Thursday, 19 February 2015
Sayangi diri ....Fahami orang lain....
bila hati terasa diuji dengan hebat sekali
sepertinya hampir mahu berputus-asa bermain dalam arena kehidupan
maka sayangilah diri .....bertambah sayang dari sehari ke sehari
(love your self...more and more...... from day to day...)
hati mesti ditempa
seumpama si tukang besi tekun menghasilkan karya agung keris sakti
sikeris dengan penuh redha.....dibakar....diketuk....dibakar...diketuk...sehingga tercipta lok yang berlekuk
keris ditempa...digilap...ditempa...digilap....sehingga tersirna ketajaman matanya
lantas keris dimandikan dengan air limau nipis yang harum lagi "tajam" zatnya
lantas keris diberi teman sarung kesukaan....kesayangan berhias ukiran halus mulus bertatah batu permata
sayangi diri demi membentuk ketajaman hati seumpama tajamnya keris taming sari
hati yang tajam beriman adalah teman sejati diri
bila diri kebingungan
tidak tahu kenapa tiba-tiba seperti diabaikan, dikhianati, tidak dipeduli
hatta oleh orang yang paling dekat dengan diri sendiri
kawan menjadi lawan
sahabat menjadi seteru
bahkan pesaing boleh juga berpaling tadah
malahan boleh saja benci menjadi suka
maka fahamilah diri orang lain .....tambahkan kefahaman terhadap diri mereka dari sehari ke sehari
(understand other people more and more...from day to day...)
terima mereka seadanya
usaha kita adalah cuba memahami dan berdoa untuk mereka
semoga Allah membuka pintu hati mereka agar dipermudahkan untuk berubah kepada keadaan yang lebih baik
mudah-mudahan hati mereka juga akan menjadi setajam keris taming sari
untuk mereka lebih mengasihi diri mereka sendiri
dan agar mereka juga berusaha untuk lebih memahami diri orang lain
magnet hati yang tajam
ditempa penuh keberanian disiram dengan air kasih sayang
semoga memberi manfaat serta kebaikan kepada diri dan seluruh alam
Monday, 19 January 2015
Maaf & Terima Kasih
kemaafan ialah let it go
terima kasih ialah let it come
kehidupan adalah masa sekarang yang sedang menuju kehadapan
kemaafan let it go semua hambatan yang melambatkan pergerakan perjalanan masa sekarang
kemaafan penyelesai hutang/masalah yang masih terbuku di dalam fikiran, hati dan perasaan
terima kasih merupakan minyak pelincir ajaib memberi kelajuan super mara kedepan serta menjemput semua pertolongan yang sangat diperlukan
sebab tu lepas kita ucap - thank you
then ia dijawab dengan u r welcome
u r welcome selamat datang menjemput semua kebaikan yang sudah siap sedia menanti menerima arahan menjalankan tugas menjayakan setiap pekerjaan yang dilakukan
maaf adalah untuk memberi ruang & tempat kepada kedatangan rezeki impian yang didambakan
terima kasih pembuka jalan lebuhraya yang sangat luas menjemput rezeki serta impian yang didambakan
let it come datang dengan penuh kasih sayang lagi bergaya berkeyakinan
kemaafan adalah keajaiban - let it go out segala semua yang tidak diperlukan - sakit, perit, sembilu....
terima kasih adalah pembuka jalan - let it come in semua segala kemakmuran kasih sayang kekayaan kesihatan
----------------------------------------------------
dalam satu detik hidup seseorang
pasti akan ada satu waktu dia akan berhenti seketika
lalu bertanya kepada magnet hatinya
apa yang dicari selama ini sebenarnya
kenapa aku rasa teramat kekosongan
aku takutkan kekosongan itu
kerana ia adalah keseorangan yang amat membosankan
hidup adalah keramaian
namun ramai itu pula perlukan ilmu
maka maaf dan terima kasih adalah ilmu menghadapi keramaian
dia mencari-cari sumber rujukan
mencari sehingga bertemu kepada yang boleh memberi pengajaran
walaupun bukan yang terbaik
it's okay not to get the best and the most suitable
fair enough is okay
as long as it's okay then it's okay
dia mencari nilai padu lagi konkrit
hati perlukan teguh
medan hati perlukan kukuh utk let it go out maaf dan let it come in terima kasih
dia mencari makna hidup
setelah sekian lama menjalani hidup in-out
mahu kemana hati ini dibawa
magnet hati bukan hanya let it go out
maka ia akan keseorang lagi kekeringan
magnet hati bukan juga hanya let it come in
maka ia akan kesedihan lagi kepedihan
magnet hati adalah in-out
Sunday, 16 November 2014
Hati ialah Magnet
baik hati
busuk hati
jatuh hati
patah hati
tabah hati
keras hati
hati batu
hati emas
suka hati
ikutkan hati mati
lembut hati
hati yang terguris
gelap hati
berhati perut
sesuka hati
berat hati
sampai hati
hati yang bahagia
hati yang derita
hati yang merana
terbuka hati
berhati-hati
simpan didalam hati
ada hati
susah hati
jauh hati
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
rendah hati
anak sungai lagi kan berubah, inikan pula hati orang
walau jauh dimata, namun tetap dekat dihati
kecil hati
hati hendak semua jadi
sepenuh hati
sesungguh hati
kata hati
tak sampai hati
buta hati
bersih hati
berbesar hati
kekasih hati
buah hati
cinta hati
gandingan hati ialah perasaan
jika hati itu adalah magnet
maka perasaan itu adalah daya tarikan gravitinya
Wednesday, 22 October 2014
Rezeki
salah satu topik yang banyak membuka minda di Mistisfiles ialah persoalan mengenai rezeki
walau siapa pun manusia tersebut, jawapan terakhir mengenai hal2 yang berkaitan dengan makan-minum serta seluruh kehidupannya adalah datang dari Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada semua makhluk ciptaanNya
PERIHAL REZEKI
memperbetulkan persepsi terhadap rezeki adalah suatu perkara yang sangat penting kerana ia akan membantu kita untuk mencari jalan penyelesaian mahupun mencipta alternatif terbaik dalam menghadapi sesuatu permasalahan
rezeki bukanlah berkisar dalam konteks makan dan minum sahaja
ia mencakupi urusan2 lain yang saling berkaitan sebelum seseorang itu dapat menikmati hidangan makan-minumnya
anak adalah rezeki
jodoh adalah rezeki
ilmu adalah rezeki
kawan2 adalah rezeki
mendapat kontrak adalah rezeki
melancong keluar negara adalah rezeki
dan persoalan yang sering menjadi topik perbualan utama dikalangan pencari serta pencinta rezeki ialah ..................magnet rezeki
saya tidak berniat untuk membongkar rahsia magnet rezeki atau apa2 tip tentangnya
kita boleh berguru atau menuntut ilmu dengan ramai sifu2 diluar sana yang pakar dalam strategi magnet rezeki
persoalan yang sering bermain difikiran sejak akhir2 ini ialah...............peranan kita sebagai seorang (melayu) muslim dalam bersama2 membangunkan sesebuah syarikat mahupun organisasi yang didalamnya terdapat pelbagai bangsa serta anutan agama
saya pernah menyaksikan upacara "sembahyang" oleh sekumpulan sami budha yang dijemput khas oleh seorang taikun terkenal tanah air bagi mendapatkan "rahmat, keselamatan, kesejahteraan serta ong" keatas perniagaan beliau
sami2 budha tersebut berjalan mengelilingi komplek membeli-belah yang paling gah di kuala lumpur yang juga menempatkan pejabat urusan taikun tersebut. sambil berjalan, mereka membaca mentera2 tertentu
selepas itu sami2 tersebut berjalan dari satu tingkat ke tingkat seterusnya hingga ke tingkat yang menempatkan pejabat utama syarikat konglomerat tersebut
ada sesuatu yang perlu dipelajari disini
mengapa saya sebagai seorang melayu islam berdoa meminta rezeki yang baik hanya untuk diri saya sendiri sahaja ...??
sebagai seorang yang bekerja bersama2 dengan para pengurus, pelanggan, pengedar mahupun para pekerja lain, adalah lebih baik bila kita juga berdoa dengan sesungguh hati semoga Allah membuka pintu rezeki yang melimpah-ruah kepada mereka semua
ia boleh menjadi satu bentuk motivasi yang tidak terkalahkan agar kita sendiri benar2 bekerja dengan lebih jujur & bersungguh2 untuk maju kehadapan hanya kerana Allah semata2 demi mengharapkan keampunan & keredhaanNya
dan yang lebih penting ialah ia sebagai satu usaha bagi menghindari suatu bentuk "syirik" yang sangat halus bilamana kita mengharapkan habuan (kenaikan pangkat, bonus, gaji dll) daripada manusia (pihak pengurusan) dan bukan meminta terus kepada Allah
syirik seperti ini menjadikan kita akan nampak bahawa apa2 imbuhan yang diperolehi adalah semata2 dari hasil usaha diri sendiri dan kita akan bekerja lebih keras hanya untuk mendapatkan perhatian pihak pengurusan sahaja @ bodek
sudah sampai masanya kita sedar serta insaf bahawa Allah memberi rezeki Iman & Islam itu adalah sebagai suatu rahmat bukan sahaja kepada diri sendiri malahan kita wajib mensyukurinya dengan memanjangkan rahmat itu kepada orang2 disekeliling termasuk semua orang yang terlibat dalam segala urusan pekerjaan seharian tanpa mengira bangsa mahupun anutan
bila berdoa..........jauh disudut hati kita juga amat mengharapkan semoga Allah mengurniakan rezeki yang terbaik kepada pihak pengurusan, para pelanggan, para pengedar, pegawai2 kerajaan yang berhubungan dengan kita serta pihak2 yang membantu dalam urusan jual-beli kita sama ada di dalam negeri atau diluar negara..............supaya semuanya juga mendapat limpah kurnia rezeki yang baik lagi berpanjangan dari Maha Pemberi rezeki
dan jangan lupa mendoakan semoga mereka juga diberi hidayah Iman & Islam oleh Allah SWT
layakkan diri serta gunakan peluang sebagai melayu muslim dengan sebaik2nya agar kitalah yang menjadi salah satu asbab yang menjadi magnet rezeki kepada diri serta orang2 disekeliling ...............dengan izin dari Allah SWT
Sunday, 5 October 2014
Malaysia perlukan Pemimpin yang tak putus solat malam
saya pernah "meninggalkan" Allah dalam kononnya mahu mengejar kerjaya demi kelangsungan keutuhan perniagaan syarikat
dalam keadaan pelbagai masalah yang datang menimpa2, saya berusaha bersungguh2 berpandukan logik aqal dengan datang awal serta pulang lewat dengan harapan akan mempunyai masa yang cukup untuk menyelesaikan semua masalah
tetapi tiada satu pun masalah yang nampak akan berakhir dengan kesudahan yang baik.....semuanya semakin tertangguh dan terus tertangguh
lalu pada suatu pagi saya tersedar bahawa ada satu cara yang sangat mudah serta murah untuk menghadapi semua permasalahan itu
lantas saya mengambil wuduk dan bersolat dhuha sebelum memulakan kerja
saya insaf dan sedar bahawa Allah telah menyediakan tata-cara yang tersusun cantik kepada umat Islam dalam menghadapi kehidupan seharian terutama sebelum kita memulakan tugas pada hari tersebut
saya berdoa dan mengharap agar Allah menunjukkan jalan penyelesaian yang mudah bukan saja kepada diri sendiri, juga kepada semua rakan sekerja, para pengurus serta pelanggan tanpa mengira anutan mahupun pegangan
maka direzekikan pada pagi itu juga pengurus besar berbangsa tionghua memanggil saya untuk membereskan kes seorang pelanggan yang sudah tertunggak sekian lama
saya sangat bersyukur kepada Allah dan juga rasa bersalah kerana cuai dalam melaksanakan rutin solat dhuha yang sering dilakukan sebelum ini
Allah melalui lidah kekasihNya telah menyampaikan mesej kepada umat Islam bahawa berpagi2 serta bersolat dhuha itu mengundang seribu satu barokah serta rahmat kepada seseorang manusia
malahan keberkatan rezeki itu akan juga melimpah kepada orang2 sekeliling tanpa mengira siapa mereka pun juga
Maka bagaimana pula tata-cara serta keperluan sekiranya seseorang itu "terpaksa" mentadbir tanah dihujung dunia ??
catatan diatas hanya melibatkan diri seorang individu yang tinggal di tanah hujung dunia
kehidupan seharian semua manusia secara fitrahnya adalah usaha untuk mencari rezeki yang diniatkan sebagai ibadah kepada Allah
ia juga melibatkan urusan kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan diri tersebut
begitu juga bagi sesiapa yang diamanahkan untuk mentadbir negara yang sangat kaya-raya serta terlalu diversiti ini
batang tubuh diri pemimpin tersebut, jiwa-raganya, fikiran serta mindanya sudah sewajarnya mempunyai hubungan yang sangat kuat kepada Allah serta RasulNya
siapa kata mentadbir negara itu mudah?
seseorang yang menjadi pemimpin negara Malaysia sangat memerlukan ilmu yang luas, kredibiliti diri yang teguh lagi utuh, terbuka fikirannya, boleh berhadapan dengan sesiapa sahaja dengan penuh diplomasi dan faktor penting yang lain ialah disegani oleh kawan dan lawan
dari mana datangnya "rasa" segan tersebut ?
tidak lain dan tidak bukan ianya adalah anugerah Allah yang diberikan kepada pemimpin berkenaan diasbabkan oleh rasa hamba serta kebergantungan yang sangat kuat mengharap kepada pertolongan dari Yang Maha Esa
dan semua itu pula adalah hasil daripada amalan2 yang dilakukan secara berterusan demi memperkuat keimanan, semangat serta keyakinan diri dalam mentadbir negara yang sangat pelbagai rencam dan sifatnya
negara malaysia sesungguhnya sangat kaya-raya dengan anugerah hasil dari bumi-laut-daratan-langit yang sangat melimpah-ruah
dan pada masa yang sama, negara ini terlalu istimewa kerana ia merupakan tumpuan segala macam orang yang datang dari segenap penjuru dunia dengan niat dan maksud masing2 sama-ada yang baik, begitu juga yang tidak baik
maka dengan itu, malaysia sangat memerlukan seorang pemimpin yang sangat prihatin akan kemantapan iman umat Islamnya agar selamat dan sejahtera dalam menghadapi fitnah, cobaan serta cabaran akhir zaman yang sudah tidak dapat dibendung lagi
malaysia juga terlalu mendambakan seorang pemimpin yang dapat memberi contoh tauladan yang baik agar warga yang belum Islam akan jatuh hati serta menghormati agama kebenaran ini, serta berniat supaya mereka juga dapat sama2 selamat serta sejahtera dalam menganuti agama Islam yang diredhai Allah SWT
semoga Allah memperteguhkan aqidah, iman, pegangan, amalan, akhlak serta ilmu kepada para pemimpin negara malaysia
semoga mereka benar2 menjadi pemimpin yang berwibawa serta berkarisma dalam memacu hala-tuju negara serta rakyatnya, namun jauh disudut hati yang paling dalam, mereka adalah hamba2 Allah yang terlalu takut akan kemurkaanNya serta amat mengharapkan keredhaan serta keampunanNya didunia dan diakhirat
biarkan wajah mereka tersenyum-simpul berhadapan dengan segala macam kerenah dalam memenuhi keperluan rakyat dan negara, tetapi jiwa mereka terbang nun-jauh kelangit ketujuh mengadap Allah Yang Maha Esa serta hati mereka juga sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW memohon syafaat agar keberkatan dari Nur Muhammad itu mengalir kesegenap pelusuk negara Malaysia yang tercinta
Tuesday, 15 July 2014
Soul Duplicate
Seorang ibu di palestine bersama anaknya
aku terkenangkan ibu yang tinggal di kampung
baru sebulan lepas aku pulang menziarahi beliau
ibu nampak sihat2 sahaja tetapi nampak jelas dan nyata wajahnya yang sudah semakin dimamah usia
ibu tetap meladeni anaknya yang seorang ini seperti selalu
melayan setiap pertanyaan ku, bercerita aktiviti sehariannya serta berkongsi perkembangan adik-beradikku yang lainnya
diketika ini .........aku rindukan ibu
lantas...........
aku pulang kekampung
aku sedang menapak berjalan ke halaman rumah yang dipenuhi dengan bunga-bungaan tanaman ibu
aku melihat pokok mempelam yang sangat lebat daunnya di tepi rumah
aku buka kasutku lantas memanjat tangga naik ke atas rumah
aku mengetuk pintu rumah ....tok...tok....tok dan memanggil "ibu..."......"ohh....ibu"
aku terdengar derapan kaki berjalan menuju pintu
lantas ibu membuka pintu dan aku pandang mata ibu yang bersinar
aku cium tangan ibu dan memeluknya "apa khabar ibu...."
ibu tersenyum kegembiraan dan kami beriringan masuh ke dalam rumah.......
ahh....rupa2nya itu hanya sekadar imaginasiku......
aku masih disini, dikota-raya berjauhan dari ibu
aku 'balik' kerumah sebentar tadi
itulah cara yang aku lakukan bila aku rindukan ibu
sekali-sekala aku akan 'balik' ke rumah dan 'melawat' ibu
dengan cara itu, ibu akan sentiasa terasa dekat dihati nurani ku
walaupun hakikatnya ibu sedang berada nun jauh di kampung halaman
adakah ini yang dinamakan sebagai "soul duplicate" ??
"menghadirkan" jiwa dan fokus fikiran kita kesuatu tempat serta ruang masa yang fizikalnya berjarak jauh dari diri kita ??
lantas kita "bertemu" serta "berkomunikasi" secara "nyata" dengan orang2 yang ingin kita temui ??
"soul duplicate" adalah kerja roh
jiwa yang mempunyai rasa hati yang sangat kuat terhadap sesuatu perkara/tempat/tujuan/orang
"soul duplicate" menjadikan perkara/tempat/tujuan/orang tersebut terasa sangat dekat dihati walaupun hakikatnya ia terletak jauh beribu2 batu
maka pepatah melayu ada berkata "walau jauh dimata, namun sangat dekat dihati...."
"soul duplicate" adalah jalinan ukhuwah serta kekuatan yang tak terkalahkan
ia adalah anugerah Tuhan
gunakanlah ia untuk memperkuat kesatuan agama dan bangsa yang sedang berhadapan dengan dugaan serta cubaan hebat lagi dasyat dari luar dan dalam
semoga ia terus kukuh dan kuat hingga keakhirnya
Saturday, 17 May 2014
Roh dan Tenaga
ayah selalu berpesan agar aku jangan terlalu sangat bergantung kepada aqal semata2 sama ada untuk menyelesaikan masalah mahupun dalam mengendalikan sebarang urusan kehidupan
sebagai orang muda yang menghormati ayah, aku hanya mengangguk2kan kepala sahaja bila ayah berkata begitu kepadaku
dan sebagai orang muda yang kononnya berpelajaran tetapi dari aliran sekular, aku sebenarnya tidak dapat menerima nasihat ayah diwaktu itu dek kerana kecetekan ilmu serta kekurangan pengalaman
ayah sememangnya memberi kebebasan kepada aku untuk meneroka apa saja ilmu namun beliau tetap memantau aku dari jauh agar aku tidak terlalu asyik-masyuk dengan ilmu2 terutama dari barat
aku suka membaca buku2 oleh penulis terkenal seperti Anthony Robin, Zig Ziglar, Napoleon Hill, Mark Victor Hansen, Jack Canfield....hanya menyebut beberapa nama
aku juga suka membaca topik2 psikologi yang ditulis oleh penulis2 maya dari barat
namun semakin banyak aku membaca idea2 mereka, aku rasa otak aku semakin tepu....huhu
aku sedaya upaya mahu mencedok ilmu2 dari mereka dan cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian......tapi ia berakhir dengan jiwa yang semakin lesu dan fikiran yang semakin berserabut
ayah sesungguhnya selalu sangat berpesan agar aku memanfaatkan jiwa/hati/qalbu dalam menjalani kehidupan seharian......dan bukan bergantung 100% kepada kekuatan aqal sahaja, "nanti kau akan kepenatan dan kelesuan kalau guna aqal fikiran semata2..........." itulah kata2 ayah yang saya ingat sampai bila2
ayah bukan bemaksud jangan menggunakan aqal langsung dalam apa juga tindakan kita dan pada masa yang sama ayah galakkan aku membaca buku2 tersebut, cumanya ayah tidak mahu aku melupakan faktor qalbu ataupun roh dalam setiap tindakan kita
kita boleh membaca apa saja buku2 yang ditulis oleh sesiapa sahaja.....dan satu persoalan penting ialah adakah faktor roh wujud dalam setiap bacaan kita itu??
aqal adalah sumber ilmu dan maklumat, namun yang memberi nyawa ataupun erti kepada kehidupan serta tindakan kita ialah roh atau jiwa atau qalbu
ayah juga tidak bermaksud mahu menyekat perkembangan intelektual anaknya, cuma ayah tidak mahu anaknya kehilangan banyak tenaga akibat dari bebanan berfikir yang terlalu banyak yang tidak disertai dengan roh
tenaga roh adalah tidak terhingga kerana roh yang berhubung dengan Penciptanya
pada perkara2 yang kadangkala aqal tidak dapat mencari logik mahupun rasionalnya kenapa & mengapa ia terjadi, maka roh berperanan untuk redha serta mengembalikannya kepada yang Maha Mengetahui kerana roh yakin bahawa pasti ada sebab yang tertentu bila Allah mentaqdirkannya untuk berlaku sedemikian rupa
pada masalah2 atau pun isu2 yang aqal masih belum menemui jawapannya kerana ketiadaan ilmu/maklumat/pengalaman, maka roh berperanan untuk kembali kepada Allah lalu berdoa serta memohon belas kasihanNya agar diberi petunjuk jalan penyelesaian dari sumber2 yang tidak diduga
bila roh Allah izinkan untuk berperanan, maka aqal dapat dijimatkan tenaga dari memikirkan perkara diluar batasan ilmu mahupun pengalaman ataupun maklumat yang dimilikinya, jadi kita boleh mengelakkan aqal kehilangan tenaga akibat daripada kebuntuan
maka bila roh pula memainkan peranan untuk "surrender" kepada Allah pada apa2 sahaja perkara dalam kehidupan seharian, itu bermakna roh telah mendapat satu jumlah tenaga yang tidak terbatas kerana sebagai balasan kepada hamba Allah yang mengingatiNya ialah ketenangan atau dengan kata2 lain ialah tindakan roh tadi dapat mengelakkan diri dari berputus-asa, kecewa, marah, dendam......yang mana semua itu hanyalah menjadi sumber kepada tenaga negatif dalam diri seseorang
bila hanya aqal yang mengingati Allah....ia tiada apa2 kesan kepada diri kita
namun bila roh yang mengingati Allah...maka jiwa akan "merasa" bahawa Allah itulah Yang Maha Berkuasa, jiwa akan "merasa" bahawa setiap kejadian itu pasti ada hikmah tertentu dan jiwa akan "merasa" satu keperluan untuk terus berusaha bagi memperbaiki kehidupan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah
aqal "tahu" bahawa berlaku rajin, ikhlas, jujur serta sifat2 yang baik itu adalah kunci kejayaan
aqal juga "tahu" bahawa solat dhuha, solat di 1/3 malam, membaca surah Al Waqiah dan bersedeqah itu adalah amalan2 yang Tuhan izinkan untuk menarik serta mendapatkan rezeki
namun roh jugalah yang Allah izinkan untuk "menghidupkan" atau merealisasikan perkara2 tersebut
atau dengan kata lain roh ialah "is the doer"
bila roh berperanan untuk menggerakkan jiwa agar bersifat ikhlas, jujur amanah, maka disaat itu aura tenaga yang baik Allah izinkan untuk wujud dalam diri manusia
begitu juga bila roh berperanan menggerakkan kita untuk solat, membaca Al Quran serta bersedeqah, maka Allah izinkan suatu tenaga yang tidak terkalahkan hadir bukan sahaja kepada diri seseorang manusia, malahan seluruh pelusuk alam serta isinya juga akan mendapat manfaat yang baik darinya
Ya Allah......hidupkanlah jiwa kami..........
Subscribe to:
Posts (Atom)






















