Friday, 24 May 2013

Muamalat Dulang Emas




kita dilahirkan diatas dulang emas

kita tinggal di semenanjung emas

kita menjalani kehidupan di kawasan nusantara yang mempunyai banyak emas

emas
'emas'
"emas"

emas pada zahirnya ialah batu galian berwarna kuning berkilauan

'emas' bermaksud sebarang bahan galian yang sangat berharga. ada emas kuning (galian emas), ada emas hitam (minyak), ada emas putih (bijih timah), ada emas paun, ada emas india dan macam2 lagi

"emas" pula merujuk kepada pelbagai sumber rezeki yang sangat melimpah ruah yang tidak akan habis2. "emas" meliputi pelbagai sumber alam yang subur makmur sama ada di darat, udara, gunung, sungai mahupun  lautan. "emas" juga boleh dirujuk sebagai kedudukan strategik sesebuah penempatan dari segi perhubungan negeri2, antara negara2 jiran mahupun antarabangsa. "emas" juga melibatkan faktor2 X yang lain seperti kestabilan politk, sosio dan ekonomi, keselamatan, ketenteraman awam serta keterbukaan negara dalam menerima teknologi2 serta idea2 baru bagi meneroka bidang2 yang berpotensi untuk dimajukan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan dunia

yupp...sesetengah orang memang dilahirkan di atas "dulang emas"
tetapi semua dari kita sesungguhnya dilahirkan di dalam kawasan "emas"

nenek moyang amat kaya raya di zaman dahulu. namun dasar pecah-perintah yang dilaksanakan oleh penjajah telah memperosokan kebanyakan orang melayu ke kawasan2 pedalaman yang sangat terpencil, jauh dari bandar2 besar yang mempunyai banyak kemudahan asas serta peluang2 perniagaan, pelajaran serta pekerjaan kepada bangsa yang satu ini.




tapi penjajah mungkin terlupa bahawa nenek moyang juga telah mewariskan bumi emas kepada generasi bangsa melayu. tidak semua kawasan semenanjung emas ini dihuni oleh imigran2 dari luar. penjajah mungkin tidak perasan bahawa di kawasan pedalaman terpencil inilah terdapatnya timbunan "emas"  yang melimpah ruah menanti untuk diusahakan oleh orang melayu tadi.

walau dilahirkan dan dibesarkan di kampung terpencil, tetapi tidak terasa langsung apa2 kesusahan yang melampau sehingga berada di dalam kepayahan tahap gaban untuk mencari sesuap rezeki

pepatah - balik kampung tanam jagung itu bila diterjemah sebenarnya bermaksud tanah kampung itu sangat subur sekali. campak sahaja apa2 jenis benih, maka dengan amat mudah Tuhan izinkan benih itu bercambah menjadi pokok yang nantinya akan mengeluarkan buah atau hasil yang boleh dimakan atau dijual

you name it and you would get it..................jagung, kangkung, jambu batu, pisang, ubi kayu, keledek, mempelam, padi, kelapa...........
begitu juga dengan kolam, parit, sungai mahupun laut................udang, sotong, ikan semuanya ada........

yang pasti walau hidup di kampung pedalaman....kita tidak akan kebuluran melainkan jika tidak mahu bersusah payah bercucuk tanam mahupun menangkap ikan...itu pilihan sendirilah.......

walau tidak mewah tetapi boleh meneruskan kelangsungan hidup di tanah hujung dunia ini

jadi dasar pecah-perintah mengikut kawasan berdasarkan kaum itu tidak sepenuhnya berjaya

Muamalat



era pasca pru13 melihat satu lonjakan kesedaran yang luar biasa di kalangan bangsa melayu. jika dulunya kita masih boleh berkompromi membeli-belah di kedai2 milikan orang cina, tetapi sekarang akibat dari sentimen hangat yang dimainkan oleh orang2 tertentu, akhirnya sentimen itu membawa satu rahmat kepada orang melayu iaitu  kesedaran untuk menyokong rangkaian perniagaan orang melayu.

sudah terlalu lama rasanya kita menyumbangkan wang ringgt yang tidak terhingga kepada rangkaian perniagaan bangsa adik-beradik ini. sehinggakan pernah semasa berdiskusi dalam ruangan komentar Mistisfiles, kita mengatakan bahawa sejak dilahirkan sehingga dewasa, agak2nya jika dikumpulkan sudah beberapa ekor khinzir masuk ke dalam tubuh badan kita kerana sering saja membeli-belah dikedai2 yang tidak pasti status halal-haramnya.


jadi diatas kesedaran yang amat mahal hargannya ini, saya menyeru diri saya serta rakan2 sekelian supaya memberi sokongan padu kepada peniaga2 bangsa sendiri dalam membangunkan ekonomi (muamalat).
bidang yang sewajarnya dipelopori ialah peruncitan yang menyediakan keperluan barangan harian.

galakkan anak2 untuk berniaga sejak dari kecil, menghargai wang ringgit dan membelanjakannya pada barang2 yang diperlukan sahaja. sediakan buku kecil untuk mencatat wang poket yang keluar-masuk. belikan mereka buku2 yang memberi motivasi untuk membuka perniagaan sendiri, dedahkan mereka kepada ahli pernigaan yang berjaya supaya menjadi contoh tauladan, dedahkan mereka kepada ilmu2 selok-belok perniagaan.galakkan mereka mengambil kursus2 yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan dan perakauan sebagai pelajaran tambahan dan bukan hanya tertumpu kepada bidang sains dan professional sahaja. jika ada kursus2 jangka pendek yang dianjurkan oleh mana2 agensi atau pihak tertentu, galakkan mereka mengikutinya untuk memperolehi ilmu dan maklumat bagi mengembangkan kemahiran diri.

sudah tiba masanya anak2 diajar untuk belajar mengambil risiko membuka perniagaan. mereka boleh bekerja makan gaji diawal usia tetapi untuk mencari pengalaman sahaja dan bukan berniat untuk bekerja dibawah seliaan orang lain untuk selamanya

selalu bercerita kisah2 sahabat Nabi yang bersungguh2 dalam jihad ekonomi hingga sanggup mengorbankan kepentingan diri demi melihat ekonomi ummat Islam itu berkembang pesat dan juga digunakan sebagai medan dakwah untuk menarik para peniaga dan pedagang yang belum islam


selalu tekankan bahawa agama Islam sesekali tidak pernah menghalang ummatnya mencari kekayaan dan kemewahan asalkan hasil akhir ialah ketaqwaan dan keredhaan kepada Tuhan. dan bukannya untuk dibangga2 atau untuk kepentingan diri sendiri sahaja

jiwa bangsa melayu sebenarnya ialah jiwa pedagang. sebab itu ada dikalangan rakan2 yang merasa rimas untuk bekerja dibawah perintah orang lain kerana ia tidak selari dengan naluri hati mereka.

kesedaran, galakan dan sokongan keatas muamalat di kalangan bangsa melayu mesti diusahakan dengan sungguh2. jika selama ini kita belajar perniagaan dari orang cina yang rata2 hanya menumpukan kepada keuntungan duniawi, maka sudah tiba masanya kita pula menjadi pengajar kepada kaum cina bahawa hidup ini bukan hanya bertuhankan wang ringgit dan keuntungan semata2. bila ummat islam itu berjaya lagi kaya terutamanya  melalui rangkaian perniagaan tetapi masih mengekalkan ciri2 tawaduk, prihatin, sedeqah jariah, semoga ia menjadi asbab untuk bangsa lain mahu mendalami agama Islam. ada sesuatu yang lebih bermakna yang perlu mereka perolehi selain daripada kemewahan wang ringgit iaitu keselamatan iman di akhirat sana.

aduhai ....bersusah-payah membangunkan rangkaian perniagaan orang islam, ada juga manusia berhati hitam mahu menghancurkan usaha bangsa sendiri tetapi tidak pula diberi alternatif yang lebih baik...kasihannya bangsaku ....huhuhu...


Sudah Tiba Masanya Kita BOIKOT MYDIN ?




bagaimana dengan yang ini??



dan yang ini pula ??


dan yang ini??




dan yang ini??






Thursday, 23 May 2013

Kota Melaka Yang Kukuh, Para Pembesar Melaka Yang Jujur

kalau roboh kota melaka
papan di jawa kami hulurkan
kalau sungguh bagai dikata
badan dan nyawa kami korbankan


semasa memandu kereta, adalah menjadi kelaziman untuk selalu memerhatikan pelbagai jenis cermin yang tersedia pada kereta tersebut - cermin pandang hadapan, (front window), cermin pandang belakang (rear mirror), cermin sisi kanan dan cermin sisi kiri (side mirrors)

tumpuan utama sudah semestinya melihat cermin pandang hadapan kerana kenderaan sedang berlari laju menuju arah hadapan. namun melihat ketiga2 cermin sokongan sekali-sekala juga menjadi kewajipan agar kita sentiasa waspada terhadap sebarang objek disekeliling supaya dapat mengelak dari perkara2 yg tidak diingini dari berlaku

begitu juga dengan kelangsungan hidup dalam sesebuah negara. disamping kita bekerja keras setiap hari memerah tenaga mencari sesuap rezeki, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa prihatin dengan tahap keselamatan dan ketenteraman serta kedaulatan negara yang berterusan. waspada keatas sebarang ancaman yang boleh mengganggu-gugah kehidupan seharian dengan mengambil tahu sebarang perkara yang berlaku disekeliling kita. juga sentiasa belajar dari pengalaman masa lalu yang telah ditempuh oleh generasi terdahulu


oleh itu, cermin pandang belakang itu adalah seumpama perkara2 sejarah yang telah berlaku sekian lama. cermin sisi pula adalah seumpama perkara2 yang berlaku di sekeliling kita sejak akhir2 ini. cermin hadapan sudah semestinya bermaksud hala-tuju perjalanan sesebuah negara dari hari ke sehari - adakah keadaannya bertambah baik atau sebaliknya??



a) mari kita renungi perkara2 berikut:

1- kota kerajaan agung melayu champa dahulukala berjaya ditembusi musuh apabila pegawai perbendaharaan  termakan dengan gula2 kekayaan dan habuan yang dijanjikan oleh pihak musuh
** semudah itu untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang gagah dan kuat??

2- kota temasik berjaya dicerobohi apabila rajuna tapa membuka pintu kota kepada tentera majapahit
** semudah itu untuk menawan sebuah kerajaan yang dikelilingi oleh kota yang kukuh??

3- kota melaka berjaya dibedil dengan rakusnya oleh portugis apabila armada laut kerajaan melaka menghilang diri pada hari ke 3 peperangan sengit berlaku
** semudah itu sebuah pelabuhan yang kaya raya disebelah timur dapat ditumpaskan dengan mudahnya oleh musuh yang tidak seberapa kuat??



b) mari kita perhati pula perkara2 yang berikut:

1- tanah melayu dan orang melayu sudah tidak wujud lagi apabila british berjaya menubuhkan malayan union dengan memberi hak sama-rata kepada imigran2 yg didatangkan dari india dan cina. semuanya telah menjadi bangsa malaysia yang mendiami tanah malaysia

2- orang melayu serta keturunannya sudah hilang dari muka bumi akibat dari proses penghapusan etnik oleh komunis  yang sangat ganas dan kejam. mana2 orang melayu yang selamat terpaksa menyembunyikan identiti  diri menjadi bangsa selain melayu supaya selamat dari disembelih oleh komunis

3- orang melayu sudah tidak dapat hidup bersaing dengan bangsa lain dibumi sendiri apabila parti yang menang pru diwaktu itu iaitu dap berjaya memerintah negara ini pada tanggal 13 mei 1969. mereka terpaksa pula berhijrah kenegara2 lain kerana sudah tidak diterima sebagai warga negara malaysia. nasib orang melayu adalah seumpama orang rohingya di myanmar

4- negara ini sudah terjual kepada imf dibawah george soros pada 1998 apabila perdana menteri di waktu itu Tun M bersetuju berhutang dengan badan dunia itu akibat dari kegawatan ekonomi. tiada lagi kebebasan untuk membangunkan ekonomi mengikut acuan sediri. semuanya terpaksa mengikut telunjuk imf, yang kaya bertambah kaya, rakyat jelata hidup semakin melarat di tanah air sendiri atau mereka berhijrah kenegara2 jiran untuk mencari penghidupan yang lebih baik

5- kerajaan dibawah bn telah menjadi pihak pembangkang utama apabila kalah dalam pru12 pada tahun 2008. pihak pakatan rakyat pula menjadi peneraju utama kepimpinan negara dengan melaksanakan pelbagai pembaharuan seperti menghentikan seruan azan di semua masjid dan surau di seluruh malaysia, membenarkan gereja menggunakan kalimah Allah dan menyebarkan bible berbahasa melayu kepada semua rakyat malaysia terutamanya bangsa melayu, menggunakan wang zakat yang bernilai jutaan ringgit untuk membangunkan kuil, gereja dan rumah2 ibadat yang lain, mengecilkan jumlah kakitangan awam di jabatan2 kerajaan, memberi pendidikan percuma sepanjang hayat kepada rakyat jelatan serta banyak lagi perkara2 baik yang tidak dapat dilaksanakan semasa kerajaan bn memerintah negara sebelum ini

6- negara malaysia akhirnya telah menjadi sebuah negara republik mengikuti jejak langkah jiran mereka iaitu singapura dan indonesia apabila kerajaan bn telah berjaya ditumbangkan sepenuhnya dan umno pula telah berjaya dihukum sehancur2nya apabila kalah mati pada pru13 yang lepas. maka dari tarikh 06-05-13, tiada lagi demoraksi raja berperlembagaan serta hak2 istimewa melayu dan bumiputra di malaysia. semuanya sudah menjadi liberal dan bebas-sebebasnya untuk rakyat melakukan apa saja mengikut citarasa pihak pemerintah pakatan harapan rakyat yang telah berjaya mendapat mandat 100% dari peti undi untuk mengambil alih malaysia dan memaju negara kearah yang lebih gemilang seperti di singapura, usa dan israel. selamat datang republik malaysia -  malaysian malaysia!!

7- satu lagi sebelum terlupa............sabah pula berjaya dikucar-kacirkan oleh penceroboh kiram dan sudah menjadi padang jarak padang tekukur seumpama dilanggar garuda. negeri sabah sudah berjaya dipulangkan kepada pemiliknya yang hak setelah pihak pakatan harapan rakyat yang menang pru13 menunaikan janjinya kepada pihak kesultanan sulu kiram. maka komposisi baru republik malaysia kini adalah terdiri daripada semenanjung malaysia, singapura serta sarawak.


ok.....
sudah lama kita tidur
mari kita bangun
sudah lama kita mamai
mari kita segarkan diri
sudah lama kita diperbodoh
mari kita gilap kemahiran dan bakat diri
sudah lama kita diperlekeh
mari kita mantapkan jati diri
sudah lama kita dipermainkan
mari kita belajar semula pencak silat ilmu mempertahankan diri
sudah lama kita jauh dari Nabi
mari kita selalu berselawat kepada Baginda
sudah lama kita jauh dari Tuhan
mari kita jadikan Tuhan tempat mengadu segala doa dan harapan
sudah lama kita bergaduh sesama sendiri
mari kita mulakan langkah pertama menebal muka, menegur sapa, menyebar senyum, mengucap salam tak kira kamu itu parti warna apa.....

memang sudah tiba masanya..........................


Friday, 17 May 2013

Raja Matahari Benua Mu


pertama kali cikgu sri memperkenalkan raja matahari, hati rasa teruja.
hahh....ada raja yang bernama matahari ......??
kemudian cikgu sri memperkenalkan pula sebuah benua bernama Mu...
hhmmm.....namanya cukup singkat namun rasanya ia mengandungi suatu makna yang sangat mendalam

keasyikan kepada raja matahari dari benua mu bertambah menarik bila ia dikaitkan dengan suatu kawasan yang mendapat sinaran cahaya matahari di sepanjang tahun...

saya tidaklah bermaksud begitu taksub dengan raja2 dari zaman dahulukala dengan sering mengulang2i nama2 mereka.
sebagai generasi wechat, whapps dan keek, hati sangat teruja bila mengetahui nama2 yang terpahat kemas pada tulisan2 serta kajian ahli2 sejarah antarabangsa ada membuat andaian bahawa ada kemungkinan besar mereka berasal dari nusantara

begitu juga dengan raja perahu serta permaisuri hati kesayangannya itu
mereka dikaitkan dengan tanah punt yang mempunyai hubungan istimewa dengan raja2 mesir kuno

tanpa kita sedari, sama ada warisan mahupun tinggalan raja2 itu masih wujud sehingga kini
dan mereka tetap berada dalam kedudukan tersendiri dalam struktur masyarakat moden akhir zaman



aku masih ada raja rupa2nya............



raja memayungi rakyat.........



bukan seorang raja....tetapi aku ada ramai raja.....



raja berdaulat raja memerhati rakyat



raja tonggak agama raja yang alim



raja pada kedudukan tersendiri raja berperibadi



raja bertatasusila raja beradat budaya memelihara kesucian agama



raja prihatin raja memelihara rakyat



raja melayu raja yang masih ada sehingga kini


saling berjuanglah kalian semua demi sebuah kuasa memerintah negeri, negara dan rakyat
namun kalian perlu mengadap raja2 melayu terlebih dahulu demi sebuah watikah yang sangat didambakan selama ini
berbuatlah apa sahaja semahumu bila kuasa ada didepan mata
hingga kau boleh saja beraja di mata bersultan di hati
tapi kau harus ingat itu hanya raja dan sultan ilusimu sahaja
kerana raja2 dan sultan2  yang sebenar sering memerhati tingkah lakumu
apakah kamu itu amanah atau sebaliknya
maka laksanakanlah jawatan idamanmu itu dengan bijaksana lagi penuh taqwa












Thursday, 16 May 2013

Kelangsungan Hidup Di Semenanjung Emas


Menelusuri perjalanan kehidupan manusia lewat sirah Nabi2 dapat memperbetulkan banyak kemusykilan yang bersarang di minda dan jiwa.

Kita telah diberitahu bahawa perjuangan kehidupan manusia terkemudian adalah bermula selepas peristiwa banjir besar di zaman Nabi Noh AS.

Kemudian kita diperbetulkan tanggapan tentang kewujudan bangsa melayu dengan berhijrahnya keturunan Nabi Ibrahim pulang ke tanah asal bonda mereka bernama Keturah yang terletak di timur jauh.

Begitu juga kita diperingatkan bahawa Bapa segala bangsa kepada manusia yang wujud di zaman ini adalah Nabi Ibrahim AS.

Saya suka memetik cetusan2 idea dari perbincangan artikel terkini oleh sifu Al Semantani Jones seperti dibawah:

NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

--------------------------------------------------------------------

Tanpa Nama12 Mei 2013 2:17 PG
Melayu=orang
Sumerian=ur
Banjiar=urrangg

Alhamdulillah..semakin lama.. semakin tebuka pintu rahsia itu..

Tanpa Nama15 Mei 2013 11:27 PTG
Melayu = Mala + Ur ( orang )= orang Mala = disebut MalaUr = lama kelamaan disebut Melayu

--------------------------------------------------------------------
Tanpa Nama13 Mei 2013 1:26 PG
Ada sesiapa tahu Bangsa Nabi Ibrahim?

Al Semantani13 Mei 2013 3:44 PG
kalau tak silap saya bangsa akkadia atau sumeria jugak. 
tapi tidak ada dlm al quran ttng tempt dia lahir . 
yg ada ialah hadis israeliat dan dalam kitab old testament yg kata dia lahir di kota Ur. 

jadi berkemungkinan dia tinggal di zaman akhir tamadun sumeria ykni zaman peralihan dari sumer ke akkadia dan babilon. 

jika tamadun sumer diasas orng austronesia ibi bermakna nabi ibrahim telah balik ke tanah nenek moyangnya untuk berkahwin dgn keturah! puzzle makin terkait.

Tanpa Nama13 Mei 2013 9:20 PTG
Ok Bro..katakan memang betul Nabi Ibrahim adalah dari Bangsa Sumeria,dan bangsa Sumeria ada kaitan dengan sumeria.

Ok disini seperti apa yang kita ketahui,Nabi Ibrahim melahirkan bangsa Arab dan Yahudi.
So DNA Meditranean dalam DNA Melayu bagaimana pula?

Tanpa Nama14 Mei 2013 10:54 PTG
Allah Telah Menyatakan Bahawa Nabi Ibrahim as ialah bapa segala bangsa. 
Dia digelar sahabat Allah SWT. 
Nabi Muhammad digelar Kekasih Allah SWT.

Maka, dapat diketahui, Adam sehingga Ibrahim Hanya Satu Bangsa Sahaja. 
Selepas Ibrahim, maka pelbagai macam bangsa baru ada. 

Allah Menyatakan Adam Bapa Manusia. 
Adam hingga Ibrahim mempunyai semua dna bangsa dunia. 

Selepas itu baru dna itu dipecahkan. Itu tafsir para ulama. 
Ulama memang hafal pelbagai hadis. 

Kita nie ciput je. Wallahulam.
-----------------------------------------------------------------

Penjelasan diatas sangat membantu kerana ia membuka lembaran baru dalam memahami susor-galor diri sendiri yang masih menjadi misteri sehingga kini.


Untuk dapat berpijak teguh tanpa goyah di bumi nyata bukan semata2 bersandarkan kepada kekuatan fizikal sahaja. Setiap hari berdepan dengan 1001 perang psikologi yang datang dari pelbagai arah memerlukan minda mencari satu faktor X yang dapat memandu tenaga dan usaha mencapai matlamat perpaduan bangsa dan negara yang semakin nyaring laungannya di tanah hujung dunia ini.

Ia sudah semestinya perlu bermula dari diri kita sendiri supaya setiap doa, harapan, kata2, perlakuan, perbuatan dan segala usaha benar2 bermakna serta mempunyai roh tersendiri.

Salah satu faktor X itu ialah bila kita kenal benar dengar asal-usul bangsa sendiri, dari mana ianya bermula, siapa tok nenek moyang kita, dapat ditelusuri tanpa terputus2 dari dulu hinggalah kegenerasi kini. Mengetahui susur-galor aliran genetik diri sendiri dapat memberi satu roh kekuatan dalaman yang tak terkalahkan kerana aura perjuangan generasi dahulu dapat dirasakan kehangatannya mengalir ke setiap seluruh pelusuk kapilari darah di dalam diri.

Contoh terbaik yang pernah kita kenal di dunia maya ialah Shahi & Stalker yang kenal benar dengan darah keturunan salasilah keluarga mereka hingga dapat dijejaki jauh berkurun kebelakang. Mereka dapat melihat sendiri salasilah pokok keluarga yang disimpan rapi buat tatapan generasi  kemudian. Mereka juga dapat mengetahui dengan jelas perjalanan bangsa mereka dari dahulu kala sehingga kini termasuk bagaimana ahli keluarga terdahulu berjaya berhijrah dan bermastautin di tanah yang dijanjikan ini. Mereka juga diberitahu apakah tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terhadap tanah warisan raja matahari ini. Sejak kecil mereka dipantau dengan begitu teliti, diasuh dengan ilmu2 pertahanan diri yang sepatutnya serta dibekalkan dengan pengetahuan lengkap tentang tugas dan peranan terhadap diri, keluarga serta negara tercinta.

Diberitahu bahawa mereka adalah bergenetik yahudi dominan yang beriman serta bercampur dengan genetik melayu, maksudnya mereka adalah bangsa yahudi yang berdarah melayu aka Yahudi Mizrah.Mengetahui serta memahami dengan begitu jelas asul-usul diri menjadikan mereka watak2 yang sangat tegas berpendirian demi mempertahankan sebuah kelansungan hidup bangsa melayu di tanah bekas benua Mu ini.

***Nota: saya mengambil Shahi & Stalker sebagai contoh di mana apabila seseorang mengetahui asal-usul keturunan dengan jelas, mereka menjadi individu yg berkeyakinan tinggi dan mempunyai jati diri yg solid tanpa dapat digugah. Shahi & Stalker  tidak seperti kita (orang melayu), tetapi mereka adalah yahudi berdarah melayu yang beragama islam (yahudi mizrah). Blog Umat Terakhir berada dalam status hiatus, jadi tiada penerangan lanjut dapat diberikan tentang keturunan yahudi mizrah (yg beragama Islam) serta peranan mereka di malaysia.

Saya dan kita semua amat memerlukan 1001 kekuatan peribadi serta ketegasan prinsip seperti mereka untuk berhadapan dengan perjuangan menyatukan kaum dan puak sendiri di era WeChat, WhApps dan Keek.
Hidup hanya dengan mengetahui salasilah keturunan yang terputus2 ibarat layang2 terbang yang terputus talinya, merewang2 diudara tiada arah tujuan dan sampai masa mungkin akan jatuh ke bumi Begitu juga bila layang2 itu terbang dengan tali masih tergenggam kemas di tangan, layang2 akan dapat terbang lebih tinggi dengan penuh keyakinan.
Sedar ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi sangat yakin bahwa ia boleh dilaksanakan kerana kita telah pun berjaya mengharunginya pasca 050513 baru2 ini.


Saya benar2 mahu melihat kaum bergenetik malayu ini hidup bagai aur dengan tebing, bagai kuku dan isi, bagai irama dan lagu kerana inilah masanya yang ditunggu2 sejak sekian lama.

Saya dan kita semua wajib mengambil peluang keemasan ini bermula dengan niat memperbaiki diri semaksima mungkin dan kita sebar-luaskan kepada ahli keluarga, rakan2 sekerja, komuniti masyarakat hingga ke peringkat negara dan dunia amnya.

Inilah juga yang sedang dilakukan oleh si cantik manis Cik Srikandi melalui FB beliau, mengetuk batu jemala anak bangsa (menggunakan hammer yang sangat besar...??!!...) supaya sedar bahawa setiap dari kita ada peranan tersendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup warga warisan benua lemuria & atlantis ini.

FB CIK SRIKANDI


Penghargaan:-


Pertama sekali, terima kasih kepada Tuhan kerana disaat dan ketika ini memberi rezeki pelbagai ilmu dan maklumat terahsia yang selama ini disimpan dan tersimpan kemas untuk generasi terkini bangsa malayu.

Keduanya, terima kasih tidak terhingga kepada sifu2 maya yang tidak henti2 berkongsi pengalaman dan hasil kajian tentang bangsa terahsia yang semakin terserlah dari hari ke sehari.


Ketiganya, terima kasih dan penghargaan teristimewa buat teman2 maya yang saling sokong-menyokong, bantu-membantu, bahu-membahu dalam mencantumkan puzzles yang berserakan disana-sini diseluruh pelusuk negeri, negara dan dunia.


Tidak lupa jutaan terima kasih kepada ibu-ayah, adik-beradik, sanak-saudara dan teman-teman yang tidak jemu2 memberi ruang dan peluang berbincang mengembangkan butiran mutiara ilmu dan maklumat agar ia menjadi lebih berkilau menyinari alam buasa ini.

Saturday, 27 April 2013

Kepelbagaian Adalah Kekayaan


Malaysia is truly asia
Saya kira ia kurang tepat
Malaysia is truly world
Ini lebih sesuai kerana kepelbagaian yang Tuhan pinjamkan di bumi semenanjung tanduk emas ini terlalu rencam sifatnya

Saya mahu mengenali diri sendiri – susur-galor keturunan saya
Saya mahu mencari bangsa saya – asal-usul leluhur genetik saya
Saya mahu mengetahui negara saya – dari mana bermula dan siapa penduduk asalnya
Saya mahu mengerti kehidupan disekeliling saya – gerak warga, sepoi bahasa, lenggok budaya, anutan agama, semua dan segalanya yang mengandungi seribu satu misteri tak terungkai kerana aku hampir saja sesat dalam kepelbagaian yang paling kaya yang pernah wujud di matrik maya dunia

Dari mana aku mahu bermula ??
Bagaimana aku mahu menafsir ??
Sudut mana mahu aku ambil analogi kiasannya ??

Kepelbagaian mempunyai beribu sekolah pemikiran (school of thought)
Kerencaman umpama sebuah istana beribu bilik
Setiap bilik membawa sekolah pemikiran berbeza
Diantara bilik terwujud hijab matrik halunisasi

Aku nampak kamu dimata zahir
Kamu juga nampak aku melalui mata zahir mu
Namun aku dan kamu sebenarnya berhidup di dalam matrik tersendiri, bernafas mengikut rentak sekolah pemikiran ku dan sekolah pemikiran mu, masing2 berada di dalam bilik maya ku dan bilik maya mu...terpisah kita dari segi emosi rasa dan lakaran minda walau bertentangan mata di alam zahir dunia


Mari kita mulakan dari acuan bangsa

Sedangkan malayu asalnya adalah campuran bangsa mala bonda keturah serta bangsa dari nabi ibrahim, maka setelah berasimilasi disepanjang perjalanan pulang ketanah nenek-moyang, juga terasimilasi di tanah hujung dunia – maka malayu itu sudah bercampur-baur sifatnya

Maka selepas merdeka zahiriah 31 ogos 1957, maka malayu itu bergaul dan bermesra pula dengan warga tanah besar cina serta warga benua india

Dan sehingga kini warga2 dari serata dunia itu sudah sampai ketanah sebelah sini
Dan disini jugalan terlahir generasi baru malayu hasil kacukan indonesia + nepal + bangla + pakistan + india + filipina + brunei + arab + kemboja + myanmar dan seribu satu campuran genetik dari etnik2, suku2 kaum dan bangsa2 yang mungkin tidak akan terwujud ditempat2 lain

Bangsa yang berbeza membawa sifat keperibadian berbeza bergantung pula kepada campuran genetik yang mengalir di dalam tubuh zahirnya. Pelbagai rupa, wajah, perwatakan akan terpancar dari dalam diri warga. Bangsa keturunan yang berlainan membawa bersama adat budaya, bahasa peruturan, perangai serta sikap yang berlainan juga.

Terkadang pula, adik beradik yang keluar dari rahim ibu yang sama, dari genetik ayah yang sama, boleh saja mempunyai wajah yang berlainan sekali - satu muka kecinaan, satu muka kejawaan dan satu lagi muka kearaban - maka keluarga itu mempunyai wajah2 dari muka yang antarabangsa sifatnya.

Dan yang paling istimewa sekali ialah bila berlakunya percampuran genetik diantara cina dan india, maka anak keturunan itu seakan2 melayu rupanya dan sawo matang warna kulitnya. maka semoga islamlah agamanya agar ia selamat sejahtera selamanya.

Maka aku menarik nafas panjang…………….ya Tuhan……rencamnya jenis2 bangsa yang Engkau rezekikan mereka untuk berhidup di tanah bertuah ini


Mari kita selidiki dari segi pertuturan bahasa

Saya mengambil bahasa sebagai salah satu faktor dalam kepelbagaian ini kerana saya sendiri hampir lemas berhadapan dengan 1001 rencam dialek yang dipertuturkan oleh warga malaysia.

Sudahlah malaysia yang kecil ini terdiri dari banyaknya negeri2 termasuk sabah dan sarawak. setiap negeri itu pula mempunyai loghat tersendiri dan itu tidak termasuk loghat2 orang2 asli serta sekian banyaknya etnik2 bumiputera yang menduduki wilayah borneo.

Mungkin saya lebih terdedah kepada warga cina dan india di alam persekolahan, maka agak sukar bagi saya untuk menyesuaikan diri bila berhadapan dengan warga malayu yang bertutur pekat likat mengikut loghat negeri masing2. Sebut saja.....loghat kedah, perak, kelantan, pahang, johor.................bidayuh, kadazan, melanau, negrito.................itu belum termasuk loghat dari negara seberang...........loghat acheh, jawa, solo, batak...dan 1001 loghat yang terdapat di nusantara.

Juga perlu diambil kira loghat warga cina - kantonis, hakka, mandarin, hokien, hailam............termasuk juga loghat warga india - tamil, malayalam dll. dan perlu dimasukkan juga loghat orang putih ala england, ala usa, ala australia, mahupun loghat english ala pua chu kang singapura.

Dan kita juga perlu masukkan bahasa melayu yang terdiri dari pelbagai slang - slang bangla, slang indon, slang cina, slang tamil, slang pakistan sehinggakan terkadang kita sendiri sudah lupa bagaimana mahu berbicara menggunakan bahasa melayu yang betul seperti yang asal dan asli.

Satu perkara yang menjadi kerugian ialah sistem pendidikan serta skeptikal masyarakat menjadikan kita terlepas peluang untuk mempelajari bahasa2 utama lain di malaysia - mandarin dan tamil. sudah menjadi lumrah adat pecah dan perintah serta konsep sekolah jenis kebangsaan untuk mewujudkan jurang berbezaan diantara bangsa2 utama ini - maka tiada galakan formal untuk warga melayu terutamanya mempelajari bahasa2 tersebut.

Sedangkan lidah melayulah yang paling fleksibel Tuhan pernah jadikan dialam ini untuk begitu fasih berbicara menggunakan bahasa2 yang berlainan. Anda kenal Mahadir Lokman..?? Mulut kecil comelnya itu amat petah berbicara, bertukar2 tune berselang-seli bertutur dalam pelbagai bahasa berbeza contohnya sewaktu menjadi pengacara majlis semasa tilawah al quran antarabangsa.

Ramai warga melayu yang fasih berbahasa arab  serta dapat membaca Al Quran dengan begitu baik sekali - tersusun cantik dan tertib tajwid, makraj,  taranum sambil memahami maksud setiap ayat yang dibacakan itu. Contohnya ialah qari terbaik malaysia al marhum dato' hj Ustaz Ismail Hashim. begitu juga qariah puan hajjah  Rogayah Sulung, qariah puan hajjah Faridah Mat Saman, qariah sdri Sharifah Khazif Fadzilah.dan ramai lagi.



Contoh lain yang kita boleh kenali ialah melalui penyanyi2 warga melayu kita yang nampak lebih merdu dan amat fasih bila menyanyi dalam bahasa selain dari bahasa melayu.
Saya lebih mengenali Yuna melalui filem the croods bila dia membawakan lagu shine your way, juga melalui filem savage semasa Yuna membawa cover the beatles iaitu here comes the sun. Yuna lebih merdu bila menyanyi dalam bahasa inggeris style ala2 amerika.
Saya juga lebih mengenali shila amzah bila dia menjuarai asian wave 2012 di cina. kepetahan shila membawa lagu dalam bahasa inggeris, melayu dan cina membuatkan semua juri2 disana terpukau bila shila  bukan sekadar menyanyi dalam bahasa2 berkenaan, tetapi juga faham akan maksud serta menjiwai  makna lagu2 tersebut.
Juga bila mendengar lagu2 dato shake dalam bahasa perancis, lalu hati terdetik untuk mengatakan bahawa dato shake adalah lebih sedap didengar lagunya dalam versi perancis dan dia memang menjiwai lagu2 perancisnya disamping terlalu fasih pertuturan serta sebutan bahasa perancisnya itu.

Oleh itu galakkanlah anak2 kita untuk mempelajari sebanyak bahasa lain semampu dan sedaya upaya mereka kerana kaya bahasa merupakan suatu bentuk kekayaan diri juga.


Mari kita lihat dari lensa latar belakang kehidupan

Sedari dulu warga nusantara itu bergerak bebas dari pergunungan hutan belantara, ke sungai dan tasik, ke lautan samudra serta kemerata dunia. Menjadi kelaziman kepada datuk nenek di zaman dulu pergi ke mekah menunaikan haji menaiki kapal haji.

Latar belakang kehidupan membawa maksud dari sudut lokasi geografi serta kedudukan sosia ekonomi. Walaupun diusahakan agar warga tanah melayu selepas merdeka itu terpecah kepada tiga lokasi utama mengikut komposisi kaum, namun geografi tanah semenanjung yang unik ini sukar untuk menyokong usaha sulit pecah dan perintah itu. Cina di bandar, melayu dikampung dan india di estet mungkin hanya terlaksana di zaman sejurus selepas merdeka sahaja.

Wajah geografi di zaman ini sudah berbeza. Cuma mungkin dari segi kepelbagaian rekabentuk dan keselesaan yang menjadi kelainan. Dari perkampungan orang asli, kampung2 tradisional, kampung2 baru, kampung2 pinggir bandar, rumah2 kos rendah, rumah pangsa, perumahan rakyat,  pangsapuri, kondominium sehinggalah ke kawasan2 elit seperti di bangsar, ttdi, kota kemuning serta kawasan tanah2 persendirian – warga malaysia serta warga pendatang hidup bertebaran saling  berjiranan bergaul sesama sendiri.

Akibat kebanjiran warga asing yang begitu menyukai malaysia sebagai tanah emas,  maka terwujud pulalah penempatan oleh warga tertentu seperti nigeria, filipina, jepun, acheh dan sebagainya. Tidak perlu untuk kita menjelajah ke setiap negara jika hanya mahu bersua dengan pelbagai bangsa, mereka Tuhan datangkan hingga kepintu rumah kita menjadi tetamu serta kawan dalam kehidupan seharian.



Mari kita lihat dari latar belakang pendidikan yang mencorak sekolah pemikiran setiap warga

Ilmu dan maklumat terlalu mempengaruhi sikap dan keperibadian setiap manusia. Adik-beradik dari seibu  seayah boleh saja membesar dan dewasa menjadi individu yang berlainan bergantung kepada pendedahan awal  yang diterima sejak dari kecil lagi melalui alam persekolahan masing2.

Seorang  bersekolah pondok, belajar hingga ke mesir dan bekerja menjadi ustaz di sekolah agama, seorang bersekolah cina, belajar ke kolej swasta, pergi ke jepun menjalani latihan dan bekerja sebagai akauntan dalam sebuah glc, seorang bersekolah kebangaan biasa, belajar di ipta mengambil jurusan sejarah, bekerja sebagai penyelidik di sebuah badan kerajaan……………….kebiasaanya mereka mempunyai pandangan hidup serta pemikiran yang berbeza.

Mari kita gabungkan pula dengan warga cina, warga india, warga orang putih, warga afrika, warga jepun serta segala warga lain yang datang dari pelbagai jenis aliran pendidikan yang pelbagai – sekolah persendirian, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah missionari, sekolah antarabangsa, sekolah swasta elit dan juga yang tidak bersekolah langsung (sama ada tiada peluang atau diatas sebab2 yang tertentu). Maka walhasil dari pendidikan sekolah2 yang berbeza mewujudkan pelbagai jenis pemikiran warga berbeza yang nantinya mungkin menjadikan mereka itu hidup berhijab dan terhijab di dalam alam misal tersendiri, dalam bilik2 tersendiri dan dalam matrik2 mereka sendiri.

Ini termasuk juga dengan warga yang melanjutkan pelajaran keluar negara – ke merata pelusuk dunia – jepun, taiwan, cina, hongkong, amerika, kanada, australia, rusia, britain, belanda, perancis, mesir, turki…………………………dan semua negara…maka pendedahan yang mereka terima mengikut negara masing2 mencorakkan pemikiran yang berbeza2 kedalam minda mereka.

Sekolah pemikiran yang pelbagai boleh saja menjentik persepsi yang pelbagai, perasaan yang pelbagai dan tindakan yang pelbagai daripada warga yang sememangnya pelbagai ini. Satu cara yang paling selamat untuk berhadapan dan menghadapi warga yang mempunyai pelbagai latar belakang pemikiran itu ialah diplomasi yang tinggi.

Bukan tujuan kita mahu mencari musuh, tetapi keselesaan bergaul dan berkomukasi itu yang menjadi tujuan utama disamping diri sendiri wajib mempunyai pendirian yang teguh dan kukuh bersandar kepada ilmu dan maklumat yang benar.

Dunia tanpa sempadan menjadikan setiap sekolah pemikiran bertambah kompleks maka pemahaman dan diplomasi sudah tentu menuntut tahap yang tertinggi agar kita tidak lemas lalu tenggelam dalam lautan pemikiran yang terlalu rencam ini.


Mari kita lihat dari segi anutan spiritual

Sejarah realiti memberitahu bahawa nenek moyang nusantara itu terlalu spiritual orangnya, taat dan yakin kepada Tuhan Yang Satu, beradat budaya bersandar amalan agama, menjadi pendeta kepada pelbagai bangsa sehinggalah agama kebenaran  itu tiba di dunia nyata maka nenek moyang beramai2 menerima Muhammad SAW Yang Mulia dan menukar anutan kepada agama Islam yang sudah sempurna khas untuk ummat akhir zaman.

Itulah satu nikmat tertinggi anugerah Tuhan Yang Esa kepada kita semua. sinar Islam itu sudah terpahat kemas di dalam hati terlebih dahulu sebelum bangsa2 penjajah missionari itu sampai ke dunia sebelah sini. Namun era selepas merdeka tetap memberi tempias yang bukan sedikit akibat dari kebanjiran warga benua lain yang datang berhijrah lalu bermastautin di tanah hujung dunia.

Memandangkan warga malaysia itu terdiri dari pelbagai bangsa, budaya dan anutan agama, maka disekeliling kita sudah biasa dengan pemandangan masjid2 kecil dan besar, surau2, gereja, kuil budhda, kuil hindu, rumah ibadat gudhawara yang seakan2 masjid, kuil2 kecik dirumah2 orang cina dan india  dan yang seumpamanya.

Dari rumah ibadat dan pelbagai anutan, maka wujud pula pelbagai upacara keagamaan yang diberi pula cuti umum kepada seluruh rakyat malaysia.  Dari awal muharram, maulud nabi, nuzul quran, hari raya aidil fitri, hari raya qurban, hari wesak, deepavali, tahun baru cina, tahun baru tamil, tahun baru punjabi, krismas, thaipusan, hari ester…………menjadikan kita lebih peka kepada kepelbagaian anutan berdasarkan kefahaman spritual yang berbeza2.

Satu perkara yang membuatkan saya terkilan adalah tidak menggunakan peluang keemasan semasa bergaul dengan warga dari anutan yang lain untuk mereka lebih mengenali Islam agama yang benar ini. Realiti bahawa semangat dan jiwa untuk berdakwah itu kosong dan tiada definisinya dalam kotak pemikiran. Yang tinggal hanyalah kefahaman bahawa aku ini melayu yang beragama islam secara keturunan. Titik. Yang ada hanyalah pemikiran bagaimana untuk aku survive dalam melaksanakan amalan agama ditengah2 warga yang berlainan bangsa dan anutan ini.

Disamping itu kita dilanda dengan gejala black metal, hippies serta budaya kuning yang agak meruncing menjadikan anak2 muda juga orang dewasa terjebak ke dalam agama anutan baru sekular, liberal, plural dan sebagainya.



Mari kita lihat dari sudut sosio ekonomi

Warga nusantara melakukan pelbagai kerja terutamanya dalam perniagaan antarabangsa. Menjadi tuan kepada ladang-ladang dan tanah pertanian, tukang2 besi logam emas, perkapalan serta seribu satu aktiviti perekonomian. Berhubung dengan warga yang datang dari pelbagai negara,  menguruskan pelabuhan terkaya didunia menjadikan nenek moyang kita bijaksana, sentiasa kreatif berfikir mencari jalan terbaik berdiplomasi diantara suku2 etnik, serta bangsa2 dari seluruh dunia.

Selepas tarikh 31 ogos 1957, agak ketara bahawa kemegahan itu seakan hilang tidak bersisa. Ia hanya menjadi warisan keluarga seputar sahaja. Maka yang menonjol adalah cina berniaga kaya di bandar2 besar, melayu bertani dikampung2 terpencil, india menoreh getah diestet dan di ladang, juga melayu2 yang menjadi peon aka budak pejabat sahaja.

Namun taqdir manusia itu tiada siapa yang tahu selain dari Yang Maha Esa. Usaha bukan sedikit telah, sedang dan akan dilakukan dalam menyeimbangkan semula struktur sosio ekonomi warga semenanjung emas ini dalam berkongsi kek kekayaan bersama warga asing yang begitu menggemari dan mencintai malaysia sebagai periuk nasi utama mereka.

Maka dari usaha gigih itu terlahir warga yang menjalani pelbagai bentuk pekerjaan dan pendapatan mereka. Dari taukey2 perniagaan, pekerja, guru, tukang sapu, peniaga warung, pencuci tandas, penebar roti canai, tokoh2 konglomerat ……………..semuanya sedang menikmati pinjaman Tuhan yang sementara keatas rezeki mereka di tanah subur dan makmur ini.

Cuma satu perkara yang masih membelengu kita semua iaitu sistem riba. Saya sering tertanya2, orang islam nampak sudah ramai  yang kaya-raya, namun mengapa umat islam dan agama islam itu masih belum nampak gah dari segi ekonomi??

Mungkin salah satu faktor ialah rata2 kita masih berhutang dengan bank, lagi besar pendapatan bulanan, lagi besarlah rumah, kereta dan perbelanjaan harian, maka lagi banyaklah hutang perlu dilangsaikan kepada bank. Maka yang berduit banyak – masih tersangkut dengan masalah kewangan mereka, apatah lagi yang berduit sedikit lagilah banyak lagi masalah mereka. Nampak banyak juga usaha dilakukan untuk menaiktaraf ekonomi warga, namun hasilnya masih belum membanggakan – ada kejayaan yang sudah dicapai, namun usaha berterusan sudah tentu perlu dilakukan demi kelangsungan ekonomi warga jelata.


Mahu kita lihat dari sudut mana lagi agaknya….kekayaan kepelbagaian warga semenanjung tanduk emas ini??


Kepelbagaianan makanan dan minuman

Ahh….usah disebut pasal makan-minum, orang malaysia sedang hidup disebuah syurga, setiap hari memanja diri dengan berjenis santapan yang enak, murah, mewah, dari warung2 tepi jalan, kedai mamak kesayangan, kopitiam, kedai makan, restoran, hotel2 atau masak saja dirumah….semuanya enak2 belaka walaupun hanya roti canai dan teh tarik saja..


Kepelbagaian budaya, tarian, nyanyian

Ahh….warga malaysialah yang paling open-minded sekali, korea, jepun, sepanyol, maxico, indonesia, bollywood, hollywood, cina….sebut apa saja……kita boleh terima semuanya dari filem, muzik, lagu, tarian, nyanyian..semua dan segalanya.
hahah....anda biasa tengok tarian naga sewaktu  tahun baru cina??
Anda  kenal dengan uncle Ramli Ibrahim yang terkenal dengan tarian klasik india odissinya??


Kepelbagaian fesyen

Hhmm………..pelbagai festival fesyen diadakan di tanah bertuah ini. Pereka fesyen dalam pelbagai bidang juga berasal dari sini….jimmy choo, rizalman ibrahim…………walau tak seindah kota paris…tapi warga malaysia mudah menerima pelbagai citarasa fesyen dan gaya


Masjid Besi Putrajaya

Kepelbagaian dalam pemahaman beragama

Seorang peserta seminar yang membincangkan tentang agama islam merasa amat terkilan dan risau apabila melihat gelagat peserta2 lain yang masing2 mahu mempertahankan hujan sendiri daripada cuba untuk memahami penjelasan orang lain walaupun mereka semua mempunyai latarbelakang pendidikan agama.

Namun harus diingat, institusi  pengajian agama sebelum merdeka itu amat berlainan daripada yang ada di masa sekarang. Zaman dahulu kita belajar secara bertalaki iaitu membaca kitab kuning mengadap guru disertai dengan penjagaan adab2 diantara guru-murid serta sesama murid. Namun cara sedemikian sudah kurang diamalkan bila kita melalui sistem pendidikan moden sama ada dalam aliran biasa mahupun aliran agama.

Sesiapa yang mengikuti aliran agama juga boleh datang dari pelbagai latar-belakang – belajar agama di uni amerika mengadap guru2 berfahaman orientalis, belajar agama di iran mahu pun india, belajar pondok di indonesia, belajar agama di uni timur tengah – mesir, jordan, syria, belajar agama di uia malaysia dan bermacam2 lagi.

Perlu diingat juga aliran agama juga boleh datang dengan pelbagai pengaruh – kebaratan, syiah, wahabi, kaum muda, sufi, feqah, militan, moden, ahli sunnah wal jamaah dll

Maka walaupun seseorang itu berpendidikan agama, perlu diselidiki susur-galor tempat pengajian serta guru2 yang mengajar mereka, juga bidang pengkhususan yang diambil semasa mereka belajar.

Yup....pengajian agama dari sekolah pemikiran yang berbeza boleh saja menjadikan warga2 berpendidikan agama ini mempunyai persepsi yang berbeza pula terhadap sesuatu isu dan permasalahan.





Maha Suci Tuhan yang menciptakan 1001 kepelbagaian di tanah hujung dunia

Kepelbagaian yang pada asalnya dijangka mahu digunakan sebagai senjata pecah-perintah agar warga asal tanah ini terhapus hilang dari muka bumi, namun Tuhan taqdirkan kepelbagaian itu sebagai sumber ilmu pengajian, agar pemikiran warga ini dapat belajar dan menangkap gerak-rasa perubahan dunia persekitaran dengan lebih peka lagi.

Kepelbagaian yang sangat rencam ini menjadikan struktur masyarakat kita amat kompleks. Sudahlah watak bangsa melayu itu sendiri adakalanya sukar untuk dimengerti, ditambah lagi dengan 1001 pengaruh luaran dan dalaman, menambahkan lagi rasa dan perisa kepada tingkah-laku mereka yang semakin mencabar untuk ditelah. Ia menjadikan negara bangsa malaysia itu berlapis2, berbilik2, bermatrik2, berhijab2 diantara alam fana dan alam maya. Contoh kecil ialah secara mata kasar, kita diperlihatkan dengan tiga bangsa utama, kemudian diikuti dengan bangsa2 pendatang yang lain, kadangkala kita terlupa dengan etnik2 asli yang mendiami serta menjagai warisan terulung hutan hujan khatulistiwa, begitu juga dengan orang2 bunian yang turut sama mendiami tanah bertuah ini.

Dalam konteks orang melayu, kita selalu bergaul dengan rakyat kebanyakan, bagaimana pula dengan kerabat diraja dan sultan2 yang ramai itu, bagaimana dengan para elit yang yang hidup secara ekslusif kurang bergaul dengan orang ramai, bagaimana dengan sekian banyaknya anak2 kecil dan remaja di rumah2 kebajikan, rumah anak2 yatim, bagaimana dengan orang2 kampung pedalaman yang jarang pergi ke bandar serta jangan lupa, bagaimana dengan tok2 guru pondok serta sekian banyaknya murid mereka yang menjalani kehidupan sederhana di hujung kampung, tenang dan damai menjalani rutin harian mengabdi diri kepada Tuhan sambil selalu berdoa akan keselamatan negara tercinta......

Negara malaysia ini kecil sahaja saiznya, berkali ganda lebih kecil dari tanah besar cina, namun segala macam bangsa serta campuran dari bangsa2 itu ada disini menjadikan tanah hujung dunia ini is truly world....

Hidup dalam persekitaran kepelbagaian yang terlalu maksima ini sesungguhnya amat memeningkan batu jemala, ia seumpana desiran ombak yang sering datang dan pergi tanpa henti sehinggakan ….sekali air bah….maka sekali lagilah wajah pantai itu akan berubah.



Kepelbagaian memaksa kita untuk terus berlari seumpama kanak2 bermain layang2 ditepi sawah padi. Angin yang kuat menderu terus-terusan menerjah lelayang di awangan yang tinggi, kanak2 perlu memegang erat talian layang agar ia terus terpegang kemas di genggaman tanpa hilang dibawa pergi oleh angin yang bertiup kencang itu

Walau kanak2 riang berlari, namun kaki perlu kukuh berpijak di bumi agar tidak tersandung batu lalu jatuh kesakitan, lutut berdarah merah....memungkinkan lelayang terlepas dari genggaman tangan......jangan biarkan itu terjadi sayang................


Sedarilah kepelbagaian ini
Pelajarilah kepelbagaian ini
Selami dan hayatilah kepelbagaian ini

Kitalah diantara yang mewarnai kepelbagaian ini
Maka seharusnya kita pegang dan kuasai kepelbagaian ini
Semoga lebih tunduk tawaduk kepada keEsaanNya
Supaya lebih bergantung harap hanya kepadaNya
Agar lebih selalu ingat kepadaNya

Maka kepelbagaian itu memberi manfaat dan kebaikan kepada kita semua
Demi kelangsungan diri, agama, negara dan generasi seterusnya
Semoga kita selamat di matrik maya dunia hingga ke matrik kekal disana

Thursday, 25 April 2013

Darah Kehidupan

Ya Tuhan...

~jagailah pandangan mataku
~tajamkanlah "pandangan" mataku
~bersihkanlah pandangan "mataku"
~murnikanlah "pandangan" "mataku"



Melihat seseorang manusia....

~ sekali pandang 
----nampak sesusuk fizikal zahir - hidungnya mancung bak seludang kelapa, pipinya mulus nan pauh dilayang, bibirnya merah bak delima batu, rambutnya ikal bak mayang mengurai......badannya sasa bak badang, bertahi lalat dipipi, berlesung pipit senyum manis menawan...


~ dua kali pandang 
----nampak riak muka kilasan cetusan rasa serta lenggok badan (body language) tafsiran dari fikiran yang menerawang


~ tiga kali "pandang" 
----merasa dan terasa 'body chemistry' yang sampai dan disampaikan kepada kita, adakah dia sebenarnya betul2 jujur dgn kita atau adakah dia mahu mempermainkan kita..........


~ empat kali "pandang" 
----di dalam dirinya itu bergetar degupan jantung yang Tuhan masih rezekikan untuk mengepam darah merah yang mengalir menjadi manifestasi kehidupannya
----di dalam dirinya berlegar aliran tenaga membawa pelbagai mesej dan maklumat dari minda keseluruh anggota tubuh zahirnya
----dari dalam dirinya terjana aura tenaga menifestasi peribadi misteri yang tersembunyi
----ke dalam dirinya terserap tenaga pelbagai dari sekeliling kehidupannya,  sama ada yang baik mahupun yang tidak baik bergantung kepada kekuatan dalaman yang empunya diri



~pandanglah dan "pandanglah" berkali2 dengan matamu serta melalui "matamu"

----dirimu, diri orang2 yang kau kasihi serta diri orang2 disekelilingmu

----adanya darah kehidupan yang mengalir
----adanya tenaga kekuatan yang menjana
----adanya aura kewarasan yang membara

Saturday, 13 April 2013

Asimilasi Di Hujung Dunia



Asimilasi ini berlaku.....

di tanah hujung dunia......
di tanah semenanjung tanduk emas
di tanah kepulauan melayu
di tanah semenanjung si jantung hati
di tanah srivijaya
di tanah zabag
di tanah punt
di tanah yang dahulunya dipanggil benua mu
di tanah dari tinggalan raja matahari yg mendapat gelaran maatheru oleh orang mesir purba
di tanah yang mendapat sinaran matahari di sepanjang tahun
di tanah dari warisan raja perehu dan permaisuri ati
di tanah yang dijanjikan (promised land)



di tanah masih tersimpan kemas harta melimpah ruah di pergunungan ledang
di tanah kota gelangi masih mendiamkan diri menyimpan sejuta misteri
di tanah birunya air tasik cini menjadi lubuk permainan anak2 naga
di tanah tebalnya hutan hujan khatulistiwa menjadi perkampungan orang asli serta warga bunian
di tanah bersemadinya perak man
di tanah waris raja berpotoh naga berada
di tanah terletaknya piramid2 melayu gagah berdiri dicelahan banjaran titiwangsa
di tanah terdapatnya tinggalan tapak loji peleburan dan pemprosesan besi & logam purbakala
di tanah yang pernah diperintah oleh preston john
di tanah nenek moyang raja2 mesir
di tanah para ahlul bait membawa diri menyelamatkan aqidah yang benar
di tanah yang menjadi tempat laluan pergerakan manusia sejak dari dahulu kala
di tanah yang diduduki oleh master race yang sering disebut2 oleh para penganut new age religion
di tanah yang dipercayai berasal dari benua atlantis & lemuria
di tanah yang menjadi rebutan dan igauan kawan serta lawan
di tanah di mana lee kuan yiew masih berangan untuk menjadi presiden walaupun untuk sehari


di tanah yang penuh dengan kekayaan serta kemakmuran
di tanah bagaikan seorang anak gadis pingitan ayu mayu bermata kuyu idaman para jejaka
di tanah yang masih wujud aqidah ahli sunnah wal jamaah
di tanah darah merah pejuang berjiwa wali mengalir menentang penjajah di seluruh pelusuk negeri
di tanah pihak missionari jesuits bergiat cergas mahu menukar aqidah warganya menyembah tuhan trinity



di tanah yang menanti dengan penuh debaran apakah nasib dirinya menjelang awal mei 2013
di tanah yang suhu serta emosi warganya semakin panas dari hari ke hari
di tanah yang juga hujan lebat luar biasa sering turun di petang hari membawa banjir kilat di bandar2 besar
di tanah yang tidak pasti sama ada 13-5-13 menjanjikan sebuah kedamaian ataupun kekalutan
di tanah yang menjadikan zionis tidak pernah leka merangka pelbagai taktik & strategi utk menguasainya
di tanah yang terlalu rencam sifat, watak serta keperibadian warganya
di tanah di mana Islam itu akan bangkit dan tidak akan kalah kalah lagi



dan tanah ini diberi nama malaysia...............
kita adalah warga malaysia

kitalah yang sedang menduduki tanah bertuah ini
kita masih sedang menghirup udara percuma pemberian Tuhan ditanah kebanggaan ini
kitalah yang sedang berasimilasi secara evolusi di tanah berkat ini
dan kita jugalah yang sedang berhadapan serta menghadapi pelbagai cubaan, ujian, susah-payah, sedih-duka-gembira akibat dari asimilasi berat ini
ambil peluang proses asimilasi hebat ini
walau jiwa sering menjerit kesakitan, sapukan ubat ketabahan ke lubuk sanubari
biarkan air mata mengalir lalu kita menangis teresak-esak seumpama anak kecil yang mencari ibunya
walau jiwa seakan punah dan hancur akibat dari asimilasi perit ini, waraskan minda demi secebis tenaga murni yang masih tersisa


kita terlalu sayangkan tanah ini
kita terlalu sayangkan warga tanah ini
siapakah yang paling benar dalam janjinya jika bukan Tuhan Yang Maha Esa
siapakah yang paling benar kata2nya jika bukan Nabi Muhammad SAW yang mulia
siapakah yang paling jujur hatinya jika bukan para pencinta kebenaran serta perindu kedamaian
maka apakah paling bermakna untuk kita dengari selain daripada bisikan2 halus tulus mulus bahawa kemenangan Islam itu sudah terlalu hampir
dan ia diterajui oleh orang2 dari tanah di hujung dunia ini


ya....ramai yang sedang berusaha gigih ke arah kemenangan itu sama ada secara terang atau sembunyi
tidak kira mereka itu siapa dan dari mana

maka mari kita semua lengkapkan proses asimilasi terakhir ini
semoga hanya perkara yang baik, rezeki yang baik2 serta semua yang terbaik sahaja Tuhan taqdirkan untuk kita semua......