Tuesday, 31 December 2013

Siapa Yang Dicari.....??




siapa yang saya cari?
siapa yang kita cari?


pertama kali saya mendengar ceramah beliau di tv sewaktu pulang bercuti di rumah bonda yang dikasihi, cuping  telinga saya terasa bagai disapa oleh satu suara yang sungguh lembut mendayu-dayu, penuh dengan kasih-sayang serta belas kasihan - menyeru pendengar untuk mengesakan Tuhan serta mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW yang mulia

hati menjadi cair dan terpaku untuk terus mendengar bait2 tutur-kata nasihat, ajakan serta saranan yang sangat menyentuh hati, mendamaikan jiwa lagi menenangkan fikiran

maka siapakah beliau itu.....??

beliau tidak lain dan tidak bukan ialah yang berbahagia Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

luangkan masa mendengar siri ceramah beliau di youtube serta media2 yang lain






Monday, 30 December 2013

Perseverance




saya suka perkataan bahasa inggeris "perseverance"

ia bermaksud :
steadfastness in doing something despite difficulty or delay in achieving success.
synonyms: persistence, tenacity, determination, staying power, indefatigability, steadfastness, purposefulness;

"perseverance" boleh diterjemahkan juga sebagai "ketabahan"

petang tadi pada tarikh 30/12/13, saya menerima satu sms dari nombor yang saya tidak kenali. ia berbunyi begini :

" 4 our right as free men n women, 2 love as gay ppl - show our support to AI & PR by attending #RPDM31D @Dataran Merdeka - Sexuality Merdeka" sms ini bertarikh 31/12/13

negara gajah putih di utara semenanjung sedang panas bergolak, sudah ada korban nyawa di kedua2 belah pihak iaitu rakyat dan polis
baru2 ini kita digegarkan dengan peristiwa pengeboman yang berlaku terlalu dekat dengan tanah tumpah darah kita iaitu di padang besar & danok- sikit lagi nak masuk ke negara kita......dan kalau boleh mereka tu  nak pasang bom dan letupkan je kat kawasan malaysia

maka begitu persistence dan sangat perseverance mereka2 yang mahu sangat melihat rakyat negara ini mengalami nasib yang sama seperti negara jiran yang sedang bergolak itu

sebagaimana bukan senang bagi musuh nak menghuru-harakan malaysia....begitu juga bukan mudah bagi pihak keselamatan serta pihak2 yg bertanggungjawab mahu mengekalkan keamanan negara tercinta dengan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai jenis orang serta perangai

begitu perseverance pihak musuh berjaya mencipta & memainkan isu "NAIK", lalu kemudiannya mereka memerangkap rakyat jelata dengan slogan "TURUN"

dan dicelah2 isu "NAIK" dan slogan "TURUN", maka begitulah perseverance pihak ketiga yang telah/akan mencuri/steal the crowd dengan agenda kristianisasi avengelista serta LGBT yang tujuannya hanya untuk membawa manusia ke lembah  kesesatan serta kerosakan akhlak & aqidah

maka mari kita sama2 untuk lebih perseverance dalam mempertahankan kebenaran aqidah serta keharmonian negara tercinta

dan semoga kita tetap memilih jalan perseverance dengan berlaku taat kepada Tuhan dan RasulNya dengan menjadi persistence untuk terus tabah & sabar dalam mengekalkan ukhuwah serta keharmonian sesama manusia

kerana alam yang bertindak sebagai tentera Tuhan itu juga sedang persistence memberi peringatan kepada manusia di bumi bertuah ini - peringatan bahawa Tuhan boleh saja mendatangkan bala-bencana yang dasyat - banjir besar gelombang kedua, angin kencang yang sedang bertiup di perairan negara, tanda2 tsunami yang boleh saja datang tanpa amaran, hujan lebat berterusan yang boleh menjejaskan aktiviti seharian serta sejuta kerosakan & kemusnahan yang akan menjadikan dunia dan harta kemewahan itu nampak seperti bangkai sahaja apabila sudah rosak & tidak boleh dipakai lagi - bila kita memilih untuk tidak mahu mengambil pengajaran drpd peristiwa2 bencana besar yang lalu - tsunami acheh Tuhan taqdirkan bila pihak2 yg bertelagah di indonesia diwaktu itu memilih untuk terus bersengketa tanpa mahu berusaha kembali kepada seruan Tuhan agar saling berbaik & bekerjasama

kita masih boleh menarik selimut dan tidur dengan lena pada malam ini (malam 31/12/13) kerana masih ada insan2 yang perseverance menjaga keselamatan negara

tetapi adakah kita masih boleh tidur lena pada malam2 akan datang??

siapakah agaknya yang akan lebih persistence dan perseverance dalam perjuangan mereka.......??

pihak yang mahu membawa isu "NAIK", slogan "TURUN" berserta dengan agenda KRISTIANISASI AVENGELISTA & LGBT ??

atau pihak2 yang mahu keamanan negara ini kekal berterusan......???



dan jangan lupa bahawa banjir, air, ombak, angin, hujan, ribut.......hatta komet ......itu semua adalah tentera2 Tuhan....
Tuhan sedang memerhatikan tindak-tanduk kita semua.....kearah manakah perseverance kita - kepada arah kebaikan atau sebaliknya....















Saturday, 28 December 2013

Mencari Nabi (dizaman iphone 5)


Bersama seorang sahabat, adakalanya kami sering berangan-angan atau berimaginasi mengembara 'backward' kezaman2 sebelum kedatangan/kelahiran/kezahiran Baginda Rasulullah SAW.

Nota: saya tidak berniat untuk membawa ajaran baru / fikiran pelik / sesuatu yang tidak betul dalam tulisan ini. ia hanyalah sebuah nukilan dari seorang insan yang hidup diakhir zaman dan sering merindui serta terkenang2kan akan kebaikan budi/akhlak/pekerti Nabi yang telah wafat sejak dari 1400 tahun yang lalu

sahabat saya ini adakala merasa jiwanya itu terasa sangat pedih dan perit dalam menghadapi 1001 cabaran hidup di akhir zaman

"jika Nabi hidup dizaman ini, sudah pasti Baginda akan bersimpati dengan nasib ummatnya, baginda pasti akan berdoa bersungguh2 agar Tuhan memudahkan segala urusan hidup hamba2Nya...."


"sebab itulah Nabi memohon kepada Tuhan agar Dia tidak membalas perbuatan jahat umat Muhammad secara tunai/cash/segera didunia, tidak seperti umat2 Nabi yang terdahulu yang telah musnah akibat perbuatan buruk mereka. Nabi adalah seorang insan yang paling faham akan susah-senang, cabaran, dugaan, ujian ummatnya di akhir zaman......sebab itulah Nabi menangis serta menyebut2 ummatku...ummatku...ummatku....sebelum Baginda wafat......"


"zaman sekarang ini agaknya sama je seperti zaman dahulu sebelum kedatangan Nabi.....manusia hidup tanpa sebarang pedoman tertentu, nafsi2, banyak masalah, tiada kasih-sayang, materealistik.......mereka ada mendengar akan kedatangan seorang manusia yang mulia, yang akan membawa keharmonian tapi tak tahu bila.......tapi sekurang2nya ada suatu harapan yang boleh disandarkan untuk mengubati hati yang gundah-gulana......macam zaman sekarang....kita diberitahu tentang kedatangan Imam Mahdi......tapi kita tak pasti siapa susuk tubuhnya, tak tahu bila kezahirannya....tapi hati kuat mengatakan Imam Mahdi itu adalah seseorang yang boleh diharapkan,  ada wibawa dan boleh dipercayai.......kita dah mual dan nak muntah dengan orang2 hipokrit yang claim itu-ini bagai....tak kira mereka itu siapa....nampak macam okay je.....tapi ....entahlah.....ada ke manusia yang boleh pimpin kita macam Nabi...??"

"kamu ni sebenarnya hanya Imam Mahdi je yang boleh tarbiah sebab hanya baginda yang tidak akan hipokrit, baginda bersifat jujur, ikhlas dalam memberi nasihat dan tunjuk-ajar, tidak mengharapkan sebarang habuan diatas semua yang dilakukan...malahan baginda itu kaya-raya-hartawan-ternama.....aku tahu engkau dah jemu dengan orang2 poyo disekeliling ....dan engkau sendiri pun bersifat poyo......hahahaha......"



"sabarlah......kalau pun semua orang tak faham masalah engkau.....dan dah tak boleh diharapkan untuk tolong engkau....ingat satu perkara je.....................sudah tentu Nabi itu terlalu amat prihatin dengan nasib dirimu, sentiasa mendoakanmu dan mahu engkau selamat di dunia dan diakhirat.............."

akhirnya sahabat saya itu bersuara......"aku nak pergi mekah, madinah dan masjidil aqsa......." nadanya kedengaran terlalu amat dalam, ada suatu rasa yang sangat sebak dan hiba di dalam jiwanya

"kenapa nak pergi sana....??" saya bertanya

"yang aku tahu.....aku kena pergi sana......"

"betul awak nak pergi sana.....??"  saya bertanya lagi


"ya...aku betul2 nak ziarah mekah, madinah dan masjidil aqsa....aku nak ziarah maqam Nabi...."



...............sesungguhnya jiwa2 insan disaat ini terlalu amat merindukan para pemimpin yang berjiwa Nabi, berwatak seperti Nabi,  penuh dengan kasih-sayang yang sangat tulus-mulus lagi harmoni auranya.............




Friday, 20 December 2013

Half The Sky




saya baru saja menonton Half The Sky, sebuah program dokumentari berinspirasikan catatan pengalaman sepasang wartawan suami-isteri Nicholas D. Kristo dan Sheryl WuDunn yang telah mendapat anugerah hadiah Pulitzer diatas kejayaan mereka menengahkan isu2 keganasan terhadap wanita serta kanak2 perempuan kepada khalayak ramai. isu2 penjagaan kehormatan serta hak2 fitrah asasi wanita/kanak2 perempuan yang mungkin selama ini tidak pernah diketahui mahupun disedari oleh kebanyakan orang. mereka menjelajah ke cina, kemboja, vietnam, india & negeri2 di afrika serta berkongsi cerita pahit-getir mangsa2 pemerdagangan seks, penderaan domestik malahan pembunuhan secara 'senyap' terhadap golongan ini.

selain daripada melihat pendedahan mereka sebagai suatu perkara yang wajib diambil pengajaran agar kita semua lebih mahu menyayangi, menghargai serta menjaga keselamatan serta hak2 fitrah wanita2 serta anak2 perempuan disekeliling kita, ada perkara yang lebih penting, yang wajib kita pertahankan dan perjuangkan terutamanya di negara ini iaitu KEAMANAN, KESEJAHTERAAN & KUASA MEMERINTAH keatas tanah-air dimana kita dilahirkan.


Front Cover


kemboja -  kita sedia maklum bahawa mereka baru saja terlepas dari cengkaman rejim komunis dan sedang berusaha dengan susah-payah untuk bangun semula dari mimpi ngeri peperangan hitam-gelap-gelita dinegara mereka. kesan akibat perang yang sangat panjang itu adalah sesuatu yang sangat memeritkan, menusuk hingga ke qalbu yang paling dalam keatas warganya terutama wanita dan kanak2 perempuan. umum mengetahui bahawa peperangan itu memusnahkan SEGALA2 & SEMUANYA termasuk undang2 keselamatan, kebajikan keatas masyarakat serta kemusnahan ekonomi & pendidikan. yang ditinggalkan dari serpihan perang hanyalah kemiskinan, kemunduran & kejahilan hampir dari semua aspek kehidupan - rohani, jasmani serta spiritual apatah lagi hal2 mengenai ketuhanan, akhlak baik serta kesopanan. boleh dikatakan manusia hidup begitu sengsara semasa perang apatah lagi selepas perang dan terdesak untuk tidak berkelakuan sebagaimana insan normal demi memenuhi tuntutan kehidupan. maka terjadilah apa yang telah dan sedang terjadi iaitu pihak yang lemah itu sentiasa akan ditindas serta dipergunakan malahan akan diekploitasi demi kerakusan nafsu pihak yang lebih kuat.




begitu juga dengan negara2 afrika yang juga digelar benua gelap,  ada yang masih berperang sesama sendiri, ada yang baru saja terlepas dari bahana perang saudara......dan mereka menanggung implikasi yang sama seperti nasib rakyat kemboja.

biar saya berkongsi serba sedikit walaupun ia kedengaran agak taboo dan lucah mengenai apa yang telah dilakukan keatas wanita serta kanak2 perempuan sebagaimana yang diceritakan dalam dokumentari tersebut - mereka diperkosa sesuka hati seawal umur beberapa bulan (cth: 2/12bulan) / (beberapa tahun (cth: 2 thn, 3thn), dijual kerumah2 pelacuran dan dipaksa menjadi pelacur seawal umur beberapa tahun, cth: 10thn, disunatkan (disempitkan alat kelamin dengan melakukan pembedahan yang menyakitkan secara tradisional dengan alasan budaya supaya boleh berkahwin tetapi mengancam kesihatan dan keselamatan wanita/kanak2), diskriminasi dari mendapat peluang pendidikan dan bersekolah, terpaksa bekerja sejak dari kecil untuk membantu keluarga, penderaan mental/fizikal sehingga membawa kepada ancaman bunuh oleh pasangan, dipulaukan keluarga setelah menjadi mangsa pelacuran/perkosa tetapi pesalah sebenar terlepas begitu sahaja akibat dari undang2 yang lemah, diskriminasi keatas bayi2 perempuan dimana mereka akan 'dilupuskan' sebelum/selepas lahir berbanding bayi lelaki (ia berlaku di negara cina)  serta 1001 cerita yang tidak pernah terjangkau oleh aqal fikiran kita yang sudah agak lama tinggal di zon selesa di  negara bertuah ini.



orang2 tua ada berpesan - mahu berjaya, ambil pengaran dari mereka2 yang berjaya, dan mahu bersyukur, ambil pengajaran dari mereka2 yang lebih susah supaya kita pandai menghargai peluang-ruang yang kita sedang nikmati kini

mari kita kembali menyelami diri sendiri....

agama Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar Muhammad SAW itu terlalu amat memuliakan wanita/kanak2. Baginda adalah pejuang hak2 asasi wanita yang sebenar dengan membawakan syarikat Islam yang dapat memenuhi segala tuntutan fitrah dan keselamatan wanita/kanak2. disaat para wanita dinegara2 tersebut bersusah-payah menuntut hak2 sama-rata dengan kaum lelaki, para wanita yang sangat kita kasihi dinegara ini mempunyai ruang-peluang yang terbuka luas bekerja-bersaing menyumbang tenaga/fikiran membangunkan negara. 

percubaan demi percubaan telah, sedang dan akan dilakukan untuk memporak-perandakan keamanan serta keharmonian negara ini dengan siri perhimpunan jalanan, demonstrasi jalanan, mogok, pencerobohan, gangsterism serta rusuhan yang melibatkan rakyat jelata dengan permainan isu2 panas yang boleh membuatkan orang-ramai tidak akan berpuas-hati dengan mana2 pihak yang diperlihatkan sebagai zalim lagi bersalah.

ya.....harga minyak naik....
ya.....harga gula naik....
ya....harga tol naik...
ya....semua harga barangan naik...
ya....kos sara hidup naik....
ya...ada pihak dizalimi dan ada pihak yang menzalimi...

dan ingat bahawa.....ada pula pihak yang sengaja mewujudkan kedua2 pihak diatas tadi agar mereka saling bertelagah serta sentiasa bermusuhan (ini bukan teori konspirasi...tetapi adalah realiti kehidupan dizaman ini...)
mereka ini sudah lama menunggu dan tidak sabar2 lagi mahu mencetuskan huru-hara yang diharapkan akan membawa kepada peperangan sama ada perang saudara, perang antara kaum atau pun perang diantara agama dikalangan rakyat jelata


Somali Mam - wanita kemboja berhati waja
Tidakkah wajahnya itu mirip wajah wanita melayu (orang cham)...??
ohhh no...semua pun mahu dimelayukan ke??

mari kita bangun dari tidur......negara gajah putih sedang "perperang" disaat ini apabila pihak merah sedang bertembung dengan pihak kuning, negara seberang itu akan sentiasa teruja untuk melakukan demo jalanan apabila dijentik dengan sebarang itu sensitif seperti kes pengintipan maklumat indonesia oleh australia dan baru2 ini pulau kecil diselatan itu telah tercalar keselamatan mereka akibat rusuhan teruk yang berlaku di little india diantara pekerja warga asing dengan pihak polis singapura

maka adakah kita juga mahu mengikuti jejak-langkah orang2 dinegara sekeliling kita?
akan selesaikah masalah bila berlakunya demo jalanan, rusuhan mahupun peperangan?
apakah yang tinggal jika huru-hara berlaku?
siapakah yang akan mendapat faedah besar bila negara tidak aman nanti?



Jane Ngori - pejuang dari kenya
tidak mustahil kita juga akan tinggal dirumah2 seperti diatas jika kita suka sangat mahu mencetuskan huru-hara di negara ini. tiada siapa yang akan untung bila perang tercetus, hanya pihak2 yang kepentingan saja yang akan mengaut hasil dari kemusnahan yang berlaku.
yup....kita dan 50 tahun merdeka...dan boleh saja kemerdekaan itu direnggut dalam beberapa saat jika kita lalai-leka dari menjaga kedaulatan serta keharmonian negara ini



dan soalan yang paling penting ialah - apakah nasib yang akan berlaku keatas wanita2 kesayangan kita serta anak2 kecil perempuan yang kita kasihi akibat dari huru-hara/peperangan yang melanda itu?

adakah kita mahu melihat mereka menderita menjadi pelacur kepada askar2 pengaman warga asing, diperkosa dan ditidakkan hak pendidikan yang sewajarnya mereka perolehi?

adakah kita mahu Nicholas D. Kristo dan Sheryl WuDunn kemudiannya datang ke malaysia pula untuk membuat dokumentari tentang nasib wanita/ kanak2 perempuan akibat perang dan nama negara ini tercatat di dalam buku Half The Sky?

adakah kita ini sudah terlalu mementingkan diri mengejar populariti demokrasi (demo-crazy) demi keuntungan jangka pendek tetapi menggadai maruah wanita/ kanak2 perempuan??

betul .....harga gula naik
betul.....harga petrol naik
betul......harga tol naik
betul......kos sara hidup naik


maka saya menasihati diri saya sendiri....
maka 'naik'kanlah tahap kesabaran, kecekalan serta ketabahan jiwamu dalam menempuh zaman yang bakal menggigit ini
maka 'naik'kanlah semangatmu untuk lebih mahu mendekatkan dirimu kepada Tuhan Yang Esa - memohon ampun diatas dosa2 dan memohon rahmat serta keredhaan dan keberkatan rezeki walaupun ia nampak semakin mengurang jumlahnya
maka 'naik'kanlah jalinan ukhuwah dan kasih-sayang sesama keluarga, jiran, rakan2 serta kenalan agar kesusahan itu dapat ditanggung bersama dan saling bertolong bantu mengurangan beban yang ditanggung

maka kurniakanlah keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian yang berpanjangan kepada negara ini serta rakyat jelata...wahai Tuhan Yang Maha Esa dengan kemuliaan Baginda Rasulullah SAW.......


nota: apakah maksud Half The Sky  ?
Ia diambil daripada peribahasa Cina "Women hold up half of the sky"
seperti perbahasa melayu - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara"

kedua2 peribahasa itu seakan2 sama bukan..??
bila nasib para wanita/kanak2 perempuan itu dibela, maka pembangunan sesebuah negara itu akan menjadi lebih mantap dan terjamin

tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia.....


Monday, 7 October 2013

Aura Harmoni Imam Mahdi di Malaysia




Seseorang telah memberi komen dalam Mistisfile beberapa tahun yang lalu bahawa perjalanan untuk mengenali dan menemui susuk tubuh  Imam Mahdi  itu adalah seumpama mencari sehelai daun emas didalam hutan hujan khatulistiwa yang maha tebal sifatnya dengan jutaan flora serta fauna

Saya membaca tulisan saudara BradoKapak mengenai  pencariannya tentang rahsia akhir zaman. Ia disokong pula oleh saudari Mayang Sari yang pernah terambil jalan sendiri dalam perjuangannya demi menegakkan keadilan dibumi Malaysia. Mereka pernah mengalami saat2 genting semasa pencarian akan sesusuk tubuh bernama Imam Mahdi.  Dalam kekecewaan kerana masih belum bertemu dengan idola yang disanjungi , mereka mengambil  keputusan untuk kembali semula ke alam kehidupan nyata – meneruskan aktiviti seharian dengan lebih tekun serta menjalinkan hubungan sesama insan dengan penuh semangat kasih-sayang lagi harmoni.

Seseorang juga telah memberikan  pendapat bahawa persoalan Imam Mahdi itu adalah rahsia Tuhan dan mungkin ada hikmah disebalik rasa kecewa itu agar kita kembali semula berpijak dibumi nyata meneruskan perjuangan membela keluarga serta masyarakat. Imam Mahdi sudah pasti tidak pernah mengajar untuk kita terus melupakan dunia dan taasub lagi asyik-masyuk di alam pencarian kebenaran. Sedangkan kita juga amat perlu untuk menguasai ekonomi termasuk  bidang2 yang lain dan bersaing secara sihat dengan pelbagai kaum di negara ini.

Saya mula ‘mengenali’ Imam Mahdi dizaman persekolahan apabila terpandang tajuk buku yang membincangkan persoalan Imam Mahdi disebuah kedai buku. Pada pandang pertama tersebut saya telah ‘jatuh cinta’ dengan watak Imam Mahdi kerana seolah2 beliau adalah seseorang yang boleh diharapkan untuk menyelamatkan dunia dari  kemusnahan seperti yang sering digambarkan dalam siri2 kartun animasi ultraman, superman, naruto, transformer, dragon ballz, power ranger, cicakman, badman, incredible hulk, american super hero, charles angles  dll. Sekurang2nya saya tidak akan terpengaruh dengan cerita2 kartun itu kerana saya sudah ada hero Imam Mahdi – yang kebenarannya ada disebut oleh Baginda Nabi SAW. Ia bukan sekadar watak animasi, tetapi beliau adalah ‘real’ dan sudah tentu akan zahir suatu waktu nanti untuk mengembalikan dunia kepada keamanan dan kemakmuran

Keinginan untuk mempunyai seorang idola yang kuat-perkasa, magis-mistik, kaya-berada-berpengaruh seantero dunia, handsome-macho, baik-berhati-mulia merupakan fitrah seorang manusia sejak dari kecil lagi seawal seseorang itu mula mengenal apa itu peti televisyen (tv). Semua cerita animasi kartun bertemakan kepada watak hero-penyelamat berlawan dengan musuh-jahat.  Jalan cerita digarap hingga sebegitu rupa bagi menonjolkan kepentingan watak yang akan muncul disaat2 genting berhadapan dengan musuh –durjana yang ingin memusnahkan dunia serta isinya. Sedangkan watak kartun shin chan pun mempunyai hero kesayangannya bernama action kame. Shin chan diwaktu lapang suka menonton kartun kegemarannya iatu action kame (watak kartun di dalam kartun …hahaha…), maka apatah lagi kita manusia biasa yang fitrahnya mahukan kepada kewujudan seorang pemimpin yang boleh diharapkan lagi dipercayai untuk memacu pemerintahan negara ke tahap yang lebih tinggi

Sebagaimana hebatnya musuh yang sentiasa menggunakan pelbagai taktik & teknik termasuk art-of-con untuk mengaburi mata khalayak ramai agar kehadiran mereka ditengah2 masyarakat tidak dapat dikesan walaupun sebenarnya musuh itu melakukan kejahatan terhadap kita siang dan malam.




Begitu juga dengan Imam Mahdi, saya yakin dan percaya bahawa beliau pastinya menggunakan strategi yang lebih tersusun, lebih ‘licik’, lebih mampan serta lebih terkehadapan ‘tipu-daya’nya untuk mencapai dua objektif utama:

-     1) Menggembalikan manusia kepada Tuhan & RasulNya, memurnikan semula jiwa2 insan kepada  semangat kasih-sayang, menyuburkan iman2 akhir zaman yang senipis kulit  bawang ini agar dapat disemai semula jiwa2 bersifat sufi lagi wali yang penuh dengan tekad perjuangan untuk mengembalikan kemakmuran Islam buat kali kedua

-     2) Mengelabui mata musuh yang sentiasa cuba untuk menggagalkan misi penyuburan iman & islam. Membiarkan musuh penat meneka & menelah  ‘helah’ Imam Mahdi seterusnya setelah usaha2 untuk menghancurkan perjuangan beliau sebelum ini hanya menemui jalan buntu. Diatas setiap ‘keruntuhan & kemusnahan’ perjuangan Imam Mahdi yang diusahakan oleh musuh maka terhasil  baja kompos organik  mesra alam yang dapat menyubur-makmurkan lagi perjuangan Imam Mahdi ke fasa seterusnya.

Sejak dari dahulu lagi musuh tidak pernah berputus asa untuk menjadikan bumi tercinta ini seumpama tanah seberang yang sudah caca-marba aqidah serta pegangan mereka, ataupun mahu mewujudkan sebuah negara republik seumpama pulau kecil di selatan, ataupun melenyapkan identiti bangsa majoriti negara ini seumpana negara gajah putih diutara, ataupun mahu melenyapkan terus warga asal tanah ini seumpama nasib orang melayu cham/kemboja dibawah pemerintahan rejim komunis pol pot – namun SEMUA itu gagal

Saya dapat rasakan bahawa Imam Mahdi menggunakan teknik diplomasi tahap tertinggi dalam menyelami & memahami kehendak masyarakat, meredakan keresahan & kegusaran khalayak akan isu2 keselamatan sosial, kestabilan ekonomi, keharmonian hubungan sesama kaum serta kelangsungan  kedaulatan negara untuk hari2 yang mendatang

Dalam kegairahan kita mengikuti apakah filem terkini yang ditayangkan di pawagam, apakah projek terkini yang sudah berada digenggaman tangan, apakah keuntungan terkini dalam pelaburan saham, apakah status terkini sokongan keatas calon kegemaran, apakah fesyen  terkini yang ada dipasaran………………..mari kita sama2 telusuri perkara2 ‘kecil’ yang sedang berlaku disekeliling, nampak  seperti tidak signifikan tetapi apabila ditoleh semula akan kehadirannya, diharap kita akan dapat ‘merasa’kan suatu aura harmoni yang sedang melanda kita seumpama tiupan bayu laut cina selatan – sepoi2 bahasa lembut menyapa namun cukup bertenaga untuk menggerakkan kain layar membawa kapal menongkah arus membelah lautan menuju ke pulau iman & islam

Satu contoh ‘kecil’ ialah pemakaian hijab

Jika dulu para wanita akan memakai baju kurung pada hari jumaat, sekarang ianya sudah digantikan dengan pemakaian jubah/kaftan. Dulunya ia hanya dipakai oleh makcik2 yang baru pulang dari mekah atau oleh golongan yang aktif dengan usrah2 islamik di pusat2 pengajian tinggi ataupun dipejabat2 kerajaan sahaja. Ramai juga para wanita yang berniqab/purdah tanpa perlu rasa segan atau takut digelar zorro mahupun hantu kum2

Jika dulu pemakaian tudung hanya dikenakan oleh wanita2 yang bertudung sahaja, tetapi sekarang ia sudah menjadi kemestian sewaktu upacara aqad nikah, kenduri-kendara, menghadiri ceramah agama, menghadiri kurusus haji  walaupun sebenarnya wanita itu tidak/belum bertudung. Pemakaian tudung bukan lagi menjadi sesuatu yang fobia ataupun taboo dikalangan wanita, malahan sesiapa yang tidak mahu bertudung akan kelihatan janggal dan nampak seperti ketinggalan zaman. Tetapi ini tidak bermaksud kita memandang serong kepada mana2 wanita yang masih belum berhijab.  Hati manusia hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Kewajipan kita adalah untuk terus berakhlak baik sesama manusia, membantu mana2 yang boleh serta doa yang berterusan agar hati2 wanita yang kita kasihi itu dipermudahkan untuk membuat perubahan baik yang berkekalan.

Banyak pula peristiwa2  besar yang telah dan sedang berlaku di tahun 2013 ini:

-     Pencerobohan pengganas sulu di negeri sabah dapat dipatahkan dengan jayanya. Walaupun ia telah mendapat kecaman/sungutan dari pihak2 yang tidak berpuashati, namun akhirnya kedaulatan tanah di bawah bayu itu dapat diselamatkan

-     Crack down keatas ajaran syiah berlaku secara besar-besaran. Kerajaan dengan tegas menyatakan pendirian bahawa umat islam khususnya di Malaysia hanya berpegang kepada aqidah ahli sunnah wal jamaah sahaja. Isu syiah pernah mendapat ulasan yang panjang lebar dalam Mistisfiles 2-3 tahun yang lepas. Sudah puas MO melayan semua pertanyaan orang2 yang pro-syiah, tapi ianya hanya menambahkan taasub yang sgt menebal dijiwa pro-syiah dengan bermatian2 mempertahankan idea2 songsang mereka mengenai para sahabat Nabi serta para isteri Nabi. Tidak pernah terlintas dibenak  fikiran untuk menyatakan sesuatu yang tidak baik terhadap para sahabat serta isteri2 Nabi yang dimuliakan itu. Namun pro-syiah boleh saja sesuka-hati sesedap-rasa mempertikaikan kejujuran/taat-setia/iman/pengorbanan para sahabat & isteri2 Baginda mengikut acuan nafsu mereka yang jahat lagi dengki itu

-     Crack down secara besar2an juga telah dilakukan keatas SEMUA pertubuhan yang disyaki menjadi kongsi gelap apabila kesabaran pihak keselamatan telah dicabar dengan beberapa siri pembunuhan menggunakan senjata api dilakukan secara berturutan beberapa bulan yang lalu. Mungkin mereka menyangka bahawa dengan ketiadaan ISA maka para penjenayah mahu mula bermaharalela dengan sesuka-hati menggugat ketenteraman awam. Mungkin juga penjenayah lupa bahawa mereka sedang berhadapan dengan para penguasa yang majoritinya berbangsa melayu – yang mempunyai diplomasi paling tinggi dalam hubungan sesama manusia tetapi apabila kesabaran itu sudah mula mendidihkan darah yang mula panas  membara, maka tiada seorang pun yang akan terlepas dari dikejar hatta sehingga ke lubang cacing.

-     Begitu juga dengan crack down secara menyeluruh keatas PATI  sehingga banyak pihak yang mengelupur disana-sini kerana ramai pekerja tanpa permit mereka telah melarikan diri dari pihak berkuasa. Aktiviti perniagaan/pembinaan/kilang terjejas akibat dari kekurangan pekerja

Adakah kejayaan mengusir penceroboh sulu itu hanya satu kebetulan dan 100% bersandarkan kepada kekuatan fizikal semata2  ??

Adakah crack down keatas fahaman syiah itu berlaku secara tiba2 ??

Adakah crack down keatas aktiviti jenayah kongsi gelap itu juga berlaku secara tiba2 ??

Adakah crack down keatas PATI itu juga boleh berlaku secara tiba2 ??

Begitu juga ada beberapa peristiwa penting yang berlaku baru2 ini iatu lawatan presiden cina ke Malaysia, pembatalan lawatan presiden obama ke Malaysia serta matinya bekas ketua komunis chin peng

Maka adakah lawatan presiden cina ke Malaysia itu tidak signifikan dari segi hubungan diplomatik dua hala bagi menguatkan silaturahim kedua2 buah negara di rantau ini ??




Adakah  pertemuan diantara mantan PM Tun M dengan presiden cina itu juga tidak signifikan apabila beliau mencadangkan penubuhan persatuan persaudaraan pelbagai budaya cheng ho bagi mengeratkan hubungan para peniaga negara cina dengan para peniaga malaysia, dan ianya disambut baik oleh presiden cina ??

Adakah majlis pertemuan Tun M dengan presiden cina itu tidak signifikan bagi mengubat kerinduan akan era pemerintahan Tun M dahulu ?? siapa yang memberi izin untuk Tun M masih lagi berperanan menjaga  kepentingan kerajaan Malaysia walaupun sudah ada dua orang PM bertugas selepas persaraan beliau ??

Adakah  pembatalan lawatan presiden obama ke malaysia itu sengaja dilakukan oleh beliau sendiri ?? siapakah pula yang tidak memberi  izin kepada presiden kuasa besar dunia  itu untuk menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini ??

Adakah kematian chin peng pada tanggal 16 sept 2013 itu tidak signifikan dalam mengunci mulut manusia2 yang masih mahu menyokong  perjuangan komunis yang jelas zalim dan jahat itu ?? siapa pula yang sangat berkuasa berupaya mencabut nyawa chin peng disaat negara menyambut perayaan 50 tahun pembentukan negara malaysi a yang berdaulat ??

Adakah semua itu berlaku secara spontan tanpa ada pengaruh dari suatu aura harmoni yang sungguh kuat yang begitu menguasai udara persekitaran negara Malaysia ??

Adakah kita sudah lupa bahawa Tuhan itu terlalu amat mengawasi akan keselamatan dan keharmonian negara  tercinta ini ?? tidak adakah walau sedikit pun peranan Tuhan dalam memberi jaminan keutuhan kedaulatan tanah air Malaysia ??

Adakah kita sudah lupa bahawa Nabi Yang Mulia itu telah memberitahu para sahabat bahawa ahli keluarga Baginda itu akan diterima dan dijaga dengan baik oleh orang2 yang tinggal di tanah sebelah timur ?? maka seharusnya tanah disebelah timur itu adalah sebuah negara yang aman damai serta terjamin akan pengamalan islamnya yang benar2 bersumberkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW iaitu aqidah ahli sunnah wal jamaah


Dalam kesibukan pihak keselamatan mencegah dan  memburu penjenayah, dalam kegusaran rakyat menghadapi cuaca ekonomi & sosial yang nampak tidak menentu, sebenarnya tanpa kita sedari benih2 iman & islam itu sedang tumbuh membiak dan mekar disana-sini dalam pelbagai aspek kehidupan didalam negara. Sekurang2nya jauh disudut hati setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, mereka mahu melihat keharmonian ini akan kekal berterusan, mereka mengharapkan para penguasa itu benar2  menjaga kepentingan agama islam  dan mereka amat menginginkan seseorang yang berkarisma, berpendirian teguh, bertaqwa, berstrategi  terkehadapan lagi moden serta canggih  menjadi pemimpin negara Malaysia yang tercinta 




Thursday, 26 September 2013

Hati Ini sedikit Lega



setiap hari berdepan dengan cuaca yang tidak menentu
cuaca boleh ditafsirkan dalam pelbagai aspek

'cuaca' alam sekitar - sering berjerebu, sesak nafas
'cuaca' jalan raya - jem 'gila' sentiasa
'cuaca' ekonomi - kenaikan petrol memberi pelbagai pengertian kepada semua lapisan rakyat
'cuasa' politik - hahh....gaduh tak habis2
'cuaca' sosial - lambakan pelbagai jenis drama/filem seperti sudah tidak dapat ditahan2 lagi - yang sah, yang pirate, yang cilok, yang copy-cat, yang sepatutnya boleh tengok dan banyak pula sebenarnya yang tidak sesuai langsung untuk ditonton
'cuaca' pemilihan umno - hahahah.......
'cuaca' persidangan wakil rakyat diparlimen - macam guru besar dengan murid2nya je

oklah.....

mari lihat 'jamu' mata kita dengan satu 'cuaca' yang sangat meruntun qalbu dan jiwa


pernikahan sederhana yang paling 'cool' diabad ini

nota - wujud juga akhirnya perkahwinan yang seperti ini dikalangan adik2 retis kesayangan kita
mimpi apakah ini bila perkara yang kurang disangka terjadi??
esok sudah mahu kiamatkah??



lihatlah wajah2 orang soleh, semoga memberi satu aura kesedaran dan keinsafan yang tidak berbelah bagi

nota - masih wujud lagi insan2 soleh seperti mereka yang tidak akan pernah jemu memberi peringatan & membimbing ummat kembali kejalan yang diredhai Tuhan

aku tidak bermimpi..kerana sememangnya bumi ini sentiasa disirami dengan doa dan tarbiah daripada para wali dan aulia yang sangat sayangkan iman warga rakyatnya



hhhmmmm.....hati ini sedikit lega.....



Monday, 23 September 2013

Tenaga Gelap "Bath Salt"


Mari kita lihat realiti kehidupan disekeliling:

-      Sehebat mana pun usaha gigih pihak keselamatan negara dalam membanteras penyeludupan najis dadah, maka  ianya setanding pula dengan usaha pihak2 yg berkenaan dalam menyebar najis dadah pelbagai jenis yang bernilai jutaan ringgit. Secanggih manapun teknologi mahupun strategi yang kita laksanakan untuk menyekat najis dadah, maka pihak yang satu lagi tidak akan pernah jemu apatah lagi berputus asa untuk membawa masuk najis dadah yang bercampur sihir itu dengan hanya satu tujuan – memusnahkah anak bangsa kita agar menjadi bangkai hidup seumpama zombi2 yang menjadi tema utama para penerbit filem tempatan masa kini – ada rupa, ada gaya namun jiwa sudah kosong, hidup sudah hilang arah tanpa tahu & sedar akan tangggungjawab kepada diri, agama, bangsa dan negara

-      Jaringan najis sihir dadah ini pula bersangkut-paut dengan gejala2 yang lain seperti  kegiatan kongsi gelap / gangsters, kelab malam, rumah urut, kelab dang-dut, gro, pelacuran, along dan aktiviti2 gelap yang lain.  Semua aktiviti tersebut amat menyumbang kepada penjanaan tenaga negatif pasif dan tenaga negatif aktif di dalam udara kehidupan masyarakat kita.  Tujuan utama mereka hanya satu – mahu mendodoikan anak bangsa misteri dengan hiburan & kemewahan new world order agar fokus dapat ditumpukan kepada kepentingan nafsu yang hanya sementara semata2


Najis dadah versi terbaru dinamakan sebagai 'bath salt'. Ia benar2 akan menjadikan seseorang penagih sebagai zombie dimana mereka akan hilang kawarasan aqal fikiran, bertukar menjadi kanibal, yang akan membaham dan memakan manusia lain disekeliling. Tiada lagi norma2 kekehidupan insan, ia ditukar kepada sifat kehaiwanan yang nantinya hanya menjadi agen suruhan zionist/jesuits sahaja.

Semua yang disebutkan diatas ada sangkut-paut dengan usaha  zionist/jesuits dalam menyebar-luaskan agenda new world order & greater Israel  keseluruh dunia. Tidak bermaksud untuk hanya cuba menyalahkan musuh (zionist/jesuits) dalam isu gejala najis dadah yang tidak berkesudahan tadi. Namun mengetahui akan usaha musuh yang tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan generasi kita sedikit-sebanyak dapat menyedarkan bahawa kita sebenarnya sedang berhadapan dengan sebuah ‘peperangan’ yang sangat serius, yang dapat menjejaskan bukan saja keselamatan diri fizikal  tetapi yang lebih parah lagi ialah sesungguhnya usaha jahat musuh itu amat bahaya kepada keselamatan jiwa , minda serta kepercayaan kepada Tuhan & Nabi yang dikasihi



Saya terpaksa menyebutkan perkara2 diatas apabila bersembang dengan ibu & anak saudara baru2 ini berkenaan gejala najis dadah yang nampaknya sudah melanda anak2 muda di kampung kesayangan saya. Bila berkata tentang kampung, maka secara realitinya anak2 muda itu adalah anak2 saudara-mara saya juga. 

Saya terpaksa memberi kiasan kepada ibu & anak saudara bahawa usaha musuh itu seumpama seekor ular yang amat berbisa, yang dilepaskan  kemerata tempat serta tugasnya ialah menyembur bisanya itu kepada sesiapa saja yang dijumpainya. Ular berbisa itu menyusur dan terus menyusur merapati  anak-cucu kita siang & malam, menggigit dan terus menyembur bisa bukan sekali malahan berkali2 kepada mereka sehingga generasi kita lemah longlai tidak bermaya, hilang tumpuan kepada tujuan hidup yang sebenarnya. Ular berbisa itu akan sentiasa muncul dimana2 sehingga anak-cucu kita tidak dapat lari dari sentiasa dikejar kecuali jika kita mengambil langkah peduli dengan mula menyayangi mereka, belas kasihan akan nasib mereka dan memberi doa, semangat & harapan yang tidak berbelah bagi agar mereka dapat pulang kepangkal jalan. 


Sesungguhnya usaha musuh untuk menjahanamkan anak-cucu kita itu adalah benar dengan gejala najis dadah yang sudah dicampur dengan sihir. Maka menjadi kewajipan kita pula untuk menjaga mereka dengan sebenar2nya pula dengan menguatkan keyakinan & kepercayaan kepada Tuhan & RasulNya.