Monday, 30 December 2013
Perseverance
saya suka perkataan bahasa inggeris "perseverance"
ia bermaksud :
steadfastness in doing something despite difficulty or delay in achieving success.
synonyms: persistence, tenacity, determination, staying power, indefatigability, steadfastness, purposefulness;
"perseverance" boleh diterjemahkan juga sebagai "ketabahan"
petang tadi pada tarikh 30/12/13, saya menerima satu sms dari nombor yang saya tidak kenali. ia berbunyi begini :
" 4 our right as free men n women, 2 love as gay ppl - show our support to AI & PR by attending #RPDM31D @Dataran Merdeka - Sexuality Merdeka" sms ini bertarikh 31/12/13
negara gajah putih di utara semenanjung sedang panas bergolak, sudah ada korban nyawa di kedua2 belah pihak iaitu rakyat dan polis
baru2 ini kita digegarkan dengan peristiwa pengeboman yang berlaku terlalu dekat dengan tanah tumpah darah kita iaitu di padang besar & danok- sikit lagi nak masuk ke negara kita......dan kalau boleh mereka tu nak pasang bom dan letupkan je kat kawasan malaysia
maka begitu persistence dan sangat perseverance mereka2 yang mahu sangat melihat rakyat negara ini mengalami nasib yang sama seperti negara jiran yang sedang bergolak itu
sebagaimana bukan senang bagi musuh nak menghuru-harakan malaysia....begitu juga bukan mudah bagi pihak keselamatan serta pihak2 yg bertanggungjawab mahu mengekalkan keamanan negara tercinta dengan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai jenis orang serta perangai
begitu perseverance pihak musuh berjaya mencipta & memainkan isu "NAIK", lalu kemudiannya mereka memerangkap rakyat jelata dengan slogan "TURUN"
dan dicelah2 isu "NAIK" dan slogan "TURUN", maka begitulah perseverance pihak ketiga yang telah/akan mencuri/steal the crowd dengan agenda kristianisasi avengelista serta LGBT yang tujuannya hanya untuk membawa manusia ke lembah kesesatan serta kerosakan akhlak & aqidah
maka mari kita sama2 untuk lebih perseverance dalam mempertahankan kebenaran aqidah serta keharmonian negara tercinta
dan semoga kita tetap memilih jalan perseverance dengan berlaku taat kepada Tuhan dan RasulNya dengan menjadi persistence untuk terus tabah & sabar dalam mengekalkan ukhuwah serta keharmonian sesama manusia
kerana alam yang bertindak sebagai tentera Tuhan itu juga sedang persistence memberi peringatan kepada manusia di bumi bertuah ini - peringatan bahawa Tuhan boleh saja mendatangkan bala-bencana yang dasyat - banjir besar gelombang kedua, angin kencang yang sedang bertiup di perairan negara, tanda2 tsunami yang boleh saja datang tanpa amaran, hujan lebat berterusan yang boleh menjejaskan aktiviti seharian serta sejuta kerosakan & kemusnahan yang akan menjadikan dunia dan harta kemewahan itu nampak seperti bangkai sahaja apabila sudah rosak & tidak boleh dipakai lagi - bila kita memilih untuk tidak mahu mengambil pengajaran drpd peristiwa2 bencana besar yang lalu - tsunami acheh Tuhan taqdirkan bila pihak2 yg bertelagah di indonesia diwaktu itu memilih untuk terus bersengketa tanpa mahu berusaha kembali kepada seruan Tuhan agar saling berbaik & bekerjasama
kita masih boleh menarik selimut dan tidur dengan lena pada malam ini (malam 31/12/13) kerana masih ada insan2 yang perseverance menjaga keselamatan negara
tetapi adakah kita masih boleh tidur lena pada malam2 akan datang??
siapakah agaknya yang akan lebih persistence dan perseverance dalam perjuangan mereka.......??
pihak yang mahu membawa isu "NAIK", slogan "TURUN" berserta dengan agenda KRISTIANISASI AVENGELISTA & LGBT ??
atau pihak2 yang mahu keamanan negara ini kekal berterusan......???
dan jangan lupa bahawa banjir, air, ombak, angin, hujan, ribut.......hatta komet ......itu semua adalah tentera2 Tuhan....
Tuhan sedang memerhatikan tindak-tanduk kita semua.....kearah manakah perseverance kita - kepada arah kebaikan atau sebaliknya....
Saturday, 28 December 2013
Mencari Nabi (dizaman iphone 5)
Nota: saya tidak berniat untuk membawa ajaran baru / fikiran pelik / sesuatu yang tidak betul dalam tulisan ini. ia hanyalah sebuah nukilan dari seorang insan yang hidup diakhir zaman dan sering merindui serta terkenang2kan akan kebaikan budi/akhlak/pekerti Nabi yang telah wafat sejak dari 1400 tahun yang lalu
sahabat saya ini adakala merasa jiwanya itu terasa sangat pedih dan perit dalam menghadapi 1001 cabaran hidup di akhir zaman
"jika Nabi hidup dizaman ini, sudah pasti Baginda akan bersimpati dengan nasib ummatnya, baginda pasti akan berdoa bersungguh2 agar Tuhan memudahkan segala urusan hidup hamba2Nya...."
"sebab itulah Nabi memohon kepada Tuhan agar Dia tidak membalas perbuatan jahat umat Muhammad secara tunai/cash/segera didunia, tidak seperti umat2 Nabi yang terdahulu yang telah musnah akibat perbuatan buruk mereka. Nabi adalah seorang insan yang paling faham akan susah-senang, cabaran, dugaan, ujian ummatnya di akhir zaman......sebab itulah Nabi menangis serta menyebut2 ummatku...ummatku...ummatku....sebelum Baginda wafat......"
"zaman sekarang ini agaknya sama je seperti zaman dahulu sebelum kedatangan Nabi.....manusia hidup tanpa sebarang pedoman tertentu, nafsi2, banyak masalah, tiada kasih-sayang, materealistik.......mereka ada mendengar akan kedatangan seorang manusia yang mulia, yang akan membawa keharmonian tapi tak tahu bila.......tapi sekurang2nya ada suatu harapan yang boleh disandarkan untuk mengubati hati yang gundah-gulana......macam zaman sekarang....kita diberitahu tentang kedatangan Imam Mahdi......tapi kita tak pasti siapa susuk tubuhnya, tak tahu bila kezahirannya....tapi hati kuat mengatakan Imam Mahdi itu adalah seseorang yang boleh diharapkan, ada wibawa dan boleh dipercayai.......kita dah mual dan nak muntah dengan orang2 hipokrit yang claim itu-ini bagai....tak kira mereka itu siapa....nampak macam okay je.....tapi ....entahlah.....ada ke manusia yang boleh pimpin kita macam Nabi...??"
"kamu ni sebenarnya hanya Imam Mahdi je yang boleh tarbiah sebab hanya baginda yang tidak akan hipokrit, baginda bersifat jujur, ikhlas dalam memberi nasihat dan tunjuk-ajar, tidak mengharapkan sebarang habuan diatas semua yang dilakukan...malahan baginda itu kaya-raya-hartawan-ternama.....aku tahu engkau dah jemu dengan orang2 poyo disekeliling ....dan engkau sendiri pun bersifat poyo......hahahaha......"
"sabarlah......kalau pun semua orang tak faham masalah engkau.....dan dah tak boleh diharapkan untuk tolong engkau....ingat satu perkara je.....................sudah tentu Nabi itu terlalu amat prihatin dengan nasib dirimu, sentiasa mendoakanmu dan mahu engkau selamat di dunia dan diakhirat.............."
akhirnya sahabat saya itu bersuara......"aku nak pergi mekah, madinah dan masjidil aqsa......." nadanya kedengaran terlalu amat dalam, ada suatu rasa yang sangat sebak dan hiba di dalam jiwanya
"kenapa nak pergi sana....??" saya bertanya
"yang aku tahu.....aku kena pergi sana......"
"betul awak nak pergi sana.....??" saya bertanya lagi
"ya...aku betul2 nak ziarah mekah, madinah dan masjidil aqsa....aku nak ziarah maqam Nabi...."
...............sesungguhnya jiwa2 insan disaat ini terlalu amat merindukan para pemimpin yang berjiwa Nabi, berwatak seperti Nabi, penuh dengan kasih-sayang yang sangat tulus-mulus lagi harmoni auranya.............
Friday, 20 December 2013
Half The Sky
selain daripada melihat pendedahan mereka sebagai suatu perkara yang wajib diambil pengajaran agar kita semua lebih mahu menyayangi, menghargai serta menjaga keselamatan serta hak2 fitrah wanita2 serta anak2 perempuan disekeliling kita, ada perkara yang lebih penting, yang wajib kita pertahankan dan perjuangkan terutamanya di negara ini iaitu KEAMANAN, KESEJAHTERAAN & KUASA MEMERINTAH keatas tanah-air dimana kita dilahirkan.
kemboja - kita sedia maklum bahawa mereka baru saja terlepas dari cengkaman rejim komunis dan sedang berusaha dengan susah-payah untuk bangun semula dari mimpi ngeri peperangan hitam-gelap-gelita dinegara mereka. kesan akibat perang yang sangat panjang itu adalah sesuatu yang sangat memeritkan, menusuk hingga ke qalbu yang paling dalam keatas warganya terutama wanita dan kanak2 perempuan. umum mengetahui bahawa peperangan itu memusnahkan SEGALA2 & SEMUANYA termasuk undang2 keselamatan, kebajikan keatas masyarakat serta kemusnahan ekonomi & pendidikan. yang ditinggalkan dari serpihan perang hanyalah kemiskinan, kemunduran & kejahilan hampir dari semua aspek kehidupan - rohani, jasmani serta spiritual apatah lagi hal2 mengenai ketuhanan, akhlak baik serta kesopanan. boleh dikatakan manusia hidup begitu sengsara semasa perang apatah lagi selepas perang dan terdesak untuk tidak berkelakuan sebagaimana insan normal demi memenuhi tuntutan kehidupan. maka terjadilah apa yang telah dan sedang terjadi iaitu pihak yang lemah itu sentiasa akan ditindas serta dipergunakan malahan akan diekploitasi demi kerakusan nafsu pihak yang lebih kuat.
begitu juga dengan negara2 afrika yang juga digelar benua gelap, ada yang masih berperang sesama sendiri, ada yang baru saja terlepas dari bahana perang saudara......dan mereka menanggung implikasi yang sama seperti nasib rakyat kemboja.
biar saya berkongsi serba sedikit walaupun ia kedengaran agak taboo dan lucah mengenai apa yang telah dilakukan keatas wanita serta kanak2 perempuan sebagaimana yang diceritakan dalam dokumentari tersebut - mereka diperkosa sesuka hati seawal umur beberapa bulan (cth: 2/12bulan) / (beberapa tahun (cth: 2 thn, 3thn), dijual kerumah2 pelacuran dan dipaksa menjadi pelacur seawal umur beberapa tahun, cth: 10thn, disunatkan (disempitkan alat kelamin dengan melakukan pembedahan yang menyakitkan secara tradisional dengan alasan budaya supaya boleh berkahwin tetapi mengancam kesihatan dan keselamatan wanita/kanak2), diskriminasi dari mendapat peluang pendidikan dan bersekolah, terpaksa bekerja sejak dari kecil untuk membantu keluarga, penderaan mental/fizikal sehingga membawa kepada ancaman bunuh oleh pasangan, dipulaukan keluarga setelah menjadi mangsa pelacuran/perkosa tetapi pesalah sebenar terlepas begitu sahaja akibat dari undang2 yang lemah, diskriminasi keatas bayi2 perempuan dimana mereka akan 'dilupuskan' sebelum/selepas lahir berbanding bayi lelaki (ia berlaku di negara cina) serta 1001 cerita yang tidak pernah terjangkau oleh aqal fikiran kita yang sudah agak lama tinggal di zon selesa di negara bertuah ini.
mari kita kembali menyelami diri sendiri....
agama Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar Muhammad SAW itu terlalu amat memuliakan wanita/kanak2. Baginda adalah pejuang hak2 asasi wanita yang sebenar dengan membawakan syarikat Islam yang dapat memenuhi segala tuntutan fitrah dan keselamatan wanita/kanak2. disaat para wanita dinegara2 tersebut bersusah-payah menuntut hak2 sama-rata dengan kaum lelaki, para wanita yang sangat kita kasihi dinegara ini mempunyai ruang-peluang yang terbuka luas bekerja-bersaing menyumbang tenaga/fikiran membangunkan negara.
percubaan demi percubaan telah, sedang dan akan dilakukan untuk memporak-perandakan keamanan serta keharmonian negara ini dengan siri perhimpunan jalanan, demonstrasi jalanan, mogok, pencerobohan, gangsterism serta rusuhan yang melibatkan rakyat jelata dengan permainan isu2 panas yang boleh membuatkan orang-ramai tidak akan berpuas-hati dengan mana2 pihak yang diperlihatkan sebagai zalim lagi bersalah.
ya.....harga minyak naik....
ya.....harga gula naik....
ya....harga tol naik...
ya....semua harga barangan naik...
ya....kos sara hidup naik....
ya...ada pihak dizalimi dan ada pihak yang menzalimi...
dan ingat bahawa.....ada pula pihak yang sengaja mewujudkan kedua2 pihak diatas tadi agar mereka saling bertelagah serta sentiasa bermusuhan (ini bukan teori konspirasi...tetapi adalah realiti kehidupan dizaman ini...)
mereka ini sudah lama menunggu dan tidak sabar2 lagi mahu mencetuskan huru-hara yang diharapkan akan membawa kepada peperangan sama ada perang saudara, perang antara kaum atau pun perang diantara agama dikalangan rakyat jelata
Somali Mam - wanita kemboja berhati waja
Tidakkah wajahnya itu mirip wajah wanita melayu (orang cham)...??
ohhh no...semua pun mahu dimelayukan ke??
maka adakah kita juga mahu mengikuti jejak-langkah orang2 dinegara sekeliling kita?
akan selesaikah masalah bila berlakunya demo jalanan, rusuhan mahupun peperangan?
apakah yang tinggal jika huru-hara berlaku?
siapakah yang akan mendapat faedah besar bila negara tidak aman nanti?
Jane Ngori - pejuang dari kenya
tidak mustahil kita juga akan tinggal dirumah2 seperti diatas jika kita suka sangat mahu mencetuskan huru-hara di negara ini. tiada siapa yang akan untung bila perang tercetus, hanya pihak2 yang kepentingan saja yang akan mengaut hasil dari kemusnahan yang berlaku.
yup....kita dan 50 tahun merdeka...dan boleh saja kemerdekaan itu direnggut dalam beberapa saat jika kita lalai-leka dari menjaga kedaulatan serta keharmonian negara ini
dan soalan yang paling penting ialah - apakah nasib yang akan berlaku keatas wanita2 kesayangan kita serta anak2 kecil perempuan yang kita kasihi akibat dari huru-hara/peperangan yang melanda itu?
adakah kita mahu Nicholas D. Kristo dan Sheryl WuDunn kemudiannya datang ke malaysia pula untuk membuat dokumentari tentang nasib wanita/ kanak2 perempuan akibat perang dan nama negara ini tercatat di dalam buku Half The Sky?
adakah kita ini sudah terlalu mementingkan diri mengejar populariti demokrasi (demo-crazy) demi keuntungan jangka pendek tetapi menggadai maruah wanita/ kanak2 perempuan??
betul .....harga gula naik
betul.....harga petrol naik
betul......harga tol naik
betul......kos sara hidup naik
maka saya menasihati diri saya sendiri....
maka 'naik'kanlah tahap kesabaran, kecekalan serta ketabahan jiwamu dalam menempuh zaman yang bakal menggigit ini
maka 'naik'kanlah semangatmu untuk lebih mahu mendekatkan dirimu kepada Tuhan Yang Esa - memohon ampun diatas dosa2 dan memohon rahmat serta keredhaan dan keberkatan rezeki walaupun ia nampak semakin mengurang jumlahnya
maka 'naik'kanlah jalinan ukhuwah dan kasih-sayang sesama keluarga, jiran, rakan2 serta kenalan agar kesusahan itu dapat ditanggung bersama dan saling bertolong bantu mengurangan beban yang ditanggung
maka kurniakanlah keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian yang berpanjangan kepada negara ini serta rakyat jelata...wahai Tuhan Yang Maha Esa dengan kemuliaan Baginda Rasulullah SAW.......
nota: apakah maksud Half The Sky ?
Ia diambil daripada peribahasa Cina "Women hold up half of the sky"
seperti perbahasa melayu - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara"
kedua2 peribahasa itu seakan2 sama bukan..??
bila nasib para wanita/kanak2 perempuan itu dibela, maka pembangunan sesebuah negara itu akan menjadi lebih mantap dan terjamin
tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia.....
Monday, 7 October 2013
Aura Harmoni Imam Mahdi di Malaysia
Seseorang telah memberi komen dalam
Mistisfile beberapa tahun yang lalu bahawa perjalanan untuk mengenali dan
menemui susuk tubuh Imam Mahdi itu adalah seumpama mencari sehelai daun emas
didalam hutan hujan khatulistiwa yang maha tebal sifatnya dengan jutaan flora
serta fauna
Saya membaca tulisan saudara BradoKapak
mengenai pencariannya tentang rahsia
akhir zaman. Ia disokong pula oleh saudari Mayang Sari yang pernah terambil
jalan sendiri dalam perjuangannya demi menegakkan keadilan dibumi Malaysia.
Mereka pernah mengalami saat2 genting semasa pencarian akan sesusuk tubuh
bernama Imam Mahdi. Dalam kekecewaan kerana
masih belum bertemu dengan idola yang disanjungi , mereka mengambil keputusan untuk kembali semula ke alam
kehidupan nyata – meneruskan aktiviti seharian dengan lebih tekun serta
menjalinkan hubungan sesama insan dengan penuh semangat kasih-sayang lagi
harmoni.
Seseorang juga telah memberikan pendapat bahawa persoalan Imam Mahdi itu
adalah rahsia Tuhan dan mungkin ada hikmah disebalik rasa kecewa itu agar kita
kembali semula berpijak dibumi nyata meneruskan perjuangan membela keluarga
serta masyarakat. Imam Mahdi sudah pasti tidak pernah mengajar untuk kita terus
melupakan dunia dan taasub lagi asyik-masyuk di alam pencarian kebenaran.
Sedangkan kita juga amat perlu untuk menguasai ekonomi termasuk bidang2 yang lain dan bersaing secara sihat
dengan pelbagai kaum di negara ini.
Saya mula ‘mengenali’ Imam Mahdi dizaman
persekolahan apabila terpandang tajuk buku yang membincangkan persoalan Imam
Mahdi disebuah kedai buku. Pada pandang pertama tersebut saya telah ‘jatuh
cinta’ dengan watak Imam Mahdi kerana seolah2 beliau adalah seseorang yang
boleh diharapkan untuk menyelamatkan dunia dari
kemusnahan seperti yang sering digambarkan dalam siri2 kartun animasi ultraman,
superman, naruto, transformer, dragon ballz, power ranger, cicakman, badman,
incredible hulk, american super hero, charles angles dll. Sekurang2nya saya tidak akan terpengaruh
dengan cerita2 kartun itu kerana saya sudah ada hero Imam Mahdi – yang
kebenarannya ada disebut oleh Baginda Nabi SAW. Ia bukan sekadar watak animasi,
tetapi beliau adalah ‘real’ dan sudah tentu akan zahir suatu waktu nanti untuk
mengembalikan dunia kepada keamanan dan kemakmuran
Keinginan untuk mempunyai seorang idola
yang kuat-perkasa, magis-mistik, kaya-berada-berpengaruh seantero dunia,
handsome-macho, baik-berhati-mulia merupakan fitrah seorang manusia sejak dari kecil
lagi seawal seseorang itu mula mengenal apa itu peti televisyen (tv). Semua
cerita animasi kartun bertemakan kepada watak hero-penyelamat berlawan dengan
musuh-jahat. Jalan cerita digarap hingga
sebegitu rupa bagi menonjolkan kepentingan watak yang akan muncul disaat2
genting berhadapan dengan musuh –durjana yang ingin memusnahkan dunia serta
isinya. Sedangkan watak kartun shin chan pun mempunyai hero kesayangannya bernama
action kame. Shin chan diwaktu lapang suka menonton kartun kegemarannya iatu action
kame (watak kartun di dalam kartun …hahaha…), maka apatah lagi kita manusia
biasa yang fitrahnya mahukan kepada kewujudan seorang pemimpin yang boleh
diharapkan lagi dipercayai untuk memacu pemerintahan negara ke tahap yang lebih
tinggi
Sebagaimana hebatnya musuh yang sentiasa
menggunakan pelbagai taktik & teknik termasuk art-of-con untuk mengaburi
mata khalayak ramai agar kehadiran mereka ditengah2 masyarakat tidak dapat
dikesan walaupun sebenarnya musuh itu melakukan kejahatan terhadap kita siang
dan malam.
Begitu juga dengan Imam Mahdi, saya yakin
dan percaya bahawa beliau pastinya menggunakan strategi yang lebih tersusun,
lebih ‘licik’, lebih mampan serta lebih terkehadapan ‘tipu-daya’nya untuk
mencapai dua objektif utama:
- 1) Menggembalikan manusia kepada
Tuhan & RasulNya, memurnikan semula jiwa2 insan kepada semangat kasih-sayang, menyuburkan iman2
akhir zaman yang senipis kulit bawang
ini agar dapat disemai semula jiwa2 bersifat sufi lagi wali yang penuh dengan
tekad perjuangan untuk mengembalikan kemakmuran Islam buat kali kedua
- 2) Mengelabui mata musuh yang
sentiasa cuba untuk menggagalkan misi penyuburan iman & islam. Membiarkan
musuh penat meneka & menelah ‘helah’
Imam Mahdi seterusnya setelah usaha2 untuk menghancurkan perjuangan beliau sebelum
ini hanya menemui jalan buntu. Diatas setiap ‘keruntuhan & kemusnahan’
perjuangan Imam Mahdi yang diusahakan oleh musuh maka terhasil baja kompos organik mesra alam yang dapat menyubur-makmurkan lagi
perjuangan Imam Mahdi ke fasa seterusnya.
Sejak dari dahulu lagi musuh tidak pernah
berputus asa untuk menjadikan bumi tercinta ini seumpama tanah seberang yang
sudah caca-marba aqidah serta pegangan mereka, ataupun mahu mewujudkan sebuah
negara republik seumpama pulau kecil di selatan, ataupun melenyapkan identiti
bangsa majoriti negara ini seumpana negara gajah putih diutara, ataupun mahu
melenyapkan terus warga asal tanah ini seumpama nasib orang melayu cham/kemboja
dibawah pemerintahan rejim komunis pol pot – namun SEMUA itu gagal
Saya dapat rasakan bahawa Imam Mahdi menggunakan
teknik diplomasi tahap tertinggi dalam menyelami & memahami kehendak
masyarakat, meredakan keresahan & kegusaran khalayak akan isu2 keselamatan
sosial, kestabilan ekonomi, keharmonian hubungan sesama kaum serta kelangsungan kedaulatan negara untuk hari2 yang mendatang
Dalam kegairahan kita mengikuti apakah
filem terkini yang ditayangkan di pawagam, apakah projek terkini yang sudah
berada digenggaman tangan, apakah keuntungan terkini dalam pelaburan saham,
apakah status terkini sokongan keatas calon kegemaran, apakah fesyen terkini yang ada dipasaran………………..mari kita
sama2 telusuri perkara2 ‘kecil’ yang sedang berlaku disekeliling, nampak seperti tidak signifikan tetapi apabila
ditoleh semula akan kehadirannya, diharap kita akan dapat ‘merasa’kan suatu
aura harmoni yang sedang melanda kita seumpama tiupan bayu laut cina selatan –
sepoi2 bahasa lembut menyapa namun cukup bertenaga untuk menggerakkan kain
layar membawa kapal menongkah arus membelah lautan menuju ke pulau iman & islam
Satu contoh ‘kecil’ ialah pemakaian hijab
Jika dulu para wanita akan memakai baju
kurung pada hari jumaat, sekarang ianya sudah digantikan dengan pemakaian
jubah/kaftan. Dulunya ia hanya dipakai oleh makcik2 yang baru pulang dari mekah
atau oleh golongan yang aktif dengan usrah2 islamik di pusat2 pengajian tinggi
ataupun dipejabat2 kerajaan sahaja. Ramai juga para wanita yang berniqab/purdah
tanpa perlu rasa segan atau takut digelar zorro mahupun hantu kum2
Jika dulu pemakaian tudung hanya dikenakan oleh
wanita2 yang bertudung sahaja, tetapi sekarang ia sudah menjadi kemestian
sewaktu upacara aqad nikah, kenduri-kendara, menghadiri ceramah agama,
menghadiri kurusus haji walaupun
sebenarnya wanita itu tidak/belum bertudung. Pemakaian tudung bukan lagi
menjadi sesuatu yang fobia ataupun taboo dikalangan wanita, malahan sesiapa
yang tidak mahu bertudung akan kelihatan janggal dan nampak seperti ketinggalan
zaman. Tetapi ini tidak bermaksud kita memandang serong kepada mana2 wanita
yang masih belum berhijab. Hati manusia
hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Kewajipan kita adalah untuk terus berakhlak
baik sesama manusia, membantu mana2 yang boleh serta doa yang berterusan agar
hati2 wanita yang kita kasihi itu dipermudahkan untuk membuat perubahan baik
yang berkekalan.
Banyak pula peristiwa2 besar yang telah dan sedang berlaku di tahun
2013 ini:
- Pencerobohan pengganas sulu di
negeri sabah dapat dipatahkan dengan jayanya. Walaupun ia telah mendapat
kecaman/sungutan dari pihak2 yang tidak berpuashati, namun akhirnya kedaulatan
tanah di bawah bayu itu dapat diselamatkan
- Crack down keatas ajaran syiah
berlaku secara besar-besaran. Kerajaan dengan tegas menyatakan pendirian bahawa
umat islam khususnya di Malaysia hanya berpegang kepada aqidah ahli sunnah wal
jamaah sahaja. Isu syiah pernah mendapat ulasan yang panjang lebar dalam
Mistisfiles 2-3 tahun yang lepas. Sudah puas MO melayan semua pertanyaan orang2
yang pro-syiah, tapi ianya hanya menambahkan taasub yang sgt menebal dijiwa
pro-syiah dengan bermatian2 mempertahankan idea2 songsang mereka mengenai para
sahabat Nabi serta para isteri Nabi. Tidak pernah terlintas dibenak fikiran untuk menyatakan sesuatu yang tidak
baik terhadap para sahabat serta isteri2 Nabi yang dimuliakan itu. Namun
pro-syiah boleh saja sesuka-hati sesedap-rasa mempertikaikan
kejujuran/taat-setia/iman/pengorbanan para sahabat & isteri2 Baginda
mengikut acuan nafsu mereka yang jahat lagi dengki itu
- Crack down secara besar2an juga
telah dilakukan keatas SEMUA pertubuhan yang disyaki menjadi kongsi gelap
apabila kesabaran pihak keselamatan telah dicabar dengan beberapa siri
pembunuhan menggunakan senjata api dilakukan secara berturutan beberapa bulan
yang lalu. Mungkin mereka menyangka bahawa dengan ketiadaan ISA maka para
penjenayah mahu mula bermaharalela dengan sesuka-hati menggugat ketenteraman
awam. Mungkin juga penjenayah lupa bahawa mereka sedang berhadapan dengan para
penguasa yang majoritinya berbangsa melayu – yang mempunyai diplomasi paling
tinggi dalam hubungan sesama manusia tetapi apabila kesabaran itu sudah mula
mendidihkan darah yang mula panas
membara, maka tiada seorang pun yang akan terlepas dari dikejar hatta
sehingga ke lubang cacing.
- Begitu juga dengan crack down
secara menyeluruh keatas PATI sehingga
banyak pihak yang mengelupur disana-sini kerana ramai pekerja tanpa permit
mereka telah melarikan diri dari pihak berkuasa. Aktiviti perniagaan/pembinaan/kilang
terjejas akibat dari kekurangan pekerja
Adakah kejayaan mengusir penceroboh sulu
itu hanya satu kebetulan dan 100% bersandarkan kepada kekuatan fizikal semata2 ??
Adakah crack down keatas fahaman syiah itu
berlaku secara tiba2 ??
Adakah crack down keatas aktiviti jenayah
kongsi gelap itu juga berlaku secara tiba2 ??
Adakah crack down keatas PATI itu juga
boleh berlaku secara tiba2 ??
Begitu juga ada beberapa peristiwa penting
yang berlaku baru2 ini iatu lawatan presiden cina ke Malaysia, pembatalan
lawatan presiden obama ke Malaysia serta matinya bekas ketua komunis chin peng
Maka adakah lawatan presiden cina ke
Malaysia itu tidak signifikan dari segi hubungan diplomatik dua hala bagi menguatkan
silaturahim kedua2 buah negara di rantau ini ??
Adakah
pertemuan diantara mantan PM Tun M dengan presiden cina itu juga tidak
signifikan apabila beliau mencadangkan penubuhan persatuan persaudaraan
pelbagai budaya cheng ho bagi mengeratkan hubungan para peniaga negara cina
dengan para peniaga malaysia, dan ianya disambut baik oleh presiden cina ??
Adakah majlis pertemuan Tun M dengan
presiden cina itu tidak signifikan bagi mengubat kerinduan akan era
pemerintahan Tun M dahulu ?? siapa yang memberi izin untuk Tun M masih lagi berperanan
menjaga kepentingan kerajaan Malaysia
walaupun sudah ada dua orang PM bertugas selepas persaraan beliau ??
Adakah
pembatalan lawatan presiden obama ke malaysia itu sengaja dilakukan oleh
beliau sendiri ?? siapakah pula yang tidak memberi izin kepada presiden kuasa besar dunia itu untuk menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini
??
Adakah kematian chin peng pada tanggal 16
sept 2013 itu tidak signifikan dalam mengunci mulut manusia2 yang masih mahu
menyokong perjuangan komunis yang jelas
zalim dan jahat itu ?? siapa pula yang sangat berkuasa berupaya mencabut nyawa
chin peng disaat negara menyambut perayaan 50 tahun pembentukan negara malaysi
a yang berdaulat ??
Adakah semua itu berlaku secara spontan
tanpa ada pengaruh dari suatu aura harmoni yang sungguh kuat yang begitu
menguasai udara persekitaran negara Malaysia ??
Adakah kita sudah lupa bahawa Tuhan itu
terlalu amat mengawasi akan keselamatan dan keharmonian negara tercinta ini ?? tidak adakah walau sedikit
pun peranan Tuhan dalam memberi jaminan keutuhan kedaulatan tanah air Malaysia ??
Adakah kita sudah lupa bahawa Nabi Yang
Mulia itu telah memberitahu para sahabat bahawa ahli keluarga Baginda itu akan
diterima dan dijaga dengan baik oleh orang2 yang tinggal di tanah sebelah timur
?? maka seharusnya tanah disebelah timur itu adalah sebuah negara yang aman
damai serta terjamin akan pengamalan islamnya yang benar2 bersumberkan kepada
ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW iaitu aqidah ahli sunnah wal jamaah
Dalam kesibukan pihak keselamatan mencegah
dan memburu penjenayah, dalam kegusaran
rakyat menghadapi cuaca ekonomi & sosial yang nampak tidak menentu,
sebenarnya tanpa kita sedari benih2 iman & islam itu sedang tumbuh membiak dan
mekar disana-sini dalam pelbagai aspek kehidupan didalam negara. Sekurang2nya
jauh disudut hati setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, mereka mahu
melihat keharmonian ini akan kekal berterusan, mereka mengharapkan para
penguasa itu benar2 menjaga kepentingan
agama islam dan mereka amat menginginkan
seseorang yang berkarisma, berpendirian teguh, bertaqwa, berstrategi terkehadapan lagi moden serta canggih menjadi pemimpin negara Malaysia yang tercinta
Thursday, 26 September 2013
Hati Ini sedikit Lega
setiap hari berdepan dengan cuaca yang tidak menentu
cuaca boleh ditafsirkan dalam pelbagai aspek
'cuaca' alam sekitar - sering berjerebu, sesak nafas
'cuaca' jalan raya - jem 'gila' sentiasa
'cuaca' ekonomi - kenaikan petrol memberi pelbagai pengertian kepada semua lapisan rakyat
'cuasa' politik - hahh....gaduh tak habis2
'cuaca' sosial - lambakan pelbagai jenis drama/filem seperti sudah tidak dapat ditahan2 lagi - yang sah, yang pirate, yang cilok, yang copy-cat, yang sepatutnya boleh tengok dan banyak pula sebenarnya yang tidak sesuai langsung untuk ditonton
'cuaca' pemilihan umno - hahahah.......
'cuaca' persidangan wakil rakyat diparlimen - macam guru besar dengan murid2nya je
oklah.....
mari lihat 'jamu' mata kita dengan satu 'cuaca' yang sangat meruntun qalbu dan jiwa
pernikahan sederhana yang paling 'cool' diabad ini
nota - wujud juga akhirnya perkahwinan yang seperti ini dikalangan adik2 retis kesayangan kita
mimpi apakah ini bila perkara yang kurang disangka terjadi??
esok sudah mahu kiamatkah??
lihatlah wajah2 orang soleh, semoga memberi satu aura kesedaran dan keinsafan yang tidak berbelah bagi
nota - masih wujud lagi insan2 soleh seperti mereka yang tidak akan pernah jemu memberi peringatan & membimbing ummat kembali kejalan yang diredhai Tuhan
aku tidak bermimpi..kerana sememangnya bumi ini sentiasa disirami dengan doa dan tarbiah daripada para wali dan aulia yang sangat sayangkan iman warga rakyatnya
hhhmmmm.....hati ini sedikit lega.....
Monday, 23 September 2013
Tenaga Gelap "Bath Salt"
Mari kita lihat realiti kehidupan
disekeliling:
- Sehebat mana pun usaha gigih
pihak keselamatan negara dalam membanteras penyeludupan najis dadah, maka ianya setanding pula dengan usaha pihak2 yg
berkenaan dalam menyebar najis dadah pelbagai jenis yang bernilai jutaan
ringgit. Secanggih manapun teknologi mahupun strategi yang kita laksanakan
untuk menyekat najis dadah, maka pihak yang satu lagi tidak akan pernah jemu apatah
lagi berputus asa untuk membawa masuk najis dadah yang bercampur sihir itu
dengan hanya satu tujuan – memusnahkah anak bangsa kita agar menjadi bangkai
hidup seumpama zombi2 yang menjadi tema utama para penerbit filem tempatan masa
kini – ada rupa, ada gaya namun jiwa sudah kosong, hidup sudah hilang arah
tanpa tahu & sedar akan tangggungjawab kepada diri, agama, bangsa dan
negara
- Jaringan najis sihir dadah ini
pula bersangkut-paut dengan gejala2 yang lain seperti kegiatan kongsi gelap / gangsters, kelab
malam, rumah urut, kelab dang-dut, gro, pelacuran, along dan aktiviti2 gelap
yang lain. Semua aktiviti tersebut amat
menyumbang kepada penjanaan tenaga negatif pasif dan tenaga negatif aktif di dalam udara
kehidupan masyarakat kita. Tujuan utama
mereka hanya satu – mahu mendodoikan anak bangsa misteri dengan hiburan &
kemewahan new world order agar fokus dapat ditumpukan kepada kepentingan nafsu yang
hanya sementara semata2
Najis dadah versi terbaru dinamakan sebagai 'bath salt'. Ia benar2 akan menjadikan seseorang penagih sebagai zombie dimana mereka akan hilang kawarasan aqal fikiran, bertukar menjadi kanibal, yang akan membaham dan memakan manusia lain disekeliling. Tiada lagi norma2 kekehidupan insan, ia ditukar kepada sifat kehaiwanan yang nantinya hanya menjadi agen suruhan zionist/jesuits sahaja.
Semua yang disebutkan diatas ada
sangkut-paut dengan usaha
zionist/jesuits dalam menyebar-luaskan agenda new world order &
greater Israel keseluruh dunia. Tidak
bermaksud untuk hanya cuba menyalahkan musuh (zionist/jesuits) dalam isu gejala
najis dadah yang tidak berkesudahan tadi. Namun mengetahui akan usaha musuh
yang tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan generasi kita
sedikit-sebanyak dapat menyedarkan bahawa kita sebenarnya sedang berhadapan
dengan sebuah ‘peperangan’ yang sangat serius, yang dapat menjejaskan bukan
saja keselamatan diri fizikal tetapi
yang lebih parah lagi ialah sesungguhnya usaha jahat musuh itu amat bahaya
kepada keselamatan jiwa , minda serta kepercayaan kepada Tuhan & Nabi yang
dikasihi
Saya terpaksa menyebutkan perkara2 diatas
apabila bersembang dengan ibu & anak saudara baru2 ini berkenaan gejala
najis dadah yang nampaknya sudah melanda anak2 muda di kampung kesayangan saya.
Bila berkata tentang kampung, maka secara realitinya anak2 muda itu adalah
anak2 saudara-mara saya juga.
Saya terpaksa memberi kiasan kepada ibu &
anak saudara bahawa usaha musuh itu seumpama seekor ular yang amat berbisa,
yang dilepaskan kemerata tempat serta
tugasnya ialah menyembur bisanya itu kepada sesiapa saja yang dijumpainya. Ular
berbisa itu menyusur dan terus menyusur merapati anak-cucu kita siang & malam, menggigit
dan terus menyembur bisa bukan sekali malahan berkali2 kepada mereka sehingga
generasi kita lemah longlai tidak bermaya, hilang tumpuan kepada tujuan hidup
yang sebenarnya. Ular berbisa itu akan sentiasa muncul dimana2 sehingga
anak-cucu kita tidak dapat lari dari sentiasa dikejar kecuali jika kita
mengambil langkah peduli dengan mula menyayangi mereka, belas kasihan akan
nasib mereka dan memberi doa, semangat & harapan yang tidak berbelah bagi agar
mereka dapat pulang kepangkal jalan.
Sesungguhnya usaha musuh untuk
menjahanamkan anak-cucu kita itu adalah benar dengan gejala najis dadah yang
sudah dicampur dengan sihir. Maka menjadi kewajipan kita pula untuk menjaga
mereka dengan sebenar2nya pula dengan menguatkan keyakinan & kepercayaan
kepada Tuhan & RasulNya.
Wednesday, 18 September 2013
Sebutlah Nama Mereka Satu Persatu
mari kita amati perkara2 berikut - dari perspektif yang mungkin kita biasa lihat di kaca TV mahupun daripada nukilan novel terutama tentang cerita2 penyiasatan, pembunuh bersiri, pembunuh upahan, agen rahsia, penyiasat persendirian aka private investigator (PI) dan yang seumpamanya.
seorang agen rahsia akan diberi penerangan yang jelas berkenaan watak utama yang perlu dia ekori, siapa, tinggal dimana, apa pekerjaan, rakan-taulan, negara dan semua maklumat yang diperlukan supaya agen tersebut dapat sentiasa mengikuti perkembangan suspek dari semasa ke semasa. begitu juga seorang PI akan melakukan tugas yang agak sama seperti agen rahsia dan dia juga memerlukan jenis maklumat serta penerangan yang jelas supaya pengintipan dapat dilakukan dengan lancar tanpa sebarang syak wasangka daripada suspek
lebih2 lagilah bagi tugas seorang pembunuh upahan. dia memerlukan maklumat yang cukup jelas tanpa sebarang keraguan agar tugasnya itu dapat dilakukan dengan tepat, berkesan dan juga kalau boleh tanpa meninggalkan sebarang jejak ataupun kesan
dua contoh 'tugasan' diatas memerlukan sesiapa juga majikan atau orang yang mengupah/membayar mereka menyebut nama mangsa/suspek satu persatu dengan jelas dan tepat, penuh yakin tanpa sebarang kesangsian mahupun agakan supaya tidak tersalah orang yang hendak diekori apatah lagi mahu ditamatkan riwayat hidupnya itu
satu lagi contoh biasa yang sering berlaku di kalangan masyarakat kita ialah apabila seseorang mahu membacakan sebarang jampi atau mentera dengan tujuan sebagai ubat pengasih, ubat guna2 dan sebagainya. sudah pasti nama orang yang hendak dituju itu disebut dengan jelas, tepat dan penuh yakin tanpa sebarang keraguan. ini supaya ubat guna2 mahupun ubat pengasih itu akan 'sampai' kepada orang yang dituju tadi
ok, sekarang mari kita bertanya kepada diri sendiri pula......
adakah aku sudah betul2 menyebut nama orang2 yang aku sayangi dengan jelas, tepat dan penuh yakin tanpa sebarang keraguan disetiap doa yang dipohonkan???
adakah aku menyebut satu persatu harapan dan keinginan yang ingin aku pohonkan kepada Tuhan untuk orang2 yang aku sayangi yang telah aku sebut nama mereka tadi satu persatu dengan jelas, tepat dan penuh yakin ??
sedangkan pembunuh upahan yang bertugas menamatkan riwayat hidup mangsanya itu diberitahu nama serta tujuan tugasan itu dengan jelas, tepat dan penuh yakin.....maka sudah tentu menjadi keperluan apabila kita menasihati serta mendoakan orang2 yang kita kasihi dengan menyebut nama mereka satu persatu sejelas2nya, setepat2nya dan seyakin2nya supaya doa & harapan kita itu diizinkan Tuhan untuk dpt menembusi tujuh petala langit serta tujuh petala bumi serta disebarkan keseluruh alam, agar orang yang kita doakan itu dapat juga menerima getaran harmoni yang Tuhan izinkan untuk sampai kepada mereka.
maka itulah suatu hubungan kasih-sayang harmoni yang tidak terkalahkan ....yang perlu kita wujudkan seberapa banyak mungkin jaringannya ke seluruh pelusuk alam semesta.....
catatan:
saya sebenarnya amat terkesan dengan ‘permintaan’ yang diutarakan oleh anak2 saudara yang nampaknya sudah semakin dewasa dan mula mencari arah & cita2 masa hadapan masing2
- Abg Adik ingin menjadi seorang kontraktor yang berjaya
- Aus pula ingin menjadi pekerja mahir serta mahu melanjutkan pelajaran keperingkat seterusnya
- Kay Yah pula akan menghadapi final year di tahun hadapan sebelum menjalani housemanship untuk melayakkan dia menjadi seorang doctor bertauliah
- Kak Tie juga akan berada di final year tahun hadapan sebelum dia boleh graduan akuantan
- Ijat pula mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat degree setelah tamat diploma baru2 ini
- Apis pula mahu menceburkan diri dalam bidang ketenteraan
- Syukri pula mahu menjadi seorang kontraktor Berjaya seperti Abg Adik
- Ayie pula mahu memulakan hidupnya kefasa yang baru setelah kehilangan bakal tunangnya tahun lalu akibat kemalangan jalan raya yang berlaku sehari sebelum kita menyambut lebaran
- Danie akan menghadapi stpm pada akhir tahun ini
bila mengenangkan anak2 saudara serta cita2 mereka, hati menjadi begitu sayu. Apakah yang terbaik yang boleh saya lakukan selain daripada member sokongan moral, wang mahupun kemudahan yang lain selain daripada menyebut nama mereka satu persatu disetiap doa yang dipanjatkan kepada Tuhan. Semoga Dia member rezeki yang luas lagi berkat kepada setiap daripada mereka kerana hanya Dialah saja yang terlalu amat menyayangi anak2 saudara dan hanya Dia yang dapat menyampaikan segala hajat & cita2 mereka
Subscribe to:
Posts (Atom)


_by_TRAPPIST_on_2013-11-15.jpg)














