Sunday 5 October 2014

Malaysia perlukan Pemimpin yang tak putus solat malam




saya pernah "meninggalkan" Allah dalam kononnya mahu mengejar kerjaya demi kelangsungan keutuhan perniagaan syarikat
dalam keadaan pelbagai masalah yang datang menimpa2, saya berusaha bersungguh2 berpandukan logik aqal dengan datang awal serta pulang lewat dengan harapan akan mempunyai masa yang cukup untuk menyelesaikan semua masalah
tetapi tiada satu pun masalah yang nampak akan berakhir dengan kesudahan yang baik.....semuanya semakin tertangguh dan terus tertangguh


lalu pada suatu pagi saya tersedar bahawa ada satu cara yang sangat mudah serta murah untuk menghadapi semua permasalahan itu
lantas saya mengambil wuduk dan bersolat dhuha sebelum memulakan kerja
saya insaf dan sedar bahawa Allah telah menyediakan tata-cara yang tersusun cantik kepada umat Islam dalam menghadapi kehidupan seharian terutama sebelum kita memulakan tugas pada hari tersebut
saya berdoa dan mengharap agar Allah menunjukkan jalan penyelesaian yang mudah bukan saja kepada diri sendiri, juga kepada semua rakan sekerja, para pengurus serta pelanggan tanpa mengira anutan mahupun pegangan

maka direzekikan pada pagi itu juga pengurus besar berbangsa tionghua memanggil saya untuk membereskan kes seorang pelanggan yang sudah tertunggak sekian lama

saya sangat bersyukur kepada Allah dan juga rasa bersalah kerana  cuai dalam melaksanakan rutin solat dhuha yang sering dilakukan sebelum ini

Allah melalui lidah kekasihNya telah menyampaikan mesej kepada umat Islam bahawa berpagi2 serta bersolat dhuha itu mengundang seribu satu barokah serta rahmat kepada seseorang manusia
malahan keberkatan rezeki itu akan juga melimpah kepada orang2 sekeliling tanpa mengira siapa mereka pun juga




Maka bagaimana pula tata-cara serta keperluan sekiranya seseorang itu "terpaksa" mentadbir tanah dihujung dunia ??


catatan diatas hanya melibatkan diri seorang individu yang tinggal di tanah hujung dunia

kehidupan seharian semua manusia secara fitrahnya adalah usaha untuk mencari rezeki yang diniatkan sebagai ibadah kepada Allah
ia juga melibatkan urusan kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan diri tersebut

begitu juga bagi sesiapa yang diamanahkan untuk mentadbir negara yang sangat kaya-raya serta terlalu diversiti ini
batang tubuh diri pemimpin tersebut, jiwa-raganya, fikiran serta mindanya sudah sewajarnya mempunyai hubungan yang sangat kuat kepada Allah serta RasulNya

siapa kata mentadbir negara itu mudah?

seseorang yang menjadi pemimpin negara Malaysia sangat memerlukan ilmu yang luas, kredibiliti diri yang teguh lagi utuh, terbuka fikirannya, boleh berhadapan dengan sesiapa sahaja dengan penuh diplomasi dan faktor penting yang lain ialah disegani oleh kawan dan lawan

dari mana datangnya "rasa" segan tersebut ?

tidak lain dan tidak bukan ianya adalah anugerah Allah yang diberikan kepada pemimpin berkenaan diasbabkan oleh rasa hamba serta kebergantungan yang sangat kuat mengharap kepada pertolongan dari Yang Maha Esa

dan semua itu pula adalah hasil daripada amalan2 yang dilakukan secara berterusan demi memperkuat keimanan, semangat serta keyakinan diri dalam mentadbir negara yang sangat pelbagai rencam dan sifatnya

negara malaysia sesungguhnya sangat kaya-raya dengan anugerah hasil dari bumi-laut-daratan-langit yang sangat melimpah-ruah
dan pada masa yang sama, negara ini terlalu istimewa kerana ia merupakan tumpuan segala macam orang yang datang dari segenap penjuru dunia dengan niat dan maksud masing2 sama-ada yang baik, begitu juga yang tidak baik

maka dengan itu, malaysia sangat memerlukan seorang pemimpin yang sangat prihatin akan kemantapan iman umat Islamnya agar selamat dan sejahtera dalam menghadapi fitnah, cobaan serta cabaran akhir zaman  yang sudah tidak dapat dibendung lagi

malaysia juga terlalu mendambakan seorang pemimpin yang dapat memberi contoh tauladan yang baik agar warga yang belum Islam akan jatuh hati serta menghormati agama kebenaran ini, serta berniat supaya mereka juga dapat sama2 selamat serta sejahtera dalam menganuti agama Islam yang diredhai Allah SWT






semoga Allah memperteguhkan aqidah, iman, pegangan, amalan, akhlak  serta ilmu kepada para pemimpin negara malaysia

semoga mereka benar2 menjadi pemimpin yang berwibawa serta berkarisma dalam memacu hala-tuju negara serta rakyatnya, namun jauh disudut hati yang paling dalam, mereka adalah hamba2 Allah yang terlalu takut akan kemurkaanNya serta amat mengharapkan keredhaan serta keampunanNya didunia dan diakhirat

biarkan wajah mereka tersenyum-simpul berhadapan dengan segala macam kerenah dalam memenuhi keperluan rakyat dan negara, tetapi jiwa mereka terbang nun-jauh kelangit ketujuh mengadap Allah Yang Maha Esa serta hati mereka juga sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW memohon syafaat agar keberkatan dari Nur Muhammad itu mengalir kesegenap pelusuk negara Malaysia yang tercinta














No comments:

Post a Comment