Saturday 18 January 2014

Lagu Hati....................Simfoni Jiwa





junior saya selalu  mempromosikan lagu2 korea kesukaanya kepada saya
dia merupakan  peminat fanatik kepada kumpulan big bang
rancangan kegemarannya pula adalah running man, dia pasti akan menghabiskan hari minggunya mengadap tv mengikuti siri running man - berhibur dengan telatah lucu dan suspen dengan aksi2 yang dibawakan oleh haha, jong kook, ji hyo, gary dll
pada 4/1/14 yang lalu - lee kwang soo iaitu salah seorang anggota running man telah tiba di malaysia, saya tak pasti sama ada junior saya  turut sama menyambut kehadiran aktor kesayangan tu

yeah.....junior saya mengharungi hari2 kedewasaanya bila mana malaysia dan dunia terkena tempias dari kepesatan berkembangan industri filem/muzik dari korea
sudah pasti k-pop menjadi sebahagian daripada input muzik/filem dalam hidupnya

saya pula tidaklah minat sangat dengan muzik korea yang kedengaran macam sama je lirik dan melodinya


saya beritahu kepada junior saya " awak tahu  tak.....sejak kecil lagi saya dah dengar lagu2 boney m dan abba......awak tahu lagu rivers of babylon, rasputen, daddy cool, dancing queen, mamma mia...???". junior saya hanya menggelengkan kepalanya

"begitu juga dengan lagu chery chery lady, brother louie,  you're my heart & you're my soul dan lain2 lagu yang sungguh superb yang dibawa oleh modern talking" ujar saya kepada junior saya

[HD] Thomas Anders (Modern Talking). Live In Concert. 2013.


yup.....sejak kecil lagi sebelum bersekolah saya dah mula dengar lagu2 sebegitu rupa. dari mana saya dapat sumbernya..??

siapa lagi kalau bukan dari big bro dan pakcik saya......hahaha
lagu2 boney m, abba dan modern talking memang sungguh sedap, rancak dan menghiburkan, mereka mempunyai angelic voice
namun  tanpa saya sedari bahawa sebenarnya sesetengah daripada lirik lagu2 tersebut mempunyai double meaning terutama rivers of babylon tu.....

itupun saya tahu dan sedar setelah membaca pendedahan rancangan illuminati oleh mistisfiles (baru2 ini)
kalau tak memang tangkap lentoklah saya dengan lagu2 tersebut
seperti juga dengan lagu madonna bertajuk  ray of light tu....saya suka, sangat sedap tapi penuh dengan subliminal message

tetapi saya bernasib baik juga, kerana pada masa yang sama perkembangan lagu2 berunsur islam mula berkumandang, jadi saya juga berpeluang mempelajari nasyid2 seperti al-maul-husna (nama2 Allah), sepohon kayu.....dan lain2 lagi daripada ustaz yang mengajar di sekolah agama pada sebelah petang


yup.....irama dan lagu merupakan hiburan jiwa dan boleh menenangkan minda

tapi sejauh manakah lagu2 tersebut serta lagu2 dari aliran mainstream yang lain dapat memberikan kelegaan jiwa dan minda yang berkekalan......??
semasa mendengar lagu.....sememangnya kita rasa terhibur.....tapi bagaimana pula selepas itu....??

dan satu persoalan yang sangat kritikal ialah................adakah lagu2 tersebut benar2 dapat membawa kita kepada mengingati Tuhan, mencintai Nabi, memberi petunjuk kepada erti kehidupan sebenar didunia.............dan satu lagi isu yang terlalu penting ialah......dapatkah ianya membantu diri kita dimahsyar, dititian sirat.....dapatkah ianya mengundang syafaat dari Nabi diakhirat kelak??

yeah....sudah jauh kita berjalan melalui liku2 kehidupan akhir zaman
sudah letih kita dihidangkan dengan santapan2 jiwa yang pelbagai
sudah banyak juga dosa lagha/lalai yang dikumpulkan


dalam kerancakan kemasukan pengaruh muzik yang sangat pelbagai kenegara ini
ada satu genre muzik yang menarik perhatian saya....yup....saya namakan sebagai genre muzik kerana ianya juga mempunyai lirik dan lagu seperti genre2 muzik yang lain




apakah genre muzik tersebut....??
ianya tidak lain dan tidak bukan ialah selawat/burdah/berzanji/maulid yang dulunya hanya dilakukan dalam majlis2 ilmu kumpulan tariqat/pengajian sufi, yang hanya dihadiri oleh ahli2 jemaah sahaja, dan tidaklah mendapat pendedahan yang meluas seperti sekarang

namun.....bila Tuhan berkehendak bahawa sesuatu itu berlaku.....maka ia pasti akan berlaku seperti yang dijanjikanNya
maka pada tahun2 mutakhir ini telah banyak majlis2 malam cinta rasul, majlis mega maulid serta majlis2 yang seumpamanya dianjurkan secara terbuka ditempat awam, yang dihadiri oleh rakyat jelata



siapa lagi jika bukan gabungan suara gemersik merdu yang berbahagia Habib Syech, kumpulan maulid haqqani dll yang sering menghiburkan kita serta mengajak kita untuk berselawat, bermaulid, berzanji dll - itulah dia genre muzik zaman kebangkitan islam untuk kali kedua.............yang Tuhan reserve untuk kita semua.....mereka seumpama wali2 songo moden yang menggunakan pendekatan lemah-lembut lagi harmoni untuk mengajak manusia2 akhir zaman kembali mencintai Tuhan dan RasulNya


Malam Cinta Rasul 2013 Stadium Badminton Kuala Lumpur Cheras Part 1)

Malam Cinta Rasul 2013 Stadium Badminton Kuala Lumpur Cheras (Part 2)

Malam Cinta Rasul 2013 Stadium Badminton Kuala Lumpur Cheras (Part 3)

Malam Cinta Rasul 2013 Stadium Badminton Kuala Lumpur Cheras (Part 4)



maka cukuplah selawat/burdah/berzanji/maulid/doa2 itu menjadi input kepada halwa telinga, bukan saja ia menghiburkan, malahan ianya boleh menjadi asbab untuk kita layak  mendapat syafaat Nabi serta pengampuan Tuhan di akhirat kelak





5 comments:

  1. Telitikan lirik lagu lagu big bang . seakan mendewakan dan menceritakan kedatangan Dajal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup....saya juga ada terfikir, adakah industri filem/muzik korea yang tengah gah sekarang ini tiada unsur2 illuminati? mana mungkin zionis/jesuits tidak mahu mengambil kesempatan diatas popularnya k-pop yg sgt berpengaruh itu utk menyebarkan misi tersembunyi grand master mereka melalui lirik2 lagu korea....

      nanti saya akan semak lirik2 lagu korea dan akan saya kongsikan kepada junior saya tu

      Delete
  2. Satu memuji Rasul, satu memuji Tuhan yang menciptakan Rasul walaupun secara tersembunyi... Keduanya baik tetapi agaknya yang mana lebih baik..

    Jika ada lagu yang mendewakan dajjal, terdapat lagu yang mendewakan dan mentauhidkan Tuhan walaupun penulis liriknya dan penyanyinya bukan seorang muslim.. Mereka ini jika tunduk kepada Tuhan zahir dan batin dan menjadi dari kalangan yang berserah diri, mungkin mereka sudah memiliki wilayah kewalian

    ReplyDelete
  3. ku meniti awan yang kelabu..
    ku tempuhi lorong yang berliku..
    mencari sinaran menerangi kegelapanku...
    ku percaya nanti suatu masa..
    sang suria kan menyinar jua...
    membawa harapan yang menggunung bersamanya..
    engkau tiba bagaikan pelangi..
    tak bercahaya namun kau berseri..
    tapi cukup menghiburkan hati ini...........

    ReplyDelete
  4. passing by & still alive

    :)

    -STALKER-

    ReplyDelete