Thursday, 16 May 2013

Kelangsungan Hidup Di Semenanjung Emas


Menelusuri perjalanan kehidupan manusia lewat sirah Nabi2 dapat memperbetulkan banyak kemusykilan yang bersarang di minda dan jiwa.

Kita telah diberitahu bahawa perjuangan kehidupan manusia terkemudian adalah bermula selepas peristiwa banjir besar di zaman Nabi Noh AS.

Kemudian kita diperbetulkan tanggapan tentang kewujudan bangsa melayu dengan berhijrahnya keturunan Nabi Ibrahim pulang ke tanah asal bonda mereka bernama Keturah yang terletak di timur jauh.

Begitu juga kita diperingatkan bahawa Bapa segala bangsa kepada manusia yang wujud di zaman ini adalah Nabi Ibrahim AS.

Saya suka memetik cetusan2 idea dari perbincangan artikel terkini oleh sifu Al Semantani Jones seperti dibawah:

NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

--------------------------------------------------------------------

Tanpa Nama12 Mei 2013 2:17 PG
Melayu=orang
Sumerian=ur
Banjiar=urrangg

Alhamdulillah..semakin lama.. semakin tebuka pintu rahsia itu..

Tanpa Nama15 Mei 2013 11:27 PTG
Melayu = Mala + Ur ( orang )= orang Mala = disebut MalaUr = lama kelamaan disebut Melayu

--------------------------------------------------------------------
Tanpa Nama13 Mei 2013 1:26 PG
Ada sesiapa tahu Bangsa Nabi Ibrahim?

Al Semantani13 Mei 2013 3:44 PG
kalau tak silap saya bangsa akkadia atau sumeria jugak. 
tapi tidak ada dlm al quran ttng tempt dia lahir . 
yg ada ialah hadis israeliat dan dalam kitab old testament yg kata dia lahir di kota Ur. 

jadi berkemungkinan dia tinggal di zaman akhir tamadun sumeria ykni zaman peralihan dari sumer ke akkadia dan babilon. 

jika tamadun sumer diasas orng austronesia ibi bermakna nabi ibrahim telah balik ke tanah nenek moyangnya untuk berkahwin dgn keturah! puzzle makin terkait.

Tanpa Nama13 Mei 2013 9:20 PTG
Ok Bro..katakan memang betul Nabi Ibrahim adalah dari Bangsa Sumeria,dan bangsa Sumeria ada kaitan dengan sumeria.

Ok disini seperti apa yang kita ketahui,Nabi Ibrahim melahirkan bangsa Arab dan Yahudi.
So DNA Meditranean dalam DNA Melayu bagaimana pula?

Tanpa Nama14 Mei 2013 10:54 PTG
Allah Telah Menyatakan Bahawa Nabi Ibrahim as ialah bapa segala bangsa. 
Dia digelar sahabat Allah SWT. 
Nabi Muhammad digelar Kekasih Allah SWT.

Maka, dapat diketahui, Adam sehingga Ibrahim Hanya Satu Bangsa Sahaja. 
Selepas Ibrahim, maka pelbagai macam bangsa baru ada. 

Allah Menyatakan Adam Bapa Manusia. 
Adam hingga Ibrahim mempunyai semua dna bangsa dunia. 

Selepas itu baru dna itu dipecahkan. Itu tafsir para ulama. 
Ulama memang hafal pelbagai hadis. 

Kita nie ciput je. Wallahulam.
-----------------------------------------------------------------

Penjelasan diatas sangat membantu kerana ia membuka lembaran baru dalam memahami susor-galor diri sendiri yang masih menjadi misteri sehingga kini.


Untuk dapat berpijak teguh tanpa goyah di bumi nyata bukan semata2 bersandarkan kepada kekuatan fizikal sahaja. Setiap hari berdepan dengan 1001 perang psikologi yang datang dari pelbagai arah memerlukan minda mencari satu faktor X yang dapat memandu tenaga dan usaha mencapai matlamat perpaduan bangsa dan negara yang semakin nyaring laungannya di tanah hujung dunia ini.

Ia sudah semestinya perlu bermula dari diri kita sendiri supaya setiap doa, harapan, kata2, perlakuan, perbuatan dan segala usaha benar2 bermakna serta mempunyai roh tersendiri.

Salah satu faktor X itu ialah bila kita kenal benar dengar asal-usul bangsa sendiri, dari mana ianya bermula, siapa tok nenek moyang kita, dapat ditelusuri tanpa terputus2 dari dulu hinggalah kegenerasi kini. Mengetahui susur-galor aliran genetik diri sendiri dapat memberi satu roh kekuatan dalaman yang tak terkalahkan kerana aura perjuangan generasi dahulu dapat dirasakan kehangatannya mengalir ke setiap seluruh pelusuk kapilari darah di dalam diri.

Contoh terbaik yang pernah kita kenal di dunia maya ialah Shahi & Stalker yang kenal benar dengan darah keturunan salasilah keluarga mereka hingga dapat dijejaki jauh berkurun kebelakang. Mereka dapat melihat sendiri salasilah pokok keluarga yang disimpan rapi buat tatapan generasi  kemudian. Mereka juga dapat mengetahui dengan jelas perjalanan bangsa mereka dari dahulu kala sehingga kini termasuk bagaimana ahli keluarga terdahulu berjaya berhijrah dan bermastautin di tanah yang dijanjikan ini. Mereka juga diberitahu apakah tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terhadap tanah warisan raja matahari ini. Sejak kecil mereka dipantau dengan begitu teliti, diasuh dengan ilmu2 pertahanan diri yang sepatutnya serta dibekalkan dengan pengetahuan lengkap tentang tugas dan peranan terhadap diri, keluarga serta negara tercinta.

Diberitahu bahawa mereka adalah bergenetik yahudi dominan yang beriman serta bercampur dengan genetik melayu, maksudnya mereka adalah bangsa yahudi yang berdarah melayu aka Yahudi Mizrah.Mengetahui serta memahami dengan begitu jelas asul-usul diri menjadikan mereka watak2 yang sangat tegas berpendirian demi mempertahankan sebuah kelansungan hidup bangsa melayu di tanah bekas benua Mu ini.

***Nota: saya mengambil Shahi & Stalker sebagai contoh di mana apabila seseorang mengetahui asal-usul keturunan dengan jelas, mereka menjadi individu yg berkeyakinan tinggi dan mempunyai jati diri yg solid tanpa dapat digugah. Shahi & Stalker  tidak seperti kita (orang melayu), tetapi mereka adalah yahudi berdarah melayu yang beragama islam (yahudi mizrah). Blog Umat Terakhir berada dalam status hiatus, jadi tiada penerangan lanjut dapat diberikan tentang keturunan yahudi mizrah (yg beragama Islam) serta peranan mereka di malaysia.

Saya dan kita semua amat memerlukan 1001 kekuatan peribadi serta ketegasan prinsip seperti mereka untuk berhadapan dengan perjuangan menyatukan kaum dan puak sendiri di era WeChat, WhApps dan Keek.
Hidup hanya dengan mengetahui salasilah keturunan yang terputus2 ibarat layang2 terbang yang terputus talinya, merewang2 diudara tiada arah tujuan dan sampai masa mungkin akan jatuh ke bumi Begitu juga bila layang2 itu terbang dengan tali masih tergenggam kemas di tangan, layang2 akan dapat terbang lebih tinggi dengan penuh keyakinan.
Sedar ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi sangat yakin bahwa ia boleh dilaksanakan kerana kita telah pun berjaya mengharunginya pasca 050513 baru2 ini.


Saya benar2 mahu melihat kaum bergenetik malayu ini hidup bagai aur dengan tebing, bagai kuku dan isi, bagai irama dan lagu kerana inilah masanya yang ditunggu2 sejak sekian lama.

Saya dan kita semua wajib mengambil peluang keemasan ini bermula dengan niat memperbaiki diri semaksima mungkin dan kita sebar-luaskan kepada ahli keluarga, rakan2 sekerja, komuniti masyarakat hingga ke peringkat negara dan dunia amnya.

Inilah juga yang sedang dilakukan oleh si cantik manis Cik Srikandi melalui FB beliau, mengetuk batu jemala anak bangsa (menggunakan hammer yang sangat besar...??!!...) supaya sedar bahawa setiap dari kita ada peranan tersendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup warga warisan benua lemuria & atlantis ini.

FB CIK SRIKANDI


Penghargaan:-


Pertama sekali, terima kasih kepada Tuhan kerana disaat dan ketika ini memberi rezeki pelbagai ilmu dan maklumat terahsia yang selama ini disimpan dan tersimpan kemas untuk generasi terkini bangsa malayu.

Keduanya, terima kasih tidak terhingga kepada sifu2 maya yang tidak henti2 berkongsi pengalaman dan hasil kajian tentang bangsa terahsia yang semakin terserlah dari hari ke sehari.


Ketiganya, terima kasih dan penghargaan teristimewa buat teman2 maya yang saling sokong-menyokong, bantu-membantu, bahu-membahu dalam mencantumkan puzzles yang berserakan disana-sini diseluruh pelusuk negeri, negara dan dunia.


Tidak lupa jutaan terima kasih kepada ibu-ayah, adik-beradik, sanak-saudara dan teman-teman yang tidak jemu2 memberi ruang dan peluang berbincang mengembangkan butiran mutiara ilmu dan maklumat agar ia menjadi lebih berkilau menyinari alam buasa ini.

7 comments:

  1. Melayu nih kacukan dari keturunan nabi Nuh dan pengikut2 baginda kemudian kacuk pula dengan keterunan nabi Ibrahim dan kemudian dengan nabi Yusof kemudian dengan nabi Sulaiman kemudian dengan nabi Muhammad...

    Melayu bkan berdarah yahudi,
    tapi yahudi yang berkongsi darah dari nabi ibrahim
    ramai yang salah anggap bahawa melayu berdarah yahudi
    walhal melayu berkongsi darah dengan bani israel melalui nabi Yusof

    Wallahualam, kalo salah tolong betulkan...

    ReplyDelete
  2. Tolong baca surah Mariam, Allah maha raya ada bagi kunci2

    kalau nak baca satu kitab lagi bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam nagaderam,

      terima kasih diatas perkongsian dan nasihat

      Delete
  3. Malay-mother of all races-...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita perlu perbetulkan semula maksud master-race dalam konteks yang lebih harmoni dan lebih kemanusiaan

      kalau ikut master-race dlm wikipedia - mereka ikut pendekatan nazi atau usa - master-race aka master-slave - terlalu mengagungkan bangsa sendiri menidakkan maruah bangsa lain

      tetapi bangsa melayu tidak seharusnya begitu jika benar kita adalah master race

      susah juga nak menghadam malay ialah mother of all races atau master race sebab kesan dari akibat jati diri yang dah bonsai tu sgt hebat hingga malu dan tak tahu camna nak berkelakuan/behave sebagai melayu

      melayu - master race memang perlukan satu kajian yg intensif utk kesejahteraan manusia

      Delete
  4. Salam kasih dari yg empunya kasih,

    Tiada AKU..maka tiadalah rahasia itu..
    Tiada rahasia itu..maka tiadalah akan aku ini..
    Kerana hanya AKU yg mengajarkan aku akan rahasia itu..
    Maka hanya kerana AKUlah..maka aku mengenal akan rahasia itu..
    Mengenal rahasia itu dengan rasa juga percaya MAHA nyatanya AKU..
    Serasanya aku ini tiada.

    'Malayu'..setitis cuma dari tujuh lautan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam akuku

      berjalanlah dan bermusafirlah kita ke mana jua
      berfikirkan kita semahunya

      namun satu perkara yang sgt pasti
      kita hanyalah berasal dr setitik nuftah yg hina dina
      tanpa mengira bangsa dan warna kulitmu

      yup..amat benar
      melayu itu hanya sebutir pasir dari tujuh lautan itu

      Delete