi skrang bila setiap perlakuan dicelop dari bangsa asing,kita jadi keliru dengan identiti bangsa sendiri...

    ada yang kata,tolak melayu...yang penting agama...marahla saya...jika gitu,tuhan tu kira salahla ye cipta kita sbg melayu...patutnya kita jadi omputih atau arab yang gah...katanya melayu ni banyak khurafat,ajaran sesat...aduh...besar sungguh tuduhan tu...tak kaji tak tahu...betapa nenek moyang kita sgt hebat dalam ilmu ketuhanan dan ilmu keinsanan...cuma cucu cicitnya je yang rendah diri tak pasal2...bila fikir2 pasal ni rasa panas sangat hati...

    hmm,terlebih pulak sy mengomen ni...hehe.

    maaf tuan rumah...

    apapun post ni mmg best!

    sekian.

    -Annur-

    ReplyDelete
  4. TETAPI MENGAPA PORKNIK TIDAK BERSYUKUR LAHIR SEBAGAI MELAYU.

    ReplyDelete
  5. SEPATUTNYALAH ORANG MELAYU MENJADI UMMAT BERSYUKUR YANG AMAT SANGAT KEPADA ALLAH S.N.T. KERANA MENGURNIAKAN IMAN ISLAM IHSAN QIAMAT DAN TANDA2 QIAMAT SEBAGAI ADDEEN YANG SUNGGUH LENGKAP SEBAGAI PANDUAN HIDUP TIDAK ADA PADA SEGALA MACAM AGAMA DAN FALSAFAH DAN ADAT ISTIADAT DIKEHIDUPAN MANUSIA DAN JIN DI DALAM DUNIA INI..........

    BILA ORANG MELAYU BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.......MAKA ALLAH BERJANJI AKAN MENURUNKAN REZQI DARI LANGIT DAN JUGA MENGELUARKAN REZQI DARI BUMI........TANPA DISANGKA2 TANPA DIKIRA2......

    ORANG MELAYU TAK PAYAH MENIRU ORANG PUTEH ATAU ORANG HITAM ATAU MELANJUTKAN AMALAN DATUK NENEK YANG LEBIH MENDORONG KEPADA KESESATAN TIPUDAYA DUNIAWI SEMATA....TETAPI HANYA MENIRU CONTOH YANG DIBERIKAN OLEH RASULULLAH S.A.W. DAN PARA SAHABAT R.A.A.

    DENGAN ITU JADILAH UMMAT MELAYU UMMAT YANG BERJAYA MELEPAS DIRI DARI NERAKA ALLAH MENUJU MASUK KEDALAM SYURGANYA YANG SELUAS LANGIT DAN BUMI.........ALLAHUAKABAR !!!!

    Mohd Sufi Mohdajaib - Facebook

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam Adik Sufi,

      terima kasih di atas peringatan diatas.
      saling memberi peringatan dan nasihat-menasihati terlalu amat berharga terutama disaat & ketika ini.
      semoga kita semua menjadi hamba Allah sebagaimana yg dikehendaki olehNya. juga menjadi umat kebanggaan Nabi Yang Mulia, Muhammad SAW - ditabahkan hati mengharungi cabaran dunia akhir zaman.

      Delete
    2. satu1nya mahluk manusia yg jahil tentang ALLAH.kamu lahir oleh alien ke?sekarang ni hidup amacam,,,susah tak rasanya...lain kali jgn dok memandai sangat

      Delete
    3. satu1nya mahluk manusia yg jahil tentang ALLAH.kamu lahir oleh alien ke?sekarang ni hidup amacam,,,susah tak rasanya...lain kali jgn dok memandai sangat

      Delete
  6. la maujud bihaqqi ilallah

    ReplyDelete
  7. Teringin sangat nak tinggal di pergunungan pada ketinggian 800 meter dari aras laut. Ada tak cara nak teroka Banjaran tanpa banyak kekangan pihak kerajaan dan orang politik.
    Sekiranya ada jalan dan caranya., bolehlah berhubung ngan saya 019 6377883. Kita sama2 bina perkampungan di Banjaran Titiwangsa di aras 600 hingga 800 meter dari aras laut. Insyaallah diizinkan Allah akan saya jelaskan kenapa?

    ReplyDelete