Seringkali kita mendengar kes pekerja yang meminta rakan (sekutu)
melewatkan ‘punch-out’ kad kedatangan
supaya dia layak untuk klaim OT (over-time, kerja lebih-masa) di akhir bulan
walaupun secara fizikalnya dia sudah pulang ke rumah.
Seringkali juga kita mendengar rungutan tentang perangai
anak-anak/isteri/suami/ahli keluarga yang bermasalah walaupun sudah disediakan
segala kelengkapan material secukupnya dalam hidup mereka. Ada sahaja yang tidak kena serta tidak
ketahuan dari mana puncanya.
Orang2 tua selalu berpesan agar kita menyemak kembali dari mana serta
bagaimana kita mendapatkan punca pendapatan kita. Rezeki (wang hasil dari
pekerjaan) itulah yang akan dibelanjakan terutamanya untuk membeli keperluan
makan/minum ahli keluarga. Setiap suapan makanan serta setiap tegukan air itu pula akan
ditukarkan menjadi zat tertentu, kemudian ianya dialirkan kedalam sistem darah
tubuh badan manusia. Dari situ kita akan menggunakan tenaga dari zat
makanan/minuman tersebut untuk melakukan pelbagai aktiviti harian.
Maka Roh Darah bergantung
kepada sumber rezeki yang kita perolehi.
Kita telah tahu bahawa
rezeki dari sumber suci lagi halal (contoh, tidak ponteng OT) akan membawa gelombang bermesej harmoni kedalam sistem darah tubuh badan manusia. Begitulah juga,
jika sebaliknya yang berlaku. Kita tidak dapat lari dari sunnahtullah Tuhan iaitu
‘buat baik dibalas baik, buat jahat akan dibalas dengan kejahatan/keburukan’.
Yang akan menerima akibatnya adalah sistem
darah ahli keluarga kita. Mereka tidak tahu bahawa kita telah ponteng OT.
Mereka gembira bila kita membelikan makanan/minuman yang enak dan sedap sebagai
tanda kita telah menjalankan tanggungjawab menyara keluarga. Kita mahu melihat
mereka sihat dan sejahtera.
Namun, jangan pula hairan
bila mana timbul masalah di kalangan ahli keluarga. Mungkin salah satu puncanya
ialah kerana kita telah mencemarkan roh darah mereka dari sumber yang halal
tapi tidak suci. ’Halal’ kerana kad kedatangan menunjukkan adanya OT, tidak
suci kerana kita tidak menghadirkan diri disepanjang tempoh OT tersebut.
Berhati-hatilah serta
sensitif tentang bagaimana kita melaksanakan tugas dan amanah kerja seharian.
Kasihi diri serta ahli keluarga dengan sejujurnya melalui sumber pendapatan
yang halal lagi suci. Jika kita pernah terlanjur disana-sini pada masa lalu,
mohon keampunan kehadrat Allah SWT diiringi dengan sedeqah kepada anak-anak
yatim kerana kita telah menggunakan rezeki yang bukan hak milik kita.
salam.
ReplyDeletesaja-saja tengok blog, terjumpa posting kamu ini.
kamu makin hampir.
sifat yang membezakan manusia dengan jin ialah darah. sesetengah ritual sesat iblis juga memerlukan darah manusia sebagai prasyarat. ada sesuatu dengan darah manusia.
just go deeper & you'll find the answer.
^_^
Clover, adekah dalam darah diturunkan segala ilmu2 adam tu?
ReplyDeletew'salam Sifu Clover :)
ReplyDeletemelihat platelet darah menyedarkan saya tentang sesuatu
melihat sel-sel darah yang mengalir didalam pembuluh darah pula mengingatkan saya tentang realiti kehidupan manusia
dan sebenarnya ada 'ramai' pula yang menumpang di dalam lebuhraya pembuluh darah itu
many thanks for your encouragement!
saya kena cari balik artikel yang menerangkan tentang 'mereka' berada bersama aliran darah, tetapi tidak berada di dalam sel darah - lebih kurang begitu
Belajar untuk menyayangi 'darah'...
DeleteMengalir dan berdenyut...ada pasangannya.
Apa dan dimana?
darah - daging
Deletedarah - keturunan
Darah boleh menentukan watak seseorang.Anak keturunan akan mewarisi sebahagian sifat induknya.
ReplyDeleteAnak susuan juga boleh berubah watak dan sifatnya dari ibu bapa kandung lalu mengikut watak ibu bapa susuan.
Orang yang kehilangan darah akibat kemalangan dan sebagainya, yang menerima darah penderma juga ada menerima kesan dari sudut emosi dan saikologi. .
Darah orang yang mati syahid terus 'hidup' bersama jasad.
Ya, memang ada suatu misteri pada darah.
mohon bloglist kamu juga ya sdr wangsa oiii...hehe
ReplyDeleteops lupa,aslmkum tuan rumah...;)
Assalammu'alaikum...
ReplyDeleteSedarah sedaging,
sehidup semati.
Datang bertandang sambil mengenali si wangsa....
:) hehehe...
Ab,duduk diam2...
ReplyDeletew'salam AB yang sangat bertuah,
ReplyDeletedari darah menjadi daging....yup...benar sekali
sedarah sedaging - juga sama dengan perumpamaan keluar dari rahim yg sama bg adik beradik
aannnuurrr....
hehe...ops sori...
ReplyDeletesaudara wangsa yg budiman,
ReplyDeletesehidup semati.... apa maknanya???
tq....
AB yang sangat bertuah,
ReplyDeleteyang saya faham, seHIDUP..seMATI itu bila beberapa orang (contohnya suami/isteri) berjanji mahu menghadapi susah & senang bersama hingga kalau boleh mati pun nak bersama juga
betul ke...??
Betul tu...tp makna sebenar ikut fahaman masing2lah...lain org lain ragamnya, lain fahamnya....
ReplyDeleteRujuk kpd istilah awal, "sedarah sedaging, sehidup semati" maknanya perkara yg berkaitan dengan satu keturunan dgn saka keturunannya.....istilah tersebut adalah satu bentuk perjanjian antara Manusia dengan Saka.
Saka bermaksud pendamping, setiap manusia ada pendampingnya...dlm istilah arab digelar Qarin.
Saka tak semestinya jahat, ada juga saka yg baik....
AB, definisi awak ni menakutkan sayalah...
ReplyDeleteanyway...ia adalah satu realiti yang terpaksa diterima sama ada suka atau tidak
tapi at least bila begitu caranya, maka akan lebih mudah utk kita memahami perjalanan saka itu sendiri
mekacih AB...
Sama-sama.... Takutlah hanya kepada Allah...
ReplyDeleteBerhati2 terhadap tipu muslihat musuh....
Musuh2 kita :
1. Iblis/Syaitan sipenghasud
2. Nafsu sendiri sipengoda
3. Dunia sipenipu
4. Manusia yg suka berpura2 n pelupa....
AB, terima kasih diatas ingatan
ReplyDeleteazazil tertipu dengan ilmu dan darjat yg Tuhan pinjamkan pada dirinya - semoga kita tidak angkuh macam azazil
nafsu - hanya bila Tuhan laparkan nafsu, barulah nafsu mengaku Allah itu Tuhannya
dunia - carilah sebanyak mungkin dunia tapi sebarkan semula kepada yang hak
manusia - manusia yang serba jahil dan banyak kekurangan - lemahnya manusia